8 Bantal Hamil Terbaik di Malaysia 2022

Perubahan yang berlaku terhadap fizikal wanita hamil dalam tempoh kehamilan menyebabkan ketidakselesaan kepadanya walaupun dalam keadaan duduk mahupun ketika sedang berbaring. Salah satu cabaran terbesar semasa hamil adalah untuk mendapatkan posisi tidur yang selesa. Mendapatkan waktu tidur yang mencukupi sewaktu hamil adalah satu komponen penting bagi mengekalkan kesihatan ibu dan anak. Jadi, untuk mengatasi masalah-masalah tersebut, bakal ibu boleh cuba menggunakan bantal hamil atau ‘maternity/ Pregnancy pillows’ yang boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan yang anda hadapi.

Bantal hamil atau ‘Pregnancy pillows’ adalah salah satu ciptaan inisiatif yang diambil untuk memberikan keselesaan yang maksimum kepada wanita hamil. Bantal ini dibuat khusus untuk keselesaan dan sokongan postur badan dalam pelbagai posisi supaya wanita hamil mendapatkan tidur yang nyenyak. Selain itu, bantal hamil direka secara 2-dalam-1 yang dilengkapi dengan bantal kepala dan bantal guling. Jadi, ini adalah 8 bantal hamil terbaik yang anda boleh dapati di Malaysia.

Bagaimana hendak memilih bantal hamil yang sesuai?

Terdapat pelbagai jenis dan bentuk bantal hamil di pasaran yang boleh membuatkan anda keliru untuk memilih yang mana sesuai buat anda. Oleh itu, anda disarankan untuk mempertimbangkan harga, bahan, dan warna sebelum membuat sebarang pembelian. 

  1. Harga

Bantal hamil sangat popular dalam kalangan ibu-ibu mengandung ekoran keselesaan dan kualiti yang ditawarkan. Oleh itu, bantal hamil telah mendapat permintaan tinggi sekaligus harganya mencanak naik.  Jadi, adalah lebih baik untuk sentiasa merujuk kepada belanjawan anda untuk mengelakkan perbelanjaan secara berlebihan.

  1. Bahan

Memilih bantal hamil dengan bahan yang betul adalah penting untuk mendapatkan bantal yang berkualiti dan memberikan keselesaan yang maksimum. Batal perlulah diperbuat daripada bahan tahan lama supaya ia boleh digunakan dalam jangka masa yang lama.

  1. Warna

Memandangkan wanita hamil perlu banyak berehat, mereka akan menggunakan bantal secara berterusan. Oleh itu, penting untuk memilih warna yang digemari oleh ibu yang hamil supaya moodnya ceria dan tenang.

8 Bantal Hamil Terbaik di Malaysia 2022

1. Premium Pregnancy Pillow

Premium Pregnancy Pillow
Kredit Gambar: Shopee

Premium Pregnancy Pillow ialah bantal hamil yang mempunyai reka bentuk U. Bantal jenis ini sesuai untuk posisi tidur telentang kerana ia mempunyai sokongan pada kepala, perut dan punggung. Anda boleh mendapatkan bantal hamil ini dengan 21 pilihan corak dan ia sangat selesa digunakan kerana diperbuat daripada campuran kapas dan fiber. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Kapas, fiber
  • Saiz: 140cm x 75cm
  • Warna: Pelbagai warna

Kelebihan:

Lembut
Pelbagai pilihan warna

Harga: RM52.49 – RM68.99

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

2. U-Shape Pregnancy Pillow

U Shape Pregnancy Pillow
Kredit Gambar: Shopee

Bantal hamil Bentuk-U ini mempunyai lengkungan kepala yang unik supaya anda akan terasa lebih selesa untuk bergerak. Bantal ini didatangkan dengan 15 warna yang berbeza untuk dipilih oleh anda. Selain itu, bantal ini juga menawarkan khidmat pengisian kapas tambahan sekiranya anda inginkan bantal yang lebih gebu.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kapas
  • Saiz: 71cm x 132cm
  • Warna: merah, kuning, merah jambu, hitam, merah jambu (baharu), biru, flora hitam, ungu, kelabu, flora oren, biru muda, floral putih , coklat, 

Kelebihan:

Zip
Boleh dibasuh
Pelbagai warna

Harga: RM67.00 – RM75.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

3. ECOBB Maternity Pillow

ECOBB Maternity Pillow
Kredit Gambar: Shopee

ECOBB Maternity Pillow mempunyai reka bentuk yang menawarkan sokongan seluruh badan, jadi anda boleh mengiring ke kiri atau ke kanan tanpa membuatkan badan terasa sengal akibat perubahan posisi. Tambahan pula, bantal hamil ini didatangkan dengan corak rona warna yang polos dan lembut serta sarungnya mudah untuk ditanggalkan dan dibasuh.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kapas
  • Saiz: 71cm x 132cm
  • Warna: Flora merah, kuning, flora merah jambu, hitam, merah jambu, biru bercorak, flora hitam, ungu, floral kelabu, flora oren, biru muda, putih,flora coklat baru, daun biru, biru pekat.

