8 Beg Kasut Terbaik di Malaysia 2022

Kasut boleh menjadi aspek yang paling sukar untuk dimasukan ke dalam beg pakaian anda. Ia bukan sahaja barang yang besar dan berat untuk di simpan, tetapi ia juga boleh mengotorkan pakaian anda. Di sinilah beg kasut boleh membantu. Beg kasut ialah alat serba guna yang boleh digunakan untuk menyimpan kasut anda dengan kemas tanpa menyentuh barangan yang lain. Beg ini didatangkan dalam pelbagai saiz, warna dan gaya, yang bertujuan untuk melindungi kasut anda. Bukan itu sahaja, penggunaan beg kasut juga boleh menjimatkan ruang di dalam beg pakaian atau almari anda. Berikut adalah senarai 8 beg kasut terbaik di Malaysia yang boleh anda dapati dalam harga yang berpatutan.

Bagaimana Hendak Memilih Beg Kasut Yang Sesuai?

Memilih beg kasut yang paling sesuai dengan anda boleh mengelirukan ekoran terdapat banyak aspek yang perlu dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa aspek utama yang perlu difokuskan semasa memilih beg kasut iaitu saiz, bahan dan ciri.

  • Saiz: 

Pastikan anda memilih saiz beg yang berpadanan dengan kasut anda. Selain itu, anda juga perlu memilih saiz beg yang boleh diletakkan di dalam bagasi dan almari anda bagi memudahkan penyimpanan. 

  • Bahan: 

Memilih beg kasut dengan bahan yang betul adalah penting untuk mendapatkan beg yang berkualiti dan tahan lasak. Beg kasut perlulah diperbuat daripada bahan tahan lama seperti kain Oxford atau Nilon supaya ia boleh digunakan dalam jangka masa yang lama.

  • Ciri:

Beg kasut didatangkan dengan pelbagai ciri seperti tali pemegang, zip, getah dan banyak lagi. Jadi, anda disyorkan untuk menentukan ciri beg yang anda inginkan sebelum membuat pembelian.

8 Beg Kasut Terbaik di Malaysia 2022

1. Travel Shoe Bag Organiser

Travel Shoe Bag Organiser
Kredit gambar: Shopee

Jika anda sedang mencari beg kasut dengan kapasiti yang besar, beg ini terbaik untuk anda. Beg ini didatangkan dengan ruang simpanan yang besar bagi membolehkan anda menyimpan sehingga 4 pasang kasut. Bukan itu sahaja, ia juga diperbuat daripada fabrik berkualiti tinggi sekaligus menjadikannya kalis air dan kalis habuk. Selain itu, beg ini juga dilengkapi dengan pemegang bagi memudahkan anda membawanya ke mana sahaja.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kain Kationik 
  • Saiz: 23 cm x 14 cm x 30 cm 
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Warna: Kelabu, Merah, Biru muda, Ungu, Hitam, Biru Tua

Kelebihan:

Berkualiti tinggi, tahan lama
Ruang simpanan yang besar
Kalis habuk
Kalis Air
Boleh dilipat
Tali pemegang bagasi

Harga: RM12.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. MILANDO Travel Shoe Bag Organiser

MILANDO Travel Shoe Bag Organiser
Kredit gambar: ZoodMall

Beg kasut fabrik ‘non-woven’ ini dilengkapi dengan penutup tali serut yang membolehkan anda membuka dan menutup beg dengan mudah. Beg kasut bertali ini sangat sesuai untuk dibawa ketika anda bercuti ekoran ia boleh dilipat dan disimpan dengan mudah. Selain itu, ia juga didatangkan dengan 3 pilihan warna untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Fabrik Non-Woven
  • Saiz: 32 x 43.5 cm 
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Warna: Hitam, Kelabu Muda, Navy

Kelebihan:

Reka bentuk tali serut 
Mudah dibuka dan ditutup
Reka bentuk lutsinar
Kalis air
Kalis habuk
Ringan
Mudah untuk bawa dan simpan

Harga: RM1.20

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

3. Foldable Shoe Bag

Foldable Shoe Bag
Kredit gambar: AliExpress

Beg kasut ini diperbuat daripada bahan tahan lasak dan kalis air yang membolehkan anda menggunakannya dalam jangka masa yang lama. Beg ini mempunyai tali pemegang di bahagian atas bagi memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja. Selain itu, beg ini juga dilengkapi dengan bahagian penyimpanan tambahan yang boleh digunakan untuk menyimpan barangan bersaiz kecil seperti stoking atau tali pengikat kasut.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik, PP 
  • Saiz: 21 x 30 x 11.5 cm 
  • Berat: 50 g 
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Warna : Kelabu, Merah Jambu, Wain Merah, Oren, Biru Tua, Biru Langit

