9 Wafel Terbaik di Ipoh 2022

Wafel adalah satu hidangan yang dikenali dengan kerangupan dan keenakan yang tidak diragui dan menjadi kegemaran ramai orang. Kini, ia merupakan makanan yang menambat hati dan selera setiap golongan masyarakat sama ada kanak-kanak sehingga golongan dewasa. Selain itu, hidangan ini turut menawarkan pelbagai pilihan perisa yang menjadikan ia lebih digemari oleh ramai orang.

Tambahan pula, anda boleh mendapatkan pelbagai wafel sedap untuk dimakan bersama keluarga dan rakan-rakan sekiranya anda singgah di Ipoh. Di samping itu, anda turut akan menikmati persekitaran dan suasana yang tenang dan menyenangkan anda. Berikut adalah senarai 9 Wfel Terbaik di Ipoh 2022.

9 Wafel Terbaik di Ipoh

1. Plan B (Ipoh)

Plan B Ipoh
Kredit gambar: Cafe Culture

Plan B (Ipoh) adalah sebuah restoran fusion yang terletak di pekan lama Ipoh. Ia memiliki persekitaran yang selesa, makanan yang enak, kopi serta suasana yang best. Anda wajib mencuba Wonder Waffle di mana hidangan ini diperbuat daripada pisang yang dikaramelkan, sos karamel, kepingan wafel yang dibuat sendiri sirap emas dan rice puff yang dipanggang!

Plan B Ipoh
Kredit gambar: GrabFood
Plan B Ipoh
Kredit gambar: Plan b by BIG

Waktu operasi: 10am-8pm (Isnin – Ahad) 

Alamat: No. 75, Jalan Panglima, 30000 Ipoh, Perak

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review Di sini

2. STG Tea House Cafe

STG Tea House Cafe
Kredit gambar: STG Tea House Cafe

Kafe STG Tea House adalah banglo warisan yang menyediakan pelbagai menu yang bukan sahaja menarik bahkan sedap untuk dinikmati. Di samping itu, restoran ini turut menyajikan Belgian Waffles yang cantik serta keemasan kepada para pelanggannya. Anda juga tidak boleh ketinggalan untuk merasai mana-mana wafel di restoran ini kerana setiap wafel di dsini diperbuat dengan adunan beryis dilengkapi bersama aiskrim vanila yang akan membuatkan hidangan tersebut lebih padu!

STG Tea House Cafe
Kredit gambar: STG Tea House Cafe and TripAdvisor

Waktu operasi: 11am-11pm (Isnin – Ahad)

Alamat: 2, Jalan Taman Kinta, Taman Chateau, 30250 Ipoh, Perak

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review Di sini

3. Inside Scoop De Garden, Ipoh

Inside Scoop De Garden Ipoh
Kredit gambar: Ipoh Eco

Inside Scoop De Garden, Ipoh amat terkenal dengan aiskrim dan wafel. Kafe ini menyediakan hidangan aiskrim yang besar serta variasi perisa dan kombinasi wafel. Selain itu, mereka turut menawarkan pelbagai kombinasi perisa aiskrim bersama wafel serta sirap coklat. Majoriti pelanggan akan menyarankan untuk memesan Salted Gula Melaka Waffle dan King Durian Waffle yang sememangnya menepati citarasa dan selera sesiapa sahaja yang mencubanya!

Inside Scoop De Garden Ipoh
Kredit gambar: Burpple and Follow Me To Eat La

Waktu operasi: 11:30am-11pm (Isnin – Ahad) 

Alamat: DGR-5, Ground Floor, Zone D De Garden No, 1, Persiaran Medan Ipoh, 31400 Ipoh, Perak

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review Di sini

4. Marketplace Waffle Bar & Cafe

Marketplace Waffle Bar Cafe
Kredit gambar: World Orgs

Marketplace Waffle Bar & Cafe adalah antara tempat makan yang membolehkan anda menikmati pelbagai jenis wafel yang menyelerakan. Selain itu, kafe ini turut menawarkan pelbagai perisa seperti Gelato Choco Ice-cream Waffle, Tasted Oreo dan Mango bersama kelapa parut, Smoke Duck Waffle, dan macam-macam lagi. Di samping itu, wafel-wafel yang disediakan memberikan tekstur yang bukan sahaja ringan malah rangup beserta harga yang berpatutan. Hal ini kerana anda boleh dapatkan tawaran harga wafel serendah RM 6 pada setiap hari Khamis!

Marketplace Waffle Bar Cafe
Kredit gambar: Marketplace Waffle Bar & Cafe
Marketplace Waffle Bar Cafe
Kredit gambar: Marketplace Waffle Bar & Cafe

Waktu operasi: 12pm-8pm (Isnin, Rabu – Ahad)

Alamat: 13, Jalan Market, 30000 Ipoh, Perak

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review Di sini

5. MyKori Dessert Cafe Ipoh Soho

MyKori Dessert Cafe Ipoh Soho
Kredit gambar: World Orgs

MyKori Dessert Cafe Ipoh Soho menyediakan wafel terkenal mereka, iaituTriple Choc Oreo Waffle dan Buttermilk Waffles. Selain itu, anda boleh memilih aiskrim kegemaran anda untuk dijadikan sebagai topping wafel anda.

