9 Tempat Menarik di Putrajaya 2022

Putrajaya ialah sebuah bandar yang terletak di selatan Kuala Lumpur, Malaysia. Ia sangat terkenal dengan seni bina lewat abad ke-20 seperti Masjid Putra yang terkenal kerana diperbuat daripada granit dan kubah berwarna merah jambu. 

Penubuhan Putrajaya ini merupakan idea daripada perdana menteri ketika itu, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pembangunan Putrajaya ini bermula pada Ogos 1995 dengan menelan kos kira-kira RM34 juta. Kini, Putrajaya menjadi wilayah persekutuan ketiga Malaysia pada 1 Februari 2001 selepas Kuala Lumpur pada 1974 dan Labuan pada 1984.

Apakah aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Putrajaya?

Anda ingin ke Putrajaya dalam masa terdekat? Atau sebenarnya anda baru sahaja tinggal di Putrajaya? Pasti anda bingung ke mana anda boleh meluangkan masa bersama keluarga anda di sini. Jangan risau kerana tempat ini menawarkan banyak tempat menarik untuk anda kunjungi. Berikut kami berikan 9 tempat menarik untuk anda lawati di Putrajaya.

9 tempat menarik di Putrajaya 2022

1. Masjid Putra

Putra Mosque
Kredit Gambar: Tripadvisor
Putra Mosque
Kredit Gambar: Tripadvisor
Putra Mosque
Kredit Gambar: Tripadvisor

Masjid Putra ialah masjid utama di Putrajaya. Pembinaan masjid ini bermula pada 1997 dan akhirnya siap dua tahun kemudian. Masjid ini terletak bersebelahan dengan Perdana Putra, iaitu rumah pejabat Perdana Menteri Malaysia. Kubah Masjid Putra ini berwarna merah jambu kerana dibina menggunakan granit warna tersebut. Tiada bayaran dikenakan jika anda mahu melawat ke masjid ini. Apa kata bawa keluarga anda ke sini untuk melihat salah satu keindahan seni bina teragung di Malaysia?

Keunikan:  Seni bina yang mengagumkan

Alamat: Persiaran Persekutuan, Presint 1, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu operasi:  Setiap hari (9.00 pagi-5.00 petang)

Google Map: Klik

Google Review: Klik

2. Pusat Beli Belah IOI City

IOI City Mall
Kredit Gambar: Tripadvisor
IOI City Mall
Kredit Gambar: Tripadvisor
IOI City Mall
Kredit Gambar: Tripadvisor

IOI City Mall merupakan pusat membeli-belah terbesar di Lembah Klang bahagian Selatan. Pusat beli-belah ini berukuran 1.5 juta persegi yang menempatkan pelbagai jenis kedai seperti restoran, pasar raya, butik dan banyak lagi. Menariknya, gelanggang meluncur ais terletak di tengah-tengah pusat ini! Bagi sesiapa yang meminati sukan ini, bolehlah berkunjung ke sini. Oh ya, anda boleh menemukan apa jua barang yang hendak dicari di sini kerana rangkaian kedainya banyak dan menakjubkan.

Keunikan:  Pusat beli-belah terbesar dengan gelanggang meluncur ais yang besar

Alamat: IOI City Mall, Putrajaya, Selangor

Waktu operasi:  Setiap hari (10.00 pagi– 10.00 malam)

Google Map: Klik

Google Review: Klik

3. Taman Botani Putrajaya

Putrajaya Botanical Garden
Kredit Gambar: Tripadvisor
Putrajaya Botanical Garden
Kredit Gambar: Tripadvisor

Taman Botani Putrajaya dinobatkan sebagai salah satu ‘Taman paling Menakjubkan di Asia’ oleh Yayasan Diraja Chelsea, London. Taman ini juga disenaraikan antara 40 taman yang indah dan menyeronokkan di Asia. Taman ini terbahagi kepada 8 tema botani, iaitu Malaysian Ulam & Medicinal, Bambusetum, Zingiberales, Edible Fruit Arboretum, Lawn & Gramineae, Forest Fringe & Aboriginal Medicinal Plants, Konservatori dan Kolam Ekologi. Keindahan taman botani ini boleh membuatkan mana-mana pengunjung berasa tenang dan aman. Anda juga boleh bergambar di sini bersama keluarga!

Keunikan: 8 tema botani, sesuai untuk aktiviti beriadah

Alamat: Lebuh Perdana Barat, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu operasi : 

  • Isnin-Ahad (9.00 pagi – 12.00 tengah hari, 2.00 petang–5.00 petang),
  • Selasa (24 jam), Jumaat (9.00 pagi-11.00 pagi, 3.00 petang-5.00 petang)

Google Map: Klik

Google Review: Klik

4. Putrajaya Wetlands Park

Putrajaya Wetlands Park
Kredit Gambar: Tripadvisor
Putrajaya Wetlands Park
Kredit Gambar: Tripadvisor
Putrajaya Wetlands Park
Kredit Gambar: Tripadvisor

Taman ini ialah tanah lembap air tawar buatan manusia yang terbesar dan pertama di Malaysia. Taman ini terdiri daripada 24 sel tanah lembap, Taman Wetlands dan juga kawasan Tanah Lembap yang lain. Taman ini sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga kerana landskap semula jadinya yang menakjubkan dan indah.

