Cuaca Malaysia yang panas dan lembap sentiasa menuntut anda untuk berada di dalam ruangan yang berhawa dingin kerana ia lebih sejuk dan nyaman. Namun begitu, ada juga yang menggemari aiskrim dan inginkan sesuatu yang sejuk dan manis untuk dijadikan pencuci mulut mereka di waktu santai. Bayangkan, menikmati aiskrim kegemaran anda yang sejuk dalam cuaca yang panas pasti menggembirakan anda.
Jika dahulu, aiskrim hanya dijual dalam bentuk kon dan juga plastik, tetapi kini teknologi sudah berubah termasuk juga bentuk aiskrim. Ramai syarikat di luar sana berlumba-lumba untuk menghasilkan aiskrim yang dapat memenuhi kehendak pembeli seperti aiskrim sandwic atau dikenali sebagai aiskrim wafer. Ais krim sandwic ialah sejenis pencuci mulut beku yang merupakan bentuk ais krim dengan dua wafer atau biskut di antaranya. Jika anda gemar menikmati aiskrim dengan wafer atau biskut yang paling sejuk dan lembut, anda mungkin menyukai aiskrim sandwic.
Bagaimanakan memilih aiskrim sandwic atau aiskrim wafer yang terbaik?
Memandangkan banyak jenis aiskrim yang terdapat di pasaran, anda perlu memilih aiskrim yang anda inginkan dengan bantuan beberapa petua bagi memudahkan urusan pembelian anda.
- Harga
Setiap aiskrim mempunyai keunikan dan rasanya yang tersendiri. Jadi anda harus membuat perbandingan harga terlebih dahulu sebelum membelinya. Setiap bentuk dan perisa aiskrim bergantung kepada harga yang ditawarkan oleh syarikat pengeluarnya.
- Perisa
Apabila anda sudah mengetahui aiskrim mana yang ingin ada beli, anda harus mengetahui perisa aiskrim tersebut. Jika perisa yang ingin anda rasa itu tidak menepati cita rasa anda, sudah pasti aiskrim tersebut tidak termasuk dalam pilihan anda. Mengetahui harga dan perisa aiskrim amat membantu anda membuat pilihan.
- Bahan-bahan
Anda perlu membaca bahan-bahan yang terkandung dalam makanan tersebut terlebih dahulu supaya tidak termakan makanan yang anda alergi kerana ini mungkin berbahaya untuk anda.
7 Aiskrim Sandwic atau Aiskrim Wafer Terbaik di Malaysia 2023
1. Polar Ice Cream Wafer (Chocolate Flavour) Frozen Snack Aiskrim

Aiskrim sandwic klasik ini mempunyai aiskrim Coklat di antara dua lapisan wafer rangup menjadikannya pencuci mulut yang sesuai untuk dinikmati pada cuaca yang panas. Ia juga mungkin menjadi snek kegemaran kanak-kanak kerana rasanya yang penuh dengan coklat.
Bahan-bahan: Diperbuat daripada gula, Inti sawit Olein, susu pepejal, sirap glukosa, lemak sayuran, santan, dengan beberapa penstabil, pengemulsi, perasa dan pewarna yang dibenarkan. Semua bahan tambahan makanan adalah daripada tumbuhan dan asal sintetik.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 60ml (32 keping)
Harga: RM32.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. OREO Sandwich Ice Cream

Oreo Ice Cream Sandwich rasanya sungguh menakjubkan!! Khas buat mereka yang gemarkan biskut oreo!! Anda pasti sukakan gabungan sandwic, biskut dan aiskrim! Enak dinikmati bersama keluarga pada waktu santai. Namun, askrim ini haruslah diambil mengikut had terkawal kerana rasanya sangat manis.
Bahan-bahan: Tepung gandum, gula, minyak kelapa sawit, serbuk koko, air, sirap glukosa, garam, agen penaik (E500), perisa untuk biskut (47%), air, susu lembu, minyak kelapa, gula, sirap glukosa, maltodekstrin, penstabil , pengemulsi, perasa. Ia juga mengandungi perapi dan perasa makanan yang dibenarkan, yang kesemuanya berasal daripada tumbuhan atau sintetik.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 60g (12 keping)
Harga: RM58.80
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Yum Yum Sandwich Brick DIY Ice Cream Chocolate Boxes

