Bajet 2023 | Pembentangan Belanjawan Malaysia & Ringkasan

Terkini di Petaling Jaya, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 372.3 bilion untuk Bajet 2023. Untuk pengetahuan umum, jumlah berkenaan telah meningkat sebanyak RM 40.2 bilion pada tahun ini jika dibandingkan pada tahun lepas yang berjumlah RM 332.1 bilion.

Bajet yang diperuntukkan ini, iaitu RM 272.3 bilion, bertujuan untuk perbelanjaan pengurusan manakala RM 95 bilion pula adalah untuk perbelanjaan pembangunan. Menurut Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz, Bajet 2023 ini dirangka bagi menyediakan keadaan yang dapat memastikan keseimbangan antara keperluan ekonomi dan juga penyatuan fiskal.

“Bagi isi rumah sehingga empat orang anak pula layak menerima BKM antara RM1,000 hingga RM2,000. Bagi isi rumah berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000, BKM yang disediakan adalah antara RM500 hingga RM1,250 bergantung kepada bilangan anak.

“Kepada warga emas tiada pasangan serta golongan bujang, mereka akan terus menerima BKM masing-masing sebanyak RM600 dan RM350 bergantung kepada had pendapatan tertentu,” katanya.

Tengku Zafrul berkata bagi 2023, bantuan tambahan RM500 kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan akan diteruskan.

Pembentangan Bajet 2023 (Sumber: Bernama)

Pembentangan Bajet
Infographik Kredit: Berita Harian

📍 Ekonomi Malaysia dijangka berkembang sederhana antara 4 peratus dan 5 peratus pada 2023 berbanding 6.5 peratus hingga 7 peratus dijangkakan pada 2022

📍 Sektor perkhidmatan dijangka menjadi penyumbang utama pertumbuhan KDNK 2023 dengan perkembangan 5 peratus pada tahun depan

📍 Sektor pembinaan diunjur berkembang 4.7 peratus pada 2023, pembuatan (3.9 peratus), pertanian (2.3 peratus) dan perlombongan (1.1 peratus)

📍 Kerajaan akan terus laksana dasar fiskal mengembang untuk pastikan agenda Bajet 2023 yang responsif

📍 Bajet 2023 peruntuk RM272.3 bilion bagi Belanja Mengurus, RM95 bilion bagi pembangunan, RM5 bilion di bawah Kumpulan Wang COVID-19 dan RM2 bilion sebagai Simpanan Luar Jangka

📍 Bajet 2023: Jabatan Kebajikan Masyarakat sedia pelbagai bentuk bantuan bulanan kepada golongan miskin seperti Bantuan Warga Emas, Bantuan Kanak-kanak serta Bantuan Penjagaan OKU dan Pesakit kronik Terlantar

📍 Bajet 2023: Lebih 450 ribu isi rumah layak terima bantuan bulan JKM

📍 Bajet 2023: Nasib golongan susah diberi keutamaan dengan peruntukan RM2.5 bilion bagi tahun 2023

📍 Pengecualian bayaran duti setem 100 peratus atas pembelian rumah bernilai RM300,000 bakal jimatkan RM6,500

📍 Pengecualian bayaran duti setem 75 peratus atas pembelian rumah RM750,000 bakal jimatkan wang rakyat sebanyak RM15,000

📍 Di bawah inisiatif CahayaMata Keluarga Malaysia, ibu daripada isi rumah penerima BKM yang lahir anak pada 2023 akan diberi bantuan tunai one-off RM500 dengan peruntukan RM150 juta

📍 Bagi ringankan beban ibu bapa yang beri pendidikan awal kanak-kanak, Kerajaan setuju lanjutkan sehingga tahun taksiran 2024 pelepasan cukai sehingga RM3,000 ke atas bayaran yuran Taska dan Tadika berdaftar

📍 RM188 juta disediakan bagi program awal pendidikan kanak-kanak di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat  (KEMAS) termasuk pembinaan 10 taska KEMAS

📌 Bantuan tambahan RM500 kepada ibu atau bapa tunggal yang ada anak tanggungan diteruskan dan layak terima BKM maksimum RM3,000

📌 Kerajaan akan wajibkan caruman SKSPS kepada semua sektor pekerjaan sendiri secara berperingkat