Kelebihan:

Zip
Boleh dibasuh
Pelbagai warna

Harga: RM87.98

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

4. Mommy Pillow

Mommy Pillow
Kredit Gambar: Shopee

Jika anda mencari bantal hamil yang komponennya boleh ditanggalkan dan digunakan secara individu, Mommy Pillow adalah pilihan terbaik untuk anda. Oleh sebab reka bentuknya yang ergonomik, bantal ini mudah di bawah ke mana-mana dan tidak memakan ruang yang banyak untuk penyimpanan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kapas
  • Saiz: 92cm x 38cm
  • Warna: Merah jambu, kelabu, biru, platinum, putih-kuning, biru, ungu 

Kelebihan:

Boleh ditanggalkan
Padat

Harga: RM59.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

5. U-Shape Maternity Pillow

U Shape Maternity Pillow
Kredit Gambar: Shopee

U-Shape Maternity Pillow direka dengan reka bentuk ergonomik berbentuk huruf U agar penggunaannya boleh dipelbagaikan. Bukan sahaja bantal ini digunakan untuk tidur malah ia juga boleh digunakan untuk aktiviti riadah seperti membaca, melayari internet, dan menonton televisyen. Bantal ini sesuai untuk anda yang inginkan sokongan belakang tambahan apabila duduk atau bersandar.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kapas, fiber
  • Saiz: 140cm x 75cm
  • Warna: Putih, biru, biru tua, pudina, kelabu, hitam, merah jambu lembut, lavender

Kelebihan:

Isi organik
Sarung bantal 3 lapis

Harga: RM109.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

6. Waist Support Pillow

Waist Support Pillow
Kredit Gambar: Shopee

Waist Support Pillow direka untuk memberikan sokongan pada bahagian belakang dan perut untuk keselesaan tambahan. Kedua-dua bahagian belakang dan hadapan bantal ini boleh ditanggalkan supaya anda boleh menggunakannya mengikut keselesaan anda. Bantal ini juga sesuai untuk digunakan oleh kanak-kanak.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kapas
  • Saiz: Tidak dinyatakan
  • Warna: Pelbagai warna

Kelebihan:

Boleh dibasuh
Padat
Boleh di tanggal

Harga: RM29.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

7. Holabebe Pillow

Holabebe Pillow
Kredit Gambar: Holabebe

Bantal Holabebe sesuai untuk anda yang sedang mencari sesuatu yang selesa untuk menampung perut yang sedang membesar terutamanya ketika berbaring secara mengiring. Bantal ini direka dengan bentuk yang dapat memberi sokongan di bahagian perut dan pinggang. Tambahan pula, ia diperbuat daripada 100% kekabu asli yang akan memberikan keselesaan berpanjangan untuk anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kapas
  • Saiz: 92cm x 38cm
  • Warna: Bamboo

Kelebihan:

Bahan premium
Boleh di tanggal

Harga: RM109.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

8. Chicco Body Pillow

Chicco Body Pillow
Kredit Gambar: Shopee

Chicco Body Pillow premium ini menjamin keselesaan anda secara maksimum apabila digunakan. Bantal ini sangat sesuai dan selesa untuk posisi tidur mengiring kerana dapat memberi sokongan pada bahagian belakang, perut dan lutut. Potongan bantal ini dapat membantu dalam meredakan sakit otot dan keletihan. Selain itu, sarungnya mudah untuk ditanggalkan dan dibasuh, sama ada menggunakan mesin basuh atau tangan. Paling menarik, sarungnya juga tidak mudah carik dan berbulu ketika dibasuh.

Spesifikasi:

  • Bahan: Polyester, fiber
  • Saiz: Tidak dinyatakan
  • Warna: Putih

Kelebihan:

Bahan tahan lasak
Boleh dibasuh
Boleh di tanggal

Harga: RM223.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close