10 Beg Mendaki Terbaik di Malaysia 2023

Aktiviti Hiking (mendaki) bukit ataupun gunung semakin menjadi kegilaan ramai. Bukit ataupun gunung kini menjadi destinasi riadah yang dilakukan oleh pelbagai peringkat umur, termasuklah dalam kalangan orang berumur dan kanak-kanak. Kebelakangan ini, kita kerap melihat pelbagai aktiviti luar dilakukan oleh orang awam. Ini sedikit sebanyak memberi petanda bahawa masyarkat telah menyedari bahawa aktiviti luar boleh menyumbang kepada gaya hidup sihat yang sering menjadi faktor penting dalam penjagaan kesihatan.

Walau bagaimanapun, sebelum anda melakukan aktiviti ini, anda perlulah mempunyai pakaian yang sesuai dan kelengkapan mendaki seperti beg. Beg galas yang sesuai ialah beg kalis air yang bersaiz 35 L hingga 50 L (tertulis pada beg). Kapasiti beg anda hendaklah bersesuaian dengan badan dan barang-barang yang hendak dibawa. Berikut adalah 10 beg mendaki terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia.

Apakah Faedah Mendaki?

Menurut kajian Universiti Stanford pada tahun 2014, mendaki boleh meningkatkan mood gembira dan dapat mengurangkan keresahan anda. Selain itu, dengan melakukan aktiviti mendaki selama 90 minit dalam persekitaran semula jadi, ia boleh menyumbang kepada kesihatan otak. Di samping itu, ia juga membantu dalam menangani masalah kemurungan dan mengurangkan stress.

Apakah Keperluan Yang Perlu Dibawa Semasa Mendaki?

Terdapat beberapa barang penting yang perlu anda bawa sebelum memulakan pendakian. Adalah penting untuk membawa jumlah air yang mencukupi bersama anda supaya anda boleh menghidratkan diri semasa mendaki tanpa pengsan. Anda juga harus mempertimbangkan untuk membawa tuala muka, bar protein, peti pertolongan cemas, peta, telefon dan pelbagai alatan. 

10 Beg Mendaki Terbaik di Malaysia 2023

1. THE NORTH FACE 50L Backpack

THE NORTH FACE L Backpack
Kredit Gambar: Shopee

NORTH FACE 50L Backpack merupakan beg mendaki pilihan ramai termasuk daripada kalangan pendaki profesional dan amatur. Beg mendaki ini didatangkan dengan kapasiti sebesar 50 L mampu memuatkan barang dalam kuantiti yang banyak. Selain itu, beg ini juga dilengkapi dengan bahagian belakang yang mempunyai jaringan fabrik yang halus dan ringan. Perkara ini membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik serta membuatkan badan anda kering semasa atau setelah mendaki dalam masa yang lama.

Spesifikasi:

  • Warna: Hitam Premium, Merah Premium, Kelabu Premium, Biru Langit Premium, Hitam, Biru, Kelabu, Merah, Biru Cerah, Hitam Klasik, Merah Klasik, Hitam Deuter, Merah Deuter, Kelabu Deuter, Biru Deuter
  • Pakej: Beg galas, Sarung Kalis Air, Beg Sandang, Sarung + Beg Sandang
  • Kapasiti: 50 L
  • Negara pengeluar: Amerika Syarikat
  • Saiz: (L) 33 cm x (W) 17 cm x (H) 55 cm

Kelebihan:

Kapasiti besar
Breathable
Pelbagai warna

Harga: RM34.50 – RM80.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Hypergear Dry Pac Lite

Hypergear Dry Pac Lite
Kredit Gambar: Shopee

Hypergear Dry Pac Lite didatangkan dengan ciri boleh dilipat untuk memudahkan penyimpanan sekiranya anda tidak menggunakannya. Beg ini diperbuat daripada fabrik Nilon yang menjadikannya praktikal, ringan dan tahan lasak. Bukan itu sahaja, ia juga boleh dicuci dengan mudah serta mengambil masa yang singkat untuk kering.

