8 Bagasi Hard Case Terbaik di Malaysia 2022

Pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana untuk memilih bagasi yang sesuai dengan keperluan anda? Melancong di dalam atau di luar negara memerlukan bagasi yang tahan lasak dan sesuai dengan barang yang dibawa. Penggunaan bagasi keras membolehkan kita mengisi barang yang mudah pecah atau cecair dengan lebih selamat. Selain itu, bagasi juga dilengkapi dengan roda bagi memudahkan pengguna untuk mengendalikan bagasi yang kebiasaannya mempunyai berat 7 kg dan ke atas. Berikut adalah 8 bagasi ‘hard case’ terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia. 

Bagaimana Hendak Memilih Bagasi Yang Sesuai?

Memandangkan terdapat pelbagai pilihan bagasi di pasaran, tidak hairanlah sekiranya anda keliru untuk memilih bagasi yang sesuai dengan kapasiti yang anda inginkan. Beberapa aspek yang perlu dipertimbangkan semasa memilih bagasi adalah seperti saiz, bahan dan pilihan. 

1. Saiz

Menyesuaikan saiz bagasi dengan kapasiti barang adalah perkara yang paling penting. Sebagai contoh, jika anda melancong secara bersendirian, bagasi dengan saiz 20 atau 24 inci sudah memadai. 

2. Bahan

Anda perlu memilih bahan pembuatan bagasi yang berkualiti bagi membolehkan penggunaan dalam jangka masa yang lama. Anda disyorkan untuk memilih bagasi yang diperbuat daripada polikarbonat ekoran ia mempunyai tahap ketahanan yang tinggi.

3. Pilihan

Bagasi biasanya datang dalam pelbagai warna dan corak bergantung pada jenama. Petua yang baik adalah dengan memilih bagasi yang unik supaya lebih mudah untuk anda mengenali bagasi anda. 

8 Bagasi Hard Case Terbaik di Malaysia 2022

1. Case Valker Matrix ABS Luggage

Case Valker Matrix ABS Luggage
Kredit gambar: Shopee

Case Valker Matrix ABS Luggage dilengkapi dengan 4 roda senyap serta sistem putaran 360 darjah. Hal ini secara tidak langsung memudahkan anda untuk menolaknya. Bagasi ini diperbuat daripada Acrylonitrile Butadiene Styrene (ABS) yang menjadikannya ringan dan tahan lasak. Bagasi ini didatangkan dengan 2 pilihan saiz iaitu 20 inci dan 24 inci.

Spesifikasi:

  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 20 inci, 24 inci
  • Bahan: ABS

Kelebihan:

Roda Spinner ‘Senyap’ dengan putaran 360 darjah
Reka bentuk premium
Kukuh

Harga: RM88.00-RM179.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Hot Plain Travel Luggage

Hot Plain Travel Luggage
Kredit gambar: Shopee

Bagasi ini boleh didapati dalam pelbagai warna yang anda boleh pilih mengikut cita rasa anda. Bagasi ini mempunyai ciri yang menarik serta diperbuat daripada ABS yang menjadikannya kalis air dan tahan lasak. Bukan itu sahaja, bagasi ini juga didatangkan dengan reka bentuk yang mudah untuk dibersihkan ekoran ia mempunyai permukaan yang licin.

Spesifikasi:

  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 20 inci, 24 inci
  • Bahan: ABS

Kelebihan:

Pelbagai pilihan warna
Kalis Air
Mampu Milik

Harga: RM62.90-RM 72.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

3. Hello Kitty Luggage

Hello Kitty Luggage
Kredit gambar: Shopee

Adakah anda peminat Hello Kitty? Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan Bagasi Hello Kitty ini. Ia didatangkan dengan 3 pilihan saiz yang boleh anda pilih berdasarkan keperluan dan cita rasa anda. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai bagasi bersaiz 12 inci yang sesuai digunakan untuk menyimpan kosmetik, peralatan mandian dan banyak lagi.

