10 Biji Labu Terbaik di Malaysia

Biji labu adalah bahagian terkecil dalam labu, tetapi ia penuh dengan nutrien penting. Mengambil sebilangan kecil biji labu ini boleh membekalkan tubuh anda dengan lemak sihat, magnesium dan zink yang mencukupi. Kira-kira 30 g biji labu cukup untuk sehari bagi membekalkan nutrien yang diperlukan oleh badan. Biji labu boleh dimakan mentah, dibakar, atau digabungkan dalam makanan lain seperti yogurt, oat, pencuci mulut dan banyak lagi.

Biji labu ini mempunyai manfaatnya yang tersendiri seperti ia boleh memperbaiki kualiti tidur anda. Selain itu, ia juga boleh meningkatkan kesihatan prostat dan pundi kencing. Biji labu juga boleh membantu anda untuk membentuk dan mengekalkan tulang yang sihat. Paling menarik, ia juga dapat mengurangkan risiko kanser tertentu seperti kanser payudara, kaanser kolon dan kanser paru-paru. Bijji labu ini tinggi dengan antioksidan seperti karotenoid dan vitamin E jadi ia dapat membantu anda untuk mengurangkan keradangan dan melindungi sel daripada radikal bebas yang berbahaya.

Di manakah saya boleh mendapatkan biji labu?

Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan biji labu di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan biji labu, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, biji labu seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!

Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih biji labu?

Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli biji labu ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis biji labu yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Menyemak tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.

10 Biji Labu Terbaik di Malaysia

1. Healthy Baker Pumpkin Seed

Healthy Baker Pumpkin Seed
Kredit Gambar: Healthy Baker

Healthy Baker Pumpkin Seeds adalah elemen yang menonjol dalam masakan Mexico, dan ia juga bagus sebagai snek apabila dibakar. Makanan ini adalah snek musim luruh yang boleh diperap dan dipanggang, serta dibungkus untuk dipasarkan secara profesional, serupa dengan biji bunga matahari yang boleh diakses sepanjang tahun.

Negara Pengeluar: Mexico

Saiz: 100 g, 500 g, 1 kg 

Harga: RM12.50 (500 g pek)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

SEMAK HARGA DI SHOPEE

2. Zens Organic Raw Pumpkin Seed

Zens Organic Raw Pumpkin Seed
Kredit Gambar: Shopee

Zens Organic Raw Pumpkin Seed boleh memberikan anda banyak manfaat kesihatan termasuk mengurangkan gejala menopaus, baik untuk kesihatan hati dan jantung serta menggalakkan tidur yang nyenyak. Ia mengandungi sejumlah besar lemak omega-3 dan mineral seperti magnesium dan zink.

Negara Pengeluar: Tidak dinyatakan

Saiz: 80 g, 900 g

Harga: RM32.50 (900 g pek)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Radiant Organic Pumpkin Seed

Radiant Organic Pumpkin Seed
Kredit Gambar: Green Wellness

Radiant Organic Pumpkin Seeds adalah makanan ringan yang sihat yang boleh dimakan tanpa dimasak. Roti, topping salad, hidangan sayur-sayuran dan bijirin sarapan semuanya mendapat manfaat daripadanya. Ia mengandungi vitamin B, asid lemak penting, protein, dan zink. Anda boleh membuat minuman yang indah dengan mencampurkan biji ini bersama kacang atau menggunakannya di dalam pencuci mulut, salad. Ia juga boleh dimakan mentah.

Negara Pengeluar: China

Saiz: 200 g

Harga: RM11.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Lohas Organic Raw Pumpkin Seeds

Lohas Organic Raw Pumpkin Seeds
Kredit Gambar: Green House of Natural Food

Lohas Organic Raw Pumpkin Seeds bebas daripada sebarang racun perosak, bahan tambahan dan pengawet. Anda boleh memakan biji labu ini tanpa risau. Selain itu, ia juga bebas gluten, yang bermaksud ia boleh dimakan oleh individu yang mempunyai celiac. Tambahkan ia ke dalam hidangan dan pencuci mulut anda!

