8 Tempat Penginapan Terbaik di Pulau Redang 2022

Pulau Redang merupakan salah satu pulau yang tercantik di Malaysia. Seringkali menjadi destinasi pelancongan, pulau ini terletak di pantai timur Malaysia. Ramai yang tertarik dengan keindahan pulau ini selain menjanjikan panorama dunia bahawa laut yang memukau. Selain menjadi tempat tumpuan pelancong, pulau ini juga menjadi hub riadah dan rekreasi sukan air buat penggemar aktiviti lasak. Pulau ini juga terkenal dengan kunjungan jurugambar kerana keindahan tropika dan faunanya yang terperlihara.

Jika anda mencari-cari destinasi yang menyajikan panorama indah, sajian makanan tempatan yang enak dan pelbagai aktiviti sukan air yang memuaskan, maka Pulau Redang ialah jawapannya. Sebagai contoh, anda boleh mencuba Nasi Minyak yang lazat di Nelayan Redang Corner. Restoran ini turut menyajikan sajian daging dan laut yang segar sehingga mampu membuatkan anda kecur air liur.  

Apakah Perbezaan antara Staycation dan Vacation?

Ramai orang yang tidak tahu tentang perbezaanya kedua istilah ini. Staycation ialah aktiviti melawat ke tempat yang berdekatan dan tidak melibatkan pasport dan persediaan yang banyak manakala vacation pula ialah percutian ke tempat yang jauh dari rumah anda selain memerlukan kos yang tinggi dan persediaan yang menyeluruh.

Mahukah Anda Staycation?

Di saat anda sibuk bekerja seharian, pasti kadang-kala anda berasa stres dan mahukan percutian yang mampu menenangkan fikiran dan badan anda. Kalau ini yang anda rasakan, maka sekarang ialah masanya anda lakukan staycation! Selain dapat merehatkan minda, aktiviti ini juga dikatakan mampu meningkatkan produktiviti kerja anda.

Apakah Aktiviti Menarik di Pulau Redang?

Di sini, ada banyak aktiviti menyeronokkan yang boleh anda cuba seperti scuba diving, kayaking, ataupun snorkeling. Bayangkan suasana pantai yang indah dan laut yang memukau dengan deretan batu karang yang unik dan cantik serta pelbagai spesies ikan yang boleh membuatkan anda jatuh hati dengan pulau ini.

8 Tempat Penginapan Terbaik di Pulau Redang 2022

1. Taaras Beach & Spa Resort

Taaras Beach Spa Resort
Kredit Gambar: klook.com
Taaras Beach Spa Resort
Kredit Gambar: klook.com
Taaras Beach Spa Resort
Kredit Gambar: klook.com

The Taaras Beach & Spa Resort ini menempatkan 125 bilik penginapan dan suite yang menarik mata memandang selain mempunyai vila 5 bilik yang luas. Setiap bilik penginapan mahupun suite dilengkapi dengan katil besar. Selain itu, pihak hotel juga memilih fabrik mewah bagi menghiasi katil untuk memastikan penginapan anda selesa dan tidur anda tidak terganggu.

Alamat: Peti Surat 126, Main Post Office, 20928 Kuala Terengganu, Terengganu

Google Map: Navigate Now

Ulasan (Google): Here

Laman Sesawang: https://www.thetaaras.com/

Semak harga di klook

2. Laguna Redang Island Resort

Laguna Redang Island Resort
Kredit Gambar: Agoda.com
Laguna Redang Island Resort
Kredit Gambar: Agoda.com
Laguna Redang Island Resort
Kredit Gambar: Agoda.com

Laguna Redang Island Resort menawarkan pilihan bilik penginapan seperti Standard Room, Deluxe Garden Queen atau Twin Bedded Room. Standard Room hanya terletak bersebelahan dengan Dive Centre yang mana sesuai bagi mereka yang sukakan aktiviti menyelam. Seri Serai Ala Carte Restaurant di resort ini pula menyajikan sajian asli Malaysia dan barat manakala Sang Suria Buffet Restaurant pula menawarkan pelbagai jenis masakan baik luar mahupun tempatan. Jika anda ingin bersantai pula, anda bolehlah berkunjung ke Lobby Island Bar yang menyediakan snek dan minuman ringan.  

Alamat: Pulau Redang, 21090 Kuala Terengganu, Terengganu

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang: https://www.lagunaredang.com.my/

Semak harga di klook

3. Redang Island Resort

Redang Island Resort
Kredit Gambar: Tripadvisor.com
Redang Island Resort
Kredit Gambar: Tripadvisor.com
Redang Island Resort
Kredit Gambar: Tripadvisor.com

Redang Island Resort ini terletak di bahagian selatan Pulau Redang. Anda boleh menikmati pemandangan hutan hujan tropika hanya menerusi Rainforest Chalet. Jika anda lebih sukakan pemandangan air laut yang jernih, anda boleh memilih bilik penginapan di Seaview Chalet. Atau jika anda berkunjung dengan keluarga, maka Family Room (boleh memuatkan 4 orang) ialah pilihan terbaik untuk anda. Bagi makanan pula, Santapan Cafe menyediakan masakan Malaysia dan luar negara manakala Santai Bar & Lounge pula menyajikan makanan ringan dan minuman.

