9 Tempat Menarik di Melaka 2022

Anda tercari-cari destinasi percutian yang menarik tahun ini? Apa kata anda lawati Melaka, bandaraya bersejarah. Negeri ini sejak dahulu lagi menyimpan seribu satu sejarah yang masih lagi utuh tak ditelan zaman. Malahan, Melaka juga diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 7 Julai 2008. Sungguh membanggakan!

Majoriti masyarakat di sini ialah Melayu, diikuti Cina dan India. Uniknya, terdapat juga etnik Baba Nyonya, Kristang dan Chitty di Melaka. Etnik-etnik ini sebenarnya terhasil daripada perkahwinan campur nenek moyang mereka pada masa dahulu lagi. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris menjadi bahasa pertuturan utama di sini.

Apakah yang Menarik di Melaka?

Jika anda lawati Melaka, anda akan terpegun dengan monumen sejarah yang masih lagi terpelihara dengan baik. Monumen bersejarah seperti kota A’Famosa, bangunan Stadthuys, Menara Taming Sari, Muzium Samudera dan Kapal Flor De La Mar ialah antara yang menjadi tumpuan pelancong setiap kali mereka berkunjung ke Melaka. Kalau anda peminat barang antik, anda bolehlah ke Jonker Street kerana di situ banyak barang antik dijual dengan harga yang berpatutan.

Selain menempatkan pelbagai tempat bersejarah untuk dilawati, anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti ketika lawatan anda di sini. Apa pun, anda perlulah tahu jenis tempat dan aktiviti yang ingin dicuba sewaktu berkunjung ke Melaka kerana hal ini boleh membantu anda untuk menjimatkan masa dan wang ringgit daripada melayang.

9 Tempat Menarik di Melaka 2022

1. Enjoy Melaka At Taming Sari

Enjoy Melaka At Taming Sari
Image credit: KKday

Anda ingin melihat kecantikan kota Melaka? Jangan bimbang, Menara Taming Sari boleh membawa anda menikmati keindahan kota ini dengan berpusing 360 darjah daripada ketinggian 80 meter sahaja. Melalui bangunan giroskop pertama dan tertinggi di Malaysia ini, anda bakal disajikan dengan keindahan bukit Saint Paul, Kota A Famosa, bangunan Stadthuys, Muzium Samudera bersama kapal tersohor, Flor De La Mar serta Masjid Selat Melaka. Pasti, lawatan anda ke sini tidak sia-sia!

Istimewa: Sajian pemandangan kota Melaka yang menakjubkan

Alamat: Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00 pagi hingga 11.00 malam)

Laman Sesawang: Menara Taming Sari

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Semak harga di klook

2. Melawat Masjid Selat Melaka

Admire The Melaka Straits Mosque
Image credit: TripAdvisor

Masjid Selat Melaka terletak di Kampung Bandar Hilir Melaka. Dikatakan masjid ini kelihatan seolah-olah terapung apabila paras air di tasik buatan manusia ini meningkat. Kos pembinaan masjid ini pula dianggarkan sebanyak RM10 juta dan pembukaannya dirasmikan oleh Yang Dipertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullai pada 24 November 2006. Selain berfungsi sebagai tempat beribadat untuk orang Islam, masjid ini juga dijadikan rumah api ketika waktu malam. Lihat sahaja keunikan seni bina masjid ini sungguh menarik dan tidak hairanlah jika ia menjadi lokasi kunjungan para pelancong.

Istimewa: Nikmati senibina indah masjid yang memukau

Alamat: Jalan Pulau Melaka 8, 75000, Melaka

Waktu Operasi: Setiap Hari (5.00 pagi hingga 12.00 malam)

Google Map: Tekan Sini 

Ulasan (Google): Tekan Sini

3. Berinteraksi dengan Haiwan di Zoo Melaka

Interact With Animals At Melaka Zoo
Image credit: TripAdvisor

Zoo Melaka atau dikenali sebagai Melaka Zoo & Night Safari ini terletak bersebelahan dengan Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka. Di dalam zoo ini, terdapat lebih daripada 214 spesis haiwan yang boleh ditemui di Asia Tenggara dan juga Afrika. Selain itu, zoo ini merupakan zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara. Difahamkan sebanyak 1,200 spesimen daripada 215 spesies unggas, mamalia, reptilia dan amfibia berada di sini. Tarikan utama zoo ini pula ialah Badak Sumatera, harimau belang, seladang, kijang dan juga rusa. Jika anda ingin membawa anak-anak mengenal haiwan, maka disinilah tempatnya.

Istimewa: Membelai dan mengenal haiwan

Alamat: Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Waktu Beroperasi: Hari biasa (9.00 pagi hingga 5.00 petang), Hari Minggu & Cuti Am (9.00 pagi hingga 6.00 petang)

Laman Sesawang: Zoo Melaka

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Semak harga di klook

4. Berehat Seketika di Pantai Klebang

Get Sandy At Klebang Beach
Image credit: TripAdvisor

Pantai Klebang merupakan destinasi yang sesuai bagi anda yang berkeluarga mahupun bujang. Mengapa? Selain pemandangan pantai yang indah, di pesisir pantai juga terdapat pelbagai gerai yang menjual masakan panas dan menyelerakan. Kalau anda datang ke sini, minuman terkenal, iaitu air kelapa aiskrim jangan lupa untuk dicuba. Pelbagai aktiviti juga banyak disediakan di sini seperti aktiviti bermain layang-layang, aktiviti menunggang kuda ataupun bersukan ATV. Tidak lupa juga aktiviti fotografi yang menjadi kegemaran para pelancong kerana pantai ini menjanjikan pemandangan yang indah dan menarik untuk dipotretkan.

