8 Beg Terbaik untuk Kolej dan Sekolah di Malaysia 2022

Beg bukan sahaja digunakan untuk ke sekolah malah ia juga digunakan untuk ke kolej atau ke tempat kerja. Walau bagaimanapun, boleh dikatakan hampir setiap tahun para ibu bapa akan membeli beg sekolah terbaik untuk anak mereka. Hal ini kerana mereka ingin mengelakkan beg daripada terputus tali, koyak atau rosak dengan cepat bila anak-anak membawa buku dengan kuantiti yang banyak.

Kebanyakan pelajar sekolah lebih gemar memilih beg berdasarkan fungsinya dan nilai estetiknya kerana mereka ingin kelihatan bergaya dari segi keperluan sekolah yang digunakan. Begitu juga dengan pelajar kolej namun mungkin terdapat sedikit perbezaan ekoran mereka perlu membawa barangan elektronik seperti komputer riba, MacBook, dan banyak lagi. Berikut adalah 8 Beg Terbaik untuk Kolej dan Sekolah di Malaysia 2022! 

Perkara yang Perlu Anda Pertimbangkan Sebelum Membeli Beg untuk sekolah/kolej?

Memandangkan terdapat pelbagai pilihan beg di pasaran, tidak hairanlah sekiranya anda keliru untuk memilih beg yang sesuai dengan ciri yang anda inginkan. Beberapa aspek yang perlu dipertimbangkan semasa memilih beg adalah seperti tujuan, saiz dan bajet. 

1. Tujuan

Pertimbangkan untuk melihat kegunaan atau tujuan pembelian beg tersebut. Di manakah anda biasanya menggunakan beg? Adakah ia sesuai digunakan di sekolah atau di tempat lain?

2. Saiz

Pastikan anda memilih saiz beg dengan kapasiti yang anda perlukan. Sebagai contoh, jika anda ingin membawa buku dan laptop dalam masa yang sama, anda perlulah membeli beg yang menyediakan bahagian untuk laptop anda. 

3. Bajet

Setiap beg menawarkan pelbagai harga, oleh itu disarankan kepada anda untuk membandingkan harga bagi beberapa produk beg terlebih dahulu. Ini juga boleh membantu anda menjimatkan wang dan berbelanja dengan bijak.

8 Beg Terbaik untuk Kolej dan Sekolah di Malaysia 2022

1. Simple Student Large Capacity Printed School Bag

Simple Student Large Capacity Printed School Bag
Kredit gambar: Shopee

Beg ini didatangkan dengan rupa yang ringkas dan polos sesuai untuk anda yang mengemari konsep minimalis. Beg ini dilengkapi dengan 2 bahagian berzip serta ruangan botol di bahagian sisi. Selain itu, ia juga memiliki tali bahu boleh laras yang membolehkan anda melaraskan kepanjangan tali mengikut keselesaan anda. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Nylon
  • Warna: Hitam, Merah wain, Merah Jambu, Biru dan Beige
  • Saiz: (H) 40 cm x(L) 29 cm x(W) 12 cm

Kelebihan:

Mempunyai poket
Kapasiti luas
Tali belakang yang selesa
Mudah alih

Harga: RM30.51

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. OEM Leather Backpack

OEM Leather Backpack
Kredit gambar: Shopee

OEM Leather Backpack diperbuat daripada bahan kulit berkualiti tinggi yang menjadikannya tahan lama dan kalis air. Beg ini sangat sesuai untuk anda yang mencari beg yang ringan dengan rupa yang eksklusif. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan span tebal di bahagian tali bahu bagi memberikan keselesaan yang optimum kepada pengguna. Bukan itu sahaja, ia juga dipasarkan dengan 2 pilihan warna untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kulit OEM
  • Warna: Hitam, Coklat gelap
  • Saiz: (H) 45 cm x (L) 35 cm x (W) 9.5 cm

Kelebihan:

Anti-calar
Ringan dan mudah alih
Kalis air

Harga: RM25.00

* Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Crossbody Canvas Bag

Crossbody Canvas Bag
Kredit gambar: Shopee

Jika anda tidak mahu kelihatan cliche dan old school, anda juga boleh menukar pilihan anda kepada Crossbody Canvas Bag ini. Beg ini dilengkapi dengan pemegang dwi-handle yang membolehkan anda mengayakannya dengan 2 cara. Sebagai contoh, jika anda ingin memakainya di atas bahu, anda boleh gunakan tali yang lebih pendek manakala untuk tali yang panjang, anda boleh memakainya dengan gaya silang di badan. Walaupun ia kelihatan ringkas namun ia boleh memuatkan laptop di bawah 15.6 inci. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Kanvas
  • Warna: Hitam, Biru, Beige, Kuning
  • Saiz: (H) 33 cm (L) 35 cm (W) 10 cm