Aiskrim sandwic ialah pencuci mulut sejuk beku yang terdiri daripada aiskrim antara dua biskut. Aiskrim jenama Yum Yum ini mempunyai 4 perisa dalam produk mereka iaitu Vanila, Coklat, Keladi & Strawberi.
Bahan-bahan: Air, pepejal susu, gula, olein inti sawit, penstabil, pengemulsi, perisa vanila dan pewarna tartrazine.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 800ml (setiap kotak)
Harga: RM8.30
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. F&N King’s Ice Cream: Wafer Chocolate

Rasa aiskrim sandwic ini sungguh lazat kerana kaya dengan rasa coklatnya. Selain mempunyai rasa manis dan coklat yang seimbang, aiskrim ini juga enak dimakan pada cuaca yang panas. Anda boleh menikmati askrim ini bersama keluarga atau rakan-rakan anda.
Bahan-bahan: Gula, Wafer (Tepung Gandum, Kanji Tapioca, Minyak Sawit, Gula, Garam), Minyak Sawit, Serbuk Whey (Daripada Susu), Serbuk Koko, Sirap Glukosa, Pengemulsi (Termasuk Lesitin Soya), Penstabil, Pengatur Keasidan (INS 500 (ii)), Perisa dan Pewarna yang dibenarkan. Produk mungkin mengandungi telur.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 62ml
Harga: RM18.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. ALTIMATE Ice Cream Wafers Natural

Wafer Aiskrim Asli ALTIMATE diperbuat daripada bahan semula jadi. Aiskrim ini tidak menggunakan warna atau perisa tambahan. Sesuai dijadikan snek ringan ketika anda sedang bersantai di rumah bersama keluarga.
Bahan-bahan: Merupakan wafer aiskrim semula jadi yang dibuat dengan bahan-bahan semula jadi tanpa menambah sebarang warna atau perisa. Wafer aiskrim ini mengandungi tepung gandum, tepung jagung gandum, minyak sayuran, gula, pengemulsi, garam, dan garam mineral.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 80g
Harga: RM14.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. ROYAL RORA WAFER

Isi krim coklat yang halus dan gula karamel menyempurnakan rasa produk aiskrim ini. Rasa yang asli menjadikan aiskrim wafer ini sesuai dijadikan sebagai pencuci mulut selepas hidangan utama. Anda juga boleh menikmati askrim ini bersama keluarga pada waktu santai anda sekeluarga.
Bahan-bahan: Merupakan wafer aiskrim semula jadi yang dibuat dengan bahan-bahan semula jadi tanpa menambah sebarang warna atau perisa. Wafer aiskrim ini mengandungi tepung gandum, tepung jagung gandum, minyak sayuran, gula, pengemulsi, garam, dan garam mineral.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 24pcs (per kotak)
Harga: RM22/RM24.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Wall’s LINE FRIENDS sandwich

Nikmati sentuhan comel terhadap aiskrim vanila & coklat yang sedap diapit di antara dua biskut yang lembut. Rasai snek paling hebat di bandar dengan LINE FRIENDS kegemaran anda! Anda boleh menikmati aiskrim ini bersama rakan-rakan anda!
Bahan-bahan: Merupakan aiskrim sandwic yang dibuat dengan Gula, Susu Pepejal (Susu Tipis, Serbuk Whey, Pekat Protein Whey), Sirap Glukosa, Minyak Kelapa, Serbuk Koko, Mengandungi Penstabil yang Dibenarkan (INS 412, INS 410, INS 407), Pengemulsi, Perisa dan Pewarna (Termasuk Tartrazine) Bahan daripada Tumbuhan dan Asal Sintetik.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 15 keping
Harga: RM30.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.