8 Tempat Penginapan Terbaik di Pulau Perhentian 2022

Siapa yang tidak kenal dengan Pulau Perhentian? Selain menjadi tumpuan pelancong, pulau ini juga menjadi tempat persinggahan penyu terutama Penyu Hawksbill dan Penyu Hijau. Penyu-penyu ini biasanya bertelur di pesisir pantai Pulau Perhentian. Selain melihat penyu bertelur, anda boleh menyelam dan menerokai keindahan hidupan laut, kepelbagaian batu karang dan juga ikan-ikan di sini.

Jika anda sukakan cabaran, anda boleh mendaki bukit melalui Windmill Viewpoint untuk menyaksikan pemandangan luar biasa. Selain itu, anda juga boleh berkhemah dan tidur berbumbungkan langit dan bintang yang indah. Pada lewat petang pula, anda boleh menikmati pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan. Semestinya percutian anda ke sini tidak sia-sia.

Bilakah Waktu Terbaik untuk Melawat Pulau Perhentian?

Jika anda berhasrat untuk berkunjung ke sini, waktu yang sesuai ialah pada bulan Mac hingga ke November. Pada musim tengkujuh pula, banyak pulau-pulau ditutup kerana hujan lebat. Aktiviti di pulau juga tidak dijalankan bagi mengelakkan hal yang tidak diingini berlaku. Dikhabarkan, bulan Julai ialah bulan kemuncak bagi pulau ini menerima para pelancong.  

Kebanyakan pelancong melawat pulau ini kerana ingin meneroka keindahan dunia bawah laut. Pulau ini dikatakan mempunyai tempat berenang dan menyelam terbaik di Malaysia. Disamping anda menyelam dikelilingi ikan yang berwarna-warni, tidak mustahil anda boleh terserempak dengan penyu.

8 Tempat Penginapan Terbaik di Pulau Perhentian 2022

1. BuBu Villa

BuBu Villa
Kredit Gambar: buburesort
BuBu Villa
Kredit Gambar: buburesort
BuBu Villa
Kredit Gambar: buburesort

BuBu Villa ini ialah resort terpencil yang terletak di belah selatan Pantai Long Beach. Resort ini memiliki 18 vila yang diberi sentuhan tradisional namun dilengkapi dengan fasiliti dan kemudahan moden. Restoran The World Cafe, iaitu restoran yang bercirikan Itali mempunyai pelbagai pilihan masakan, minuman dan juga makanan ringan untuk para penginap.

Alamat: Pulau Perhentian Kecil, 22300 Besut, Terengganu

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang: https://www.buburesort.com/bubu-villa

Semak harga di klook

2. Alunan Resort

Alunan Resort
Kredit Gambar: alunanresort.com
Alunan Resort
Kredit Gambar: alunanresort.com
Alunan Resort
Kredit Gambar: alunanresort.com

Alunan Resort ini ialah resort yang berkonsepkan resort butik mewah yang terletak di pantai terpencil. Resort ini mempunyai beberapa pilihan suites seperti Serenity Suites, Double/Twin Serenity Suites, Triple Sharing Serenity Suites, Quad Sharing Serenity Suites dan Family Suites. Selain dilengkapi dengan fasiliti yang moden, suite-suite di tingkat atas juga memiliki akses ke bahagian atas bumbung yang mana menempatkan ruangan rehat.

Alamat: Petani Beach Perhentian Island Kecil, Terengganu

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang: https://alunanresort.com/

Semak harga di klook

3. Arwana Perhentian Eco Resort & Beach Chalet

Arwana Perhentian Eco Resort Beach Chalet
Kredit Gambar: Tripadvisor.com
Arwana Perhentian Eco Resort Beach Chalet
Kredit Gambar: Agoda.com
Arwana Perhentian Eco Resort Beach Chalet
Kredit Gambar: Agoda.com

Arwana Perhentian Eco Resort & Beach Chalet ini terletak di Teluk Dalam, Pulau Perhentian. Resort ini menempatkan bilik-bilik yang luas, selesa serta dilengkapi dengan bilik air yang besar. Para penginap pula bakal disajikan dengan juadah autentik cina, juadah tempatan dan juga luar negara. Bagi mereka yang tercari-cari aktiviti di sini, bolehlah mencuba aktiviti sukan air seperti berenang, dan menyelam.

