8 Tempat Penginapan Terbaik di Pulau Tioman

Pulau Tioman ialah rizab alam semula jadi yang terkenal dengan tapak menyelam, batu karang, pelbagai jenis ikan yang berwarna-warni dan yang lebih menarik, bangkai kapal. Pulau yang indah ini dilitupi hutan hujan tropika yang menjadi rumah kepada rama-rama, biawak dan monyet. Selain itu, Juara Turtle Project terletak di pulau ini, iaitu pusat penetasan, perlindungan dan kajian penyu.

Anda boleh menaiki feri, bot atau kereta untuk bergerak mengelilingi pulau ini. Masa terbaik untuk melawat pulau ini adalah antara bulan Mac dan Oktober kerana pantai timur di Semenanjung Malaysia biasanya dilanda musim tengkujuh dari akhir Oktober hinggalah awal Mac jadi banyak resort ditutup pada waktu itu.

Apakah aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di Pulau Tioman?

Selain menyertai aktiviti scuba diving ataupun snorkeling di Pantai Juara, anda juga boleh berkelah di Air Terjun Asah atau melawat  Pusat Maklumat Taman Laut untuk pelajari tentang kehidupan marin di sini. Jika anda bosan, anda boleh bermain golf atau bersiar-siar di Mukut, iaitu sebuah perkampungan tempatan di sini.

Bagi yang sukakan makanan, anda boleh barbeku di ABDC Restaurant dan berehat seketika di Sunset Corner sambil menikmati susu kocak dan pizza. Selain itu, anda juga boleh menjamu selera di Tioman Cabana kerana mereka menyajikan burger buatan sendiri dan hidangan tempatan yang lazat. Jika anda mahu snek yang ringan, anda boleh berkunjung ke Bushman Cafe kerana di sini menyajikan pankek pisang yang sedap. Paling tidak boleh dilupakan, Santai Bistro di Pulau Tioman ini menghidangkan lauk-pauk yang enak seperti Tom Yam, Fish and Chips, sambal udang dan banyak lagi hidangan yang boleh menepati citarasa anda.

8 Tempat Penginapan Terbaik di Pulau Tioman

1. Berjaya Tioman Resort

Berjaya Tioman Resort
Kredit Gambar: klook.com
Berjaya Tioman Resort
Kredit Gambar: klook.com
Berjaya Tioman Resort
Kredit Gambar: klook.com

Berjaya Tioman Resort merupakan resort terbesar di Pulau Tioman. Resort ini meliputi kawasan seluas 200 ekar merentasi hutan hujan tropika yang hijau dan pantai berpasir putih di pinggir barat Desa Tekek. Diinspirasikan oleh struktur seni bina perkampungan tradisional, tempat penginapan ini terdiri daripada chalet berkembar yang menarik. Antara kemudahan yang ditawarkan di resort ini ialah dewan, pusat menyelam, spa, padang golf, kolam renang dan pelbagai restoran. Anda boleh menikmati masakan tempatan mahupun antarabangsa yang disajikan di sini dengan gembira.

Alamat: 26800 Tioman Island, Pahang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://tioman.berjayahotel.com/

2. Japamala Resort

Japamala Resort
Kredit Gambar: klook.com
Japamala Resort
Kredit Gambar: klook.com
Japamala Resort
Kredit Gambar: klook.com

Japamala Resort ialah resort eko-mewah yang menonjolkan gaya desa. Dengan menggabungkan elemen mewah dan santai, setiap bilik di resort ini dihiasi dengan kelengkapan yang moden. Selain itu, kayu merupakan bahan yang paling banyak digunakan dalam proses menghias dan membina resort ini. Dikatakan, kayu yang digunakan itu merupakan tinggalan kayu daripada rumah Melayu lama di seluruh Malaysia yang masih lagi berkualiti dan boleh dipakai. Selain itu, buluh yang digunakan untuk rekaan dalaman dan luaran di resort ini pula diperoleh daripada Orang Asli. Tempat penginapan di resort ini dilengkapi dengan penghawa dingin, pemain DVD, televisyen kabel, bar mini dan mesin Espresso. Percutian anda pasti menyeronokkan jika anda menginap di sini!

Alamat: Kampung Lanting, 26800, Pahang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman Web: https://www.japamalaresorts.com/

3. Paya Beach Spa & Dive Resort

Paya Beach Spa Dive Resort
Kredit Gambar: klook.com
Paya Beach Spa Dive Resort
Kredit Gambar: klook.com
Paya Beach Spa Dive Resort
Kredit Gambar: klook.com

Paya Beach Spa & Dive Resort ialah resort tepi pantai yang bertaraf 4 Bintang. Resort ini secara strategiknya terletak di tengah pantai barat Pulau Tioman, Malaysia. Resort ini menawarkan pakej yang terdiri daripada percutian bulan madu sehinggalah kepada rawatan spa dan pakej menyelam. Kemudahan resort yang ditawarkan di sini ialah spa, kolam renang, gril, bilik serbaguna dan juga Pusat Menyelam PADI. Selain itu, Beach Villas yang merupakan tempat penginapan terbaru di resort ini    terletak betul-betul di pantai yang indah. Dikatakan setiap vila mempunyai tab mandi  peribadi, sebuah katil bersaiz besar dan sebuah katil sofa. Bayangkan percutian anda di sini akan menjadi menyeronokkan dengan tempat penginapan yang selesa!Alamat: Lot 71 & 77, Kampong Paya, Pulau Tioman, Johor

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman Web: https://www.payabeach.com/my/

