9 Biskut Susu Terbaik Di Malaysia 2022

Adakah anda peminat biskut berperisa susu? Jika ya, maka anda telah datang ke tempat yang betul. Hal ini kerana kami telah menghimpunkan senarai biskut berperisa susu untuk anda cuba di sini. Biskut susu adalah salah satu pencuci mulut yang boleh anda ambil selepas makan makanan berat. Ia sesuai diambil bersama teh ataupun kopi pada waktu petang mahupun selepas makan berat.

Terdapat pelbagai jenis biskut susu di pasaran yang boleh anda temui. Apa yang penting, anda dapat merasa setiap biskut susu yang kami persembahkan di sini. Anda juga boleh menikmati biskut susu ini bersama keluarga mahupun rakan-rakan sewaktu bersantai. Apa kata anda tambah biskut susu ini di dalam senarai snek kegemaran anda?

Di manakah saya boleh mendapatkan biskut susu?

Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan biskut susu di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan biskut susu, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, biskut susu seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!

Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih biskut susu?

Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli biskut susu ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis biskut susu yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.

9 Biskut Susu Terbaik di Malaysia

1. Julie Milk Flavoured Crackers 

Julie Milk Flavoured Crackers
Kredit Gambar: Julie’s

Keropok Berperisa Susu Julie adalah keropok yang disahkan halal yang berpangkalan di Malaysia. Ia sesuai jika anda menikmatinya dengan secawan susu atau kopi. Nikmati keropok rangup dengan rasa manis daripada susu ini untuk memulakan hari anda atau sekadar menikmati snek pada waktu santai anda.

Bahan-bahan: Tepung Gandum, Minyak Sayuran (Minyak Sawit), Gula, Kanji Jagung, Gula Perang, Sirap Glukosa, Agen Penaik [Natrium Bikarbonat (INS 500(ii)), Ammonium Bikarbonat (INS 503(ii)), Disodium Diphosphate (INS 450(i))], Garam, Serbuk Whey, Perisa, Pengemulsi [Lecithin Soya (INS 322(i))].

Saiz: 140 g

Harga: RM2.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Japanese Style Milk Flavor Small Round Biscuits Cookies Wafer Crackers Snacks Food 

Japanese Style Milk Flavor Small Round Biscuits Cookies Wafer Crackers Snacks Food
Kredit Gambar: Shopee

Ini adalah keropok susu buatan Jepun. Ia adalah biskut berbilang pek yang mengandungi perisa susu dalam setiap keropok. Ia menjadi lebih sedap jika anda meletakkan sedikit jem buah di atasnya atau mencelupkannya ke dalam secawan susu atau kopi. Kerepek ini mempunyai jangka hayat selama 12 bulan.

Bahan-bahan: Hidangan Gandum, Gula Butiran Putih, Pemendekan, Glukosa, Garam Boleh Dimakan, Minyak Sayur-sayuran, Natrium Bikarbonat dan Fosfolipid Kacang Soya.

Saiz: 25 g

Harga: RM1.09

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Tiger Biskuat Susu Milk Flavoured Biscuits

Tiger Biskuat Susu Milk Flavoured Biscuits
Kredit Gambar: Angelland

Jenama Tiger telah menjadi jenama biskut terkenal di Malaysia selama bertahun-tahun. Ia adalah biskut tenaga yang dipenuhi dengan vitamin dan mineral. Sedap menikmati biskut harimau berperisa susu ini dengan secawan kopi atau secawan susu untuk sarapan pagi anda bagi memulakan hari anda.

Bahan-bahan: Tepung Gandum, gula, minyak sayuran tidak terhidrogenasi (sawit), susu tepung skim, vitamin dan mineral (kalsium karbonat, fosforus dikalsium fosfat), magnesium (magnesium oksida), besi (ferric pyrophosphate), E, B3, B5, zink (zink oksida), A, B6, D, Iodin (potassium iodide), serbuk telur, garam, perisa, maltodekstrin, e,ulsifler, natrium bikarbonat.

Saiz: 75 g x12 

Harga: RM3.08

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Julie’s Marie Milk Flavour

Julies Marie Milk Flavour
Kredit Gambar: bayanbaru.cookcook.my

Jenama Marie pada asalnya dicipta di London. Keropok perisa susu marie ini disahkan halal dan sesuai untuk dicelup ke dalam secawan kopi jika anda lebih menggemari keropok bertekstur lembut dan ingin merasai haruman kopi. Dengan gabungan keropok susu dan kopi, ia membantu menyegarkan anda pada awal pagi. Dapatkan secawan kopi dan cubalah mencelup biskut ini ke dalamnya. Rasanya sungguh sedap dan enak.

