8 Tempat Terbaik untuk Instagram Anda di Selangor

Instagram kini telah menjadi platform media sosial nombor 1 dan sentiasa digunakan untuk mengemas kini pengikut tentang tempat berkunjung, tempat makan, perkara yang anda lihat atau lakukan. Oleh itu, tidak hairanlah jika kandungan instagram anda akan dipenuhi dengan pelbagai gambar menarik dan ceria tentang perjalanan anda atau hari-hari anda.

Hari ini, teknologi telah membolehkan kita berkongsi pengalaman dengan klik lokasi yang menarik sama ada secara visual ataupun tidak, dengan mengambil gambar untuk menyiarkannya di media sosial. Hal ini membolehkan rakan-rakan dan keluarga tahu keberadaan anda selain apa yang sedang anda lakukan. Jika anda muat naik gambar yang lawa di lokasi yang unik, semestinya mereka akan menghujani anda dengan pertanyaan lokasi bergambar anda.

Bagaimanakah menentukan lokasi yang menarik dan terbaik bagi Instagram anda?

Kecantikan sesuatu tempat dinilai berdasarkan nilai estetika, keindahan dan ciri-ciri unik lokasi tertentu. Menurut satu kajian, 40% daripada golongan milenial memilih lokasi berdasarkan tahap “Instagrammability” mereka atau tahap lokasi unik yang membolehkan mereka bergambar dan memuat naik di media sosial. Tempat-tempat yang dipilih itu dianggap sebagai lokasi yang paling indah dan fotogenik dan biasanya menjadi lokasi pilihan Instagrammer dan pelancong di seluruh dunia.

Terdapat banyak lokasi menakjubkan yang sesuai untuk Instagram anda di Selangor. Ada sesetengahnya mungkin anda pernah mendengar, selebihnya pula mungkin tidak. Teruskan membaca artikel ini untuk melihat senarai tempat menarik dan terbaik untuk Instagram anda. Percayalah, anda pasti tidak menyesal.

8 Tempat Terbaik untuk Instagram Anda di Selangor

1. Sky Mirror Kuala Selangor

Sky Mirror Kuala Selangor
Kredit Gambar: @cooper_meno_maltese
Sky Mirror Kuala Selangor
Kredit Gambar: @cooper_meno_maltese

Anda tidak lagi perlu pergi jauh ke Salar De Uyuni di Bolivia untuk bergambar seperti ini. Mengapa? Kerana Sky Mirror di Kuala Selangor boleh menawarkan anda pengalaman yang sama. Kawasan Sky Mirror ini merupakan lantai pantai berair yang kelihatan sewaktu air sedang surut. Biasanya kawasan ini berpasir, luas dan seolah-olah memantulkan pantulan sewaktu anda berdiri di sekitarnya. Anda boleh menikmati panorama ini dan mengabadikannya dengan gambar yang unik. Gunakan sifat pantulan yang dipantulkan oleh lantai pantai disini dan ambil gambar pantulan langit yang berada betul-betul di kaki anda.

Anda akan terkejut melihat hasilnya! Disebabkan tempat ini sungguh unik, ramai pengunjung yang ingin ke sini. Jadi, untuk mengelakkan daripada kekecewaan, anda perlu menempah slot Sky Mirror Tour bagi memastikan kunjungan anda tidak sia-sia. Perjalanan ke tempat ini mengambil masa 30 minit jadi pakailah sunblock supaya kulit anda tidak terbakar. Makanan ringan dan air akan disediakan selepas sesi fotografi. Nikmatilah masa anda di Sky Mirror sepuasnya kerana fenomena ini hanya boleh dilihat semasa air surut dan hanya pada hari-hari tertentu setiap bulan sahaja.

