10 Bakeri Kek Kahwin yang Menarik di Malaysia 2022

Perkahwinan adalah penyatuan dua jiwa dalam satu ikatan yang istimewa. Percaya atau tidak, pelbagai manisan disediakan di dalam majlis perkahwinan untuk menyerikan majlis, antaranya ialah kek. Jika dahulu, pulut kuning merupakan salah satu kemestian yang ada dalam majlis perkahwinan kerana ia dilambangkan sebagai tanda kesyukuran dan berterima kasih atas perkahwinan yang berjaya dilangsungkan. Namun kini, kek kahwin semakin mendapat tempat di hati para bakal pengantin kerana reka bentuk, jenis perisa dan harga yang ditawarkan dirasakan berpatutan. 

Kalau dahulu, pulut kuning akan digunakan sebagai ganti kek kerana ia lebih murah dan senang didapati. Selain itu, pulut kuning merupakan elemen penting dalam sesebuah majlis, baik majlis perkahwinan mahupun pertunangan. Namun, kecanggihan teknologi dan kepelbagaian reka bentuk kek membuatkan pada pengantin berasa bahawa kek adalah satu kemestian yang perlu ada untuk menyerikan majlis.

Adakah kek penting dalam majlis perkahwinan atau pertunangan? 

Sebenarnya, kek memainkan peranan yang penting dalam mencipta mood sesebuah majlis. Bukan itu sahaja, rekaan kek yang cantik, indah dan menepati tema majlis sama ada majlis perkahwinan atau pertunangan pasti dapat menenangkan hati bakal pengantin yang gundah-gulana. Tidak dinafikan ada juga pihak yang tidak menggunakan kek dalam majlis perkahwinan atau pertunangan dan menggantikannya dengan cupcakes yang direka cantik.

Bagaimanakah memilih kek yang sesuai? 

Untuk memilih kek kahwin atau kek tunang yang sesuai, anda haruslah menetapkan bajet yang sedia ada untuk membuat pilihan kek dalam lingkungan bajet anda. Dengan cara ini, anda tidak membazir. Selain itu, anda juga perlu memilih rekaan kek yang menepati cita rasa dan tema majlis anda. Dengan cara ini, kek yang dipilih dapat menyerikan majlis anda. Anda juga perlu memastikan harga kek yang ingin dibeli itu tidak melebihi bajet anda. Untuk jenis perisa, anda perlulah memilih kek yang menawarkan perisa kesukaan anda seperti red velvet, coklat, vanila dan banyak lagi. Apa yang penting, anda tahu apa yang anda mahu.

10 Bakeri Kek Kahwin yang Menarik di Malaysia 2022

1. Rara Kitchy

Rara Kitchy
Kredit Gambar: rarakitchy.com
Rara Kitchy
Kredit Gambar: rarakitchy.com

Bakeri ini terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor. Bakeri ini diusahakan oleh anak tempatan yang begitu mencintai dunia baking dan ingin memberikan pencuci mulut yang terbaik untuk para pelanggannya. Jika anda log masuk ke laman webnya, terdapat pelbagai jenis kek menarik dan cantik yang tersedia untuk anda. Daripada kek hari jadi sehinggalah kek anniversary perkahwinan, semuanya ada di sini. Selain kek, pencuci mulut seperti macaron, cupcakes, biskut dan juga Rapavlova turut dijual di sini.

Instagram: https://www.instagram.com/rarakitchy/?hl=en

Facebook: https://www.facebook.com/rarakitchy/

Laman Web

2. Redbakes

Redbakes
Kredit Gambar: Redbakes
Redbakes
Kredit Gambar: Redbakes

Redbakes merupakan bakeri yang sering menjadi pilihan penduduk di Selangor. Bakeri yang comel ini terletak di Shah Alam dan dibuka pada hari Selasa sehingga Jumaat, jam 9.30 pagi hingga 8.00 malam. Bakeri ini menjual pelbagai jenis kek yang menarik dan sesuai untuk dijadikan kek perkahwinan atau pertunangan anda. Selain itu, pemilik bakeri ini sentiasa mencuba dekorasi baharu pada kek dan memberikan yang terbaik buat para pelanggannya. Anda boleh melihat hasil rekaan kek pada media sosial yang tertera di sini. 

Facebook: https://www.facebook.com/theredbakes/

Instagram: https://www.instagram.com/redbakes/?hl=en

3. Gorgeous Chocolate

Gorgeous Chocolate
Kredit Gambar: Gorgeous Chocolate
Gorgeous Chocolate
Kredit Gambar: Gorgeous Chocolate

Bakeri ini mempunyai konsep rekaan jambak bunga yang menarik. Bakeri ini menggunakan strawberi yang disalut lapisan coklat untuk membentuk jambangan bunga yang menarik. Selain itu, bakeri ini juga menghasilkan kek tunang atau kahwin daripada hiasan tersebut. Berlokasi di Ampang, pemilik bakeri ini sering bereksperimen dan menghasilkan kek yang cantik dan indah untuk para pelanggannya. Terdapat juga ulasan positif daripada pelanggan terdahulu yang mencadangkan orang ramai untuk mencuba kek kreatif hasil ciptaannya. Oh ya, bakeri ini dibuka pada Isnin sehingga Sabtu.

