8 Bekas Kapas Muka Terbaik di Malaysia 2022

Dispenser pad kapas adalah alat penting untuk menyimpan pad kapas anda. Ia akan membantu menyusun pad kapas dan mengelakkan meja menjadi tidak kemas. Anda bahkan tidak perlu membuang masa mencari pad kapas semasa bersolek. Apabila anda menggunakan produk, anda boleh meletakkan pad kapas dengan berhati-hati di dalam kotak dan tolak sekali untuk mendapatkan sekeping pad kapas yang baru.

Lebih-lebih lagi, ia boleh membantu untuk menghapuskan amalan yang tidak bersih seperti mendapatkan pad kapas menggunakan tangan. Oleh itu, berikut adalah 8 dispenser pad kapas terbaik di Malaysia yang anda patut cuba untuk menjadikan rutin penjagaan kulit anda lebih mudah dan lebih bersih.

Apakah tips untuk memilih bekas kapas muka yang betul?

Memandangkan anda telah memutuskan untuk membeli dispenser pad kapas, anda tidak tahu yang mana untuk dipilih, memandangkan pelbagai jenis dispenser pad kapas berada di pasaran. Oleh itu, kami mengesyorkan anda mempertimbangkan tiga aspek ini sebelum membeli, iaitu ulasan, pilihan dan bahan.

  1. Ulasan

Meneliti ulasan pembeli sentiasa merupakan idea yang baik sebelum membeli item. Dengan ini, anda akan ketahui sama ada produk itu berbaloi untuk dibeli atau sebaliknya. Jika produk mendapat banyak ulasan negatif, anda boleh mengelakkan pembelian dan kerugian.

  1. Cita rasa

Sesetengah orang lebih suka dispenser kapas gaya minimalis, manakala yang lain lebih suka gaya estetik dan retro. Oleh itu, mengetahui keutamaan anda adalah penting. Anda harus membeli perkara yang anda suka untuk menjadikan hari anda lebih menyeronokkan.

  1. Bahan

Anda dinasihatkan untuk membeli dispenser pad kapas dengan bahan yang kukuh dan kalis air kerana ia boleh memastikan ketahanan yang lama. Bahan kalis air juga boleh menghalang pad kapas anda daripada basah dan mengelakkan pertumbuhan bakteria selain memberikan anda kebersihan yang maksima.

8 Bekas Kapas Muka Terbaik di Malaysia 2022

1. Stylishlife Food Grade Cotton Pad Holder

Stylishlife Food Grade Cotton Pad Holder
Kredit gambar: Shopee

Dispenser ini direka bentuk dengan bekas lut sinar. Hal ini bertujuan untuk membolehkan anda melihat jumlah pad kapas yang tinggal supaya anda boleh mengisi semula. Anda boleh mengelakkan pad kapas anda daripada terkena kotoran secara berkesan dengan menggunakan dispenser ini. Tambahan pula, ia adalah dispenser yang kalis air, kalis habuk dan kalis kotoran.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik
  • Warna: Kelabu, Merah jambu, Putih
  • Saiz: 17 cm x 9.7 cm

Kelebihan:

Bergaya
Kalis air
Kalis habuk

Harga: RM27.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Rysn-European Style Clear Makeup Cotton Pad Dispenser

Rysn European Style Clear Makeup Cotton Pad Dispenser
Kredit gambar: AliExpress

Dispenser pad kapas ini terdapat dalam ukiran unik yang memaparkan gaya Eropah vintaj. Ia bukan sahaja dispenser kapas, tetapi ia juga boleh digunakan sebagai hiasan untuk bilik anda. Ia adalah alatan yang hebat dalam menyimpan dan menyusun pad kapas anda!

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik PS 
  • Warna: Kelabu, Merah jambu, Putih, Kopi
  • Saiz: 7.5 cm x 6.5 cm x 15.2 cm

Kelebihan:

Ukiran yang indah
Mampu milik


Harga: RM6.79 – RM7.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Auto Cotton Pad Dispenser

Auto Cotton Pad Dispenser
Kredit gambar: Carousell

Dispenser Pad Kapas Auto ini diperbuat daripada PC yang kukuh dan tahan haus, membolehkan anda menggunakannya untuk tempoh yang lama. Ia sesuai untuk almari pakaian, asrama, bilik tidur, ruang tamu, bilik mandi, hotel dan banyak lagi. Lebih-lebih lagi, ia dilengkapi dengan lembaran pelekat percuma untuk anda tampal di dinding tanpa perlu memasang penebuk.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik
  • Warna: Kelabu, Merah jambu
  • Saiz: 17 cm x 9.7 cm

