8 Tempat Penginapan Terbaik di Genting Highlands

Genting Highlands ialah stesen bukit yang terletak di puncak Gunung Ulu Kali di Malaysia. Pengunjung yang mahu ke sini boleh singgah di Genting Highlands Premium Outlets untuk pengalaman membeli-belah barangan mewah yang menyeronokkan. Terdapat banyak kedai berjenama di sini seperti Kate Spade, Polo, Coach, Boss, Nike, dan banyak lagi. Menariknya, semua barangan dijual pada harga diskaun!

Salah satu cara terbaik untuk naik ke puncak Genting Highlands ini ialah dengan menaiki gondola Awana SkyWay. Bagi mereka yang sukakan cabaran, terdapat gondola jenis berkaca yang boleh anda pilih untuk dinaiki. Sepanjang perjalanan naik ke atas puncak ini, anda boleh berhenti di stesen Chin Swee untuk melihat seni bina kuil Chin Swee secara percuma.

Apakah aktiviti yang boleh anda lakukan di Genting Highlands?

Tarikan utama di Genting Highlands ialah Resort World Genting yang menempatkan kasino dan taman tema. Selain itu, Taman tema Genting Skyworlds juga menyediakan 9 tema dunia yang berbeza, lengkap dengan ruangan makan, deretan kedai dan tempat hiburan.

Anda juga boleh mencuba permainan virtual nyata seperti Avengers dan Star Wars di VOID atau memetik strawberi di Genting Strawberry Leisure Farm. Anda boleh dapati terdapat banyak pilihan tempat makan di sini namun tempat makan yang popular ialah restoran Burger & Lobster, Beauty in the Pot dan juga Five Guys.

8 Tempat Penginapan Terbaik di Genting Highlands

1. Grand Ion Delemen Hotel

Grand Ion Delemen Hotel
Kredit Gambar: klook.com
Grand Ion Delemen Hotel
Kredit Gambar: klook.com
Grand Ion Delemen Hotel
Kredit Gambar: klook.com

Grand Ion Delemen Hotel menawarkan anda pengalaman resort bandar yang romantis dan selesa. Kalau anda hendak tahu, hotel ini merupakan salah satu hotel yang paling disukai oleh pengunjung di Genting Highlands. Selain menempatkan 500 buah bilik penginapan dengan katil mewah yang selesa, hotel ini juga menyediakan kamar mandi yang dilengkapi dengan kelengkapan mandian dan WiFi secara percuma. Melalui hotel ini, anda boleh menikmati pemandangan Banjaran Titiwangsa dari 6,000 kaki paras laut. Selain itu, hotel ini juga menawarkan pelbagai pilihan tempat makan seperti Souper Hot Stone Pot & Grill, Kembali Kitchen dan juga Lepak Corner.

Alamat:  1, Jalan Ion Delemen, 69000 Genting Highlands, Pahang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman Web: https://www.iondelemenhotels.com/

2. Maxims Hotel Genting Highlands

Maxims Hotel Genting Highlands
Kredit Gambar: gentinghighlands.info
Maxims Hotel Genting Highlands
Kredit Gambar: gentinghighlands.info
Maxims Hotel Genting Highlands
Kredit Gambar: gentinghighlands.info

Maxims Hotel Genting Highlands ialah hotel mewah di Genting Highlands yang menempatkan sebanyak 795 buah bilik mewah yang dilengkapi dengan WiFi percuma. Hotel mewah ini telah dipilih sebagai ‘Salah Satu Hartanah Terbaik di Dunia’ oleh Forbes Travel Guide pada tahun 2018. Untuk makluman anda, tempat makan terletak di tingkat 2 yang menempatkan Imperial Rama, Good Friends, Ming Ren, Spice Garden dan Bubbles & Bites untuk anda pilih. Di tingkat 18 pula, restoran E18hteen ini menawarkan gabungan masakan yang premium. Hampir semua kasino Genting ditempatkan di dalam Hotel Maxims seperti @Latte, Monte Carlo, Hollywood, Circus Palace, Showboat, Main Casino dan VIP Room.

Alamat: Maxims Hotel Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman Web: http://www.gentinghighlands.info/maxims-hotel.htm

3. Genting Grand

Genting Grand
Kredit Gambar: rwgenting.com
Genting Grand
Kredit Gambar: rwgenting.com

Genting Grand dikatakan hotel yang terkemuka di Genting Highlands kerana diperakui sebagai hartanah mewah 4 bintang oleh Forbes Travel Guide yang berprestij selama 5 tahun berturut-turut (2018 – 2022). Bilik Club Suite dan Grand Premier di hotel ini dilengkapi dengan sofa dan tab mandi. Selain itu, hotel ini juga menawarkan  pusat kecergasan, spa, bilik wap, sauna, sesi urutan dan WiFi percuma. Terdapat juga mesin Nespresso bersama 3 kapsul yang disediakan setiap hari untuk kegunaan tetamu hotel ini.

