8 Baju Tidur Wanita Terbaik di Malaysia 2022

Baju tidur sentiasa menjadi item penting yang membantu dalam meningkatkan kualiti tidur. Baju tidur berkualiti baik boleh memberikan keselesaan sepenuhnya dan membolehkan anda tidur dengan lena. Selain itu, ia boleh mencegah penyakit kerana memakai baju tidur pada waktu malam dapat mengurangkan risiko mendapat selesema. Anda masih akan berasa panas jika anda secara tidak sengaja mengetepikan selimut anda semasa tidur.

Oleh itu, adalah penting untuk mempunyai baju tidur yang baik. Wanita tidak akan pernah bosan dengan pakaian mereka, termasuklah baju tidur. Berikut adalah senarai 8 baju tidur wanita terbaik di Malaysia.

Bagaimanakah anda memilih baju tidur yang sesuai?

Untuk memilih baju tidur yang sesuai, anda perlu mempertimbangkan beberapa hal seperti keselesaan, kesesuaian dan fabrik baju tidur sebelum membelinya. Dengan mengikuti panduan ini, anda akan dapat mencari baju tidur yang paling selesa.

1. Keselesaan

Keselesaan adalah pertimbangan utama bagi pembelian baju tidur anda. Terlalu banyak butang pada baju tidur mungkin menjejaskan keselesaan dan kualiti tidur kita kerana ia renyah dan mengambil masa untuk dipakai. Oleh itu, pilihlah pijama yang paling mudah dan senang untuk dipakai.

2. Berpadanan

Luangkan masa untuk menyemak carta saiz dan semak semula ukuran badan anda sebelum membuat pembelian dalam talian. Baju tidur yang longgar disyorkan untuk anda kerana ia boleh meningkatkan keselesaan dan kualiti tidur pada malam hari.

3. Fabrik
Anda boleh memilih fabrik yang paling sesuai dengan gaya hidup anda. Ada yang suka material kapas kerana fabriknya  ringan dan breathable. Sesetengah individu menyukai baju tidur sutera kerana ia terdiri daripada serat semula jadi yang dapat mengimbangi suhu badan dalam keadaan sejuk dan hangat.Semuanya bergantung kepada gaya anda.

8 Baju Tidur Wanita Terbaik di Malaysia 2022

1. Rss Pyjamas Set 

Rss Pyjamas Set
Kredit Gambar: Shopee

Set baju tidur ini sesuai untuk dipakai dalam cuaca panas kerana ia diperbuat daripada material kapas yang nipis dan selesa. Anda tidak perlu risau sama ada ia jika suhu panas pada waktu malam kerana material ini boleh menyejukkan badan anda. Selain itu, harganya juga berpatutan! Walau bagaimanapun, anda perlu semak dengan teliti dahulu ukuran badan anda dan saiz baju tidur yang ditawarkan sebelum membuat pesanan kerana potongannya lebih kecil daripada biasa.

Spesifikasi:

  • Material: Kapas
  • Saiz: M/L/XL/XXL (Potongan kecil/ pendek)
  • Negara Pengeluar: China

Kelebihan:

Berpatutan
Rekaan menarik dan comel
Material kain lembut

Harga: RM7.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Cotton Polyster Pyjamas

Cotton Polyster Pyjamas
Kredit Gambar: Shopee

Anda boleh memilih daripada pelbagai jenis gaya semasa membeli baju tidur ini. Baju ini diperbuat daripada fabrik kapas yang memberikan keselesaan kepada anda sewaktu tidur.Anda boleh memilih gaya yang sesuai untuk anda kerana baju tidur ini didatangkan dengan pelbagai corak yang menarik.

Spesifikasi:

  • Material: Kapas
  • Saiz: M, L, XL, 2XL
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

Berpatutan
Rekaan yang menarik
Breathable

Harga: RM9.50 – RM 16.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. YURI Women pyjamas

YURI Women pyjamas
Kredit Gambar: Shopee

Baju tidur ini merupakan pilihan ideal bagi mereka yang gemarkan baju tidur yang labuh. Baju tidur ini didatangkan dengan corak yang menarik untuk anda pilih! Ia direka dengan poket yang boleh memberi kemudahan kepada anda. Ia ringan dan longgar, yang pastinya dapat meningkatkan keselesaan anda semasa tidur.