Waktu Operasi: Setiap hari (6.00 pagi-10.00 malam)

Alamat: Jalan Sultan Mahmud, 45000 Kuala Selangor, Selangor

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Web:  https://www.skymirrortour.com/

Rujuk Harga di Klook

2. Sekinchan Paddy Fields

Sekinchan Paddy Fields
Kredit Gambar: @alyne_rusli
Sekinchan Paddy Fields
Kredit Gambar: @happyfingers

Masa terbaik untuk melawat Sawah Padi Sekinchan ialah pada bulan Mac, April, September, dan Oktober kerana bulan-bulan ini merupakan musim pra-penuaian yang membolehkan anda melihat sawah padi yang sempurna. Apabila anda tiba ke sini, anda akan melihat padang yang kehijauan dan indah sejauh mata memandang. Kicauan burung juga kedengaran di samping aliran anak sungai mengalir yang bersebelahan dengan sawah padi. Anda juga boleh menyewa basikal disini untuk berjalan-jalan melihat kawasan di sekeliling sawah padi. Cuma, kami cadangkan anda tiba ke sini pada waktu pagi atau sebelum tengah hari kerana cuaca akan lebih panas pada sebelah petang. Lokasi ini bukan sahaja bagus dan menarik untuk suapan instagram anda, tetapi ia juga sesuai untuk percutian bersama keluarga.

Waktu Operasi: Setiap hari

Alamat: Pekan Sekinchan, 45400 Sekinchan, Selangor

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Web:  https://visit-sekinchan.com/attraction-in-sekinchan/paddy-field.html

Rujuk Harga di Klook

3. Tamarind Square

Tamarind Square
Kredit Gambar: @lesliepng
Tamarind Square
Kredit Gambar: @eyleedakhelil

Tamarind Square ialah tempat yang bagus untuk berehat dan merapatkan hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan. Lokasi yang indah dengan seni bina ini memenangi anugerah dek kerana elemen kehijauan dan konsep reka bentuknya berasaskan eko-minimalis. Tempat melepak ini popular dalam kalangan penduduk tempatan dan seringkali menjadi lokasi penggambaran foto kegemaran untuk Instagrammer dan pengantin baru. Terdapat pelbagai deretan kedai seperti kedai makanan, kedai buku, gim dan kedai runcit. Kawasan ini menjadi agak sesak selepas waktu pejabat dan hujung minggu kerana lokasi ini semakin popular dan menjadi tumpuan para pengunjung.

Waktu Operasi: Setiap hari (10.00 Pagi-10.00 malam)

Alamat: Tamarind Bldg Rd, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Web:  https://www.tamarindsq.com/

4. i-City Theme Park

i City Theme Park
Kredit Gambar: @kaiwen_1216
i City Theme Park
Kredit Gambar: @amnina_taj

Taman Tema i-City ialah taman tema keluarga yang mempunyai lebih daripada 50 tarikan. Taman ini dinamakan sebagai salah satu daripada 25 tempat paling terang di dunia oleh CNN. Anda boleh menikmati pelbagai tarikan dan permainan bersama keluarga dan rakan-rakan. Malahan, pada masa yang sama, anda boleh menangkap gambar yang sesuai untuk suapan Instagram anda sebagai kenangan yang menyeronokkan. Setelah penat bermain dan bergambar, anda boleh menjamu selera di taman tema ini dengan pelbagai pilihan makanan yang ditawarkan. Pastikan juga anda berada di taman ini ketika paparan lampu LED berwarna-warni dihidupkan pada waktu malam kerana ia kelihatan cantik dan merupakan peluang bergambar yang sukar untuk ditolak.

Waktu Operasi: Setiap hari (5.00 petang-12.00 malam)

Alamat: i-Gallery, Jalan Multimedia, I-City, 40000 Shah Alam, Selangor

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Web:  https://iticket.i-city.my/

5. Batu Caves

Batu Caves
Kredit Gambar: @za8xydro
Batu Caves
Kredit Gambar: @demas

Batu Caves ialah sebuah bukit batu kapur yang terdiri daripada rangkaian gua dan juga kuil gua. Tempat ini terletak di Gombak. Inilah satu-satunya kuil yang terkenal di luar India dan didedikasikan untuk Dewa Murugan. Setiap kali perayaan Thaipusam disambut, kawasan kuil ini akan dipenuhi dengan para penganutnya bagi merayakannya. Dikatakan terdapat hampir 300 anak tangga berwarna-warni untuk didaki oleh para pengunjung sebelum tiba ke tahap tertinggi gua tersebut. Susunan tangga yang berwarna-warni ini menjadi daya tarikan buat para jurugambar mahupun pengunjung di seluruh dunia untuk ke sini dan mengambil gambar. Jika anda ke sini, sila berhati-hati dengan barangan anda kerana terdapat monyet-monyet nakal yang suka mengambil barang para pelancong terutamanya makanan. Adalah tidak digalakkan anda memberi makanan kepada mereka. Lawatilah tempat ini dan cubalah mendaki ke puncak tangga tertinggi kerana anda akan disajikan dengan pemandangan Gombak serta bahagian dalam gua yang sungguh menarik untuk dipotretkan.