📌 Jumlah had pegangan ASB dan ASB2 dinaikkan kepada RM300,000 berbanding RM200,000 sebelum ini

📌BKM 2023 akan beri manfaat kepada 8.7 juta penerima dengan peruntukan RM7.8 bilion

📌 Atas keprihatinan Kerajaan kepada golongan susah dan B40, bantuan tunai di bawah JKM dan BKM tahun ini akan melebihi RM10 bilion

📌 BSN akan sedia dana pinjaman mudah, bantu B40 melabur dalam ASB

📌 Jumlah had pegangan ASB dan ASB2 dinaikkan kepada RM300,000 berbanding RM200,000 sebelum ini

📍 Bagi isi rumah sehingga empat anak, layak terima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) antara RM1,000 hingga RM2,000

📍 Bagi isi rumah berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000, BKM disediakan antara RM500 hingga RM1,250 bergantung kepada bilangan anak

📍 Warga emas tiada pasangan serta golongan bujang akan terima BKM masing-masing RM600 dan RM350 bergantung kepada had pendapatan

📍 Banjaran pendapatan cukai antara RM250,000-RM400,000 akan digabung dengan banjaran RM400,000-RM600,000 dan dikenakan kadar cukai 25 peratus

📍 SC akan perkenal program latihan khas tingkat kemahiran wanita untuk tambah bilangan wanita yang layak dilantik sebagai ahli lembaga pengarah

📍 Kerajaan bercadang mengekalkan had statutori hutang pada 65 peratus daripada KDNK dalam jangka masa sederhana selepas Akta 830 tamat pada 31 Dis 2022

📌 Pemberian subsidi bil elektrik sehingga RM40 akan diperluas mengikut PGK Makanan iaitu isi rumah berpendapatan RM1,169 ke bawah berbanding syarat semasa RM980 ke bawah

📌 3 penerima utama Bajet 2023 ialah Kementerian Kewangan (RM72.2 bilion), Kementerian Pendidikan (RM55.6 bilion) dan Kementerian Kesihatan (RM36.1 bilion) yang merangkumi 44 peratus daripada jumlah perbelanjaan

📌 Menyedari manfaat yang diraih daripada pemberian tunai langsung, Bantuan Keluarga Malaysia akan terus ditambah baik

📌 Kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan kepada 2 mata peratusan

📌 Defisit fiskal dijangka berkurangan kepada 5.5 peratus daripada KDNK daripada 5.8 peratus daripada KDNK pada 2022

📌 Banjaran pendapatan cukai antara RM250,000-RM400,000 akan digabung dengan banjaran RM400,000-RM600,000 dan dikenakan kadar cukai 25 peratus

📌 Mulai tahun 2023, kadar cukai PMKS ke atas pendapatan bercukai bagi RM100,000 pertama dikurangkan daripada 17 peratus kepada 15 peratus – Tengku Zafrul

📌 RM10 bilion dana pinjaman akan disediakan melalui Bank Negara Malaysia untuk menggalakkan aktiviti automasi dan pendigitalan PKS serta menyokong agenda sekuriti makanan dan pemulihan sektor pelancongan – Tengku Zafrul

📌 Kerajaan akan meneruskan Skim Pemulihan dan Sokongan Melalui Ekuiti atau RESET dan Skim Modal kerja dibawah Bank Pembangunan Malaysia Bhd dengan dana keseluruhan berjumlah RM1 bilion – Tengku Zafrul

📌 Kerajaan cadang perluas skop galakan cukai sedia ada bagi pelabur individu dalam syarikat pemula melalui equity crowdfunding (ECF) – Tengku Zafrul

📌 Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan menyediakan jaminan pembiayaan sehingga RM9 bilion bagi PKS untuk sektor strategik iaitu agromakanan, teknologi mampan, pelancongan serta vendor minyak dan gas – Tengku Zafrul

📌 Bagi galakkan ramai anak muda berniaga, RM305 juta disediakan sebagai kemudahan pinjaman khusus untuk belia melalui SME Bank, TEKUN, MARA, BSN dan Agrobank

📌 SemarakNiaga 2023 ditambah baik dengan nilai keseluruhan berjumlah RM45 bilion, berbanding RM40 bilion yang diumumkan bagi tahun 2022 – Tengku Zafrul