Alamat: Genting Grand Hotel, Resorts World Genting, 69000 Genting Highlands, Pahang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.rwgenting.com/en/hotels/genting-grand.html

Semak harga di shopee

4. Swiss-Garden Hotel & Residences Genting Highlands

Swiss Garden Hotel Residences Genting Highlands
Kredit Gambar: klook.com
Swiss Garden Hotel Residences Genting Highlands
Kredit Gambar: klook.com

Swiss-Garden Hotel & Residences Genting Highlands terletak di dalam premis Windmills Upon Hills. Hotel ini mempunyai 561 buah bilik, daripada bilik Deluxe sehinggalah kepada bilik Premier. Kesemua bilik penginapan ini dilengkapi dengan perabot yang terkini, tempat tidur yang selesa dan berkualiti serta meja kerja yang luas. Hotel ini menempatkan lebih daripada 300 tempat letak kereta tertutup, gim tertutup, jakuzi dan kolam atas bumbung, kolam kanak-kanak, sauna, gelanggang skuasy, gelanggang tenis, bilik permainan dan juga taman. Anda boleh menjamu selera di The Garden Terrace Cafe yang menyajikan hidangan tempatan dan antarabangsa.

Alamat: Windmill Upon Hills, Jalan Permai, 69000 Genting Highlands, Pahang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman Web: https://www.swissgarden.com/residences-genting/en/rooms/

5. Windmill Upon Hills, Genting Highlands

Windmill Upon Hills Genting Highlands
Kredit Gambar: klook.com
Windmill Upon Hills Genting Highlands
Kredit Gambar: klook.com
Windmill Upon Hills Genting Highlands
Kredit Gambar: klook.com

Windmill Upon Hills ialah kediaman servis yang terletak di Genting Highlands yang berlatarkan pemandangan gunung yang indah dari atas bukit. Kemudahan yang ditawarkan di sini termasuklah kolam renang tertutup, sauna, taman permainan kanak-kanak, pusat kecergasan, ruangan berehat yang berkongsi dan taman. Unit-unit ini dilengkapi dengan lantai parket, dapur yang serba lengkap dengan microwave, ruang makan yang selesa, TV skrin rata dengan saluran satelit, bilik mandi peribadi dengan pancuran mandian dan pengering rambut. Lapangan terbang yang terdekat ialah Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, iaitu 57 km dari kediaman servis ini.

Alamat: Jalan Permai, Genting Permai Avenue, Genting Highlands, Pahang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman Web: http://windmilluponhills.com

6. Crockfords Hotel

Crockfords Hotel
Kredit Gambar: rwgenting.com
Crockfords Hotel
Kredit Gambar: rwgenting.com
Crockfords Hotel
Kredit Gambar: rwgenting.com

Crockfords Hotel merupakan satu-satunya hotel di Malaysia yang menerima penarafan 5 bintang yang berprestij daripada Forbes Travel Guide selama 4 tahun berturut-turut (2019 – 2022). Semua suite di hotel ini mempunyai kamar mandian wap peribadi di dalam bilik. Selain itu, kelengkapan tandas pula dihiasi dengan marmar Greek Calacatta yang mewah dan elegan. Hotel ini mempunyai beberapa reka bentuk bilik yang unik seperti Gym Suite, Mahjong Suite dan Tatami Suite. Kesemua suite ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Alamilah kehebatannya sendiri ketika anda menginap di sini!

Alamat: Crockfords Hotel, Resorts World, Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang 

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman Web: https://www.rwgenting.com/en/hotels/crockfords.html

Semak harga di shopee

7. Scapes Hotel Genting Highlands

Scapes Hotel Genting Highlands
Kredit Gambar: scapeshotel.com
Scapes Hotel Genting Highlands
Kredit Gambar: scapeshotel.com

Scapes Hotel Genting Highlands menempatkan 176 buah bilik dan suite yang terdiri daripada bilik Deluxe Quad sehinggalah kepada suite 2 bilik tidur. Bilik-bilik penginapan ini mempunyai 6 tema menarik yang berbeza. Selain dilengkapi dengan perabot, bilik-bilik penginapan ini juga dihiasi dengan kemudahan yang moden dan terkini. Kemudahan yang hotel ini tawarkan termasuklah kolam renang, gimnasium, jakuzi dan zon kanak-kanak. Anda boleh menjamu selera di Lemon3 yang menyajikan hidangan asli Malaysia dan Barat setiap masa ataupun berehat di kafe tepi kolam sambil menikmati minuman atau snek anda.

Alamat: Jalan Jaya Permai, Midhills, 69000 Genting Highlands, Pahang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman Web: https://scapeshotel.com/

Semak harga di shopee

8. First World Hotel

First World Hotel
Kredit Gambar: klook.com
First World Hotel
Kredit Gambar: klook.com
First World Hotel
Kredit Gambar: klook.com

First World Hotel merupakan salah satu hotel paling popular di Genting Highlands kerana secara strategiknya, ia bersambung dengan First World Plaza. Kalau anda hendak tahu, ini ialah hotel terbesar di dunia yang memuatkan sebanyak 7,351 bilik yang mengagumkan. First World Plaza yang terletak bersambung dengan hotel ini pula merupakan pusat beli-belah di Genting Resort. Tempat ini dikatakan bersebelahan dengan SkyAvenue di puncak Genting. Jika anda menginap di hotel ini, anda mempunyai akses yang mudah untuk ke lokasi utama seperti First World Plaza, SkyAvenue, Skytropolis Indoor Theme Park dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting. Selain itu, anda juga boleh dapati pelbagai pilihan makanan yang terdapat di restoran-restoran berdekatan.

Alamat: Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman Web: https://www.rwgenting.com/en/hotels/first-world-hotel.html

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close