Kelebihan:

Bahan yang kukuh
Mudah

Harga: RM32.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Automatic Cotton Pad Box

Automatic Cotton Pad Box
Kredit gambar: eBay

Berita baik untuk semua gadis yang suka akan benda yang comel! Dispenser pad kapas ini datang dalam reka bentuk yang sangat comel dengan dua telinga kecil di bahagian atasnya yang kelihatan seperti telinga beruang. Selain daripada sisinya yang comel, ia memiliki kualiti yang agak baik. Hal ini kerana ia diperbuat daripada PC berkualiti tinggi, tahan lasak dan kukuh supaya ia tidak calar atau pecah seperti produk material lain.

Spesifikasi:

  • Bahan: Bahan PC 
  • Warna: Merah jambu, Putih, Biru
  • Saiz: 17.1 cm x 9.7 cm

Kelebihan:

Rekaan menarik
Mudah digunakan
Kualiti tinggi

Harga: RM26.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

5. Large Capacity Cotton Pad Dispenser 

Large Capacity Cotton Pad Dispenser
Kredit gambar: Shopee

Kotak pad kapas ini diperbuat daripada bahan mesra alam dan kalis pecah yang boleh digunakan untuk masa yang lama tanpa perubahan warna. Ia juga merupakan kotak pad kapas yang mudah dibersihkan. Selain itu, ia mempunyai reka bentuk unik yang sesuai untuk dijadikan hiasan untuk bilik anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik
  • Warna: Transparent
  • Saiz: 7.5 cm x 6.5 cm x 15.5 cm

Kelebihan:

Rekaan Unik
Mampu Milik

Harga: RM7.77

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. TOPFINE Cotton Pad Holder Dispenser Box

TOPFINE Cotton Pad Holder Dispenser Box
Kredit gambar: Lazada

Kotak dispenser ini dilengkapi dengan pelbagai ruang simpanan. Jadi, anda boleh menyimpan swab kapas, bebola kapas, pad kapas, span solek dan aksesori rambut anda di sini. Dengan penutup engsel lutsinar, anda dapat melihat jumlah pad kapas yang tinggal di dalamnya dan menambahnya tepat pada masanya.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik
  • Warna: Biru, Putih, Merah jambu
  • Saiz: 5.7 x 5 x 3.2 inci

Kelebihan:

Ruang simpanan yang banyak
Rekaan yang menarik

Harga: RM11.30

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Limikeji Cotton Pad Holder

Limikeji Cotton Pad Holder
Kredit gambar: AliExpress

Likemeji Cotton Pad Holder dilengkapi dengan warna putih lembut. Penggunaan warna ini akan membuatkan bilik anda kelihatan bersih. Ia diperbuat daripada PVC, iaitu bahan kalis air dan tahan lama yang boleh anda gunakan untuk tempoh yang lama. Justeru, anda tidak perlu risau tentang cecair membasahi pad kapas yang bersih. Ia mempunyai capaian yang sangat mudah kerana anda hanya perlu mengeluarkan pad kapas dari bahagian bawah dispenser.

Spesifikasi:

  • Bahan: PVC
  • Warna: Putih
  • Saiz: 50*40*30 cm

Kelebihan:

Rekaan moden
Mesra alam

Harga: RM18.79

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. XPS Lightweight Cotton Pad Dispenser 

XPS Lightweight Cotton Pad Dispenser
Kredit gambar: Shopee

Penyusun pad kapas ini mempunyai reka bentuk flip dan bukaan yang besar. Hal ini menjadikannya sebagai sebuah rekaan yang ringkas dan mudah untuk digunakan. Dengan pengatur pad kapas ini, pad kapas anda akan dilindungi dengan berkesan daripada habuk. Selain itu, ia menjadikannya lebih bersih untuk digunakan setiap hari.

Spesifikasi:

  • Bahan: HIPS
  • Warna: Kelabu, Hijau, Merah jambu
  • Saiz: 19.5 cm x 15.5 cm x 9 cm

Kelebihan:

Rekaan yang comel
Mudah dipasang

Harga: RM18.89

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close