📌 e-Pemula akan diteruskan dengan kredit dinaikkan kepada RM200, beri manfaat dua juta belia 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa 21 tahun ke atas libatkan peruntukan RM400 juta

📌 Paras defisit bagi 2023 hingga 2025 dijangka terus berkurang kepada purata 4.4 peratus berbanding KDNK – Tengku Zafrul

📌 Defisit fiskal 2023 diunjur berkurang kepada 5.5 peratus KDNK berbanding 5.8 peratus pada tahun 2022 – Tengku Zafrul

📌 Kerajaan komited teruskan program Jualan Murah Keluarga Malaysia di seluruh negara dengan peruntukan RM100 juta

📌 Kerajaan sedang melaksanakan inisiatif e-Invois dan Tax Identification Number (TIN) secara berperingkat mulai tahun 2023 bagi memastikan sumber hasil yang mampan – Tengku Zafrul

📌 Insentif Penggajian di bawah Perkeso diteruskan bagi galakkan majikan sediakan pekerjaan kepada yang menganggur seperti golongan OKU, orang asli, bekas banduan dan wanita yang kembali bekerja

📌 Petronas bercadang sumbang RM2 bilion ke dalam Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) pada tahun 2023 – Tengku Zafrul

📌 RM150 juta disediakan di bawah Insentif Penggajian Perkeso, dijangka dapat buka peluang kerjaya kepada lebih 70 ribu pencari kerja

📌 Pelaksanaan MySTEP diteruskan dengan menawarkan 50 ribu peluang kerjaya secara kontrak merangkumi 15 ribu dalam sektor awam dan 35 ribu melalui GLC

📌 sebanyak RM250 juta disediakan untuk sokong perlaksanaan projek PPP berimpak tinggi — Tengku Zafrul

📌 Pelan Induk Kerjasama Awam Swasta 2023-2032 akan dilancarkan bagi perkenal model PPP baharu — Tengku Zafrul

📌 Kerajaan cadang beri Elaun Modal Dipercepatkan dan mengecualikan cukai pendapatan 100 peratus ke atas perbelanjaan modal bagi memacu produktiviti, kecekapan melalui automasi – Tengku Zafrul

📌 KWSP akan teruskan pembangunan Kwasa Damansara, wujudkan lebih 6,000 peluang pekerjaan dengan jumlah pelaburan RM3 bilion sehingga 2025

📌 Kerajaan cadang lanjutkan insentif cukai bagi syarikat bersatus BioNexus untuk permohonan yang diterima sehingga hujung 2024 – Tengku Zafrul

📌 GLC, GLIC, komited buat pelaburan sehingga RM50 bilion bagi tahun 2023 – Tengku Zafrul

📌 Kerajaan cadang lanjut galakan cukai bagi pembangunan harta intelek sehingga 31 Dis, 2025 – Tengku Zafrul

📌Gaji MySTEP akan dinaikkan sebanyak RM100 iaitu antara RM1,500 hingga RM2,100 ringgit berbanding RM1,400 hingga RM2,000

📌Khazanah Nasional akan labur RM1 bilion di bawah Dana Impak pada 2023

📌EKUINAS sedia pelaburan Dana Asas berjumlah RM100 juta untuk syarikat bumiputera dengan nilai pelaburan minimum RM10 juta untuk setiap pelaburan

📌Kerajaan melalui MDEC akan pelopori usaha transformasi UTC sebagai hab digital

📌Kerajaan cadang penubuhan 2 UTC baharu, selenggara UTC sedia ada dengan peruntukan RM20 juta

📌HRD Corp akan sediakan RM750 juta untuk beri latihan kemahiran kepada lebih 800 ribu pekerja bagi tingkatkan produktiviti dan peluang pendapatan

📌RM10 juta disediakan kepada CREST untuk bangunkan aplikasi bagi industry automotive

📌Dana pelaburan lebih RM1 bilion akan diwujudkan sebagai pendekatan strategik bagi tarik lebih banyak pelaburan nilai tambah tinggi

📌Kerajaan komited capai tangga 10 teratas dunia sebagai negara berdaya saing menjelang 2025

📌RM20 juta disediakan secara geran padanan untuk pembangunan produk industri peranti perubatan

📌RM20 juta disediakan bagi laksanakan Program Usahawan Siswazah (PUSh) untuk manfaat 1,000 graduan ceburi bidang keusahawanan