Spesifikasi:

  • Bahan: Nilon
  • Kapasiti: 15 L
  • Negara pengeluar: Malaysia
  • Saiz: (L)  28 cm x (H) 56 cm x (W) 14 cm

Kelebihan:

Boleh dilipat
Ringan
Tahan Lama

Harga: RM85.90 – RM89.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Naturehike Hiking Bag

Naturehike Hiking Bag
Kredit Gambar: Shopee

Beg mendaki ini didatangkan dengan rupa yang ringkas dan polos, sesuai untuk anda yang menggemari konsep minimalis. Beg ini dilengkapi dengan 1 bahagian berzip serta ruangan botol di bahagian sisi. Selain itu, ia juga memiliki tali bahu boleh laras yang membolehkan anda melaraskan kepanjangan tali mengikut keselesaan anda. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai jaringan fabrik yang halus di bahagian tali bahu bagi membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik.

Spesifikasi:

  • Bahan: Nilon
  • Warna: Biru Laut, Hitam, Ungu
  • Kapasiti: Kira-kira 22 L
  • Berat: Anggaran 190 g
  • Negara pengeluar: China
  • Saiz: 300 m x 400 m x 180 mm

Kelebihan:

Boleh dilipat
Tali bahu boleh laras
Dua poket sisi

Harga: RM41.06

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Figaro Hiking Bag

Figaro Hiking Bag
Kredit Gambar: Aliexpress

Figaro Hiking Bag diperbuat daripada fabrik Oxford dan Poliester menjadikannya kalis air dan tahan lasak. Hal ini juga boleh menghalang air daripada memasuki beg dan kandungannya. Beg ini mengandungi bahagian penyimpanan besar yang terletak di bahagian dalam dan luar beg supaya anda boleh menyusun barang anda dengan mudah di setiap ruang. Selain itu, beg ini juga didatangkan 3 pilihan warna untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Oxford, Poliester
  • Warna: Hijau, Hitam, Khaki
  • Kapasiti: 80 L
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: (L) 38 cm x (W) 17 cm x (H) 70 cm

Kelebihan:

Tahan hentakan
Tahan lama
Kalis Air

Harga: RM49.90 – RM70.82

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Camel Outdoor Large Capacity Hiking Bag

Camel Outdoor Large Capacity Hiking Bag
Kredit Gambar: Shopee

Camel Outdoor Large Capacity Hiking Bag mempunyai kapasiti besar yang membolehkan anda membawa semua barang keperluan anda dengan mudah. Jika hujan mula turun semasa mendaki, anda tidak perlu bimbang kerana beg ini dilengkapi dengan penutup hujan yang boleh anda gunakan untuk menutup beg galas anda sekaligus mengelakkannya daripada basah. Selain itu, ia juga didatangkan dengan span tebal pada bahagian tali bahu bagi memberikan keselesaan yang optimum kepada pengguna.

Spesifikasi:

  • Bahan: Nylon (Fabrik), Poliester (Lining)
  • Warna: Kuning Cerah, Kelabu/ Putih, Merah, Hijau Tua
  • Berat: 1.35 kg
  • Kapasiti: 50 L
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: (H) 58 cm X (L)  27 cm  X (W) 14 cm

Kelebihan:

Kapasiti besar
Sarung penutup hujan
Pelapik bahu lembut

Harga: RM196.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Decathlon Hiking/Trekking Rucksack Bag – Forclaz

Decathlon Hiking Trekking Rucksack Bag Forclaz
Kredit Gambar: Shopee

Decathlon Hiking/Trekking Rucksack Bag – Forclaz diperbuat daripada bahan kitar semula yang berkualiti tinggi seklaigus menjadikannya praktikal dan mesra alam. Beg mendaki ini mempunyai pelbagai bahagian penyimpanan yang membolehkan anda menyusun barang keperluan anda dengan kemas tanpa sebarang masalah. Bukan itu sahaja, beg ini juga disertakan dengan bahagian pemegang botol air dan sarung penutup hujan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Fabrik poliester dicelup dope dan gesper plastik kitar semula
  • Warna: Hitam
  • Kapasiti: 50 L
  • Berat: 1.6 kg
  • Negara pengeluar: Perancis
  • Saiz: (H) 58 cm X (W) 26 cm X (D) 26 cm

Kelebihan:

Mesra alam
Banyak ruang penyimpanan
Didatangkan dengan sarung penutup hujan dan pemegang botol

Harga: RM249.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Deuter Hiking Backpack

Deuter Hiking Backpack
Kredit Gambar: Shopee

Deuter Hiking Backpack diperbuat daripada bahan tahan lasak dan tahan lama,  ia sesuai digunakan untuk aktiviti perkhemahan dan melancong. Beg mendaki ini mempunyai 4 poket berzip, membolehkan anda membawa barang keperluan yang mencukupi untuk mendaki. Bukan itu sahaja, beg ini juga dilengkapi dengan gesper pada bahagian zip utama untuk keselamatan tambahan. Beg ini didatangkan dengan 3 pilihan warna menarik untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Nilon
  • Warna: Hitam, Biru Laut, Merah
  • Kapasiti: 50 L
  • Negara pengeluar: Jerman
  • Saiz: (H) 53 cm x (L) 33 cm x (w) 20 cm

Kelebihan:

Gesper pada zip utama
Tahan lasak
4 poket berzip

Harga: RM47.80 – RM79

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. WOYYHO 15L Hiking Backpack

WOYYHO L Hiking Backpack
Kredit Gambar: Alibaba

WOYYHO 15L Hiking Backpack adalah beg mendaki yang sesuai untuk anda yang ingin membawa banyak barang ekoran ia memiliki kapasiti yang besar. Beg ini direka khas dengan bahan kalis air dan tahan lama bagi menghalang sebarang kerosakan berlaku sekiranya terdedah kepada air, peluh atau cuaca lembap. Selain itu, beg ini dilengkapi dengan ciri ringan dan ‘breathable’ untuk membantu anda bergerak dengan selesa.

Spesifikasi:

  • Bahan: PVC
  • Warna: Jungle, Desert, Jungle camouflage, Khaki, Black, CP, ACU, Army Green
  • Kapasiti: 15L
  • Negara pengeluar: China
  • Saiz: 21 cm x 45 cm x 21 cm

Kelebihan:

Tali bahu boleh laras
Breathable
Zip

Harga: RM45 – RM65.94

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. WARBASE Hiking Backpack – 7250

WARBASE Hiking Backpack
Kredit Gambar: Shopee

Jika anda mencari beg mendaki dengan kualiti terbaik pada harga yang berpatutan, WARBASE Hiking Backpack ini sesuai untuk anda. Beg ini diperbuat daripada fabrik Nilon menjadikannya tahan lasak dan kalis air. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan tali boleh laras pada bahagian hadapan beg yang membolehkan anda meletakkan beberapa barang seperti khemah, botol air atau tikar.

Spesifikasi:

  • Bahan: Nilon
  • Warna: Hitam, Biru, Merah, Kuning,Hijau 
  • Kapasiti: 40 L, 60 L 
  • Negara pengeluar: China
  • Saiz:  40 L: 30 cm (L) x 16 cm (W) x 53 cm (H), 60 L: 36 cm (L) x 20 cm (W) x 60 cm (H)

Kelebihan:

Penutup sarung hujan kalis air
Tahan lama
Pengudaraan berlaku dengan baik

Harga: RM2.90 – RM20.75

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Original Polo Louie Men Hiking Bag

Original Polo Louie Men Hiking Bag
Kredit Gambar: Shopee

Original Polo Louie Men Hiking Bag mempunyai reka bentuk ringkas dan sangat sesuai untuk mereka yang menggemari konsep minimalis. Beg ini didatangkan dengan ruang utama yang besar membolehkan anda menyimpan barangan keperluan anda. Manakala di ruangan kedua, anda boleh meletakkan barangan yang lebih kecil. Beg ini turut didatangkan dengan pelbagai pilihan warna yang menarik.

Spesifikasi:

  • Bahan: Nilon
  • Warna: Hijau, Hijau lumut, Hitam
  • Kapasiti: 50 L
  • Negara pengeluar: China
  • Saiz: (L) 40 cm x (W) 25 cm x (H) 60 cm

Kelebihan:

Minimalis
Ruang utama yang besar
Buckles

Harga: RM45.00 – RM67.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close