Istimewa: Berehat sebentar di tepi pantai

Alamat: Pantai Klebang, Melaka

Waktu operasi: 24 Jam

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Here

5. Mengenal Sejarah di Muzium Samudera dan Kapal Flor De La Mar

Learn At The Flor de la Mar Maritime Museum
Image credit: Trip.com

Muzium Samudera ini terletak di Bandar Raya Melaka. Tujuan pembinaan muzium ini ialah untuk menyampaikan peri kepentingan peranan Melaka dalam sejarah sebagai pusat perdagangan pada zaman dahulu. Selain itu, muzium ini juga berfungsi sebagai pusat informasi dalam menunjukkan perkembangan kegiatan maritim sepanjang zaman kesultanan melayu dan zaman penjajahan Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun ke atas Malaysia. Anda akan dapati lukisan, peta lama, model kapal dan artifak berkenaan maritim turut dipamerkan di sini. Replika kapal tersohor Flor De La Mar juga berdiri utuh sebagai satu tinggalan sejarah untuk tatapan para pelancong.

Istimewa: Replika kapal Portugis tersohor, Flor De La Mar

Alamat: Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka

Laman Sesawang: Muzium Samudera

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9:00 pagi – 5:00 pagi)

Google Map: Tekan Sini

Google Review: Tekan Sini

6. Bersiar-siar di The Dutch Square Melaka

Stroll Along The Dutch Square Melaka
Image credit: Holidify

Apabila anda bersiar-siar ke The Dutch Square Melaka, anda akan melihat ada bangunan merah yang tersergam indah bersebelahan dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana. Bangunan merah itulah yang dikenali sebagai bangunan Stadthuys yang dahulunya didirikan untuk dijadikan penempatan rasmi Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor. Dikatakan bangunan ini dibina pada tahun 1650. Anda boleh lihat struktur bangunan itu masih kukuh mempamerkan seni bina belanda yang unik dan cantik. Rata-rata, ramai juga para pelancong tidak melepaskan peluang untuk bergambar di sini. Anda juga boleh mencari oleh-oleh di sini untuk dibawa pulang.

Istimewa: Seni bina Belanda yang unik untuk dipotretkan sebagai kenangan

Alamat: Bandar Hilir, 75200 Melaka

Waktu Operasi: 24 Jam

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

7. Menaiki Cruise di Sepanjang Sungai Melaka

Take A Malacca River Cruise
Image credit: TripAdvisor

 Jika tadi anda sudah kepenatan bersiar-siar melawat tempat menarik, apa kata kali ini anda menikmati keindahan mural dan kota Melaka melalui jalan air? Malacca River Cruise menjanjikan anda pengalaman istimewa apabila menelusuri Sungai Melaka dengan menaiki bot. Pengalaman menelusuri sungai ini selama 45 minit bakal mengubah pandangan anda terhadap Melaka kerana bangunan di sekitarnya mempamerkan lukisan mural yang kreatif. Pemasangan lampu berwarna warni pula menonjolkan lagi keindahan seni bina artistik klasik zaman dahulu sehinggakan mampu mengubah suasana malam anda menjadi romantis.

Istimewa: Abadikan suasansa romantis ketika cruise melalui potret

Alamat: Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100 Melaka

Laman Sesawang: Melaka River Cruise

Waktu Operasi: Setiap hari (9:00 pagi – 11:00 malam)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

8. Melawat Muzium Warisan Baba & Nyonya

Get Indulged At Baba Nyonya Heritage Museum
Image credit: TripAdvisor

Muzium Warisan Baba & Nyonya ialah muzium yang mempamerkan sejarah etnik campuran Cina-Melayu yang disebut Baba Nyonya atau Peranakan. Muzium ini terletak di bandar Melaka, hanya berdekatan sahaja dengan pasar malam Jonker Street. Dikatakan muzium ini dibina pada tahun 1986 oleh Chan Kim Lay. Keunikan muzium ini menawan hati pemimpin negara China dan Singapura untuk melawat muzium ini ketika mereka berkunjung ke Melaka. Jika dilihat, muzium ini banyak mempamerkan hasil kerja kayu, perabot dan juga tembikar. Hebat bukan!

Istimewa: Keunikan sejarah etnik Baba Nyonya

Alamat: 48-50, Jalan Tun Tan Cheng Lock, 75200 Melaka

Laman Sesawang: Muzium Warisan Baba Nyonya

Waktu Operasi: Jumaat – Ahad (10:00 pagi – 12:30 tengah hari, 2:00 petang – 5:00 petang)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

9. Melawat Muzium Jabatan Penjara Malaysia, Melaka

Visit The Malaysia Prison Museum
Image credit: TripAdvisor

Muzium ini dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Mohd Khalil Yaakob pada 20 November 2014. Pada asalnya, penjara ini ialah Penjara Bandar Hilir yang kemudiannya diubah kepada Muzium Jabatan Penjara Malaysia. Tujuan penubuhan muzium ini ialah bertepatan dengan arus pembangunan Jabatan Penjara Malaysia dalam meningkatkan imejnya selain menyampaikan maklumat berkaitan kehidupan para banduan pada waktu dahulu. Jika anda gemarkan pengalaman yang luar biasa, lawatilah muzium ini.

Istimewa: Ketahui keunikan penjara lama Malaysia

Alamat: Jalan Parameswara, Kampung Bandar Hilir, 75000 Melaka

Laman Sesawang: Muzium Penjara Malaysia

Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9:00 pagi – 5:00 petang)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Disclosure: This list was compiled by the team at My Weekend Plan after extensive research and shared opinions to suggest helpful recommendations for the public. The sequence of brands is in no particular order so if you have any other great suggestions too, please email us [email protected] For more information, kindly refer to our copyright, privacy & disclosure policy.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close