9 Bangku Taman Terbaik di Malaysia 2022

Memilih perabot yang sesuai untuk diletakkan di kawasan luar rumah memerlukan pertimbangan yang teliti kerana ia boleh mempengaruhi penampilan keseluruhan rumah anda. Bangku taman adalah salah satu perabot yang digunakan untuk menyerikan halaman luar rumah.

Bangku taman bukan sahaja berfungsi untuk menyerikan halaman anda, malah ia juga boleh dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul dan berehat bersama ahli keluarga.  Duduk di bangku taman sambil menikmati pemandangan flora yang indah juga dapat menenangkan fikiran anda. Berikut adalah 9 bangku taman terbaik di Malaysia. 

Tips bagaimana hendak memilih bangku taman yang berkualiti. 

Halaman rumah merupakan salah satu ruang di mana kita banyak menghabiskan masa bersama keluarga. Oleh itu, pemilihan bangku taman dengan bahan yang berkualiti amat penting agar anda boleh menggunakannya dalam jangka masa yang lama. Kebanyakan bangku taman diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi seperti kayu, keluli tahan karat, aluminium dan banyak lagi. Anda juga perlu mempertimbangkan saiz bangku supaya ia berpadanan dengan bilangan ahli keluarga anda. 

Di manakah tempat yang sesuai untuk meletakkan bangku taman?

Bangku taman boleh diletakkan di mana-mana sahaja asalkan ia tidak menghalang laluan anda. Kedudukan terbaik untuk meletakkan bangku taman adalah di sudut taman anda atau di kawasan tengah taman anda bagi menyerlahkan lagi rupa halaman anda. 

9 Bangku Taman Terbaik di Malaysia 2022

1. Domica KD 7109 Bench

Domica KD Bench
Kredit Gambar: Shopee

Bangku Domica KD 7109 merupakan antara bangku taman yang digemari pengguna, ekoran reka bentuknya ringkas dan mudah untuk disesuaikan dengan pelbagai konsep halaman rumah. Bangku ini diperbuat daripada logam dan salutan batu besi sekaligus menjadikannya tahan lasak, kalis air dan kalis haba. Bangku ini didatangkan dengan 2 tempat duduk yang luas dan mampu menampung berat sehingga 240 kg.

Spesifikasi:

  • Bahan: Salutan Serbuk Batu Besi, Logam
  • Warna: Coklat Tembaga, Putih Tembaga
  • Berat: 13 kg
  • Berat kapasiti: 240 kg (Maksimum)
  • Saiz: (L) 1210 mm X (W) 483 mm X (H) 803 mm

Kelebihan:

2 tempat duduk
Mampu menampung berat sehingga 240 kg
Tahan karat

Harga: RM149.00 – RM188.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. NPC 4FT Bench

NPC FT Bench
Kredit Gambar: Shopee

NPC 4FT Bench dilengkapi dengan 3 tempat duduk yang boleh memuatkan lebih kurang 3 – 4 orang dalam satu masa. Selain itu, bangku ini juga diperbuat daripada logam dan mempunyai kemasan hitam matte yang membolehkan penyerapan haba berlaku dengan baik. Bangku ini juga didatangkan dengan bahagian penyandar bagi memberikan keselesaan kepada anda. Bangku ini dipasarkan dengan 1 pilihan warna sahaja.

Spesifikasi:

  • Bahan: Logam 
  • Warna: Hitam
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: (L) 117 cm x (W) 46 cm x (H) 84 cm (BC5917)

Kelebihan:

Dilengkapi penyandar belakang
Tahan lama
3 tempat duduk

Harga: RM279.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Atmua Furniture Vivo Bench

Atmua Furniture Vivo Bench
Kredit Gambar: Atmua Furnishing

Bangku Atmua Furniture Vivo ialah bangku taman dengan kualiti premium yang diperbuat daripada kayu dan getah sekaligus menjadikannya stabil dan kukuh. Bangku ini didatangkan dengan reka bentuk ringkas dan mampu memuatkan 3 orang pada satu masa. Selain itu, bangku taman ini menggunakan rawatan varnis mesra alam bagi mengekalkan kualiti bangku.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kayu, Getah 
  • Warna: Walnut
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: (L) 150 cm x (W) 39 cm x (H) 44 cm

Kelebihan:

Kukuh
Reka bentuk ringkas
3 tempat duduk

Harga: RM299.00 – RM316.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Ledang Decor Bench Chair GCH098