MyKori Dessert Cafe Ipoh Soho
Kredit gambar: MyKori Dessert Cafe Ipoh Soho
MyKori Dessert Cafe Ipoh Soho
Kredit gambar: MyKori Dessert Cafe Ipoh Soho

Waktu operasi: 3pm-11:59pm (Isnin – Ahad)

Alamat: B-G-1, Soho Ipoh, Jalan Sultan Iskandar, 30000 Ipoh, Perak

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review Di sini

6. Breda Cafe

Breda Cafe
Kredit gambar: Breda Cafe

Anda boleh menikmati banyak wafel Belgium bersama buah-buahan dan aiskrim di kafe ini. Persekitaran yang selesa menjadikan ia tempat makan yang ideal untuk anda bersantai bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda. Jangan lupa untuk memesan wafel Coklat bersama puri strawberi dan aiskrim vanila mereka yang penuh dengan nikmat rasa yang akan menambat hati dan selera anda. Bukan itu sahaja, anda juga mesti mencuba Truffle Waffle bersama Ayam Goreng yang dibuat sendiri dan dikenali sebagai “Truffle Waffle Brunch Box”. Dalam menu tersebut, anda akan mendapat dua minuman percuma bersama beberapa bahan-bahan yang enak seperti Spicy Chicken, Whiskey French Toast, Greek yogurt bersama oat dan dried cranberry, serta banyak lagi.

Breda Cafe
Kredit gambar: Breda Cafe
Breda Cafe
Kredit gambar: Breda Cafe

Waktu operasi: 9am-5pm (Selasa – Ahad)

Alamat: 22, Jalan Medan Ipoh 9, Bandar Baru Medan Ipoh, 31400 Ipoh, Perak

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review Di sini

7. Mooghurt

Mooghurt
Kredit gambar: Fdeals.my

Moogurt memiliki hiasan dalaman yang dipenuhi dengan pelbagai patung beruang. Selain itu, anda tidak boleh ketinggalan untuk merasai wafel klasik Oreo Peanut bersama coklat froyo dam Wafel Strawberi Longan. Di samping itu, kafe ini turut mempunyai servis layanan yang baik serta wafel yang dipadankan dengan baik bersama froyo!

Mooghurt
Kredit gambar: Mooghurt

Waktu operasi: 11:30am-10pm (Isnin, Rabu – Ahad)

Alamat: 77, Jalan Raja Ekram, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review Di sini

8. Just Say Cafe《西》

Just Say Cafe《西》
Kredit gambar: Just Say Cafe《西》

Kafe Just Say《西》amat selesa dan sederhana. Kafe ini merupakan tempat lepak yang bagus untuk bersantai bersama rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menikmati wafel yang menjadi tumpuan di dini, iaitu Wafel Belgium bersama aiskrim, marshmellow, dan buah-buahan. Kombinasi hidangan ini pasti akan membuat anda terpaut hati pada keenakan rasanya.

Just Say Cafe《西》
Kredit gambar: Just Say Cafe《西》

Waktu operasi: 12pm-7pm (Isnin – Selasa), 12pm-9pm (Khamis – Ahad) 

Alamat: 20, Jalan Lau Ek Ching, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review Di sini

9. Café 1961

Cafe
Kredit gambar: Café 1961

Café 1961 adalah merupakan salah satu kafe yang terkenal dengan hidangan Barat di Ipoh. Kafe ini menyediakan pelbagai menu yang sedap dalam saiz hidangan yang memuaskan. Anda harus mencuba wafel bacon dan telur di mana amat mengenyangkan sekaligus boleh dijadikan sebagai sarapan yang lengkap. Hal ini disebabkan ia memiliki protein yang membekal tenaga kepada badan.

Cafe
Kredit gambar: Café 1961
Cafe
Kredit gambar: Café 1961

Waktu operasi: 9am-4pm (Isnin – Selasa, Khamis – Ahad)

Alamat: 35, Medan Stesen 19, Stesen 18, 31650 Ipoh, Perak

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review Di sini

Anda tidak sabar menunggu untuk menikmati rasa sedap dan manis wafel-wafel ini? Singgahlah di tempat-tempat ini untuk merasai wafel yang tiada tandingan kelazatannya. Kami berharap anda boleh tinggalkan pesanan yang jujur untuk dikongsi bersama keluarga dan teman-teman baik anda.

Akhir kata, sekiranya anda mempunyai saranan lain tentang mana-mana tempat makan atau kafe yang menyediakan wafel yang lazat, sila hubungi kami atau tinggalkan komen di laman web kami di My Weekend Plan! Kami berharap anda dapat menikmati wafel sambil ditemani orang-orang yang anda kasihi dan jangan lupa untuk kekal selamat!


Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close