8 Beg Laptop Terbaik Di Malaysia 2022

Dalam era moden ini, komputer riba bukan lagi satu kehendak kerana ia kini telah menjadi satu keperluan bagi setiap individu untuk melaksanakan tugasan seharian, tidak kiralah untuk tujuan pendidikan atau bekerja. Ia merupakan peranti pelbagai fungsi yang memberikan kemudahan kepada kehidupan kita untuk mencatat nota, menyelidik, menyediakan esei dan laporan. Selain itu, penggunaan komputer riba juga membolehkan kita untuk menganjurkan mesyuarat dalam talian, terutamanya semasa pandemik Covid-19. 

Oleh sebab itu, masalah komputer rosak merupakan hal yang membimbangkan dan ingin dielakkan oleh semua orang. Walaupun, sudah mencuba sebaik mungkin untuk menjaganya, namun tanpa disedari ada sahaja kesilapan kecil yang dilakukan yang mengakibatkan kesan kepada prestasi komputer. Contohnya, dengan menyimpan komputer pada tempat yang tidak sesuai dan terdedah dengan bahaya seperti hentakan dan calar. Walau bagaimanapun, ia boleh dielakkan dengan penggunaan beg komputer riba. Berikut adalah 8 beg komputer riba terbaik di Malaysia.

Mengapakah beg komputer riba diperlukan?

Beg tangan komputer riba lazimnya diperbuat daripada fabrik atau nilon yang bertindak sebagai lapisan pelindung komputer riba daripada terdedah pada habuk, calar dan kotoran. Selain itu, anda juga boleh menggunakan beg komputer riba bagi memudahkan anda membawanya ke mana sahaja. 

Adakah komputer riba perlu sentiasa disimpan di dalam beg komputer?

Jawapannya, ya! Komputer riba haruslah sentiasa disimpan di dalam beg komputer bagi melindungi dan mengelakkan komputer anda daripada terdedah pada kotoran dan barangan yang boleh menyebabkan hentakan atau calar. Selain itu, ia juga boleh melindungi komputer anda daripada terkena percikan air hujan atau sinaran matahari. 

8 Beg Komputer Riba Terbaik Di Malaysia 2022

1. 13 14 15 inch Laptop Handbag

inch Laptop Handbag
Kredit gambar: Shopee

Beg ini diperbuat daripada kain Oxford yang menjadikannya tahan lasak dan kalis air. Beg ini boleh didapati dalam pelbagai warna menarik seperti kelabu tua, kelabu muda, hitam, biru dan merah jambu. Selain itu, ia juga didatangkan dalam pelbagai saiz, yang boleh anda pilih berdasarkan saiz komputer anda. Bukan itu sahaja, beg ini juga dilengkapi dengan 2 bahagian berzip. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Kain Oxford
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 11 inci, 13 inci, 14 inci, 15 inci

Kelebihan:

Pelbagai pilihan warna
Kalis hentakan
Mudah dibawa

Harga: RM23.14

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

2. Laptop Sling & Hand Carry Bag

Laptop Sling Hand Carry Bag
Kredit gambar: Shopee

Beg ini dilengkapi dengan tali  boleh laras dan boleh ditanggalkan mengikut keselesaan anda. Beg ini diperbuat daripada 100% nilon yang menjadikannya tahan lasak dan ringan serta memudahkan anda membawanya ke mana sahaja. Ia boleh memuatkan laptop di bawah 15.6 inci. Selain itu, ia juga didatangkan dengan 3 pilihan warna untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Nilon
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 15.6 inci

Kelebihan:

Tali boleh tanggal
Reka bentuk ringkas
Tahan lasak

Harga: RM17.64-RM19.79

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Protective Laptop Hand Carry Bag

Protective Laptop Hand Carry Bag
Kredit gambar: Shopee

Beg ini diperbuat daripada poliester berkualiti tinggi serta dilengkapi dengan zip yang boleh dibuka dari atas bagi memudahkan anda untuk mengakses peranti anda. Terdapat juga poket tambahan di bahagian hadapan yang membolehkan anda meletakkan peranti-peranti kecil seperti tetikus, fon kepala, pen dan pad nota. Beg ini sesuai digunakan untuk Microsoft Surface Book 2/1 15, HP 2019 Premium Flagship Probook 450 G6 15.6, dan kebanyakan komputer riba yang bersaiz 15 inci hingga 15.4 inci.

