Abang Bomba tewaskan “Bujang Senang”?

Kelmarin tular video mengenai kehebatan anggota bomba daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat menangkap sang buaya yang besar dan dikatakan seberat 1 tan di Westlake, Limbang, Sarawak.

Video yang telah dimuat naik oleh pengguna Tiktok Maga Deva tersebut telah vir4l dengan hampir sejuta tontonan daripada pengguna Tiktok. Rata-rata ramai yang bertanya di mana dan bila kejadian ini berlaku kerana mereka berasa kagum dengan kehebatan dan keberanian yang ditunjukkan oleh anggota bomba Limbang dalam mengawal keadaan. Berikut adalah videonya:

Apabila disemak, ternyata video tersebut adalah kejadian yang telah berlaku pada tahun 2017, yang mana pihak bomba bertindak menangkap sang buaya yang dipercayai sesat dari Sungai Limbang dan berlegar-legar di sebuah pekan Westlake Centre, Limbang pada waktu itu.

hmbb
Kredit Gambar: hmetro.com.my

Buaya yang sepanjang 5 meter dan seberat 1 tan itu berjaya ditawan selepas 35 minit bergelut untuk menangkapnya. Dikatakan buaya terbabit berlegar-legar di hadapan kawasan rumah kedai dan menimbulkan rasa takut dalam kalangan penduduk di pekan itu. Jabatan Bomba dan Penyelamat telah dipanggil untuk datang ke tempat kejadian bagi membantu mengawal dan menangkap haiwan reptilia tersebut. 

Menurut Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Limbang ketika itu, Mohd Ali Mohd Salleh, pihaknya mengambil masa 35 minit bagi menangkap sang buaya tersebut. Ketangkasan yang dilakukan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat tersebut telah mendapat pujian oleh netizen kerana telah berjaya mengawal keadaan daripada terjadi sesuatu yang tidak diingini.

Pihak bomba juga turut berterima kasih atas tindakan pantas para penduduk yang bertindak menelefon Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk hal ini. Menurut beliau lagi, buaya berkenaan terpaksa diangkat menggunakan jentera forklift sebelum dipindahkan ke dalam lori bomba untuk diserahkan kepada Perbadanan Perhutanan Sarawak.

Kejadian ini telah membuktikan bahawa pihak bomba sentiasa berkhidmat untuk masyarakat dan berupaya mencegah perkara bahaya daripada berlaku. Keberanian dan kehebatan pihak bomba dalam menangani situasi ini dipuji oleh rata-rata netizen yang menonton video ini.

buaya
Kredit Gambar:tiktok.com/@user999566305821

Menurut komen user6986117691129, gaji anggota bomba perlu dinaikkan kerana berbaloi dengan tugas yang mereka laksanakan. Menurut Silent Hunter646 pula, beliau hairan dengan fungsi Jabatan Perhilitan yang dikatakan menangkap haiwan yang berbahaya sedangkan dalam kes ini pihak bomba yang menangkap sang buaya. Komen lucu daripada Ezra Kairo pula mengatakan bekas kekasihnya terlepas kerana buaya sering dirujuk kepada pihak yang menipu dan berputar belit dalam perhubungan. Namun, rata-rata komen memuji ketangkasan pihak bomba mengendalikan keadaan.

Sebenarnya, pihak bomba banyak berjasa kepada masyarakat. Ini bukan sahaja satu-satunya kes bomba menangkap buaya, ada lagi banyak kes yang membabitkan pihak bomba berkhidmat untuk masyarakat dengan menyelamatkan orang ramai daripada gangguan haiwan berbisa dan berbahaya di seluruh Malaysia. Jasa dan pengorbanan Abang Bomba perlulah kita hargai dan kenang. Apa pendapat anda?

Sumber:  tiktok.com/@user999566305821 /  wartarakyat.com.my / hmetro.com.my

Apa pendapat anda? Dah baca, share dan like, ok!

Perhatian: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Jadi, segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close