8 Berus Kucing Terbaik di Malaysia 2023

Kebanyakan pemilik kucing sering terlepas pandang mengenai kepentingan penjagaan atau grooming si bulus kesayangan mereka. Tahukah anda, kucing perlu di grooming untuk kelihatan kemas, cantik dan sihat? Sama seperti manusia, kucing juga perlu dipotong kuku, disikat bulu dan dimandikan supaya mereka sentiasa tampil bersih dan sihat. Tujuan pemilik perlu memberus bulu kucing  adalah untuk mengurangkan gumpalan bulu, mengeluarkan bulu-bulu gugur serta menghindari masalah kulit.

Tetapi persoalannya, seberapa kerap bulu kucing perlu diberus? Kekerapan memberus bulu kucing bergantung kepada kepanjangan bulunya. Untuk kucing yang memiliki bulu yang tebal dan panjang, anda disyorkan untuk memberus bulu mereka setiap hari. Manakala, untuk kucing berbulu pendek hanya perlu diberus seminggu sekali.  Berikut adalah 8 berus kucing terbaik di Malaysia. 

Bagaimana hendak memilih berus kucing yang terbaik?

Terdapat pelbagai pilihan berus kucing yang boleh didapati di kedai fizikal dan dalam talian sehingga membuatkan anda keliru untuk membuat pilihan? Jangan bimbang, dengan mengetahui fungsi, harga dan pilihan boleh membantu anda mencari berus kucing yang terbaik.

1. Fungsi

Setiap berus kucing didatangkan dengan fungsi dan ciri yang berbeza. Oleh itu, anda perlulah membaca dan memahami kesemua ciri dan fungsi produk tersebut untuk mencari berus kucing yang terbaik. 

2. Harga

Setiap berus kucing menawarkan pelbagai harga, oleh itu disarankan kepada anda untuk membandingkan harga bagi beberapa produk berus kucing terlebih dahulu. Ini juga boleh membantu anda menjimatkan wang dan berbelanja dengan bijak.

3. Pilihan

Berus kucing boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan warna bagi membolehkan anda memilih berus mengikut kehendak dan kesesuaian anda. 

8 Berus Kucing Terbaik di Malaysia 2023

1. Budget Auto Cat Brush

Budget Auto Cat Brush
Kredit gambar: Lazada

Berus kucing ini didatangkan dengan dawai halus, keras dan rapat yang berfungsi untuk membuang bulu-bulu rosak yang terdapat pada kucing anda. Berus ini juga dilengkapi dengan pemegang yang diperbuat daripada plastik yang menjadikannya ringan sekaligus memudahkan anda untuk mengendalikannya. Selain itu, berus ini dipasarkan dengan 5 pilihan warna untuk dipilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik
  • Warna: Biru, Merah Jambu, Oren, Hijau, Kuning

Kelebihan:

Tahan lasak
Ciri penyingkiran satu klik
Mampu Milik

Harga: RM3.03

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian 

2. Silicone Glove Cat Brush

Silicone Glove Cat Brush
Kredit gambar: FUIAR

Berus kucing ini membolehkan anda untuk merapikan kawasan bulu yang sukar untuk diberus seperti ekor atau muka. Hal ini kerana ia didatangkan dengan reka bentuk seperti sarung tangan serta dilengkapi dengan ciri velcro bagi memudahkan anda untuk memberus bulu kucing anda. Berus ini dipasarkan dengan 2 saiz yang berbeza untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Silikon
  • Warna: Biru, Merah Jambu, Ungu, Hijau, Merah
  • Saiz: Kanan, Kiri

Kelebihan:

Breathable
Mudah ditanggalkan
Mampu Milik

Harga: RM2.39 – RM2.50

*Harga mungkin berbeza pada masa pembelian

3. Easy Removal Auto Cat Brush

Easy Removal Auto Cat Brush
Kredit gambar: AliExpress

Berus kucing ini mempunyai ciri reka bentuk yang agak sama dengan ‘Budget-Friendly Cat Brush’, di mana ia dilengkapi dengan dawai halus bagi memudahkan proses memberus bulu kucing anda. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan pemegang yang diperbuat daripada plastik yang memberikan cengkaman tambahan semasa anda menyikat kucing anda. Ia didatangkan dengan 3 pilihan warna untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik, Keluli Tahan Karat
  • Warna: Biru, Merah Jambu, Kelabu

Kelebihan:

Mudah digunakan
Selesa
Tahan Lama

Harga: RM6.85

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian 

4. Self Groomer Cat Brush

Self Groomer Cat Brush
Kredit gambar: eBay

Jika anda sedang mencari berus kucing yang praktikal, anda boleh mempertimbangkan untuk membeli berus kucing ini. Berus kucing ini boleh diletakkan pada permukaan rata seperti meja, dinding atau rak dipasang. Set berus ini didatangkan dengan 4 skru dan 4 jalur pelekat bagi memudahkan proses pemasangan. Selain itu, berus ini juga diperbuat daripada bahan plastik lembut yang selamat untuk kulit kucing anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik
  • Warna: Biru, Merah Jambu, Kelabu, Hijau

Kelebihan:

Serba guna
Lembut untuk kulit kucing
Praktikal

Harga: RM6.20

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian 

5. Plastic Glove Cat Brush

Plastic Glove Cat Brush
Kredit gambar: Shopee

Berus kucing ini diperbuat daripada plastik tahan lasak yang menjadikannya ringan dan tahan lama. Berus ini sesuai digunakan untuk semua jenis kucing. Selain itu, ia didatangkan dengan reka bentuk yang seakan-akan telapak tangan bagi memberikan gerakan seolah-olah anda sedang membelai kucing anda. Hal ini secara tidak langsung dapat memberikan keselesaan dan ketenangan pada kucing anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik
  • Warna: Biru

Kelebihan:

Tahan lasak
Boleh digunakan ketika mandi
Mampu Milik

Harga RM1.39

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian 

6. Affordable Cat Brush

Affordable Cat Brush
Kredit gambar: Shopee

Berus kucing ini diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi serta dipasarkan dengan harga yang berpatutan. Berus ini sesuai digunakan pada kucing yang memiliki bulu yang pendek dan sederhana. Selain itu, ia juga didatangkan dengan pelbagai pilihan warna untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik, Keluli Tahan Karat
  • Warna: Pelbagai

Kelebihan:

Mudah digunakan
Keluli tahan karat
Kompak

Harga: RM2.80

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

7. Cat Brush With Comb

Cat Brush With Comb
Kredit gambar: Shopee

Berus kucing ini didatangkan dalam 2 saiz berbeza iaitu kecil dan besar yang membolehkan anda untuk memilih berus yang bersesuaian dengan jenis bulu kucing anda. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan sikat kecil supaya anda boleh menanggalkan kotoran atau gris pada bulu kucing anda. Bukan itu sahaja, ia juga dipasarkan dengan 3 pilihan warna untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik Polipropilena
  • Warna: Biru, Hijau, Pink
  • Saiz:  M, L

Kelebihan:

Berbaloi
Mampu Milik
Pelbagai saiz

Harga: RM4.90 – RM6.20

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian 

8. XL Cat Brush

XL Cat Brush
Kredit gambar: Shopee

Berus kucing ini didatangkan dengan saiz besar yang menjadikannya sesuai digunakan untuk semua jenis bulu kucing. Ia juga diperbuat daripada plastik berkualiti tinggi bagi membolehkannya digunakan dalam jangka masa yang lama sekaligus memberikan keselesaan pada kucing anda. Selain itu, berus ini dipasarkan dengan 2 pilihan warna iaitu biru dan merah.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik
  • Warna: Biru, Merah

Kelebihan:

Proses pembuangan bulu dengan 1 tolakan
Reka bentuk besar
Selesa

Harga: RM9.03

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian 

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close