8 Tempat Penginapan Terbaik di Miri

Miri merupakan bandar di Sarawak yang terletak di kepulauan Borneo dan ditubuhkan pada 1910 apabila penemuan telaga minyak pertama dijumpai oleh Royal Dutch Shell. Penemuan ini sekaligus membantu pertumbuhan pesat bandar ini. Pada tahun 1929, Miri menjadi pusat pentadbiran yang penting di Sarawak. Selain Laksa Sarawak dan Kolok Mee, Miri juga terkenal dengan restoran makanan laut. Antara restoran yang terkenal ialah Meng Chai Seafood Restaurant. Restoran ini seringkali penuh kerana sajian makanan laut berpatutan dan sedap. 

Apakah yang menarik di Miri?

Di sini, anda boleh menerokai gua-gua yang unik di Sarawak dan melawat taman negara termasuklah Mulu, Niah, Loagan Bunut dan juga Lambir hills. Para pengunjung juga boleh bermain pasir di pantai sambil menikmati pemandangan matahari terbenam.

Bandar Miri mempunyai beberapa pasar yang dikunjungi oleh penduduk tempatan. Biasanya, pasar-pasar seperti ini ada menjual hasil kraftangan tempatan dan hasil laut yang segar. Jika anda mencari oleh-oleh untuk dibawa pulang, maka inilah destinasi yang tepat buat anda.

8 Tempat Menarik di Miri

1. Miri Marriott Resort & Spa

Miri Marriott Resort Spa
Kredit Gambar: klook.com
Miri Marriott Resort Spa
Kredit Gambar: klook.com
Miri Marriott Resort Spa
Kredit Gambar: klook.com

Hotel Miri Marriott Resort & Spa ialah hotel mewah di Sarawak yang berhadapan dengan Laut China Selatan. Hotel ini seringkali menjadi destinasi buat ahli perniagaan dan juga pengunjung yang mahukan keselesaan. Hotel ini menyediakan pilihan makanan yang pelbagai daripada masakan tempatan hinggalah masakan luar hinggalah barbeku dan snek ringan yang enak. Selain memiliki kolam renang yang luas, pusat kecergasan dan gelanggang tenis juga turut dibina bagi mereka yang ingin bersenam untuk menyihatkan badan. Setelah seharian berjalan, anda boleh menempah sesi spa di Mandara Spa. Bilik-bilik penginapan pula dilengkapi dengan servis bilik, WiFi percuma dan juga katil yang empuk.

Alamat: Jalan Temenggong Datuk Oyong Lawai, 98000 Miri, Sarawak

Google Map: Tekan Sini

Google Reviews: Tekan Sini

Laman Sesawang: https://www.marriott.com/en-us/hotels/myymc-miri-marriott-resort-and-spa

2. Kingwood Boutique Hotel Miri

Kingwood Boutique Hotel Miri
Kredit Gambar: klook.com
Kingwood Boutique Hotel Miri
Kredit Gambar: klook.com
Kingwood Boutique Hotel Miri
Kredit Gambar: klook.com

Jika anda meminati seni reka bentuk, anda bolehlah memilih Kingwood Boutique Hotel sebagai tempat penginapan anda. Ini kerana hotel ini menerapkan unsur seni klasik dan kontemporari yang elegan melalui reka bentuk dalamannya. Selain memuatkan 49 bilik penginapan yang selesa, hotel ini juga terdiri daripada restoran dan juga kafe yang menyajikan pelbagai juadah makanan. Anda boleh menikmati sajian bersama keluarga mahupun teman-teman di Bronzer Restaurant sambil merapatkan silaturahim. Sambil-sambil bercuti, anda boleh singgah ke Lobby Cafe yang menyajikan kopi yang lazat di Miri. Uniknya, reka susun atur perabot di hotel ini diberi sentuhan tropika dengan dengan warna kayu yang neutral dan cantik.

Alamat: 826, Jalan North Yu Seng, Utara, 98000 Miri, Sarawak

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang: http://kingwoodmiri.com.my/

3. Jinhold Hotel & Serviced Apartment

Jinhold Hotel Serviced Apartment
Kredit Gambar: klook.com
Jinhold Hotel Serviced Apartment
Kredit Gambar: klook.com
Jinhold Hotel Serviced Apartment
Kredit Gambar: klook.com

Jinhold Hotel & Serviced Apartment ialah salah satu hotel yang terunik dan menarik di Miri. Selain dilengkapi dengan kolam renang yang luas, hotel ini juga turut menyediakan gimnasium, sauna, servis mandi berwap dan juga padang golf bagi mereka yang mencintai sukan ini. Percutian 2 hari 1 malam di hotel ini menyenangkan anda kerana ada perkhidmatan mesra yang ditawarkan. Anda boleh mengisi perut dengan juadah lazat di Restaurant Mak. Selain itu, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan shuttle dari Lapangan Terbang Antarabangsa Miri ke hotel (dan sebaliknya), serta 2 tempat letak kereta selama 4 hari.

