8 Tempat Penginapan Terbaik di Port Dickson 2022

Port Dickson ialah sebuah bandar tepi laut yang mempunyai banyak hotel mewah di samping pantai yang indah dan pemandangan laut yang menakjubkan. Hotel-hotel ini terdiri daripada beratus-ratus vila dan suite mewah, lengkap dengan kemudahan bagi memenuhi keperluan  tetamu mereka.

Port Dickson juga menempatkan banyak tempat tarikan pelancong. Tarikan yang terkenal dan menjadi tumpuan pelancong ialah Rumah Api Cape Rachado yang pada asalnya dibina untuk dijadikan panduan buat kapal-kapal Portugis semasa ia memasuki Selat Melaka. Ia dipercayai rumah api tertua yang ada di Malaysia.

Apakah aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di Port Dickson?

Di Port Dickson, anda boleh bermain layang-layang, berkhemah, memancing, menaiki jet ski dan menaiki bot pisang yang menyeronokkan di Pantai Saujana. Pengembara juga boleh menaiki bot laju dan berkayak di Pantai Teluk Kemang. Terdapat banyak gerai makanan dan restoran di sini bagi memenuhi selera anda.

Pelancong boleh melawati Ladang Bahagia Uncle Wong Happy Farm untuk aktiviti sukan seperti menaiki ATV, berkayak, menaiki bot kayuh, berkhemah, memancing, atau barbeku bersama keluarga atau rakan-rakan. Kanak-kanak juga menyukai tempat ini kerana mereka boleh memegang dan memberi makan kepada arnab. Selain itu, banyak lokasi menarik yang boleh dijadikan lokasi bergambar untuk anda muatkan suapan di Instagram atau media sosial lain.

8 Tempat Penginapan Terbaik di Port Dickson 2022

1. Thistle Port Dickson Resort

Thistle Port Dickson Resort
Kredit Gambar: klook
Thistle Port Dickson Resort
Kredit Gambar: klook
Thistle Port Dickson Resort
Kredit Gambar: klook

Thistle Port Dickson Resort terletak hanya sejam sahaja dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Resort ini menawarkan pemandangan indah rumah api Tanjung Tuan dan pemandangan indah Selat Melaka. Bilik-bilik penginapan di Thistle ini terdiri daripada Deluxe Garden sehinggalah kepada Presidential Suite. Anda boleh menginap di bilik penginapan yang menawarkan pemandangan laut pemandangan taman, pemandangan padang golf ataupun pemandangan Selat Melaka. Di resort ini, pilihan tempat makan yang ada ialah di Fresh yang menawarkan hidangan bufet yang lazat manakala di Chinoise pula menyajikan pelbagai masakan kegemaran Kantonis dan Szechuan. Anda juga boleh berehat di Pool Bar dengan koktail atau mocktail sambil menghayati pemandangan alam.

Alamat: KM16, Jalan Pantai Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.thistle.com.my/portdickson

2. Pacific Regency Beach Resort

Pacific Regency Beach Resort
Kredit Gambar: klook.com
Pacific Regency Beach Resort
Kredit Gambar: klook.com
Pacific Regency Beach Resort
Kredit Gambar: klook.com

Pacific Regency Beach Resort adalah sebahagian daripada Pacific Regency Hotel Group. Hotel ini mempunyai jumlah gabungan 166 buah bilik tamu. Daripada suite sehinggalah kepada Studio Lofts dan Penthouses, hotel ini lengkap dengan semua kelengkapan. Anda boleh memesan perkhidmatan bilik ataupun memilih untuk menjamu selera di Restoran @Cafe dan menikmati masakan Asia dan antarabangsa.

Alamat: Batu 7 1/2, Jalan Pantai Teluk Kemang, Kampung Teluk Kemang, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.pacificregencygroup.com/pacificregencyportdickson/

3. Grand Lexis Port Dickson

Grand Lexis Port Dickson
Kredit Gambar: klook.com
Grand Lexis Port Dickson
Kredit Gambar: klook.com
Grand Lexis Port Dickson
Kredit Gambar: klook.com

Grand Lexis Port Dickson menempatkan 305 buah vila di atas air. Rekaan bentuk resort ini diilhamkan daripada seni Bali. Dikatakan setiap vila yang ada telah dilengkapi dengan kolam renang peribadi serta kemudahan yang bertaraf dunia. Vila-vila ini mempunyai pancuran mandian terbuka, taman landskap peribadi, balkoni yang menghadap ke laut dan panel lantai kaca jernih yang mana anda boleh menikmati pemandangan air laut yang berkilauan di bawah. Selain itu, restoran di sini juga menyajikan masakan Barat dan Asia mengikut citarasa anda.

