8 Beg Beli-belah Kanvas Terbaik di Malaysia 2022

Apa itu beg beli-belah? Beg beli-belah atau Shopping bag ialah beg yang diperbuat daripada kertas, plastik dan banyak lagi yang digunakan untuk meletakkan pelbagai produk membeli-belah. Terdapat pelbagai jenis beg beli-belah yang boleh didapati di pasaran. Namun, jika anda sedang mencari beg beli-belah yang tahan lama dan tahan lasak, anda disyorkan untuk membeli beg beli-belah yang diperbuat daripada kanvas. 

Hal ini kerana kanvas merupakan fabrik tenunan yang tahan lasak dan tahan lama. Kanvas lazimnya digunakan untuk membuat beg galas, kasut, sarung telefon pintar dan beg tangan. Berikut adalah 8 beg beli-belah kanvas terbaik di Malaysia.

Bagaimana Hendak Mencari Beg Beli-Belah Kanvas Yang Sesuai?

Terdapat banyak jenis beg beli-belah kanvas yang boleh didapati di kedai fizikal dan dalam talian sehingga membuatkan anda keliru? Jangan bimbang, dengan mengetahui pilihan, harga dan saiz boleh membantu anda dalam mencari beg beli-belah kanvas yang terbaik.

1. Pilihan

Setiap beg beli-belah didatangkan dengan ciri, warna dan bentuk yang berbeza. Jadi, anda perlulah memilih beg berdasarkan pilihan dan cita rasa anda agar anda berpuas hati.

2. Harga

Setiap beg menawarkan pelbagai harga, oleh itu disarankan kepada anda untuk membandingkan harga bagi beberapa produk beg terlebih dahulu. Ini juga boleh membantu anda menjimatkan wang dan berbelanja dengan bijak.

3. Saiz

Pastikan anda memilih saiz beg yang bersesuaian dengan kapasiti yang anda perlukan. Sebagai contoh, jika anda ingin membawa kesemua barangan membeli-belah dalam masa yang sama, anda perlulah membeli beg yang mempunyai ruang penyimpanan yang besar. 

8 Beg Beli-belah Kanvas Terbaik di Malaysia 2022

1. Beg Kanvas Gaya Eropah

Europe Style Canvas Bag
Kredit gambar: Shopee

Beg kanvas ini boleh didapati dalam warna kelabu, biru, hitam dan coklat yang boleh anda pilih berdasarkan cita rasa anda. Beg ini didatangkan dengan pemegang yang tebal bagi memberikan keselesaan kepada anda ketika memakainya. Bukan itu sahaja, beg ini juga mempunyai zip dan ruang penyimpanan yang besar.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kanvas
  • Warna: Hitam, Biru, Coklat, Kelabu
  • Saiz: 29 cm x 25 cm x 13 cm

Kelebihan:

Mampu Milik
Kanvas tebal
Pemegang tebal

Harga: RM7.59

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

2. Beg Kanvas Gaya Korea

Korean Style Canvas Bag
Kredit gambar: Shopee

Beg beli-belah ini mempunyai ruang penyimpanan yang besar, sekali gus membolehkan anda untuk membawa barang dalam kuantiti yang banyak. Ia dilengkapi dengan poket kecil pada bahagian dalam beg yang membolehkan anda untuk meletakkan barangan penting seperti telefon, dompet dan kunci. Beg ini tidak mempunyai zip atau butang magnet supaya lebih mudah untuk anda meletakkan barangan anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kanvas
  • Warna: Hitam, Coklat Gelap, Putih Putih
  • Saiz: 31 cm x 35 cm x 23 cm

Kelebihan:

Kapasiti besar
Pilihan warna yang menarik
Bergaya

Harga: RM11.75 – RM15.04

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

3. Beg Kanvas (Designed)

Designed Canvas Bag
Kredit gambar: Shopee

Beg kanvas ini mempunyai reka bentuk ringkas serta didatangkan dengan poket pada bahagian hadapan beg. Hal ini membolehkan anda untuk meletakkan barangan secara berasingan. Beg ini bukan sahaja boleh digunakan sebagai beg membeli-belah, malah ia juga boleh dijadikan sebagai beg sekolah ataupun untuk kegunaan harian.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kanvas
  • Warna: Hitam, Putih
  • Saiz: 36 cm x 36 cm 

Kelebihan:

Mudah dibawa
Serba guna
Bergaya

Harga: RM13.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

4. Beg Kanvas Berjalur

Striped Canvas Bag
Kredit gambar: Shopee

Beg kanvas ini didatangkan dengan 2 versi iaitu versi berzip dan tidak berzip yang boleh anda pilih mengikut keselesaan dan pilihan anda. Beg ini juga mempunyai reka bentuk yang minimalis dan elegan yang menjadikannya sesuai untuk dibawa ketika membeli barangan runcit mahupun ketika melancong.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kanvas
  • Warna: Hitam, Coklat, Putih
  • Saiz: 43.5 cm x 34 cm x 28.5 cm ( berzip), 36 cm x 32 cm x 35 cm (tanpa zip)

Kelebihan:

Serba guna
Reka bentuk elegan
Dua versi beg (berzip dan tidak berzip)

Harga: RM15.99 – RM19.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

5. Beg Kanvas (Simple)

Simple Canvas Bag
Kredit gambar: Shopee

Beg kanvas ini didatangkan dengan fungsi serba guna, di mana anda juga boleh menggunakan beg ini untuk ke kelas atau ketika melancong. Beg ini didatangkan dengan satu ruang utama di mana anda boleh menyimpan barangan keperluan anda dengan mudah. Beg ini juga didatangkan dengan pelbagai pilihan warna yang boleh dipadankan dengan pelbagai pakaian.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kanvas
  • Warna: Hitam, Ungu, Kuning, Putih
  • Saiz: 45 cm x 33 cm x 29 cm 

Kelebihan:

Serba guna
Reka bentuk yang comel
Mudah untuk dicuci

Harga: RM9.79 – RM10.49

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

6. Beg Kanvas Polos

Plain Canvas Bag
Kredit gambar: Shopee

Beg kanvas ini didatangkan dengan reka bentuk polos yang membolehkan anda untuk melakarkan kreativiti anda di atas beg ini.  Beg ini dilengkapi dengan tali bahu tebal bagi memberikan keselesaan sewaktu anda memakainya. Selain itu, beg ini juga dipasarkan dengan pelbagai saiz yang berbeza daripada saiz S hingga XL.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kanvas
  • Warna: Neutral
  • Saiz: 31 cm x 37 cm x 12 cm (S), 35 cm x 35 cm x 10 cm (M) , 38 cm x 45 cm x 12.5 cm (L), 35.5 cm x 41.5 cm x 12 cm (XL). 

Kelebihan:

Pelbagai fungsi
Boleh melukis di atasnya
Pelbagai saiz untuk dipilih

Harga: RM9.79 – RM10.49

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

7. Beg Kanvas Beraneka

Assorted Canvas Bag
Kredit gambar: Shopee

Anda mencari beg beli-belah dengan kapasiti yang besar pada harga yang berpatutan, maka beg ini sesuai untuk anda. Beg ini didatangkan dengan pelbagai reka bentuk yang boleh anda pilih berdasarkan gaya dan cita rasa anda. Beg ini hanya boleh dicuci dengan menggunakan tangan sahaja dan tidak boleh direndam di dalam air terlalu lama untuk mengekalkan kualiti imej beg tersebut.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kanvas
  • Warna: Pelbagai warna
  • Saiz: S, M, L, XL

Kelebihan:

Penampilan yang unik
Pelbagai reka bentuk untuk dipilih

Harga: RM9.90 – RM15.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

8. Beg Kanvas Estetik

Aesthetic Canvas Bag
Kredit gambar: Shopee

Beg kanvas ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai beg beli-belah ekoran ia mempunyai ruang penyimpanan yang besar. Beg ini boleh dilipat ke saiz yang lebih kecil untuk memudahkan penyimpanannya. Bukan itu sahaja, beg ini juga diperbuat daripada kanvas anti-kedut dan tahan lama. Ia juga didatangkan dengan jahitan berkualiti tinggi serta dipasarkan dengan harga yang berpatutan. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Kanvas
  • Warna: Merah Jambu, Coklat, Coklat cair, Biru
  • Saiz: 40 cm x 32.5 cm x 22 cm 

Kelebihan:

Penampilan yang comel dan menarik
Tekstur kain berkualiti tinggi
Pelbagai reka bentuk untuk dipilih

Harga: RM11.89

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian  

Disclosure: This list was compiled by the team at My Weekend Plan after extensive research and shared opinions to suggest helpful recommendations for the public. The sequence of brands is in no particular order so if you have any other great suggestions too, please email us [email protected] For more information, kindly refer to our copyright, privacy & disclosure policy.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close