Alamat: Lot 14735, Airport Commercial Centre, Jalan Airport, 98000 Miri, Sarawak

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang: https://www.jinhold.com/

4. Pullman Miri Waterfront

Pullman Miri Waterfront
Kredit Gambar: klook.com
Pullman Miri Waterfront
Kredit Gambar: klook.com
Pullman Miri Waterfront
Kredit Gambar: klook.com

Bilik Pullman Miri Waterfront yang disediakan oleh hotel ini dihiasi dengan tema warna kelabu dan biru. Setiap bilik penginapan mereka dilengkapi dengan keperluan seperti TV, cerek air, seterika dan alat pengering rambut selain menyajikan pemandangan indah berlatarkan laut atau bandar Miri. Pullman Kitchen pula dibuka sentiasa bagi sesi makan selain menyediakan servis sarapan secara bufet setiap hari. Jika anda inginkan snek ringan, anda boleh pergi ke Tree Tops Terrace dan Le Cafe sambil bersantai menikmati pemandangan indah di sekitar hotel ini. Selain dilengkapi dengan kolam renang yang luas, hotel ini juga menyediakan sauna atau spa bagi mereka yang ingin memanjakan diri. Bagi mereka yang sukakan aktiviti yang mencabar, anda boleh bermain golf, basikal mahupun mendaki.

Alamat: Lot 1347 Miri Waterfront Commercial Centre, 98000 Miri, Sarawak

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang: https://pullmanmiriwaterfront.com-malaysia.com

5. Amigo Hotel

Amigo Hotel
Kredit Gambar:klook.com
Amigo Hotel
Kredit Gambar: klook.com
Amigo Hotel
Kredit Gambar: klook.com

Hotel butik yang menarik ini terletak di Marina City, Miri. Terletak sejauh 6km dari Boulevard Shopping Complex dan 6km dari San Qing Tien Taoist Temple, kedudukan hotel ini boleh dikatakan strategik kerana tidak begitu jauh daripada pusat hiburan dan kesenian. Warna tema bagi reka bentuk perabot hotel ini mengetengahkan warna yang cerah dan ceria bagi menyerikan suasana percutian anda. Bilik-bilik penginapan di hotel ini pula dilihat selesa, bersih selain harganya yang berpatutan. Anda boleh berjalan kaki ke pantai dari hotel ini kerana jaraknya yang dekat selain menempatkan deretan restoran dan kafe di sepanjang jalan.

Alamat: Lot 2026, Block 9,MCLD,Marina Park, 98000 Miri, Sarawak

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang: https://m.facebook.com/amigohotelmiri/

6. Mega Hotel, Miri

Mega Hotel Miri
Kredit Gambar: booking.com
Mega Hotel Miri
Kredit Gambar: megahotel.com.my
Mega Hotel Miri
Kredit Gambar: megahotel.com.my

Bilik-bilik penginapan di Mega Hotel dilengkapi dengan penghawa dingin, TV dan sentuhan karpet eksklusif pada lantainya. Kemudahan yang disediakan di sini pula ialah kolam renang, gimnasium dan  pusat kecergasan. Terdapat juga pusat perkhidmatan yang memberikan servis kurier buat luar dan dalam negara disamping menyediakan servis mencetak, fotokopi, faks, emel dan juga akses internet secara percuma. Chatterbox Coffeehouse menyediakan sajian makanan asia dan barat manakala Lotus Court Chinese Restaurant pula menyediakan sajian Cina. Jika anda inginkan pastri yang segar dan sedap. Anda boleh berkunjung ke D’Chatterbox Bakery. Lapangan Terbang Antarabangsa Miri terletak 10km dari hotel ini. Anda boleh berjalan-jalan ke Miri Waterfront yang hanya berjarak 700m sahaja dari Mega Hotel.

Alamat: 907, Jalan Merbau, 98000 Miri, Sarawak

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang: https://www.megahotel.com.my

7. Imperial Hotel, Miri

Imperial Hotel Miri
Kredit Gambar: klook.com
Imperial Hotel Miri
Kredit Gambar: klook.com
Imperial Hotel Miri
Kredit Gambar: booking.com

Hotel ini terletak berdekatan dengan Permaisuri Imperial City Mall di Miri. Antara kemudahan yang disediakan ialah kolam renang di atas bumbung, sauna, pusat kecergasan dan juga tiga pilihan tempat makan yang lazat. Palm Terrace Cafe menyediakan sarapan secara bufet manakala Imperial Restaurant pula menyediakan masakan Asian, tempatan dan barat. Permaisuri Coffee House pula menyajikan kopi dan snek ringan yang enak. Kesemua bilik hotel ini dilengkapi dengan penghawa dingin, TV, cerek air, alat pengering rambut dan alat-alat mandian percuma. Lapangan Terbang Antarabangsa Miri pula hanya 10km sahaja dari hotel ini.

Alamat: 827, Jalan Post, 98000 Miri, Sarawak

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang: https://imperial.com.my/

8. Meritz Hotel, Miri

Meritz Hotel Miri
Kredit Gambar: klook.com
Meritz Hotel Miri
Kredit Gambar: meritzhotel.com
Meritz Hotel Miri
Kredit Gambar: klook.com

Hotel indah ini terletak 1.4km daripada Miri Waterfront. Grand Old Lady Restaurant menawarkan sajian luar yang sedap manakala bagi mereka yang ingin menikmati pemandangan sambil makan, anda bolehlah ke Sky Garden. Hotel ini menyediakan fasiliti seperti kolam renang dan gimnasium. Servis dobi dan seterika pakaian juga disediakan. Selain itu, para penginap boleh akses ke kaunter pertanyaan yang dibuka 24 jam bagi urusan bagasi dan keperluan lain.

Alamat: Meritz Hotel, 1657, Jalan Miri Pujut, Bintang Jaya, 98000 Miri, Sarawak

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang: https://meritzhotel.com/

Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini. 

Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini.

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close