4. Aman Tioman Beach Resort

Aman Tioman Beach Resort
Kredit Gambar: klook.com
Aman Tioman Beach Resort
Kredit Gambar: klook.com
Aman Tioman Beach Resort
Kredit Gambar: klook.com

Resort Pantai Aman Tioman terletak di Kampung Paya, Pulau Tioman. Resort ini dikelilingi oleh pantai yang indah dan hutan hujan tropika yang menghijau. Resort ini menawarkan beberapa jenis bilik penginapan termasuklah Deluxe Room yang berlatarkan pemandangan pulau dan laut dari atas bukit. Semasa anda menginap di sini, anda boleh melakukan aktiviti snorkeling, scuba diving, atau berjalan-jalan di sepanjang pantai yang indah. Selain itu, anda juga boleh menikmati sajian tempatan, Barat mahupun Cina di Fatty Grill Fish and Coffee, ataupun minum teh dan Chilled Smoothie di Aman Kopitiam.

Alamat: Lot 73 Kampung Paya Pulau Tioman, 26800 Mersing, Pahang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman Web: https://amantioman.com/

5. Tunamaya Beach & Spa Resort

Tunamaya Beach Spa Resort
Kredit Gambar: klook.com
Tunamaya Beach Spa Resort
Kredit Gambar: klook.com
Tunamaya Beach Spa Resort
Kredit Gambar: klook.com

Tunamaya Beach & Spa Resort di Pulau Tioman ialah resort yang luas dan mempunyai 54 buah Vila. Di sini, anda boleh memilih vila mana yang anda mahu, seperti vila yang berlatarkan pemandangan laut ataupun pemandangan taman. Semua vila ini dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap. Setelah seharian penat meneroka pulau, anda boleh menikmati sesi urutan di Sarang Spa. Selain itu, anda juga boleh menjamu selera di Restoran Pawana dan Bar Ombak bagi mengisi perut anda yang kelaparan.

Alamat: Lot 20 & 21, Sarang Burung, Kg. Mukut, 26800 Pulau Tioman, Pahang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman Web: https://tunamaya-tioman.careluxuryhotels.com/

6. The Barat Tioman Beach Resort

The Barat Tioman Beach Resort
Kredit Gambar: klook.com
The Barat Tioman Beach Resort
Kredit Gambar: klook.com
The Barat Tioman Beach Resort
Kredit Gambar: klook.com

Barat Tioman Beach Resort ini terletak di sebelah timur Pulau Tioman. Chalet di resort ini mempunyai pemandangan laut yang menakjubkan dari balkoni privasi yang besar. Seafront Chalets & Villas di resort ini dilengkapi dengan TV skrin rata 40 inci dan semua kemudahan yang anda perlukan. Selain itu, ia juga menawarkan kolam renang seluas 2,100 kaki persegi, perkhidmatan dobi, bilik bagasi serta bilik serbaguna bagi tujuan mesyuarat atau seminar. Di Restoran Barat yang berhadapan dengan pantai, anda boleh menjamu selera dengan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa yang lazat. Anda juga boleh barbeku sambil menikmati pemandangan indah pokok palma dan laut biru yang luas.

Alamat: Lot 438 Kampung Juara Pulau Tioman, 26800 Kuala Rompin, Pahang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman Web: https://barattioman.com/

7. Go Deeper Tioman

Go Deeper Tioman
Kredit Gambar: godeeperchalets.com
Go Deeper Tioman
Kredit Gambar: Go.Deeper.Tioman
Go Deeper Tioman
Kredit Gambar: Go.Deeper.Tioman

Go Deeper Tioman mempunyai Tube Room yang sangat unik sekaligus menawarkan anda pengalaman menginap yang menarik sepanjang percutian anda di sini. Selain anda boleh melakukan aktiviti snorkeling dan menyelam, anda juga boleh sertai aktiviti Island Hopping, mendaki dan Jungle Trekking untuk menghabiskan masa anda. Selain itu, anda juga bakal dijamu dengan makanan laut yang segar seperti udang galah, ketam, sotong dan udang dengan cara barbeku atau stimbot di sini. Jika makanan ini masih tidak mencukupi, anda boleh mencuba masakan kampung atau masakan cina yang halal seperti nasi lemak hinggalah masakan berasaskan makanan laut.

Alamat: Lot 487, Kampung Tekek, 26800, Pulau Tioman, Pahang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman Web: https://www.godeeperchalets.com/

Semak harga di shopee

8. Melina Beach Tioman

Melina Beach Tioman
Kredit Gambar: melinabeachresort.com
Melina Beach Tioman
Kredit Gambar: melinabeachresort.com
Melina Beach Tioman
Kredit Gambar: melinabeachresort.com

Melina Beach Tioman ialah resort eko yang sesuai untuk keluarga dengan menawarkan perkhidmatan privasi yang hebat. Resort ini terletak di pantai terpencil dan mempunyai pelbagai chalet tepi pantai dan taman untuk dipilih. Pantai Melina dikelilingi oleh hutan hujan tropika dan mempunyai terumbu karang indah yang letaknya tidak jauh dari pantai. Selain itu, Restoran La Terraza di resort ini dibuka untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam dengan menghidangkan pelbagai masakan khususnya masakan Itali dan tempatan. Antara hidangan yang sering dipesan ialah pizza buatan tangan, pasta berkrim dan kari yang pedas.

Alamat: Kg Genting, 26800 Pulau Tioman, Pahang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman Web: http://www.melinabeachresort.com/

Semak harga di shopee

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Want to be featured on My Weekend Plan Asia?

Contact Us or Email [email protected] for media invites.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close