8 Tempat Penginapan Terbaik in Janda Baik

Janda Baik mula didiami oleh tiga orang penduduk kampung Bentong pada tahun 1930. Ia merupakan sebuah kampung di daerah Bentong, Pahang, yang terletak kira-kira 45 km dari Kuala Lumpur. Janda Baik terkenal dengan pelbagai aktiviti luar yang menarik seperti berbasikal dan larian denai, paintball, berenang dan pemanduan ATV.

Disebabkan persekitaran semula jadi yang sebahagian besarnya tidak disentuh dan dipelihara dengan baik, Janda Baik menawarkan pelbagai lokasi alam semula jadi yang menarik. Janda Baik mempunyai air terjun yang paling indah, pantai berpasir putih dan pemandangan puncak bukit yang menakjubkan. Tempat ini merupakan lokasi percutian yang sempurna buat pengunjung yang sukakan alam semula jadi.

Apakah aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di Janda Baik?

Terdapat banyak tempat berkelah yang berdekatan dengan kawasan air terjun yang cantik di Janda Baik. Sementara anda berkelah dan makan sandwic, anda boleh lihat keindahan air terjun ini yang sungguh memukau. Pemandangan sebegini boleh membuatkan anda lupa sejenak tentang kesibukan di bandar.

Jika anda sukakan aktiviti sukan yang mencabar, anda boleh ke Bidaisari Stables untuk menunggang kuda atau bermain paintball di SWAT Paintball bersama rakan-rakan. Anda juga boleh belajar memasak atau berkebun di A Little Farm on the Hill.

8 Tempat Penginapan Terbaik Janda Baik

1. Embun Luxury Villas

Embun Luxury Villas
Kredit Gambar: embunvillas.com
Embun Luxury Villas
Kredit Gambar: embunvillas.com
Embun Luxury Villas
Kredit Gambar: embunvillas.com

Embun Luxury Villas terletak di atas bukit yang dikelilingi oleh hutan rimbun di Janda Baik. Vila-vila ini dilengkapi dengan pancuran mandian hujan, ruang tamu yang berasingan, TV, dapur kecil yang serba lengkap, penghawa dingin, peralatan mandian, jubah mandi, tuala, pengering rambut, selipar bilik tidur, seterika dan papan seterika, peti keselamatan, peti sejuk, ketuhar gelombang mikro dan telefon. Terdapat juga Rumah Kelab dan kolam renang disediakan untuk anda berseronok bersama keluarga dan rakan-rakan di sini.

Alamat: Hulu Sum-Sum, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.embunvillas.com/

Semak harga di shopee

2. AmanRimba Private Estate

AmanRimba Private Estate
Kredit Gambar: amanrimba.com
AmanRimba Private Estate
Kredit Gambar: amanrimba.com
AmanRimba Private Estate
Kredit Gambar: amanrimba.com

AmanRimba adalah estet persendirian yang mempunyai 6 vila peribadi. Vila-vila ini boleh menempatkan sehingga 35 tetamu dan terletak di atas tanah seluas 3 ekar. Vila-vilanya luas dan terang serta mempunyai tingkap-tingkap besar yang menghadap ke arah taman. Semua vila dihiasi mengikut reka bentuk seni tradisional Melayu klasik. Vila-vila ini juga dilengkapi dengan penghawa dingin bagi memberikan keselesaan kepada para penginap. Makanan disediakan dengan teliti oleh sepasukan chef kampung yang pakar dalam masakan Melayu dengan menggunakan bahan-bahan yang segar. Anda boleh memilih sajian makanan terlebih dahulu semasa anda membuat tempahan untuk menginap di sini.

Alamat: Lot 5487, Kampung Janda Baik, 28750 Janda Baik, Pahang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web : https://amanrimba.com/

3. Green Acres Fraser’s Hill

Enderong Resort Malaysia
Kredit Gambar: Enderong Resort
Enderong Resort Malaysia
Kredit Gambar: Enderong Resort
Enderong Resort Malaysia
Kredit Gambar: Enderong Resort

The Enderong Resort Malaysia ialah rumah batu dan kayu tiga tingkat yang memiliki tingkap kaca besar dan siling tinggi. Resort ini menempatkan 8 bilik tidur yang luas sehingga boleh memuatkan 26 tetamu dalam satu masa. Walau bagaimanapun, resort ini hanya boleh diakses dengan kenderaan persendirian atau kenderaan sewa kerana tiada pengankutan awam di kawasan itu. Namun begitu, perkhidmatan teksi untuk bergerak keluar masuk ke resort ini boleh disediakan atas permintaan anda. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke pintu masuk Tanarimba yang menggunakan Lebuhraya Karak ini mengambil masa lebih kurang 45 minit. Enderong Resort hanya terletak  5 minit  sahaja dari pintu masuk Tanarimba. Hanya kenderaan yang dibenarkan masuk sahaja boleh melalui pintu masuk Tanarimba ini. Anggota keselamatan di rumah pengawal akan mengawal  pintu masuk ini bagi memelihara privasi para tetamu yang menginap di resort ini.

