8 Tempat Penginapan Terbaik di Johor Bahru 2022

Johor Bahru ialah ibu negeri Johor di Malaysia yang terletak di hujung selatan Semenanjung Tanah Melayu. Bandar ini menawarkan makanan tempatan yang lazat, kafe yang santai, tapak kebudayaan yang penuh dengan elemen sejarah dan taman tema yang menyeronokkan.

Johor Bahru ialah sebuah bandar yang indah dan sesuai untuk percutian hujung minggu yang mengujakan. Dengan suasana taman tema yang menyeronokkan serta terdapat pelbagai jenis masakan tempatan yang ditawarkan, percutian anda ke negeri ini tidak sia-sia.

Apakah aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di Johor Bahru?

Semasa melawat Johor Bahru, anda boleh menikmati pemandangan pusat bandar Johor Bahru yang menakjubkan daripada Sky Bridge di tingkat atas Skyscape, atau membeli-belah di Johor Premium Outlets.

Anda juga boleh melawat zoo, Istana Besar mahupun Danga Bay bagi menamatkan hari anda pada waktu malam. Oh ya, negeri ini terkenal dengan tarian tradisional iaitu zapin dan kuda kepang. Jika anda bernasib baik, anda boleh melihat pertunjukan tarian ini nanti.

8 Tempat Penginapan Terbaik di Johor Bahru 2022

1. DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru

DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru
Kredit Gambar: klook.com
DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru
Kredit Gambar: klook.com

DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru ini terletak lebih kurang daripada satu kilometer dari pusat membeli-belah City Square, Taman Aktiviti Angry Birds dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor. Antara kemudahan yang ditawarkan oleh hotel ini termasuklah kolam renang terbuka, bilik wap dan pusat kecergasan 24 jam. Di hotel ini, anda boleh minum teh bersama rakan dan keluarga di Axis Lounge atau menjamu selera di Makan Kitchen yang mana terdapat pelbagai pilihan makanan seperti hidangan Barat, Melayu, Cina, India dan Peranakan. Anda juga boleh memesan makanan di kedai makan yang terdapat di sini. Antara pilihan makanan yang terdapat di kedai ini termasuklah Sarapan Inggeris sehinggalah kepada sandwic yang dibuat mengikut pesanan anda.

Alamat:  12, Jalan Ngee Heng, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.hilton.com/en/hotels/jhbdtdi-doubletree-johor-bahru/

Rujuk harga di klook

2. JEN Johor Puteri Harbour by Shangri-La

JEN Johor Puteri Harbour by Shangri La
Kredit Gambar: klook.com
JEN Johor Puteri Harbour by Shangri La
Kredit Gambar: klook.com
JEN Johor Puteri Harbour by Shangri La
Kredit Gambar: klook.com

Hotel ini terletak bersebelahan dengan Puteri Harbour, iaitu sebuah terminal feri antarabangsa. Antara pilihan masakan yang ditawarkan di sini termasuklah dim sum halal gaya Hong Kong, masakan tempatan  dan masakan Itali. Bilik-bilik penginapan di sini juga bersih dan luas. Anda boleh memilih bilik penginapan seperti Bilik Deluxe,  Deluxe Harbour View dan Bilik Premier.

Alamat: Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, 79000 Nusajaya, Johor

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.shangri-la.com/en/hotels/jen/johor/puteriharbour/

Rujuk harga di klook

3. KSL Resort Johor Bahru City Centre

KSL Resort Johor Bahru City Centre
Kredit Gambar: klook.com
KSL Resort Johor Bahru City Centre
Kredit Gambar: klook.com
KSL Resort Johor Bahru City Centre
Kredit Gambar: klook.com

KSL Resort Johor Bahru City Centre ini terletak secara strategiknya di pusat bandar. Dari resort ini, anda hanya mengambil masa 5 minit pemanduan sahaja untuk ke Tambak Johor. Hotel ini mempunyai Taman Tema Air Dinosaur yang menyeronokkan, gimnasium yang serba lengkap dan spa yang mewah. Ia juga disambungkan secara terus ke pusat membeli-belah yang besar di mana pengunjung boleh memenuhi keperluan membeli-belah bagi percutian mereka. KSL Resort juga menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik ke Legoland, Universal Studio Singapore & Resort World Casino yang terkenal.

Alamat: 33, Jalan Seladang, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.kslresorts.com.my/ksl-resort

4. Amari Johor Bahru

Amari Johor Bahru
Kredit Gambar: klook.com
Amari Johor Bahru
Kredit Gambar: klook.com
Amari Johor Bahru
Kredit Gambar: klook.com

Hotel Amari Johor Bahru terletak di Jalan Wong Ah Fook, iaitu di tengah-tengah  Central Business District Johor Bahru. Hotel ini merupakan kegemaran dalam kalangan para pengunjung kerana ia berhampiran dengan Pusat Konvensyen Persada. Di sini, anda boleh memilih pelbagai pilihan bilik penginapan yang ditawarkan. Anda juga boleh menjamu selera di Galeri Makanan Amaya untuk masakan Asia dan antarabangsa, ataupun sekadar bersantai dan minum teh bersama pastri di Kafe Amaya.