Kelebihan:

Ruang simpanan yang besar
Poket jaring
Ringan
Reka bentuk gesper tersembunyi

Harga: RM3.30

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. MILANDO Shoe Bag Travel

MILANDO Shoe Bag Travel
Kredit gambar: Shopee

Beg kasut MILANDO didatangkan dengan ruang simpanan yang besar serta dilengkapi dengan ruang lutsinar di sisi membolehkan anda mengenal pasti kasut anda tanpa perlu membuka zip beg. Bukan itu sahaja, beg kasut ini juga mempunyai kualiti premium dengan kadar harga yang rendah menjadikannya pilihan yang terbaik untuk dijadikan beg kasut anda.

Spesifikasi:

  • Saiz: 50 x 35 x 30 cm 
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Warna: Hitam, Biru, Hijau

Kelebihan:

Berkualiti tinggi, tahan lama
Reka bentuk lutsinar
Kalis air

Harga: RM3.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. PUMA Unisex PRO Training II Shoe Bag

PUMA Unisex PRO Training II Shoe Bag
Kredit gambar: Lazada

Selain daripada menghasilkan kasut berkualiti tinggi, jenama PUMA juga tidak ketinggalan dalam mengeluarkan produk penjagaan kasut iaitu beg kasut. Beg ini daripada poliester berkualiti tinggi yang menjadikannya tahan lama dan tahan lasak. Selain itu, ia juga didatangkan dengan reka bentuk leaping cougar minimalis sesuai untuk anda yang sedang mencari beg kasut yang ringkas.

Spesifikasi:

  • Bahan: Poliester 
  • Saiz: 36 x 14 x 15 cm
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

Berkualiti tinggi dan tahan lasak
Reka bentuk yang menarik

Harga: RM20.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

6. Bag2u Shoe Pouch Waterproof Storage Bag

Bagu Shoe Pouch Waterproof Storage Bag
Kredit gambar:  Shopee

Beg ini diperbuat daripada bahan poliester berkualiti tinggi yang menjadikannya kalis air serta pengudaraan dapat berlaku dengan baik. Selain itu, beg ini didatangkan dengan pemegang ergonomik yang memberikan keselesaan pada tangan anda walaupun selepas memegangnya dalam masa yang lama. Ia juga mempunyai poket di bahagian dalam yang membolehkan anda menyimpan barang bersaiz kecil seperti kunci, stoking, dompet dan banyak lagi.

Spesifikasi:

  • Bahan: Poliester 
  • Saiz: 20 x 11 x 30 cm 
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Warna: Hijau Epal, Biru, Merah

Kelebihan:

Berkualiti tinggi dan tahan lama
Melepaskan haba dengan mudah
Kalis air
Reka bentuk pemegang ergonomik
Poket tampal

Harga: RM11.78

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Adidas Linear Logo Shoe Bag

Adidas Linear Logo Shoe Bag
Kredit gambar: Shopee

Beg kasut Adidas ini merupakan salah satu beg kasut yang paling digemari oleh pengguna. Bukan sahaja mempunyai reka bentuk yang kasual, malah ia juga diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi menjadikannya tahan lasak dan tahan lama. Tambahan pula, beg ini mempunyai kemasan fabrik Mesh yang membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik.

Spesifikasi:

  • Bahan: Poliester , mesh
  • Saiz: 20 x 37 x 10 cm 
  • Negara Pengeluar: Jerman

Kelebihan:

Pengudaraan yang baik
Berkualiti tinggi dan tahan lama
Diperbuat daripada bahan kitar semula

Harga: RM55

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8.  TOMORROW SHOWTIME Unisex Shoe Storage Bag

TOMORROW SHOWTIME Unisex Shoe Storage Bag
Kredit gambar: Shopee

Beg kasut ini mempunyai pembahagi boleh lipat di bahagian dalam beg bagi memastikan kasut tidak bercampur antara satu sama lain. Selain itu, ia diperbuat daripada fabrik Nilon kalis air namun beg kasut ini masih boleh bersihkan dengan menggunakan sabun dan air. Beg ini dipasarkan dengan 5 pilihan warna menarik untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Fabrik Nilon
  • Saiz: 35 x 12 x 17 cm 
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Warna: Maroon, Navy, Biru, Merah jambu, Hitam, Hijau

Kelebihan:

Berkualiti tinggi dan tahan lama
Poket berjaring
Ruang simpanan besar

Harga: RM35

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close