Waktu Operasi: Isnin-Jumaat (10.00 pagi-5.00 petang), Sabtu- Ahad (10.30pagi-5.30 petang)

Alamat: Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Web:  https://selangor.travel/listing/batu-caves/

Rujuk Harga di Klook

6. Spacerubix

Spacerubix
Kredit Gambar: @rj.rongjie
Spacerubix
Kredit Gambar: @placesmalaysia

Spacerubix ialah ruang komuniti dengan reka bentuk dan seni bina yang unik serta menarik. Kompleks ini terletak di Puchong, tidak jauh dari Kuala Lumpur. Kompleks ini menyediakan ruang untuk mesyuarat, sukan, kecergasan, acara, latihan dan tempat penginapan yang menjimatkan kos. Kompleks ini dikatakan boleh memuatkan sehingga 2,000 orang pada satu-satu masa dan mempunyai ruang tempat letak kereta yang juga luas. Reka bentuk hab ruangan serbaguna yang berwarna-warni ini sangat bagus kerana ia menarik perhatian para pengunjung untuk bergambar, tambah-tambah lagi pengguna Instagram yang ingin memuat naik gambarnya yang cantik di sini. Boleh dikatakan, kompleks ini layak dijadikan lokasi bergambar yang unik dan cantik kerana menampilkan reka bentuk yang kontemporari dan ceria. Jadi, apa kata gunakan ruangan kompleks ini untuk acara perkumpulan anda bersama rakan-rakan. Pasti hebat dan cantik gambar anda!

Waktu Operasi: Setiap hari (8.00 pagi- 11.00 malam)

Alamat: Jalan TPP 1/7, Taman Perindustrian Puchong, 47100 Puchong, Selangor

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Web:  https://spacerubix.my/

7. Lover’s Bridge, Tanjong Sepat

Lovers Bridge Tanjong Sepat
Kredit Gambar: @ssarahchy
Lovers Bridge Tanjong Sepat
Kredit Gambar: @joeycafe

Lover Bridge atau dalam bahasa Melayunya Jambatan Kekasih ialah jeti konkrit yang menghala jauh ke laut. Jambatan ini berhubung dengan jeti dihujung sana yang membolehkan bot nelayan berlabuh ketika air surut. Masa terbaik untuk sesi fotografi ialah pada waktu petang iaitu semasa matahari terbenam. Selepas sesi fotografi, anda boleh bersiar-siar ditemani deretan lampu di sepanjang jambatan. Pada masa dahulu, tempat ini popular bagi pasangan kekasih untuk bertemu pada waktu malam, sekaligus menyumbang kepada nama jambatan ini. Kini, anda boleh melihat ramai pemancing melakukan aktiviti menangkap ikan pada waktu malam kerana udaranya yang dingin dan tidak panas selain bunyi ombak yang mendamaikan.

Waktu Operasi: Setiap hari

Alamat: 21, Jalan Senangin 1, Taman Tanjung, 42800 Tanjong Sepat, Selangor

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

8. Gamuda Gardens

Gamuda Gardens
Kredit Gambar: @mirzanajia
Gamuda Gardens
Kredit Gambar: @shaarin

Taman ini ialah kawasan pembangunan seluas 810 ekar yang menggabungkan gaya hidup dan alam semula jadi di dalam satu kawasan perbandaran. Taman ini menampilkan Waterfront Village yang menempatkan deretan runcit yang unik dengan kedai runcit dan F&B yang dipilih khas. Taman yang luas ini terletak di tengah-tengah 5 tasik bertingkat. Selain itu, Central Park yang seluas 50 ekar juga merupakan kawasan mesra haiwan peliharaan. Kawasan indah ini juga sesuai dijadikan sebagai lokasi untuk sesi penggambaran sepanjang hari. Pengunjung boleh menyewa basikal elektrik dan menerokai persekitaran yang indah sambil menghirup udara yang segar.

Waktu Operasi: Setiap hari (9.00 pagi-7.00 malam)

Alamat: Persiaran Gamuda Gardens 1, 48050 Rawang, Selangor

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Laman Web:  https://gamudaland.com.my/our-developments/gamuda-gardens


Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini

Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close