Spesifikasi:

  • Bahan: Poliester
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 14 inci, 15 inci, 15.6 inci

Kelebihan:

Kapasiti besar
Kalis hentakan
Kalis Air

Harga: RM25.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

4. BRENICE Women Multifunction Handbag 

BRENICE Women Multifunction Handbag
Kredit gambar: Shopee

BRENICE Women Multifunction Handbag ini diperbuat daripada kulit tiruan yang menjadikannya kukuh dan tahan lama. Beg ini boleh melindungi komputer riba anda daripada calar dan kotoran. Selain itu, ia juga didatangkan dengan reka bentuk yang mewah dan bergaya serta sesuai dibawa ke pejabat. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Kulit Tiruan
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 13.3 inci

Kelebihan:

Pelbagai ruang penyimpanan
Bergaya
Kukuh

Harga: RM69.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

5. Tomtoc Versatile 360 Protective Laptop Sleeve 

Tomtoc Versatile Protective Laptop Sleeve
Kredit gambar: Shopee

Beg ini direka khas untuk MacBook dengan saiz 16 inci. Beg ini dilengkapi dengan 3 lapisan perlindungan bagi melindungi komputer riba anda daripada habuk, tumpahan makanan atau minuman dan hentakan. Selain itu, ia juga didatangkan dengan poket hadapan untuk kegunaan aksesori komputer riba seperti pengecas, hab, kabel, telefon pintar dan banyak lagi.

Spesifikasi:

  • Bahan: Poliester
  • Negara Pengeluar: Amerika
  • Saiz: 16 inci

Kelebihan:

Perlindungan menyeluruh
Tahan lasak
Kalis hentakan
Kalis habuk

Harga RM159.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

6. Elegant Briefcase Simple Laptop Handbag

Elegant Briefcase Simple Laptop Handbag
Kredit gambar: Shopee

Anda mencari beg dengan reka bentuk yang elegan dan ringkas? Elegant Briefcase Simple Laptop Handbag ini sesuai untuk anda. Beg ini didatangkan dengan 3 pilihan saiz dengan warna pastel yang menarik untuk anda pilih. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan 3 bahagian penyimpanan. Selain itu, ia juga mempunyai tali bahu yang boleh dilaraskan mengikut keselesaan anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Poliester 
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 13 inci, 14 inci, 15 inci

Kelebihan:

Kalis air
Warna lembut yang menarik
Tali bahu boleh laras

Harga: RM71.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. MINGKE Laptop Handbag 

MINGKE Laptop Handbag
Kredit gambar: Shopee

MINGKE Laptop Handbag mempunyai gaya yang lebih kasual serta boleh dipadankan dengan pelbagai konsep pemakaian. Reka bentuknya yang ringkas dan polos sangat ideal untuk anda yang menggemari konsep minimalis. Selain itu, ia didatangkan dengan satu ruang utama di mana anda boleh menyimpan barangan keperluan anda dengan mudah.

Spesifikasi:

  • Bahan: Nilon
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 13 inci, 14 inci, 15.6 inci

Kelebihan:

Kapasiti besar
Kalis hentakan
Kalis Air

Harga: RM65.99-RM68.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

8. Tomtoc H21 Lady Laptop Handbag 

Tomtoc H Lady Laptop Handbag
Kredit gambar: Shopee

Beg ini menampilkan reka bentuk inovatif Corner Armor Tomtoc pada bahagian sudut bawah beg bagi melindungi komputer riba anda daripada sebarang hentakan. Selain itu, ia juga diperbuat daripada poliester yang menjadikannya ringan serta mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Beg ini didatangkan dengan 2 bahagian penyimpanan. Bukan itu sahaja, ia juga dipasarkan dengan 4 pilihan warna untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Poliester 
  • Negara Pengeluar: Amerika
  • Saiz: 14 inci

Kelebihan:

Tahan lasak
4 pilihan warna
Kalis hentakan

Harga: RM209.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close