Keunikan: Sesuai untuk menjalankan aktiviti keluarga di sini

Alamat: 62000 Putrajaya

Waktu operasi:  Selasa-Ahad (7.00 pagi – 7.00 petang), Isnin (tutup)

Google Map: Klik

Google Review: Klik

5. Jambatan Seri Wawasan

Seri Wawasan Bridge
Kredit Gambar: Tripadvisor
Seri Wawasan Bridge
Kredit Gambar: Tripadvisor
Seri Wawasan Bridge
Kredit Gambar: Tripadvisor

Salah satu jambatan utama di Putrajaya ialah Jambatan Seri Wawasan. Jambatan ini menggunakan kabel asimetri yang bersifat futuristik dengan tiang condongnya ke hadapan sehingga membuatkan jambatan ini kelihatan seperti kapal layar. Pada waktu malam, jambatan ini dipenuhi dengan lampu neon yang berwarna-warni. Jika anda hendak tahu, jambatan ini sering menjadi lokasi bergambar untuk dimuatnaik ke Instagram.

Keunikan:  Lokasi gambar yang menarik, seni bina yang artistik

Alamat: Lebuh Wawasan, Presint 2, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu operasi:  Setiap hari

Google Map: Klik

Google Review: Klik

6. Kompleks Sukan Air Putrajaya

Putrajaya Water Sports Complex
Kredit Gambar: Tripadvisor
Putrajaya Water Sports Complex
Kredit Gambar: Tripadvisor
Putrajaya Water Sports Complex
Kredit Gambar: Tripadvisor

Putrajaya juga mempunyai kompleks sukan air yang terletak di tengah-tengah Putrajaya. Jika anda ingin mengadakan acara sukan air dalam kumpulan yang besar, maka tempat inilah jawapannya! Bukan sahaja ruangannya besar malah kompleks ini direka untuk menjadi sistem penyejukan semula jadi di bandar ini. Oh ya, tempat ini hanya membenarkan kunjungan yang terhad memandangkan penularan Covid yang masih lagi aktif di Malaysia.

Keunikan:  ruangan luas sesuai untuk acara sukan air

Alamat: Kompleks Sukan Air Presint 6, Presint 6, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Operations Hours:  Isnin-Ahad (9.00 pagi-11.30pagi, 12;45 tengah hari-4.15 pagi), Jumaat (9.00 pagi-11.30 pagi, 4.30 petang-7.00 petang, 7.30 petang-10.00 malam)

Google Map: Klik

Google Review: Klik

7. Anjung Floria

Anjung Floria
Kredit Gambar: Tripadvisor
Anjung Floria
Kredit Gambar: Tripadvisor
Anjung Floria
Kredit Gambar: Tripadvisor

Anjung Floria terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan ia merupakan salah satu taman tercantik di Malaysia. Taman ini dihias secara unik dengan laluan berbatu, jambatan mini serta pelbagai bunga dan tumbuh-tumbuhan yang di tanam di sini. Setiap tahun, pesta bunga terbesar akan mengambil tempat di sini. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk melihatnya!

Keunikan:  Pelbagai bunga dan tumbuhan menjadikan taman ini indah

Alamat: Jalan Tuanku Abdul Rahman, Presint 4, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu operasi:  Setiap hari (7.00 pagi-7.00 malam)

Google Map: Klik

Google Review: Klik

8. District 21

District
Kredit Gambar: Tripadvisor
District
Kredit Gambar: Tripadvisor
District
Kredit Gambar: Tripadvisor

District 21 ialah taman tema pengembaraan tertutup yang terletak di pusat beli-belah IOI City Mall yang terkenal. Taman tema ini mempunyai 10 tarikan dan 8 dewan majlis. Selain itu, lokasi ini juga sesuai dijadikan sebagai salah satu destinasi lawatan sekolah. Selain itu, tempat ini juga sesuai bagi mereka yang ingin mengeratkan hubungan secara berkumpulan. Jika anda sukakan cabaran, anda bolehlah berkunjung ke sini.

Keunikan: Sesuai untuk aktiviti berkumpulan (team-building)

Alamat: First Floor (F1), East Wing at IOI City Mall, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Operations Hours: Isnin-Jumaat (12.00tengah hari – 8.00 malam), Sabtu-Ahad (10.00 pagi-8.00 malam)

Google Map: Klik

Google Review: Klik

9. China-Malaysia Friendship Garden

China Malaysia Friendship Garden
Kredit Gambar: Perbadanan Putrajaya Website
China Malaysia Friendship Garden
Kredit Gambar: Perbadanan Putrajaya Website
China Malaysia Friendship Garden
Kredit Gambar: Perbadanan Putrajaya Website

Taman yang terletak di Lebuh Sentosa, Putrajaya ini merupakan lambang ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara 2 negara, iaitu China dan Malaysia. Taman ini dibina berdasarkan seni bina Lingnan yang berasal dari Guangdong dan wilayah China yang berdekatan. Keunikan taman ini menjadikan ia sering dikunjungi oleh orang ramai. Selain itu, taman ini juga dapat membuatkan anda seperti berada di negara China!

Keunikan:  Seni bina ladskap yang menarik, lokasi bergambar

Alamat: Lebuh Sentosa, Presint 4, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Operations Hours: Setiap hari (6.30 pagi – 7.00 petang)

Google Map: Klik

Google Review: Klik

 Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini

Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close