9 Kedai Produk Penjagaan Rambut Terbaik di Malaysia 2022

Kebanyakan  orang amat memberi pemerhatian yang rapi terhadap rambut mereka. Persis dengan kata-kata yang sering diusung, iaitu ‘Rambut adalah mahkota seseorang’. Bagi sesetengah individu, rambut memberi keyakinan kepada mereka untuk menempuh hari-hari mereka di samping membuatkan mereka berasa tenang apabila mengetahui rambut mereka bebas daripada segala kerosakan. 

Walau bagaimanapun, penjagaan rambut anda boleh menjadi lebih daripada sekadar rutin penjagaan rambut yang biasa. Justeru, terdapat banyak produk yang dibuat secara khusus untuk merawat segala permasalahan rambut seperti kulit masalah kering, kelemumur, rambut berminyak, rambat yang berpecah serta banyak lagi. Namun begitu, sekiranya anda ingin mencari produk yang bersesuaian dengan anda agak sukar dan mencabar. Oleh sebab itu, kami memudahkan anda untuk membeli produk terbaik untuk rambut anda dengan 9 Kedai Produk Penjagaan Rambut Terbaik di Malaysia 2022.

Mengapakah kita perlu menjaga rambut dan kulit kepala? 

Terdapat pelbagai sebab yang menekankan tentang kepentingan penjagaan rambut dan kulit kepala untuk mengekalkan kebersihan kulit kepala dan rambut di mana ia membantu untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang masalah kulit. 

Bagaimanakah untuk menjaga rambut?

Perkara pertama yang perlu dilakukan individu adalah untuk mengamalkan cara mencuci rambut yang bersesuaian dengan jenis rambut anda. Antara pelbagai penjagaan lain yang boleh anda lakukan adalah dengan menggunakan ‘hair mask’ sekali atau dua kali seminggu, bergantung kepada kesesuaian dan masa. Kemudian, anda perlu mendapatkan trim yang biasa untuk menjaga kesihatan rambut dan kepala anda. 

9 Kedai Produk Penjagaan Rambut Terbaik di Malaysia

1. HAIRDEPOT

HAIRDEPOT
Kredit gambar: HAIRDEPOT
HAIRDEPOT
Kredit gambar: HAIRDEPOT
HAIRDEPOT
Kredit gambar: HAIRDEPOT

HAIRDEPOT dikeluarkan pada tahun 2006 dan telah menjadi antara produk pilihan utama bagi mempercepatkan pertumbuhan rambut dan turut menjadi tambatan hati dalam kalangan pengusaha kecantikan secara atas talian menerajui 1000 produk terkenal yang lain. Bermula daripada produk mencuci rambut kepada produk suplemen rambut, anda boleh mendapatkan produk penjagaan rambut berkualiti tinggi melalui laman web mereka. Seterusnya, laman web mereka yang semestinya memudahkan anda memandangkan mereka telah membahagikan produk-produk mereka kepada tiga kategori mengikut keadaan dan jenis rambut anda seperti jenis rambut berminyak, penjagaan warna rambut, alat dandanan rambut dan banyak lagi.

Laman web: https://www.hairdepot.my/ 

Media sosial: https://www.facebook.com/Hairdepot/ 

Rujuk harga di shopee

2. Care to Beauty

Care to Beauty
Kredit gambar: Care to Beauty

Care to Beauty adalah laman web yang menawarkan pelbagai pilihan produk bermula dengan jenama yang dikenali kepada jenama kecil-kecilan sehinggalah menrangkumi jenama yang tidak diketahui. Dengan ini, ia dapat memenuhi keperluan atau keinginan individu tersebut. Laman web ini memfokuskan kepada menyediakan rangkaian produk yang terbaik buat penggunanya tanpa mengira di mana jua anda berada. Selain daripada produk penjagaan rambut, laman web ini turut menyediakan produk-produk seperti nutrisi, penjagaan badan, kosmetik, dan sunscreen. Mereka memiliki senarai produk penjagaan rambut yang pastinya akan membuatkan anda rambang mata. Namun begitu, anda tidak perlu risau kerana mereka telah meletakkan produk-produk tersebut mengikut jenis rambut. Justeru, ia amat memudahkan anda untuk mencuci mata dengan penuh tenang dan santai.

Laman web: https://www.caretobeauty.com/my/hair/ 

Media sosial: https://www.facebook.com/caretobeauty/ 

3. SHINS

SHINS
Kredit gambar: Shopee

Penubuhan produk ini adalah pada tahun 1999. Semenjak itu, ia telah menjadi kedai rangkaian runcit kecantikan yang telah memenangi beberapa anugerah serta merekodkan sebanyak lebih 5000 jenis produk daripada 200 jenama antarabangsa telah diperkenalkan bagi memenuhi keperluan dan permintaan para pengguna. Selain itu, SHINS turut menawarkan rangkaian produk lain. Misalnya, produk penjagaan kulit, minyak wangi, penjagaan kuku, barang-barang kecantikan dan tidak dilupakan penjagaan rambut. Di samping itu, laman web SHINS bukan sahaja bertindak untuk memenuhi keperluan pelanggan tempatan, ia bahkan juga merangkumi permintaan pelanggan secara global. Kini, mereka memiliki lebih daripada 50 cawangan kedai di pusat beli-belah di seluruh Malaysia.