Instagram: https://www.instagram.com/gorgeous.chocolate/?hl=en

Facebook: https://www.facebook.com/MyGorgeousChocolate/

4. Melurcakes

Melurcakes
Kredit Gambar: Melurcakes
Melurcakes
Kredit Gambar: Melurcakes

Berlokasi di Dataran Wangsa Melawati, Kuala Lumpur, bakeri ini sering menjadi pilihan ramai kerana keunikan reka bentuk kek ciptaannya. Jika anda ingin menempah kek daripada bakeri ini, anda perlulah memaklumkannya lebih awal supaya mereka dapat membuat persediaan yang rapi mengikut cita rasa dan perisa kek kegemaran anda. Melurcakes bersedia memberikan yang terbaik untuk para pelanggannya dari segi reka bentuk, rasa dan juga harga kek yang ditawarkan.

Instagram: https://www.instagram.com/melurcakes/?hl=en

Facebook: https://www.facebook.com/Melurcakes

5. Kek and Co

Kek and Co
Kredit Gambar: Kek and Co
Kek and Co
Kredit Gambar: Kek and Co

Bakeri ini merupakan bakeri yang dikenali oleh para penggemar kek  dan diasaskan pada 2015 oleh Satira Diana dan juga Farah Melissa. Terdapat pelbagai jenis rekaan kek yang dihasilkan termasuklah fesyen, alam semula jadi, rekaan dalaman dan juga budaya pop. Tidak hairanlah ramai yang memilih bakeri ini untuk dijadikan kek perkahwinan dan pertunangan mereka kerana bakeri ini menawarkan pelbagai pilih rekaan yang unik.

Facebook: https://www.facebook.com/kekandco/

Instagram: https://www.instagram.com/kekandco/?hl=en

Laman web

6. Baking Junkie

Baking Junkie
Kredit Gambar: Baking Junkie
Baking Junkie
Kredit Gambar: Baking Junkie

“Made with love, crafted with care,” itulah slogan bakeri ini. Setiap kek dan pencuci mulut yang dihasilkan telah dibuat dengan teliti dan penuh kemasan. Pelbagai rekaan bentuk kek dan perisa boleh didapati di bakeri ini yang berlokasi di Taman Tun TTDI. Anda boleh membuat tempahan kek kahwin atau bertunang sehinggalah kepada kek anniversary daripada bakeri ini. Hal ini kerana mereka amat mementingkan setiap perincian yang dimahukan oleh pelanggan dan mempersembahkannya dalam penyampaian kek tersebut. 

Facebook: https://www.facebook.com/bakingjunkiee/?ref=page_internal

Instagram: https://www.instagram.com/bakingjunkie/

7. The Comel Bakes

The Comel Bakes
Kredit Gambar: The Comel Bakes
The Comel Bakes
Kredit Gambar: The Comel Bakes

Bakeri ini berlokasi di Klang, Selangor. Selain membuat kek-kek hiasan flora, mereka juga turut menyediakan kek-kek bercorakkan karakter animasi untuk sebarang majlis, terutamanya majlis hari lahir. Bakeri ini ditubuhkan pada tahun 2019 untuk membantu pelanggan menceriakan sambutan hari istimewa mereka dengan kelazatan dan kecantikan kek yang dihasilkan. Rata-rata pelanggan memuji reka bentuk dan juga rasa kek yang dihasilkan oleh bakeri ini. 

Facebook: https://www.facebook.com/thecomelbakes

Instagram: https://www.instagram.com/thecomelbakes/

8. Brown and Sugar

Brown and Sugar
Kredit Gambar: Brown and Sugar
Brown and Sugar
Kredit Gambar: Brown and Sugar

Satu lagi bakeri yang tidak akan mengecewakan anda. Brown and Sugar ini merupakan bakeri yang terletak di Jalan Ampang, Dato Keramat, Kuala Lumpur. Bakeri ini menyediakan pelbagai jenis kek dan pencuci mulut yang boleh anda rasa. Untuk pengetahuan anda, bakeri ini dibuka pada setiap hari pada jam 9.30 pagi hingga 5.00 petang. 

Facebook: https://www.facebook.com/brownandsyai/ 

Instagram: https://www.instagram.com/brownandsyai/?hl=en

Laman Web

9. Pretty Small Bakery

Pretty Small Bakery
Kredit Gambar: Pretty Small Bakery
Pretty Small Bakery
Kredit Gambar: Pretty Small Bakery

Bakeri ini menyediakan kek-kek bajet untuk perkahwinan dan juga pertunangan. Walaupun ia kek bajet, namun hiasan dan reka bentuknya juga cantik dan menarik. Bakeri ini terletak di Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor. Selain menghasilkan kek dan pencuci mulut, pemilik bakeri ini turut menyediakan kelas baking kepada sesiapa yang berminat untuk menyertainya. 

Facebook: https://www.facebook.com/PRETTYSMALLBAKERY/ 

Instagram: https://www.instagram.com/prettysmallbakery/?hl=en 

Laman Web

10. Putri Raihanah

Putri Raihanah
Kredit Gambar: Putri Raihanah
Putri Raihanah
Kredit Gambar: Putri Raihanah

Jika anda mencari kek kahwin dan tunang yang bajet dan cantik, anda bolehlah menempah kek dengan bakeri ini. Terdapat pelbagai rekaan kek yang cantik dan juga unik untuk anda pilih. Selain kek, pemilik bakeri ini juga menghasilkan pencuci mulut yang lazat seperti cupcakes dan biskut.

Facebook: https://ms-my.facebook.com/putriraihanahcake 

Instagram: https://www.instagram.com/putriraihanah/?hl=en


Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close