Ledang Decor Bench Chair GCH
Kredit Gambar: Shopee

Bangku ini diperbuat daripada kayu getah padu yang menjadikannya kukuh dan stabil sekaligus melengkapkan ruang anda dengan konsep minimalis. Bangku taman ini didatangkan dengan reka bentuk yang ringkas serta mempunyai proses pemasangan yang mudah. Selain itu, ia juga menggunakan cat tahan haba dan kalis air bagi membolehkannya digunakan dalam jangka masa yang lama.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kayu Getah
  • Warna: Putih, Natural
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 125 cm X 52 cm X 90cm

Kelebihan:

Kukuh
Mudah dipasang
Didatangkan dengan tempat letak tangan dan penyandar belakang

Harga: RM499.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. TOYOGO Garden Bench

TOYOGO Garden Bench
Kredit Gambar: Lazada

Bangku Taman TOYOGO ini sesuai diletakkan di kawasan taman atau halaman anda. Buaian luar ini diperbuat daripada plastik berkualiti tinggi yang menjadikannya stabil dan kuat serta mampu menahan cuaca berangin. Sama seperti Ledang Decor Bench Chair, bangku ini juga menggunakan cat tahan haba dan kalis air bagi membolehkannya digunakan dalam jangka masa yang lama.

Spesifikasi:

  • Bahan: Bingkai Plastik
  • Warna: Kelabu
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 1450 mm X 480 mm X 750 mm

Kelebihan:

Tahan lasak
Bersalut cat tahan haba dan kalis air
Penyandar belakang

Harga: RM255.20

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. 3V LAIVA Outdoor Garden Bench

V LAIVA Outdoor Garden Bench
Kredit Gambar: Shopee

3V LAIVA Outdoor Garden Bench diperbuat daripada logam serta boleh memuatkan 2 orang dalam satu masa. Bangku ini sesuai digunakan pada kawasan lapang ekoran ia mempunyai tapak yang luas. Tapak ini menjadikannya lebih stabil dan tidak mudah jatuh terutamanya ketika cuaca berangin. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan ciri boleh dilipat untuk memudahkan penyimpanan ketika tidak digunakan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Logam 
  • Warna: Tembaga
  • Berat: 12.6 kg
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 565 mm (W) x 1010 mm (L) x 775 mm (H)

Kelebihan:

2 tempat duduk
Boleh dilipat
Tahan karat

Harga: RM154.00 – RM177.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. 3V Benno Bench

V Benno Bench
Kredit Gambar: Shopee

3V Benno Bench diperbuat daripada logam padu dan tahan lasak yang mampu menampung jumlah kapasiti yang besar. Bangku taman logam ini mempunyai tapak sokongan bagi menghalang bangku daripada jatuh atau terbalik dengan mudah. Bangku taman ini juga disalut dengan kemasan besi sekaligus menjadikannya kalis air dan tahan lama. Ia didatangkan dengan satu pilihan saiz sahaja.

Spesifikasi:

  • Bahan: Logam 
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: (L) 122.5 cm x (W) 40 cm x (H) 44 cm

Kelebihan:

Kukuh
Mempunyai tapak sokongan tambahan
Kalis air

Harga: RM199.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. ODOSO HP045 Outdoor Bench

ODOSO HP Outdoor Bench
Kredit Gambar: Shopee

Bangku taman ODOSO HP045 ini dilengkapi dengan tempat duduk kayu berkualiti tinggi dan bingkai logam untuk keselamatan tambahan semasa anda menggunakannya. Bangku ini didatangkan dengan reka bentuk ergonomik dan ringkas sekaligus memudahkan proses pemasangannya. Bukan itu sahaja, bangku taman ini juga dibina dengan penyandar belakang untuk keselesaan maksimum.

Spesifikasi:

  • Bahan: Logam, Kayu (Tempat Duduk)
  • Warna: Coklat
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 120 cm (L) x 55 cm (W) ​​x 76 cm (H)

Kelebihan:

Reka bentuk stabil
Penyandar belakang
Tahan karat

Harga: RM338.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Newcastle Outdoor Garden Bench

Newcastle Outdoor Garden Bench
Kredit Gambar: Shopee

Newcastle Outdoor Garden Bench ialah bangku taman dengan reka bentuk yang unik dan panjang. Bangku ini sesuai digunakan pada taman yang berkonsepkan gaya jepun. Bangku taman ini dilengkapi dengan bahagian tempat duduk yang tebal dan bahagian kaki berbentuk X bagi menjadikannya lebih stabil dan kukuh. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan ciri boleh dilipat untuk memudahkan proses penyimpanan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Strong Solid Acacia
  • Warna: Acacia Wood
  • Negara Pengeluar: England
  • Saiz: (H) 450 mm X (D) 300 mm x (W) 1500 mm

Kelebihan:

Mudah dipasang
Stabil dan kukuh
Boleh memuatkan 3 orang

Harga: RM299.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close