9 Tempat Menarik untuk Dilawati di Perlis

Perlis merupakan negeri terkecil di Malaysia dari segi keluasan dan penduduknya. Negeri ini terletak di bahagian utara pantai barat Semenanjung Malaysia. Kangar ialah ibu negeri Perlis manakala Arau pula ialah ibu kota diraja. Kedua-dua bandar ini memainkan peranan besar dalam banyak aspek termasuklah pelancongan.

Terdapat beberapa pekan penting di negeri ini seperti Kuala Perlis yang bertindak sebagai pekan feri ke Pulau Langkawi dan Padang Besar yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand. Berikut ialah 9 tempat terbaik dan menarik untuk dikunjungi di Perlis.

Bagaimanakah memilih tempat yang menarik untuk dilawati Di Perlis?

Biarpun Perlis tidak begitu popular seperti negeri-negeri lain di Malaysia, pelbagai tempat menarik terbuka untuk dikunjungi dan dikagumi oleh penduduk tempatan mahupun pelancong. Rancang belanjawan anda, lakukan penyelidikan dan pastikan sama ada tempat itu mesra keluarga atau tidak ialah beberapa petua yang mungkin anda ingin pertimbangkan sebelum merancang lawatan anda ke negeri ini.

  1. Rancang Bajet

Pergi ke tempat baru boleh sememangnya menyeronokkan namun anda perlu periksa bajet anda terlebih dahulu supaya tidak melakukan pembaziran di kemudian hari.

  1. Melakukan penyelidikan

Cuba buat sedikit kajian mengenai tempat-tempat yang ingin anda lawati bagi mengelak sebarang masalah timbul di kemudian hari.

3. Sesuai untuk keluarga (Family-friendly)

Jika anda melancong bersama keluarga yang mempunyai anak kecil, anda perlu fikirkan sama ada tempat yang ingin dikunjungi itu sesuai untuk kanak-kanak ataupun tidak. Ini kerana, tidak semua tempat menerima kehadiran kanak-kanak dan kajian yang dilakukan sebelum ke tempat-tempat ini boleh menjimatkan masa dan tenaga.

9 Tempat Menarik untuk Dilawati di Perlis

1. Masjid Al Hussain Kuala Perlis

Al Hussain Mosque Kuala Perlis
Kredit Gambar: TripAdvisor

Masjid Al-Hussain merupakan mercu tanda yang terletak di Kuala Perlis. Masjid ini mempunyai reka bentuk seni bina tropika Islamik yang moden. Walaupun pada asasnya, masjid ini direka berdasarkan tema resort, ia mampu menonjolkan rasa penghargaan terhadap alam semula jadi. Ia dibina menggunakan bahan seperti batu karang, kuarza, granit, marmar dan batu kerikil bagi menekankan konsep masjid ini yang mesra alam. Disebabkan ia kelihatan seolah-olah terapung, Masjid Al- Hussain menjadi tarikan pelancong.

Alamat: 1, Persiaran Putra Timur, 02000 Kuala Perlis, Perlis

Waktu Operasi: Setiap hari (5.00 pagi-10.00 malam)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

2. Ladang Ular dan Reptilia

Snake and Reptile Farm
Kredit Gambar: OneApps

Ladang Ular dan Reptilia merupakan satu-satunya ladang ular yang dibina di Malaysia. Ia bukan sahaja popular di kalangan penduduk tempatan malah seluruh negara. Tujuan ladang ini dibina ialah untuk membantu dalam penyelidikan pengeluaran anti-racun untuk penduduk tempatan oleh Institut Penyelidikan Perubatan di Malaysia. Terdapat 200 ekor ular daripada 34 spesies berbeza dari Malaysia dan beberapa spesies lain dari negara lain seperti King Cobra dan ular sawa yang dipamerkan kepada pengunjung. Selain ular, buaya, biawak dan iguana juga boleh dilihat di ladang ini.

Alamat: Taman Ular Sungai Batu Pahat, 02400 Kangar, Perlis

Waktu Operasi: Setiap hari (9.00 pagi-5.00 petang)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

3. Gua Kelam

Kelam Cave
Kredit Gambar: TripAdvisor

Gua Kelam ialah gua batu kapur sepanjang 370 meter. Gua ini merupakan antara gua paling unik di Malaysia. Gua ini ialah tarikan pelancong yang terkenal kerana ia menawarkan anda “cave walk” yang menarik. Terdapat jambatan gantung selebar lapan kaki yang boleh memberikan anda akses ke sini. Gua ini sesuai untuk mereka gemarkan cabaran dan pengembaraan.

Alamat: Kaki Bukit, 02200 Kaki Bukit, Perlis

Waktu Operasi: Hari bekerja (8.00 pagi-5.00 petang)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

4. Wang Kelian View Point

Wang Kelian View Point
Kredit Gambar: mela2mela

Wang Kelian View Point merupakan tarikan pelancong yang terletak di kaki bukit. Di sini, anda boleh menghirup udara segar sambil menikmati pemandangan negeri Perlis yang menakjubkan. Pengunjung dari penduduk tempatan hinggalah pelancong akan datang ke sini untuk mengambil gambar dan meluangkan masa bersama orang tersayang kerana tempat ini sesuai dikunjungi oleh keluarga dan rakan taulan.