Spesifikasi:

  • Material: Kapas
  • Saiz: M, L, XL, 2XL
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

Berpatutan
Selesa
Dress labuh

Harga: RM6.56

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. DG Women Silk Satin Pyjamas 

DG Women Silk Satin Pyjamas
Kredit Gambar: Shopee

Ia merupakan set baju tidur berlengan panjang yang diperbuat daripada sutera tiruan. Baju tidur ini selesa dipakai. Walaupun ia berlengan panjang, ketebalannya yang nipis membuatkan anda selesa pada waktu malam. Ia mempunyai kolar lapel yang sudah pasti akan menyerlahkan nilai estetik anda.

Spesifikasi:

  • Material: Sutera tiruan
  • Saiz: M, L, XL, 2XL, 3XL, 4XL, 5XL
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

Berkolar lapel
Selesa
Dibuat daripada sutera tiruan

Harga: RM15.66- RM17.66

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Spirng New Satin Chiffon Pyjamas Set

Spirng New Satin Chiffon Pyjamas Set
Kredit Gambar: Shopee

Ini adalah set baju tidur yang diperbuat daripada kain sifon. Fabrik ini biasa digunakan kerana bahannya yang ringan dan sangat breathable. Jika anda menggemari gaya minimalis, baju tidur ini sesuai untuk anda kerana memiliki corak motif polka dot yang kontemporari.

Spesifikasi:

  • Material: Sifon
  • Saiz: M, L, XL, XXL
  • Pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

Berkolar turn-down
Rekaan polka dot
Diperbuat daripada fabrik sifon

Harga: RM20.52- RM41.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Cute Cartoon Cotton Pyjamas

Cute Cartoon Cotton Pyjamas
Kredit Gambar: Shopee

Terdapat banyak reka bentuk yang menarik untuk set baju tidur ini. Ia sesuai untuk individu yang bimbang tentang cuaca panas, terutamanya di Malaysia. Baju tidur ini  berlengan pendek, yang menjadikan anda tidur dengan lebih selesa pada waktu malam walaupun cuacanya panas.

Spesifikasi:

  • Material: Kapas
  • Saiz: M, L, XL, XXL
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

Material yang lembut dan selesa
Berlengan pendek
Pelbagai pilihan

Harga: RM18.50-RM18.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Lovito Ice Silk Pyjamas Set

Lovito Ice Silk Pyjamas Set
Kredit Gambar: Shopee

Siapa yang tidak suka kain berkilat dan sutera yang membaluti seluruh kulit anda? Set baju tidur ini diperbuat daripada sutera sekaligus memberikan anda rasa sensasi paling lembut pada kulit anda. Baju ini juga berlengan pendek dan sesuai untuk anda pakai pada waktu malam yang panas!

Spesifikasi:

  • Material: Sutera
  • Saiz: M, L, XL, XXL
  • Negara Pengeluar: China

Kelebihan:

Material yang selesa dan lembut
Berlengan pendek
Mengawal suhu sewaktu anda tidur

Harga: RM29.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. ZANZEA Women Casual Pyjamas Set 

ZANZEA Women Casual Pyjamas Set
Kredit Gambar: Shopee

Reka bentuk baju tidur yang longgar ini bertujuan untuk memberikan anda keselesaan pada waktu malam. Ia diperbuat daripada sutera, yang boleh mengekalkan kelembapan dalam kulit anda dan mengawal suhu badan anda semasa tidur. Ia mempunyai reka bentuk renda yang cantik di bahagian hujung lengan dan hujung seluar.

Spesifikasi:

  • Material: Sutera
  • Saiz: S,M,L,XL,2XL,3XL,4XL,5XL
  • Negara Pengeluar: China

Kelebihan:

Material selesa dan lembut
Rekaan yang longgar
Mengawal suhu sewaktu anda tidur
Mempunyai lace

Harga: RM52.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close