Alamat: Batu 2, Jalan Seremban, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.grandlexispd.com/

4. Lexis Hibiscus Port Dickson

Lexis Hibiscus Port Dickson
Kredit Gambar: klook.com
Lexis Hibiscus Port Dickson
Kredit Gambar: klook.com
Lexis Hibiscus Port Dickson
Kredit Gambar: klook.com

Para tetamu di Lexis Hibiscus Port Dickson boleh berehat di LexSpa, atau membeli-belah di Lobby Shop. Jika anda menginap di sini dan sukakan aktiviti menyanyi, anda boleh menyanyi sepuasnya di bilik karaoke yang tersedia. Selain itu, hotel ini juga  mempunyai pelbagai lokasi menarik yang boleh dijadikan lokasi bergambar sebagai kenang-kenangan. Terdapat pelbagai restoran yang menyajikan pelbagai jenis masakan untuk selera anda. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan menghantar makanan ke bilik penginapan jika tidak mahu keluar. Terdapat 117 buah bilik menara dan 522 buah vila atas air yang menghadap ke perairan Selat Melaka yang indah. Sungguh mengagumkan!

Alamat: 12th Mile, Jalan Pantai, 71250 Port Dickson, Negeri Sembilan

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.lexishibiscuspd.com/

5. Avillion Port Dickson

Avillion Port Dickson
Kredit Gambar: klook.com
Avillion Port Dickson
Kredit Gambar: klook.com
Avillion Port Dickson
Kredit Gambar: klook.com

Di Avillion Port Dickson, anda boleh memilih sama ada mahu menginap di chalet atau vila yang mempunyai taman atau dikelilingi oleh air. Kemudahan yang ditawarkan di sini termasuklah Kolam Cochin, aVi Spa, gimnasium dan spa kanak-kanak. Anda juga boleh bermain bola tampar, melihat burung, memancing, mencari ketam atau berjalan-jalan sambil menikmati alam semula jadi. Selain itu, anda boleh menjamu selera di Lounge aVi, iaitu lounge terapung yang dibuka untuk minuman dan acara peribadi pada setiap hari, atau menikmati hidangan di Crow’s Nest. Anda juga boleh berehat dan makan di Village Court, iaitu restoran yang berkonsep terbuka di tepi kolam.

Alamat: 3rd Mile, Jalan Pantai, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.avillionportdickson.com/

6. Temasek Retreats Port Dickson

Temasek Retreats Port Dickson
Kredit Gambar: temasekretreats.com
Temasek Retreats Port Dickson
Kredit Gambar: temasekretreats.com
Temasek Retreats Port Dickson
Kredit Gambar: temasekretreats.com

Temasek Retreats menawarkan percutian 6 bilik tidur yang boleh menempatkan sehingga 23 tetamu dewasa. Semua bilik tidur ini dilengkapi dengan penghawa dingin, pancuran mandian air panas, tuala mandi dan kemudahan asas. Hotel ini terletak di lokasi yang strategik, iaitu di tengah-tengah bandar dan tidak jauh dari pelbagai kedai serbaneka. Hotel ini mempunyai pemandangan Selat Melaka yang menakjubkan, kolam renang infiniti, bilik permainan kanak-kanak, dan bilik karaoke seluas 300 kaki persegi.

Alamat: 475, Jalan Pantai, Batu 2, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://temasekretreats.com

7. Villa Lot 1638

Villa Lot
Kredit Gambar: booking.com
Villa Lot
Kredit Gambar: booking.com
Villa Lot
Kredit Gambar: booking.com

Villa Lot 1638 ialah tempat percutian  peribadi yang diilhamkan oleh reka bentuk seni bina kontemporari. Hotel ini terletak hanya 1.5km dari pusat bandar Port Dickson dan Port Dickson Waterfront. Pilihan bilik penginapan pula terdiri daripada bilik Suite Peribadi sehinggalah kepada Vila Dupleks 2 bilik. Kemudahan yang ditawarkan oleh vila ini terdiri daripada kolam renang, ruang makan terbuka untuk sarapan pagi dan taman yang indah. Harga bilik bermula dari RM299.

Alamat: Lot 1638, Jalan Pantai Cunningham, Taman Mewah, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://villalot1638.wixsite.com/mysite

Rujuk harga di klook

8. Tasik Villa International Resort Port Dickson

Tasik Villa International Resort Port Dickson
Kredit Gambar: tasikvilla.com.my
Tasik Villa International Resort Port Dickson
Kredit Gambar: klook.com
Tasik Villa International Resort Port Dickson
Kredit Gambar: tasikvilla.com.my

Tasik Villa International Resort Port Dickson ialah hotel 4 Bintang dengan menempatkan 220 buah bilik di tepi tasik yang mengagumkan. Resort ini terletak hanya 5 minit pemanduan sahaja dari Kubu Lukut dan Bukit Keramat. Antara pilihan bilik penginapan yang ditawarkan ialah Water Chalet, Water Chalet Honeymoon, Deluxe Honeymoon, Family Villa dengan Private Pool, 2-Bilik Villa dengan Private Pool dan VIP Villa. Apa yang mengagumkan ialah vila-vila ini dilengkapi dengan kolam renang peribadi. Selain itu, terdapat juga air pancut muzikal yang membolehkan para penginap menikmati pemandangan lampu berwarna-warni  pada malam hari.

Alamat: Jalan Tasik Villa, Pusat Pelancongan Antarabangsa, Kota Lukut, 71010 Port Dickson, Negeri Sembilan

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://tasikvilla.com.my/

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close