Alamat: 02200 Kaki Bukit, Perlis

Waktu Operasi: Setiap hari

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

5. Taman Rekreasi Tasik Melati

Tasik Melati Recreational Park
Kredit Gambar: TripAdvisor

Taman Rekreasi Tasik Melati ialah tanah lembap semula jadi yang dicipta dalam kawasan pembangunan di Kangar, Perlis. Ia mendapat namanya daripada bunga Melati yang wangi. Pada asalnya, ia ialah tanah lembab dengan tumbuhan liar yang dikenali sebagai “kercit” tetapi kemudian airnya menjadi kering kerana ia digunakan oleh petani tempatan untuk pengairan. Pada tahun 1977, ia telah dibangunkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran untuk meningkatkan kapasiti air dan secara rasmi diserahkan kepada jabatan tersebut oleh kerajaan negeri Perlis untuk menambah baik infrastruktur, penyelenggaraan dan perkhidmatan tasik. Tasik ini ialah tempat riadah yang sesuai sekali untuk menghabiskan waktu bersama keluarga tersayang.

Alamat: Tasik Melati, 02400 Kangar, Perlis

Waktu Operasi: Setiap hari

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

6. Muzium Kota Kayang

Kota Kayang Museum
Kredit Gambar: GoWhere Malaysia

Muzium Kota Kayang ialah sebuah muzium tempatan yang terletak di Kuala Perlis di atas tanah seluas 2 hektar. Tanah itu ialah pemberian Raja Syed Alwi kepada adiknya, Syed Salim bin Syed Muhammad Al-Jafri. Setelah melalui banyak perubahan, ia secara rasminya menjadi kediaman Ketua Menteri Perlis selepas kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957. Bangunan itu kemudiannya dirobohkan untuk membina Muzium Kota Kayang dengan reka bentuk yang serupa dengan bangunan asalnya. Artefak dari zaman Neolitik ada ditemui di tapak ini semasa proses kerja penggalian tanah berlaku.

Alamat: 02000 Kuala Perlis, Perlis

Waktu Operasi: Setiap hari

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

7. Ladang Burung Unta Perlis

Perlis Ostrich Farm
Kredit Gambar: Destinasi Perlis

Ladang Burung Unta Perlis terletak di Padang Besar dan telah mendapat sambutan dalam kalangan pengunjung. Ia ialah sebuah ladang yang agak kecil dengan hanya menempatkan beberapa ekor burung unta. Menariknya,anda boleh membelai dan memberi mereka makan kerana mereka bukanlah haiwan yang agresif. Telur burung unta juga dipamerkan untuk memberitahu orang ramai betapa besar bentuknya jika dibandingkan dengan telur ayam biasa. Tempat ini ialah salah satu tempat berinformasi untuk dikunjungi bersama keluarga.

Alamat: 7, 02100 Padang Besar, Perlis

Waktu Operasi: 9:00 am – 6:00 pm (Daily)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

8. Hutan Lipur Bukit Ayer

Bukit Ayer Amenity Forest
Kredit Gambar: Wikipedia

Hutan Lipur Bukit Ayer terletak di Kangar. Hutan ini mempunyai aliran sungai yang sejuk dikelilingi hutan tropika yang subur dan air terjun. Hutan ini ialah lokasi yang sesuai untuk berkelah selain menyediakan tapak perkhemahan dan kemudahan asas lain untuk perkhemahan. Jika anda seorang pencinta alam semula jadi, tempat ini sesuai untuk anda kerana anda boleh berehat sambil belajar tentang pelbagai tumbuhan dan haiwan, mandi di air terjun yang menyegarkan dan meredah hutan. Jangan lupa maklumkan kepada jabatan berkenaan jika anda mempunyai rancangan untuk mendaki memandangkan hutan ini berhampiran dengan sempadan Malaysia-Thailand.

Alamat: Jalan Anak Chelong, R119, 01000 Kangar, Perlis

Waktu Operasi: Setiap hari (7.00 pagi-6.00 petang)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

9. Ladang Anggur Perlis

Perlis Vineyard
Kredit Gambar: TripAdvisor

Ladang Anggur Perlis ialah tempat yang mesti dilawati semasa anda berada di Perlis. Pelbagai jenis anggur boleh ditemui di ladang ini. Ia terletak di Kangar dan juga dikelilingi oleh tarikan pelancong selain seperti Bukit Ayer Leisure Park dan Gua Kelam. Jadi, jika anda berada berhampiran dengan lokasi ini, anda bolehlah melawat ladang ini. Selain itu, ladang ini juga menjual anggur berkualiti tinggi tanpa biji untuk dimakan dan dikongsi bersama keluarga dan rakan anda.

Alamat: R119, Kampung Lembah Tuwi, 01000 Kangar, Perlis

Waktu Operasi: Selasa- Ahad (9.00 pagi-6.00 petang), Isnin (tutup)

Google Map: Tekan Sini

Ulasan (Google): Tekan Sini

Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini. 

Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan info yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close