Spesifikasi:

  • Negara Pengeluar: Tidak dinyatakan
  • Saiz: 12 inci, 20 inci, 24 inci
  • Bahan: ABS

Kelebihan:

Reka bentuk yang comel dan unik
Mampu Milik
Kalis Air

Harga: RM28.90-RM158.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

4. URBANlite Rubik Hard Case Luggage – ULH9919 

URBANlite Rubik Hard Case Luggage ULH
Kredit gambar: Shopee

URBANlite ULH9919 Luggage didatangkan dengan pemegang ergonomik yang boleh dilaraskan mengikut keselesaan anda. Bagasi ini mempunyai reka bentuk elegan yang sesuai digunakan oleh remaja. Selain itu, bagasi ini juga dilengkapi dengan sistem kekunci digital 3 nombor serta menggunakan zip ‘anti-theft’ bagi mengelakkan sebarang kecurian berlaku. Bagasi ini dipasarkan dengan 1 pilihan saiz sahaja.

Spesifikasi:

  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 24 inci
  • Bahan: ABS

Kelebihan:

Kukuh
Roda spinner 360° darjah
Kualiti premium

Harga: RM159.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Case Valker Signature Hana Unbreakable Polypropylene TSA PP Luggage 

Case Valker Signature Hana Unbreakable Polypropylene TSA PP Luggage
Kredit gambar: Shopee

Bagasi ini diperbuat daripada polipropilena yang menjadikannya tahan lasak, ringan dan serap hentakan. Bagasi ini sesuai untuk anda yang kerap melancong secara solo atau bersendirian. Selain itu, ia didatangkan dengan 5 tahun jaminan untuk bahagian luar bagasi manakala 2 tahun jaminan untuk bahagian dalam bagasi. Bukan itu sahaja, bagasi ini juga dilengkapi dengan roda putaran 360 darjah serta sistem ‘double wheel’ untuk pergerakan yang lebih stabil.

Spesifikasi:

  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 20 inci
  • Bahan: Polipropilena

Kelebihan:

Bahan berkualiti tinggi
Tahan lasak
Bergaya

Harga: RM169-RM299

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. URBANlite Rayer Hard Case Spinner Wheels Luggage – ULH21905 

URBANlite Rayer Hard Case Spinner Wheels Luggage ULH
Kredit gambar: Shopee

Jika anda sedang mencari bagasi dengan kapasiti yang besar pada harga yang berpatutan, URBANlite ULH21905 ini pilihan terbaik untuk anda. Bagasi ini diperbuat daripada polipropilena yang menjadikannya ringan, fleksibel, dan anti-calar. Bukan itu sahaja, bagasi ini juga dilengkapi dengan sistem kunci keselamatan bagi mengelakkan sebarang kejadian kecurian berlaku semasa anda melancong.

Spesifikasi:

  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 20 inci
  • Bahan: Polipropilena

Kelebihan:

Ruang penyimpanan yang luas
Anti-calar
Tahan lasak

Harga: RM139.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Fully Poly-carbonate Hard Case Luggage

Fully Poly carbonate Hard Case Luggage
Kredit gambar: Shopee

Bagasi ini diperbuat daripada bahan polikarbonat yang menjadikannya lebih ringan dan lebih mampat berbanding bagasi yang diperbuat daripada bahan ABS. Bagasi ini didatangkan dengan pelbagai pilihan warna pastel yang sesuai untuk anda yang menggemari konsep comel dan unik. Bukan itu sahaja, bagasi ini juga dilengkapi dengan pemegang sisi bagi memudahkan anda untuk mengangkatnya.

Spesifikasi:

  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 20 inci, 24 inci, 28 inci 
  • Bahan: Polikarbonat

Kelebihan:

Warna pastel
Kalis air
Anti-calar

Harga: RM190-RM555

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. URBANlite Ridge Polypropylene Material Expandable Luggage – ULH21906 

URBANlite Ridge Polypropylene Material Expandable Luggage ULH
Kredit gambar: Shopee

URBANlite ULH21906 didatangkan dengan kualiti terbaik serta dilengkapi dengan kunci TSA untuk melindungi barangan anda. Bagasi ini mempunyai pemegang yang selesa bagi memudahkan ia dipegang dan dibawa ke mana sahaja. Bukan itu sahaja, bagasi ini juga diperbuat daripada polipropilena yang terkenal dengan ciri ketahanannya terhadap air, bahan kimia dan detergen. Secara tidak langsung, ia boleh digunakan dalam jangka masa yang lama.

Spesifikasi:

  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 20 inci, 24 inci, 28 inci
  • Bahan: Polipropilena

Kelebihan:

Tahan Lama
Kukuh
Mempunyai ciri keselamatan yang tinggi

Harga: RM219-RM599

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close