Kelebihan:

Sesuai untuk belia (18-25 tahun)
Mempunyai ruang botol air

Harga: RM23.85 – RM26.10

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. UNIQLO Eco-Friendly Tote Bag

UNIQLO Eco Friendly Tote Bag
Kredit gambar: Shopee

UNIQLO Eco-Friendly Tote Bag ini merupakan antara beg yang paling digemari oleh pelajar. Beg ini diperbuat daripada 100% kapas yang menjadikannya tahan lasak dan ringan serta memudahkan anda membawanya ke mana sahaja. Selain itu, ia didatangkan dengan satu ruang utama di mana anda boleh menyimpan barangan keperluan anda dengan mudah.

Spesifikasi:

  • Bahan: 100% kapas
  • Warna: Beige
  • Saiz: 
    • Saiz M: (H) 42 cm (L) 11 cm (W) 34 cm (Panjang Pemegang) 57cm
    • Saiz L: (H) 42 cm (L) 14 cm (W) 45 cm (Panjang Pemegang) 65cm

Kelebihan:

Reka bentuk kasual
Produk mesra alam
Mudah digunakan

Harga: RM11.00 – RM15.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Large-capacity Printed Ladies Schoolbag

Large capacity Printed Ladies Schoolbag
Kredit gambar: Shopee

Beg ini mempunyai reka bentuk yang comel dan ringkas. Ia sesuai untuk dibawa ke kolej dan ke sekolah. Selain itu, beg ini juga didatangkan dengan 3 bahagian penyimpanan yang membolehkan anda untuk membawa barang dalam kuantiti yang banyak. Beg ini dipasarkan dengan 1 pilihan warna sahaja.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kanvas, Nilon, Tekstil
  • Warna: Putih
  • Saiz: (H) 43 cm (L) 30 cm (W) 13 cm

Kelebihan:

Ruang utama yang besar
3 bahagian penyimpanan
Tahan lama

Harga: RM28.90

*Harga mungkin berbeza pada masa pembelian

6. OUMANTU Business Waterproof Backpack

OUMANTU Business Waterproof Backpack
Kredit gambar: Shopee

Jika anda mencari beg ke kolej dengan fungsi ‘charging’, OUMANTU Business Waterproof Backpack sesuai untuk anda. Beg ini dilengkapi dengan USB charging yang membolehkan anda mengecas telefon anda di mana sahaja. Selain itu, beg ini juga diperbuat daripada fabrik Oxford menjadikannya kalis air dan tahan lama. Beg ini didatangkan dengan 2 pilihan warna untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kain Oxford
  • Warna: Hitam, Biru
  • Saiz: (H) 44 cm (L) 30 cm (W) 9 cm

Kelebihan:

Ruang serbaguna
Kalis air
Bahan berkualiti tinggi

Harga: RM31.90

*Harga mungkin berbeza mengikut masa pembelian

7. Korean Style Large Capacity Shoulder Bag

Korean Style Large Capacity Shoulder Bag
Kredit gambar: Shopee

Korean style large capacity shoulder bag merupakan beg mudah alih yang boleh dilipat ke saiz yang lebih kecil untuk memudahkan penyimpanannya.  Bukan itu sahaja, beg ini juga diperbuat daripada bahan anti-kedut dan tahan lama. Tambahan pula, beg ini bukan sahaja sesuai untuk pelajar kolej dan sekolah, malah ia juga sesuai untuk dibawa bekerja, membeli belah dan sebagainya. Ia juga didatangkan dengan jahitan berkualiti tinggi serta dipasarkan dengan harga yang berpatutan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kanvas
  • Warna: Putih, Krim
  • Saiz: Tidak dinyatakan

Kelebihan:

Tahan lasak dan tahan lama
Tanpa pin dan tanpa jahitan

Harga: RM18.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Casual Canvas Magnetic Backpack

Casual Canvas Magnetic Backpack
Kredit gambar: Shopee

Anda mencari beg dengan reka bentuk yang klasik dan moden? Casual Canvas Magnetic Backpack ini sesuai untuk anda. Beg ini dilengkapi dengan 3 bahagian penyimpanan. Selain itu, ia juga mempunyai span tebal di bahagian bahu bagi mengurangkan tekanan di bahu anda sewaktu memakainya. Beg ini dipasarkan dengan 3 pilihan warna untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: nilon premium
  • Warna: Biru, Hijau, Hitam
  • Saiz: (H) 40 cm (L) 27 cm (W) 14 cm

Kelebihan:

Sesuai untuk pelajar dan pekerja
Ringan
Beg galas fesyen yang praktikal namun klasik

Harga: RM26.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close