📌Insentif cukai pendapatan bagi pengeluar produk farmaseutikal tempatan dilanjutkan sehingga akhir 2025

📌Kerajaan cadang status khas bagi Kompleks Petroleum Pengerang untuk insentif pelaburan industri kimia dan petrokimia

📌Cradle Fund akan sediakan peruntukan RM50 juta bagi membantu lebih banyak syarikat pemula berinovasi di peringkat antarabangsa

📍Bajet 2023: MRT 2 Fasa 2 dijangka mula beroperasi pada Jan 2023 — Tengku Zafrul

📍Bajet 2023: MRT3 Fasa 1 dijangka siap pada 2028 manakala Fasa 2 pada tahun 2030 – Tengku Zafrul

📍Bajet 2023: Kadar makanan bermasak Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dinaikkan  daripada RM2.50 kepada RM3.50 untuk Semenanjung dan RM3 ringgit kepada RM4 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan yang akan berkuat kuasa pada Oktober 2022

📍Bajet 2023: RM2.3 bilion diperuntukkan untuk sediakan ruang pembelajaran yang kondusif dan selamat buat murid-murid sekolah

📍Bajet 2023: Kadar Elaun Sara Hidup tajaan JPA bagi pelajar dan pegawai dalam negara akan diseragamkan dan dinaikkan RM100 sebulan bagi semua peringkat pengajian

📌Bantuan Awal Persekolahan akan diberikan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa pada tahun hadapan

📌Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 akan disalurkan pada Januari 2023 libatkan peruntukan RM825 juta melebihi peruntukan tahun ini RM450 juta

📌Kementerian Pendidikan akan terus terima peruntukan terbesar iaitu sebanyak RM55.6 bilion berbanding RM52.6 bilion tahun ini

📌Kerajaan akan tambah baik kemudahan di tujuh lapangan terbang Sabah dan Sarawak dengan membina wheelchair ramp

📌Bajet 2023 menyediakan peruntukan Perbelanjaan Pembangunan sebanyak RM95 bilion iaitu yang terbesar disediakan

📌Kerajaan cadang lanjutkan tempoh permohonan insentif Green Investment Tax Allowance (GITA) dan Green Income Tax Exemption (GITE) hingga 31 Dis, 2025 bagi menggalakkan peaburan hijau

📌Kerajaan komited untuk terus mensubsidi perkhidmatan pengangkutan udara dengan peruntukan RM209 juta bagi manfaat penduduk luar bandar

📌Inisiatif pas bulanan My50 bagi perkhidmatan rel dan bas diteruskan, manfaat hampir 180 ribu pengguna warga Lembah Klang

📌RM305 juta disediakan kepada masyarakat Orang Asli antaranya bagi program bantuan sosial, peningkatan taraf hidup serta Pembangunan Bersepadu Perkampungan Orang Asli

📌Hampir RM1 bilion ringgit disediakan untuk kebajikan warga emas berbanding RM580 juta pada 2020 

📌Kerajaan terus sediakan geran berjumlah RM21 juta untuk sokong operasi institusi penjagaan warga emas, kanak-kanak dan OKU swasta yang dikendalikan oleh NGO

📌RM1.2 bilion disediakan untuk OKU antaranya bantuan penjagaan pesakit kronik, elaun OKU tidak berupaya kerja dan elaun pekerja cacat

📌Kerajaan terus perkasa Skim 1 OKU 1 Perniagaan dengan mengecualikan bayaran fi pendaftaran dan pembaharuan lesen perniagaan

📌RM10 juta disediakan bagi pemberian baucar perjalanan kepada OKU melalui perkhidmatan e-hailing

📌RM20 juta untuk bekalkan peralatan mengajar serta menambaik baik fasiliti di sekolah berkeperluan khas

📌Kerajaan sediakan insentif khas bagi tubuhkan 50 buah TASKA OKU baharu berbanding 13 buah sedia ada

📌RM10 juta disediakan di bawah inisiatif Agropenjara bagi memperluas aktiviti pertanian dan perladangan libatkan 70 hektar tanah penjara

📌Potongan cukai tambahan kepada majikan yang menggaji bekas banduan  termasuk penghuni Sekolah Henry Gurney, institusi perlindungan dan pemulihan Kerajaan serta pusat jagaan bukan Kerajaan

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close