8 Tempat Penginapan Terbaik di Terengganu 2022

Jika anda inginkan percutian yang tenang dan memukau, anda bolehlah lawati Terengganu. Terletak di pantai timur, negeri ini terkenal dengan pantai yang cantik dan landskap semula jadi yang asli. Meskipun arus pembangunan semakin pesat di Terengganu, keunikan dan keindahan pantai-pantai di sini masih lagi terpelihara.

Terkenal dengan kawasan pesisir pantai sejauh 244km, negeri ini juga memiliki hutan hujan tropika yang tidak tercemar sehinggakan ia menjadi salah satu destinasi percutian wajib bagi para pelancong baik dari luar mahupun dalam negara.

Selain kaya dengan keindahan alam semula jadi, negeri ini juga kaya dengan kebudayaan Melayu yang dipamerkan menerusi kegiatan seharian dan acara kebudayaan. Bahasa perantaraan penduduk di negeri ini pula ialah bahasa dialek Terengganu, yang mana berbeza dengan bahasa Malaysia standard. Jika anda berkunjung ke Terengganu, semestinya Keropok Lekor, Sata dan Otak-otak menjadi buruan santapan anda kerana sajian ini ialah kudapan terkenal di sini. Rugi kalau anda tidak mencubanya.

Apakah yang Menarik di Terengganu?

Jika anda meminati sukan mendaki, anda boleh mendaki Bukit Puteri yang terletak di Kuala Terengganu. Anda boleh melihat pemandangan Kuala Terengganu dengan jelas dari bukit ini. Selain itu, anda juga boleh lawati Chinatown, Pasar Payang serta Wanisma Craft & Trading jika anda mencari buah tangan untuk dibawa pulang nanti. Selain kudapan yang menyelerakan, Terengganu juga terkenal dengan batik yang berkualiti. Anda juga boleh melawat Noor Arfa Batik bagi melihat proses pembuatan batik.

Setelah seharian berjalan, mesti anda ingin mencari tempat penginapan yang selesa, berpatutan dan bersih bagi merehatkan diri. Berikut kami hidangkan 8 pilihan tempat penginapan yang terbaik untuk anda kunjungi:

8 Tempat Penginapan Terbaik di Terengganu 2022

1. Tanjong Jara Resort

Tanjong Jara Resort
Image credit: klook.com
Tanjong Jara Resort
Image credit: klook.com
Tanjong Jara Resort
Image credit: klook.com

Resort ini dibina berlatarkan seni bina istana abad ke-17. Dihiasi dengan dinding kayu yang kukuh dan fabrik yang mewah, para penginap juga disajikan dengan pemandangan Laut China Selatan yang luas membiru atau landskap hijau taman yang memukau. Selain itu, resort ini juga menawarkan sajian lengkap makan malam romantis buat para penginap yang ditemani pemandangan pantai yang indah.

Alamat: Batu 8, Off Jalan Dungun, 23000 Kuala Dungun, Terengganu.

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang: https://www.tanjongjararesort.com/

2. Alaya Malai

Alaya Malai
Image credit: alaya.malai
Alaya Malai
Image credit: alaya.malai
Alaya Malai
Image credit: alaya.malai

Berkonsepkan hotel butik yang menarik, Alaya Malai merupakan salah satu penginapan yang disyorkan bagi anda yang inginkan keselesaan dan privasi. Hotel ini dikelilingi taman yang menghijau dengan kicauan burung, rama-rama dan tupai sehinggakan para penginap merasai seolah-olah mereka berada di dalam hutan yang nyaman. Hotel ini juga terkenal dengan servis perkhidmatan yang terbaik selain menyajikan masakan Melayu yang menyelerakan sehingga menjadikan para penginap seringkali menempah hotel ini sebagai salah satu tempat penginapan mereka ketika berkunjung ke Terengganu.

Alamat: Lot 3, Jalan Pantai Merang, 21010 Chalok, Terengganu.

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang: https://www.instagram.com/p/BuK7NjoBZY1/

3. Terrapuri Heritage Village, Penarik

Terrapuri Heritage Village Penarik
Image credit: klook.com
Terrapuri Heritage Village Penarik
Image credit: klook.com
Terrapuri Heritage Village Penarik
Image credit: klook.com

Terrapuri Heritage Village, yang terletak di Penarik merupakan projek pemuliharaan yang melibatkan 29 buah rumah klasik, antik ratusan tahun. Seni bina resort ini bertemakan istana Terengganu abad ke-17. Selain itu, resort ini juga memiliki 20 buah vila eksklusif, sebuah galeri dan sebuah rumah pantai yang menarik. Hidangan santapan bagi para penginap pula disajikan di ruangan Sesayap, iaitu ruang terbuka yang dikelilingi taman.