Alamat: Peti Surat 106, 20710 Kuala Terengganu, Terengganu

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang: https://www.redangislandresort.com/

4. Coral Redang Island Resort

Coral Redang Island Resort
Kredit Gambar: Tripadvisor.com
Coral Redang Island Resort
Kredit Gambar: Tripadvisor.com
Coral Redang Island Resort
Kredit Gambar: Tripadvisor.com

Coral Redang Island Resort ialah resort yang menonjolkan rekaan dalaman yang ringkas, selesa dan menyenangkan. Resort ini terdiri daripada 26 Superior Room dan juga 5 Family Room. Selain itu, restoran yang terdapat di resort ini turut menyajikan masakan Melayu dan masakan luar bagi para penginap. Terdapat juga kafe yang menyediakan snek ringan dan minuman di sini. Selain itu, pusat rekreasi di resort ini juga menawarkan kursus diving, aktiviti-aktiviti menarik di pantai serta sesi snorkeling.

Alamat:  Redang Island, Pulau Redang, 20000 Pasir Panjang, Terengganu

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang: https://www.coralredang.com.my/

5. Redang Lagoon Chalet

Redang Lagoon Chalet
Kredit Gambar: redanglagoon.com
Redang Lagoon Chalet
IKredit Gambar: redanglagoon.com
Redang Lagoon Chalet
Kredit Gambar: redanglagoon.com

Redang Lagoon Chalet ini menawarkan pilihan bilik penginapan yang selesa mengikut kesesuaian para penginap. Bilik penginapan Double dan Single Room menempatkan satu katil Queen dan satu katil Single, bilik penginapan Quad Room menempatkan dua katil Queen, bilik penginapan Double Room dilengkapi dengan satu katil Queen dan akhir sekali, bilik penginapan Triple Room menempatkan 3 katil Single. Selain itu, resort ini juga menawarkan pakej penuh yang istimewa bagi penginapan anda termasuklah perkhidmatan penukaran destinasi melalui feri, hidangan bufet 4 kali sehari serta sesi snorkeling.

Alamat: Pulau Redang, 21090 Kuala Terengganu, Terengganu

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang: https://www.redanglagoon.com/

6. Sari Pacifica Resort & Spa Redang Island

Sari Pacifica Resort Spa Redang Island
Kredit Gambar: klook.com
Sari Pacifica Resort Spa Redang Island
Kredit Gambar: klook.com
Sari Pacifica Resort Spa Redang Island
Kredit Gambar: klook.com

Sari Pacifica Resort & Spa Redang Island menjanjikan percutian yang lebih selasa buat para penginap dengan layanan baik yang diberikan oleh staf resort ini. Terdapat 74 vila yang luas berserta kolam renang dan dapur yang unik. Selain itu, resort ini juga menyediakan perkhidmatan bot, kelengkapan sukan dan menyelam, restoran dan bar yang menyajikan banyak pilihan masakan, sesi Jungle Trekking yang mencabar, sesi snorkeling, sesi scuba diving, sesi melihat penyu dan juga lawatan ke taman laut.

Alamat: Long Beach, Redang Island, Pulau Redang, 21090 Kuala Terengganu, Terengganu

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang: https://www.saripacificaredang.com/

Semak harga di shopee

7. Redang De’ Rimba Resort

Redang De Rimba Resort
Kredit Gambar: klook.com
Redang De Rimba Resort
Kredit Gambar: klook.com
Redang De Rimba Resort
Kredit Gambar: klook.com

Redang De’ Rimba ialah resort yang bersebelahan dengan hutan tropika selain dikelilingi oleh pemandangan indah Pulau Redang. Bagi mereka yang inginkan privasi, resort ini pilihan yang terbaik untuk anda. Dikatakan, resort ini dibina berkonsepkan hutan dan sentuhan budaya tempatan di sini. Resort ini juga menawarkan pakej snorkeling 3 hari 2 malam termasuk penginapan, makan 3 kali sehari, perkhidmatan menaiki feri dua hala dan aktiviti snorkeling. Pakej ini bermula daripada RM340.  

Alamat: Lot 171, Kampung Baru, Pulau Redang, 21090 Redang Island

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang: https://redangderimba.com/

Semak harga di klook

8. Redang Beach Resort

Redang Beach Resort
Kredit Gambar: Tripadvisor.com
Redang Beach Resort
Kredit Gambar: Tripadvisor.com
Redang Beach Resort
Kredit Gambar: Tripadvisor.com

Redang Beach Resort terletak di Pasir Panjang, Pulau Redang. Resort ini menawarkan 22 Standard Room, 76 Superior Room dan 40 Club Deluxe Room. Resort ini juga menyediakan kolam renang bagi sesiapa yang ingin beriadah. Kini, resort ini mempunyai Dive Centre dan Snorkeling Centre yang memudahkan urusan para penggemar aktiviti sukan air untuk menyertai sesi menyelam. Selain itu, anda juga boleh bersantai dan makan di Kopitiam resort ini.

Alamat: Pulau Redang, 21090 Kuala Terengganu, Terengganu

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang: https://www.facebook.com/RedangBeachResort/

Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini. 

Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini.

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close