8 Tempat Penginapan Terbaik di Serendah

Serendah merupakan sebuah bandar kecil dan mukim di daerah Hulu Selangor, Selangor, Malaysia. Bandar ini terletak 26 km dari utara Kuala Lumpur. Fakta menarik mengenai bandar ini ialah ia merupakan ibu pejabat salah satu pengeluar kereta nasional, iaitu Perodua.

Mungkin Serendah merupakan destinasi percutian yang kurang dikenali tetapi bandar ini mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati seperti Air Terjun Serendah yang terletak di Kampung Orang Asli Serendah, Selangor. Untuk ke sini, anda tidak perlu mendaki kerana laluannya cukup mudah dan selamat.

Apakah aktiviti yang boleh anda lakukan di Serendah?

Jika anda berada di Serendah, anda boleh melawat Perigi Tujuh Serendah. Tempat ini merupakan sebahagian daripada warisan sejarah Malaysia yang mana ia telah dibina oleh kerajaan British selepas Perang Dunia Ke-2. Perigi ini mengandungi 7 perigi, oleh sebab itu ia diberi nama Perigi Tujuh Serendah.

Perigi ini dibina dengan membenamkan telaga konkrit secara menegak ke dasar sungai dan bertindak seperti lubang palam, sekali gus membolehkan air yang dikumpulkan di hulu tasik mengalir keluar ke empangan. Tujuan telaga-telaga ini dibina adalah untuk mengurangkan kejadian banjir yang berterusan di Serendah. Kini, tempat ini sesuai dijadikan tempat berkelah bersama keluarga dan rakan-rakan.

8 Tempat Penginapan Terbaik di Serendah

1. Sekeping Serendah Retreat

Sekeping Serendah Retreat
Image credit: sekeping.com
Sekeping Serendah Retreat
Kredit Gambar: sekeping.com
Sekeping Serendah Retreat
Kredit Gambar: sekeping.com

Sekeping Serendah ialah tempat percutian peribadi yang indah di dalam hutan hujan tropika. Ia direka bentuk secara elegan dan esklusif bagi memberikan anda pengalaman bermalam yang penuh menyeronokkan disamping mendekatkan anda dengan alam semula jadi. 10 tempat penginapan yang unik dibina bagi menempatkan anda dalam alam semula jadi yang tenang. Walaupun rekaannya unik dan elegan, tempat penginapan ini tetap dilengkapi dengan keperluan asas yang selesa.

Alamat: Serendah FS, 43300, 48200, Selangor

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman Web: https://www.sekeping.com/serendah/

2. Carpe Diem Orchard Home

Carpe Diem Orchard Home
Kredit Gambar: carpediem.my
Carpe Diem Orchard Home
Kredit Gambar: carpediem.my
Carpe Diem Orchard Home
Kredit Gambar: carpediem.my

Carpe Diem Orchard Home ialah tempat percutian gaya kampung yang memberikan suasana tenang dan aman. Jika anda inginkan tempat penginapan yang privasi, tempat inilah jawapannya. Ketika anda berada di sini, anda boleh menikmati kemudahan asas yang ditawarkan tanpa sebarang gangguan. Resort ini akan mengingatkan anda kembali dengan gaya hidup yang santai dan ringkas yang mana aktiviti menyeronokkan adalah seperti mendaki, memancing atau menaiki bot.

Alamat: 803, Main Road, Kampung Sungai Choh, 48200 Serendah, Selangor

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman Web: https://carpediem.my/

Semak harga di shopee

3. Tasik Kebun Resort

Tasik Kebun Resort
Kredit Gambar: tasikkebun.com
Tasik Kebun Resort
Kredit Gambar: tasikkebun.com

Tasik Kebun Resort ialah resort alam semula jadi yang terletak di dalam bandar Serendah. Resort ini hanya 45 minit pemanduan sahaja dari Kuala Lumpur. Resort ini termasuklah 15 ekar ladang kelapa sawit dan chalet serta vila yang dibina cantik di tengah-tengah flora yang menghijau di hutan Serandah. Dengan menempatkan 4 buah vila dan 5 buah chalet yang dibina unik, resort ini juga menawarkan kolam renang, dewan makan, dewan serbaguna, pusat perkhidmatan dan rekreasi serta surau. Dengan suasana yang aman lagi tenang di sini, anda dapat melupakan kesibukan anda buat seketika.

Alamat: Jalan Anggerik 1i, Desa Anggerik, 48200 Serendah FS, 43300, Selangor

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman Web: http://www.tasikkebun.com/

4. Serendah River Retreat

Serendah River Retreat
Kredit Gambar: Serendah River Retreat
Serendah River Retreat
Kredit Gambar: Serendah River Retreat
Serendah River Retreat
Kredit Gambar: Serendah River Retreat

Serendah River Retreat ini terletak berhampiran dengan Sungai Selaru. Aliran sungai yang mengalir bersebelahan dengan Brickhouse dan Woodhouse dapat menyejukkan suasana buat  seketika sewaktu cuaca panas. Di sini, anda dapat mendengar dengan jelas bunyi cengkerik dan hidupan liar. Selain itu, laluan trekking 30 minit dari resort ini membawa anda ke air terjun yang indah. Inilah impian ramai pengunjung sewaktu bercuti di sini. Suasana tenang dan aman membuatkan anda berasa segar dan bertenaga sambil menikmati panorama flora yang menakjubkan.