Alamat: 21010  Permaisuri, Terengganu

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang: https://www.terrapuri.com/

4. Anjong Pantai Seberang

Anjong Pantai Seberang
Image credit: Agoda.com
Anjong Pantai Seberang
Image credit: Agoda.com
Anjong Pantai Seberang
Image credit: Agoda.com

Resort ini berkonsepkan chalet yang diinspirasikan daripada rumah tradisional Melayu. Para penginap boleh memilih chalet berdasarkan bajet dan keselesaan mereka. Selain itu, resort ini juga dilengkapi dengan alat penghawa dingin dan kelengkapan perabut yang serba guna. Jarak pantai dan resort ini pula tidak jauh selain deretan jalan dipenuhi dengan kedai serbaneka dan gerai makan yang menyajikan makan tempatan yang unik dan enak.

Alamat: Jalan Fikri, Kampung Baru Seberang Takir, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang: https://www.facebook.com/anjungpantai/

Semak harga di shopee

5. Casa Tanjung Jara

Casa Tanjung Jara
Image credit: Agoda.com
Casa Tanjung Jara
Image credit: Agoda.com
Casa Tanjung Jara
Image credit: Agoda.com

Resort ini terletak di Dungun yang hanya 100 meter sahaja daripada Pantai Tanjong Jara. Dilengkapi dengan kolam renang, tempat letak kereta, ruangan rehat serta taman, resort ini disyorkan bagi mereka yang mementingkan privasi dan keselesaan. Resort ini juga dilengkapi Wifi, TV dan juga alat penghawa dingin. Boleh dikatakan resort ini strategik kerana ia hanya terletak 9km sahaja dari Rantau Abang dan 12 km dari Pulau Tenggol. Kedua-dua destinasi ini juga merupakan tempat pelancongan yang wajib dilawati di Terengganu.

Alamat: 2212, Jalan Pantai Teluk Bidara, Jalan Seberang Pintasan, 23050 Kuala Dungun, Terengganu

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Website: https://www.facebook.com/casatanjungjara/

6. Ulek Beach Resort

Ulek Beach Resort
Image credit: klook.com
Ulek Beach Resort
Image credit: klook.com
Ulek Beach Resort
Image credit: klook.com

Resort ini bercirikan ala kampung selain menitikberatkan dekorasi tradisional Malaysia. Selain dilengkapi dengan tempat untuk barbeku, resort ini juga menyediakan kolam renang dan juga kursus golf bagi para penginap. Resort ini juga menyediakan 3 jenis bilik iaitu Superior Standard Room, Superior Deluxe Room ataupun Family Suite Room. Para penginap boleh memilih mana-mana bilik yang mereka sukai mengikut keselesaan mereka.

Alamat: Ulek Beach Resort, Jalan Pantai Sura, Hujung, 23000 Kuala Dungun, Terengganu

Google Map: Navigate Now

Ulasan (Google): Here

Laman Sesawang: https://www.ulekbeachresort.com.my/

7. Paya Bunga Hotel Terengganu

Paya Bunga Hotel Terengganu
Image credit: klook.com
Paya Bunga Hotel Terengganu
Image credit: klook.com
Paya Bunga Hotel Terengganu
Image credit: klook.com

Hotel ini bertemakan shariah-compliant yang menempatkan sebanyak 208 buah bilik dan suite. Terletak di tengah bandar Kuala Terengganu selain dikelilingi pelbagai bangunan tersohor, hotel ini menawarkan masakan barat dan juga steamboat buat para penginapnya.

Alamat: Jalan Tengku Embong Fatimah, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Sesawang: https://www.payabungahotel.com/en/

8. Resorts World Kijal

Resorts World Kijal
Image credit: klook.com
Resorts World Kijal
Image credit: klook.com
Resorts World Kijal
Image credit: klook.com

Resort ini merupakan salah satu tempat penginapan terkenal di Terengganu. Menyediakan kursus golf kepada para penginap, resort ini juga menyediakan sesi melihat penyu dan aktiviti menarik di sepanjang pantai. Bagi mereka yang menginginkan masakan tempatan yang enak, Restoran Meraga Beris di resort ini ada menyajikannya. Jika anda mencari kepelbagaian aktiviti di tempat penginapan, Resort World Kijal ini boleh memenuhi selera percutian anda.

Alamat: Km 28, 24210, Jalan Kemaman – Dungun, Kampung Meraga Beris, 24100 Kijal, Terengganu

Google Map: Navigate Now

Ulasan (Google): Here

Laman Sesawang: https://www.rwkijal.com/

Dapatkan Baucher Percuma Lazada di sini.

Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini.

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close