Alamat: 82C, Jalan Trus, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.amari.com/johor-bahru/

Rujuk harga di klook

5. Hotel Renaissance Johor Bahru

Renaissance Johor Bahru Hotel
Kredit Gambar: klook.com
Renaissance Johor Bahru Hotel
Kredit Gambar: klook.com
Renaissance Johor Bahru Hotel
Kredit Gambar: klook.com

Hotel Renaissance Johor Bahru ialah tempat percutian mewah bertaraf 5 bintang. Bilik penginapan dan suite di sini dilengkapi dengan perabot mewah, katil yang lembut, bilik mandi yang luas dan perkhidmatan bilik 24 jam. Untuk sarapan pagi, anda boleh menjamu selera di Café BLD, manakala jika anda inginkan hidangan makanan laut segar dan masakan Kantonis asli, anda boleh ke Wan Li Chinese Restaurant. Bagi mereka yang gemarkan pastri segar, roti, kek dan sandwic, anda bolehlah berkunjung ke  Chocolate Cake Company.

Alamat: 2, Jalan Permas 11, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Johor Bahru, Johor

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.marriott.com/en-us/hotels/jhbbr-renaissance-johor-bahru-hotel/

Rujuk harga di klook

6. Pulai Springs Resort, Johor Bahru (Resort Hotel)

Pulai Springs Resort Johor Bahru Resort Hotel
Kredit Gambar: klook.com
Pulai Springs Resort Johor Bahru Resort Hotel
Kredit Gambar: klook.com
Pulai Springs Resort Johor Bahru Resort Hotel
Kredit Gambar: klook.com

The Pulai Springs Resort Johor Bahru ialah sebuah resort rekreasi yang terletak di kaki Gunung Pulai di Johor. Para tetamu tidak boleh ketinggalan untuk menjamu selera di Restoran Cina Qing Palace yang pernah memenangi anugerah dan terkenal dengan masakan Szechuannya. Selepas seharian anda meneroka bandar, anda boleh memanjakan diri di Pulai Spa yang menawarkan sesi urut dan sesi terapi spa kepada anda.

Alamat: 20km, Jalan Pontian Lama, 81110 Johor Bahru, Johor

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.pulaisprings.com/

&isCityHaveAsq=false&los=1&searchrequestid=6eaa16d4-20de-4818-b6a8-51d0921c12ad” target=”new” size=”medium” background=”” color=”” hovercolor=”” hoverbgcolor=”” class=”” linkrel=”noreferrer noopener”]Rujuk harga di klook

7. Grand Paragon Hotel, Johor Bahru

Grand Paragon Hotel Johor Bahru
Kredit Gambar: klook.com
Grand Paragon Hotel Johor Bahru
Kredit Gambar: klook.com
Grand Paragon Hotel Johor Bahru
Kredit Gambar: klook.com

Hotel Grand Paragon Johor Bahru ini terletak di sebelah Lebuhraya Tebrau yang menghubungkan bandar raya dengan Singapura di belah Selatan, Lebuhraya Utara-Selatan, dan Lebuhraya Pasir Gudang. Hotel ini menempatkan 358 bilik dan suite, pusat kecergasan, kolam renang dan spa kesihatan. Makanan yang disajikan di hotel ini termasuk masakan antarabangsa dan tempatan serta hidangan Jepun dan Cina. Apa yang terbaik ialah KSL Mall dan Plaza Pelangi Mall sangat berdekatan dengan hotel ini.

Alamat: 18, Jalan Harimau, Taman Century, 80250 Johor Bahru, Johor

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.grandparagonhotel.com.my/v4/

Rujuk harga di klook

8. Thistle Johor Bahru

Thistle Johor Bahru
Kredit Gambar: klook.com
Thistle Johor Bahru
Kredit Gambar: klook.com
Thistle Johor Bahru
Kredit Gambar: klook.com

Thistle Johor Bahru ialah sebuah hotel bertaraf 5 bintang yang terletak di bandar Johor Bahru dan dalam Wilayah Pembangunan Iskandar, iaitu salah satu pusat perniagaan dan pelancongan terpenting di Malaysia. Hotel ini berhampiran dengan Legoland Malaysia dan mudah diakses ke Johor Premium Outlets bagi anda yang ingin membeli-belah barangan mewah. Antara kemudahan yang hotel ini tawarkan termasuklah kolam renang terbuka, kolam renang kanak-kanak, pusat kecergasan, gelanggang tenis, dan spa yang dilengkapi dengan sauna, pusaran air, kolam terjun dan bilik wap.

Alamat: Jalan Sungai Chat, Sri Gelam, 80100 Johor Bahru, Johor

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.thistle.com.my/johorbahru

Rujuk harga di klook

 Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini

Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close