Alamat: 48200 Serendah, Selangor

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Facebook : https://www.facebook.com/serendahretreat/

5. Selaruloft Serendah

Selaruloft Serendah
Kredit Gambar: selarulofthouse
Selaruloft Serendah
Kredit Gambar: selarulofthouse
Selaruloft Serendah
Kredit Gambar: selarulofthouse

Selaruloft Serendah ialah pondok yang dibina dengan reka bentuk moden dan konsep terbuka, iaitu menggunakan tingkap kaca daripada tanah sehingga ke syiling. Selain itu, resort ini juga menyediakan kemudahan asas termasuklah dapur. Resort ini terletak bersebelahan dengan Sungai Selaru dan boleh memuatkan 10 orang dalam satu-satu masa. Jika anda ke sini, anda boleh menikmati air sungai yang sejuk atau berkelah di tepi sungai bersama keluarga. Reka bentuk resort ini sesuai bagi mereka yang mencari ketenangan di tempat yang terpencil dan privasi.

Alamat: 48200 Serendah, Selangor

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Facebook: https://www.facebook.com/selarulofthouseserendah/

6. Ode to Joy Serendah

Ode to Joy Serendah
Kredit Gambar: Samantha Yap
Ode to Joy Serendah
Kredit Gambar: Ode to Joy
Ode to Joy Serendah
Kredit Gambar: Ode to Joy

Ode To Joy ini terletak di dalam Serendah Golf Resort yang hanya 45 minit pemanduan sahaja dari Kuala Lumpur. Resort ini mampu memuatkan sehingga 16 orang dalam satu-satu masa. Anda boleh menikmati banyak aktiviti di sini seperti mendaki, berenang, bersenam dan juga memancing. Selain itu, anda juga boleh bermain mahjong, ping pong dan juga karaoke di sini. Antara tempat menarik yang berdekatan dengan resort ini ialah Bukit Fraser, Taman Templer, Kolam Air Panas Hulu Tamu, Taman Negeri Selangor, Air Terjun Serendah, dan Perigi Tujuh.

Alamat: 25, Persiaran Meranti Utara, 48200 Serendah, Selangor

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Facebook : https://www.facebook.com/people/Ode-to-Joy/100057302356145/

7. Bonda Homestay Serendah

Bonda Homestay Serendah
Kredit Gambar: Bonda Homestay Serendah
Bonda Homestay Serendah
Kredit Gambar: Bonda Homestay Serendah
Bonda Homestay Serendah
Kredit Gambar: Bonda Homestay Serendah

Bonda Homestay Serendah menyediakan 3 bilik tidur, 2 bilik mandi dan kawasan yang besar untuk berkumpul. Ia sesuai untuk penginapan keluarga kerana terletak jauh dari bandar besar. Homestay ini terletak bersebelahan dengan air terjun dan hutan hijau yang subur, sekaligus menjadikan tempat ini sesuai untuk berkelah dan aktiviti sukan yang lain. Selain dilengkapi dengan kemudahan seperti sofa, TV saluran Astro, meja makan, dapur memasak, katil dan juga pemanas air, keperluan dapur yang asas juga turut disediakan. Jika anda memandu ke sini, anda tidak perlu risau tentang tempat letak kereta kerana di sini mampu memuatkan sehingga 4 buah kereta.

Alamat: No 17, Jalan Melor 5g, Desa Melor, 48200 Serendah, Selangor

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Facebook:https://m.facebook.com/story.phpstory_fbid=106084293123194&id=106073119790978

8. Canaan Valley Serendah

Canaan Valley Serendah
Kredit Gambar: canaanvalleyserendah
Canaan Valley Serendah
Kredit Gambar: canaanvalleyserendah

Canaan Valley Serendah merupakan homestay pertanian yang luas dan selesa. Homestay ini menawarkan kemudahan seperti kolam renang dan juga stadium tertutup yang menempatkan 3 gelanggang badminton. Selain itu, anda boleh menjamu selera di Lembah Canaan dengan hidangan yang sihat, lazat dan organik khusus dari ladang pertanian mereka. Jika anda bosan, anda boleh mendaki, berenang, memancing dan menikmati alam semula jadi sambil merehatkan minda anda daripada kesibukan kota.

Alamat: Taman Tasik Teratai, 48200 Serendah, Selangor

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Facebook: https://www.facebook.com/canaanvalleyserendah/

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close