Alamat: 181, 22300 Besut, Terengganu

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang: https://arwanaperhentian.com.my/

4. MIMPI Perhentian Resort

MIMPI Perhentian Resort
Kredit Gambar: mimpiperhentian.com
MIMPI Perhentian Resort
Kredit Gambar: mimpiperhentian.com
MIMPI Perhentian Resort
Kredit Gambar: mimpiperhentian.com

Resort MIMPI Perhentian ini menempatkan 75 bilik yang mana setiapnya memiliki keunikannya tersendiri. Suite Ocean Deluxe memberikan anda penginapan yang selesa dengan berlatarkan pemandangan teluk berpasir Pantai Long. Premier Suite yang mewah memberikan anda latar pemandangan laut yang indah. Terdapat juga Family Suite yang boleh memuatkan 6 orang dewasa. Penginapan anda disini tidak akan membosankan kerana anda akan dihidangkan dengan pelbagai masakan autentik selain boleh beristirehat di tepi kolam renang dan spa kecantikan. Resort ini juga menempatkan kiosk yang menjual pelbagai buah tangan.

Alamat: Pulau Perhentian Kecil, Besut, Terengganu

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang: https://www.mimpiperhentian.com/

5. Perhentian Island Resort

Perhentian Island Resort
Kredit Gambar: perhentianislandresort.net
Perhentian Island Resort
Kredit Gambar: perhentianislandresort.net
Perhentian Island Resort
Kredit Gambar: perhentianislandresort.net

Perhentian Island Resort ini ialah resort yang dikelilingi pemandangan hijau yang memukau. Jika anda sukakan aktiviti lasak, anda bolehlah trekking di resort ini. Laluan trekking hanya 100 meter sahaja daripada resort ini yang mana aktiviti ini menjanjikan anda pengalaman trekking yang memuaskan. Resort ini mempunyai restoran dan kafe untuk menyajikan juadah yang menyelerakan buat para penginap. Antaranya ialah Restoran Pinang Seribu dan juga Beach Front Cafe. Jika anda ingin melihat penyu bertelur, bulan Jun sehingga September ialah musimnya. Maka, cepat-cepatlah menempah bilik untuk melihat penyu bertelur.

Alamat: Pulau Perhentian Besar, Besut, Terengganu

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang: http://www.perhentianislandresort.net/

Semak harga di shopee

6. Ombak Dive Resort

Ombak Dive Resort
Kredit Gambar: klook.com
Ombak Dive Resort
Kredit Gambar: klook.com
Ombak Dive Resort
Kredit Gambar: klook.com

Ombak Dive Resort ini terletak di Coral Bay. Terdapat beberapa pilihan bilik mengikut keselesaan para penginap seperti Single Room, Twin Room, Triple Room, Quadruple Sharing Room dan juga Exclusive Suites. Para penginap boleh ke Ombak Cafe bagi menikmati pelbagai masakan seperti masakan tempatan, barat, Cina, India, Itali, Thai atau barbeku.

Alamat: 406, Coral Bay, Pulau Perhentian Kecil, 22300 Besut, Terengganu

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang: https://www.ombak.my/

Semak harga di klook

7. Coral View Island Resort

Coral View Island Resort
Kredit Gambar: coralviewislandresort
Coral View Island Resort
Kredit Gambar: klook.com
Coral View Island Resort
Kredit Gambar: klook.com

Coral View Island Resort terletak di Pulau Perhentian Besar, Kuala Terengganu. Resort ini menyediakan perkhidmatan housekeeping, akses internet yang percuma di tempat awam, perkhidmatan servis bilik dan juga perkhidmatan pengangkutan dari lapangan terbang ke hotel atau sebaliknya. Para penginap boleh memilih bilik mengikut kesesuaian, selera serta bajet mereka. Selain itu, para penginap juga boleh melakukan aktiviti sukan air seperti berenang dan menyelam.

Alamat: Daerah Besut, Pulau Perhentian Besar, 22300 Teluk Pauh

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang: https://m.facebook.com/CoralViewResort/

Semak harga di klook

8. The Barat Perhentian Beach Resort, Terengganu

The Barat Perhentian Beach Resort Terengganu
Kredit Gambar: booking.com
The Barat Perhentian Beach Resort Terengganu
Kredit Gambar: booking.com
The Barat Perhentian Beach Resort Terengganu
Kredit Gambar: booking.com

The Barat Perhentian Beach Resort menyediakan pilihan penginapan yang bersesuaian dengan keselesaan dan bajet anda. Antara pilihan penginapan ialah 3 bilik Seaview Deluxe, 5 Seafront Chalet, 63 chalet dan juga Family Room. Para penginap boleh ke The Barat Resturant bagi mengisi perut. Terdapat banyak pilihan juadah yang disediakan antaranya masakan barat, asia dan tempatan. Anda juga boleh melakukan aktiviti sukan air di sini kerana lautnya menyajikan pemandangan yang indah dan menakjubkan.

Alamat: Seberang Genting, Lot 136, Terengganu, Pulau Perhentian Besar, 22300 Besut, Terengganu

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang: http://www.baratperhentian.com/package.asp

Semak harga di klook

Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini. 

Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini.

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close