Laman web: https://www.shins.my/ 

Media sosial: https://www.instagram.com/shins.my/?hl=en 

Rujuk harga di shopee

4. Zalora

Zalora
Kredit gambar: Zalora

Zalora melancarkan laman web perniagaan mereka pada tahun 2012 merangkumi negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura, Thailand dan banyak lagi. Selain itu, Zalora menawarkan variasi rangkaian kecantikan , gaya hidup, dan produk-produk mewah daripada rangkaian produk terkenal produk lokal , termasuklah produk daripada jenama Zalora sendiri. Di samping itu, Zalora juga memberi jaminan kepada pelanggan mereka bahawa mereka tidak akan sakit kepala ketika membeli-belah di laman web mereka kerana mereka telah menyediakan ciri ‘filter’ pada halaman bagi menyesuaikan dengan keinginan dan carian terhadap produk yang anda inginkan. Misalnya, anda boleh menguruskan carian anda dengan menapis bahan-bahan yang anda inginkan dalam produk penjagaan rambut. Sebagai contoh, produk yang tidak memiliki kandungan paraben atau alkohol.

Laman web: https://www.zalora.com.my/beauty/hair-care/?from=header 

Media sosial: https://www.instagram.com/zaloramy/ 

5. Sephora

Sephora
Kredit gambar: Sephora

Sephora merupakan kedai  ‘one-stop’ yang membolehkan anda untuk mendapatkan produk-produk kecantikan atau peribadi. Tambahan pula, Sephora bekerjasama dengan lebih 300 jenama, termasuklah jenama mereka sendiri yang dilabel sebagai ‘Sephora Collection’. Mereka menawarkan produk-produk seperti mekap, penjagaan kulit, wangian, penjagaan badan, barang-barang kecantikan, warna kuku dan tidak dikecualikan produk penjagaan rambut. Anda boleh menemui pelbagai jenama produk penjagaan rambut, iaitu Olaplex, Ouai, IGK dan banyak lagi di laman web mereka. Anda turut boleh membeli set produk penjagaan rambut sebelum anda membeli versi penuh.

Laman web: https://www.sephora.my/categories/hair 

Media sosial: https://www.instagram.com/sephoramy/?hl=en 

6. Hermo

Hermo
Kredit gambar: Hermo

Hermo telah beroperasi sejak tahun 2012 dan masih membekalkan pilihan produk dan servis berkualiti kepada pelanggan mereka secara meluas. Mereka memiliki lebih daripada 10, 000 ulasan daripada para pelanggan yang sememangnya menyatakan bahawa mereka amat berpuas hati dengan kedai ini. Jadi, anda boleh yakin dengan setiap produk kecantikan yang anda ingin beli adalah bukan produk timbang kilo, tetapi asli dan mempunyai standard kualiti yang mengagumkan. Malahan, Hermo mempunyai lebih daripada 9000 produk yang dipaparkan di laman web mereka merangkumi rangkaian produk mekap, wangian, penjagaan kulit dan tentunya produk penjagaan rambut. Ia turut menawarkan variasi tawaran dan promosi yang boleh didapati di laman web mereka yang membantu anda untuk menjimatkan duit sekaligus memberikan produk yang terbaik untuk anda.

Laman web: https://www.hermo.my/hair/page-1?ucf=purple-bar 

Media sosial: https://www.instagram.com/hermomy/?hl=en 

7. Sasa

Sasa
Kredit gambar: Sasa

Sasa merupakan rangkaian kedai yang diasaskan di Hong Kong dan menempatkan lebih daripada 700 jenama produk termasuklah produk penjagaan peribadi, wangian, produk penjagaan badan, kosmetik, penjagaan rambut, dan tidak ketinggalan suplemen kesihatan. Di samping itu, Sasa turut memiliki produk penjagaan rambut bermula produk pewarna, ke penggayaan kepada produk ‘finishing’. Sasa menjual rangkaian produk penjagaan rambut bermula daripada pewarna kepada penggayaan dan produk ‘finishing’ yang akan membantu untuk mencapai gaya rambut idaman anda.

Laman web: https://shop.sasa.com.my/hair-care#/sort=p.sort_order/order=ASC/limit=20/minPrice=9/maxPrice=145/page=2 

Media sosial: https://www.facebook.com/SaSaMalaysia/ 

Rujuk harga di shopee

8. Watsons

Watsons
Kredit gambar: Watsons

Watsons merupakan antara rangkaian kedai produk kecantikan dan penjagaan kesihatan yang boleh ditemui di Asia dan Eropah. Selain daripada jenama mereka sendiri, Watsons menyediakan barisan produk seperti mekap, suplemen, penjagaan kulit, kelengkapan rumah, bayi, dan penjagaan rambut meliputi pelbagai jenama antarabangsa. Di laman web Watsons pula, ia memudahkan anda untuk mencari produk yang anda perlukan untuk menjaga rambut anda. Hal ini kerana mereka telah membahagikan barangan tersebut mengikut masalah yang anda sedang alami berkaitan rambut anda.

Laman web: https://www.watsons.com.my/hair-care/lc/130000 

Media sosial: https://www.instagram.com/watsonsmy/ 

Rujuk harga di shopee

9. NX Hair & Beauty Supplies

NX Hair Beauty Supplies
Kredit gambar: NX Hair & Beauty Supplies

NX Hair & Beauty Supplies membekalkan timbunan produk penjagaan dan aksesori rambut yang boleh anda pilih untuk menjaga dan menggayakan rambut anda dengan lebih ringkas berbanding sebelum ini. Justeru, ini adalah tempat yang terbaik untuk anda mendapatkan produk penjagaan rambut anda lebih-lebih lagi sekiranya anda merupakan seorang penggaya rambut memandangkan mereka memiliki variasi rangkaian produk.

Laman web: https://www.nxhairbeauty.com/ 

Media sosial: https://www.instagram.com/nxhairbeauty/ 

Rujuk harga di shopee

Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close