Negara Pengeluar: China

Saiz: 200 g

Harga: RM9.60

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

SEMAK HARGA DI SHOPEE

5. Mahnaz Food Raw Pumpkin Seeds

Mahnaz Food Raw Pumpkin Seeds
Kredit Gambar: Mahnaz Food

Biji Labu Mentah Mahnaz Food telah diiktiraf sebagai sumber zink dan vitamin yang sangat baik. Biji labu adalah biji buah labu yang boleh dimakan. Biji-bijian ini juga tinggi dengan antioksidan, dan asid amino penting seperti triptofan dan glutamat, yang semuanya bermanfaat untuk kesihatan anda.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 170 g, 300 g, 500 g

Harga: RM23.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Country Farm Organics Certified Organic Pumpkin Seeds

Country Farm Organics Certified Organic Pumpkin Seeds
Kredit Gambar: MyGroser

Country Farm Organics Certified Organic Pumpkin Seeds adalah camilan hijau gelap yang tinggi nutrien dan menjadikannya snek yang berkhasiat dan menyenangkan. Rasa biji labu yang menarik ini datangnya daripada teksturnya yang manis, pedas dan kenyal.

Negara Pengeluar: China

Saiz: 200 g

Harga: RM9.34

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Roca Raw Pumpkin Seeds

Roca Raw Pumpkin Seeds
Kredit Gambar: Lazada

Roca Raw Pumpkin Seed didatangkan dalam pek saiz pembungkusan 250 g, 500 g dan 1 kg untuk kemudahan anda. Biji labu ini telah dibungkus dengan teknik vakum untuk memastikan kualiti dan integriti terbaik. Biji ini masih dalam bentuk mentah, jadi anda boleh melakukan apa sahaja yang anda mahu dengannya!

Negara Pengeluar:  Tidak dinyatakan

Saiz: 250 g, 500 g, 1 kg

Harga: RM16.00 (500 g pek)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

SEMAK HARGA DI SHOPEE

8. Meet Organic Organic Pumpkin Kernel

Meet Organic Organic Pumpkin Kernel
Kredit Gambar: Shopee

Meet Organic Pumpkin Kernel adalah produk yang hebat! Biji labu dianggap sebagai “makanan super” kerana ia mengandungi sejumlah besar nutrien seperti magnesium, besi, zink, protein, serat, dan asid lemak penting, yang membekalkan tenaga, sokongan imun, pengurangan kolesterol, pelinciran sendi dan kesihatan kulit.

Negara Pengeluar: Mongolia

Saiz: 200 g

Harga: RM9.20

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Organic Care2u Organic Pumpkin Seed

Organic Careu Organic Pumpkin Seed
Kredit Gambar: Shopee

Organic Care2u Organic Pumpkin Seed menggunakan benih labu organik berkualiti tinggi yang diusahakan tanpa menggunakan sebarang baja kimia, racun herba atau racun perosak. Produk ini Diperakui HALAL, HACCP dan GMP untuk memastikan kualitinya yang tinggi.

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 180 g

Harga: RM45.90 (6 pek x 180 g)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Clean Eating Organic Pumpkin Seeds

Clean Eating Organic Pumpkin Seeds
Kredit Gambar: Shopee

Clean Eating Organic Pumpkin Seeds adalah sedikit tetapi ia penuh dengan nutrien. Walaupun anda hanya makan sedikit daripadanya, anda akan mendapat banyak lemak, magnesium dan zink yang bermanfaat. Biji labu sangat berkhasiat dalam pakej padat ini dan mengandungi pelbagai nutrien yang baik untuk tubuh badan anda.

Negara Pengeluar: Mongolia

Saiz: 250 g

Harga: RM12.30

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close