Alamat: C21, Persiaran Enderong Jalan Tanarimba Pine Tanarimba, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://m.facebook.com/EnderongResort/

4. Fifty4Ferns Resort

FiftyFerns Resort
Kredit Gambar: fifty4ferns.com.my
FiftyFerns Resort
Kredit Gambar: fifty4ferns.com.my
FiftyFerns Resort
Kredit Gambar: fifty4ferns.com.my

Fifty4Ferns Resort ini terletak 45 kilometer dari Kuala Lumpur. Resort ini menempatkan 24 chalet yang dikelilingi oleh kehijauan alam semula jadi yang memukau. Di sini, anda boleh menikmati pemandangan puncak bukit yang menakjubkan. Selain itu, anda boleh menjamu selera di CAFÉ 54 dan GEREK 54 bagi merasai masakan tempatan yang lazat serta ikan yang baru ditangkap.

Alamat: Lot 12188, Lorong Cheringin, 28750, Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.fifty4ferns.com.my/

5. Cherengin Hills Convention & Spa Resort Bentong

Cherengin Hills Convention Spa Resort Bentong
Kredit Gambar: klook.com
Cherengin Hills Convention Spa Resort Bentong
Kredit Gambar: klook.com
Cherengin Hills Convention Spa Resort Bentong
Kredit Gambar: klook.com

Di Cherengin Hills Convention & Spa Resort Bentong, mereka menyediakan 4 jenis bilik penginapan seperti Bilik Superior, Bilik Deluxe, Suite Premier dan Suite Eksekutif. Resort ini mempunyai kolam renang, meja ping pong dan tempat bermain dart. Anda boleh menjamu selera di Gelugor Garden Cafe, Sendaloka, ataupun Bayu Terrace, yang merupakan sebuah rumah gril terbuka untuk tetamu berehat dan mendengar muzik.

Alamat: Lot 5540 & 5936, 28750, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.cherenginhills.com/

6. Mandara Tree Villas

Mandara Tree Villas
Kredit Gambar: mandara-tree-villas.business.site
Mandara Tree Villas
Kredit Gambar: mandara-tree-villas.business.site
Mandara Tree Villas
Kredit Gambar: mandara-tree-villas.business.site

Mandara Tree Villas akan memberikan anda pengalaman menginap yang unik kerana ia terletak di lokasi terpencil yang dikelilingi oleh kehijauan yang memukau. Vila ini mempunyai kawasan luas yang sesuai untuk aktiviti keluarga dan permainan seperti badminton, permainan tangkap, atau menganjurkan makan malam barbeku. Selain itu, resort ini juga sesuai untuk keluarga yang mempunyai kanak-kanak. Lokasi resort yang terpencil ini boleh menjadi satu medium buat mengukuhkan hubungan antara satu sama lain tanpa sebarang gangguan atau stres dari bandar.

Alamat: Pahang Lot 28602, Lorong Cheringin Tengah, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://mandara-tree-villas.business.site/

Semak harga di shopee

7. D’Villa Janda Baik

DVilla Janda Baik
Kredit Gambar: D’Villa
DVilla Janda Baik
Kredit Gambar: D’Villa
DVilla Janda Baik
Kredit Gambar: agoda.com

Reka bentuk D’Villa ini diilhamkan daripada hutan semula jadi yang ada di sekelilingnya. Penggunaan warna kontemporari dan dihiasi dengan hiasan yang ringkas membuatkan vila ini kelihatan anggun dan elegan. Di sini, anda pasti terpegun dengan keindahan alam semula jadi yang menghijau dan suasana gunung yang menyejukkan. Resort ini berfungsi sebagai tempat percutian yang hebat daripada cuaca Malaysia yang panas. Tingkap-tingkap di D’Villa ini berlatarkan pemandangan indah dan setiap bilik penginapannya dilengkapi dengan semua kelengkapan moden termasuklah TV, pancuran mandian air panas, penghawa dingin dan kemudahan bilik mandi.

Alamat: A319, Jalan Tanarimba Pine, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web : https://www.facebook.com/dvillajandabaik/

8. Danau Daun Chalets

Danau Daun Chalets
Kredit Gambar: doctorMGB
Danau Daun Chalets
Kredit Gambar: doctorMGB
Danau Daun Chalets
Kredit Gambar: Faisal S

Danau Daun Chalets ialah tempat percutian aman yang terletak di tengah-tengah hutan hujan tropika. Chalet-chalet ini sesuai untuk percutian keluarga ataupun pasangan untuk berbulan madu. Chalet-chalet ini juga mempunyai tempat untuk barbeku dan taman, malah ada sesetengah chalet mempunyai kolam renang peribadi. Bayangkan, suasana dingin di malam hari dihangatkan dengan makanan dan minuman panas yang menyegarkan sambil melihat langit yang dipenuhi bintang. Pasti mengasyikkan! Danau Daun Chalets ini berfungsi sebagai tempat percutian yang indah bagi anda yang ingin mengosongkan fikiran dan menyegarkan semangat anda.

Alamat: Lot 5347, Kg. Sum-Sum Hilir, Malaysia, Kampung Janda Baik, 28750, Pahang

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.danaudaunchalets.com/

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close