Bahan-bahan: Tepung Gandum, Gula, Minyak Sayuran (Minyak Sawit), Pati Jagung, Gula Perang, Sirap Glukosa, Agen Penaik [Natrium Bikarbonat (INS 500(ii)), Ammonium Bikarbonat (INS 503(ii)), Disodium Diphosphate (INS 450(i))], Garam, Serbuk Whey, Perisa, Pengemulsi [Lecithin Soya (INS 322(i))].

Saiz: 190 g

Harga: RM3.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Roma Marie Milk Biscuit

Roma Marie Milk Biscuit
Kredit Gambar: Shopee

Roma Marie adalah biskut susu halal dari Indonesia. Dengan kemanisan biskut susu, ia sesuai dinikmati begitu sahaja. Namun, jika anda ingin menggandingkannya dengan secawan susu, rasanya juga akan menjadi lebih sedap dan lazat.

Bahan-bahan: Diperbuat daripada Tepung Gandum, Gula, Malt dan Garam.

Saiz: 115 g

Harga: RM2,50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Yimei Milk and Monascus Anka Biscuits

I mei Milk Wafer g Box
Kredit Gambar: Shopee

Biskut susu Yimei diperbuat daripada Taiwan. Ia mempunyai bau susu yang kuat dan merupakan biskut ultra nipis dan rangup yang pasti membuatkan anda ketagih. Biskut ini mudah dimakan dan dilengkapi dengan multipack. Bawalah beberapa pek biskut ini untuk dinikmati semasa anda melakukan kerja.

Bahan-bahan: Diperbuat daripada tepung, minyak sayuran (minyak sawit, minyak kelapa), sukrosa, krim, susu tepung, susu segar, garam, agen pengembangan (ammonium bikarbonat, natrium bikarbonat), pengemulsi (natrium laktat, gliserin asid lemak), rempah ratus.

Saiz: 240 g (setiap kotak)

Harga: RM19.55

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

SEMAK HARGA DI SHOPEE

7. Lotus Biscoff Caramelised Sandwich Biscuits Cookies (Milk Chocolate)

Lotus Biscoff Caramelised Sandwich Biscuits Cookies Milk Chocolate
Kredit Gambar: Shopee

Lotus Biscoff ialah biskut berperisa karamel yang lazat, yang sesuai untuk semua peringkat umur. Ia boleh dihidangkan pada waktu minum teh atau dijadikan snek semasa anda berada di dalam perjalanan. Dengan karamel berperisa manis, ia sesuai untuk dinikmati dengan secawan susu atau jus segar pada bila-bila masa sepanjang hari.

Bahan-bahan: Biscoff 72%:tepung gandum, gula, minyak sayuran tidak terhidrogenasi (sawit, biji lobak), sirap gula gula-gula, agen penaik (natrium hidrogen karbonat (INS500ii)), tepung soya, garam, kayu manis. Krim perisa coklat 28%: gula, minyak sawit sayuran tidak terhidrogenasi, serbuk koko dikurangkan lemak, tepung susu skim, serbuk whey, pengemulsi (lesitin soya (INS322)). Bahan tambahan makanan diperoleh daripada tumbuhan dan asal sintetik.

Saiz: 150 g

Harga: RM16.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Loacker Wafer Milk 

Loacker Wafer Milk
Kredit Gambar: Shopee

Nikmati biskut wafer Loacker yang rangup dengan lapisan isian krim susu. Ia pasti akan memuaskan keinginan selera anda sekali gus menceriakan hari anda. Memandangkan ia adalah biskut wafer yang dibungkus dengan baik, biskut ini mudah dinikmati oleh ramai orang tidak kira di mana atau bila-bila masa sahaja.

Bahan-bahan: Minyak Kelapa, tepung gandum, sirap glukosa, serbuk whey (susu), dekstrosa, susu tepung skim, gula, tepung soya, susu tepung keseluruhan, ekstrak malt barli, hazelnut, agen penaik, garam, pengemulsi lesitin soya, dikurangkan lemak koko, buah vanila bourbon, rempah ratus. Mungkin mengandungi badam, Tiada pewarna dan tiada pengawet.

Saiz: 45 g

Harga: RM2.51

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. MEIJI HELLO PANDA Biscuits (milk) 

MEIJI HELLO PANDA Biscuits milk
Kredit Gambar: Japan Centre

Biskut rangup bersaiz mini segi empat sama ini berisikan susu sentiasa akan menjadi biskut yang boleh memuaskan keinginan selera anda pada waktu lapang. Kemanisan biskut ini boleh memberikan anda kegembiraan. Ia juga boleh membuatkan anda ketagih selepas mencubanya pada suapan pertama.

Bahan-bahan: Isi berperisa susu (44.0%)- Minyak sayuran (Sawit, Pengemulsi (E475 Kacang Soya)) (18.2%), Gula (12.4%), Laktosa (Susu) (5.7%), Susu tepung keseluruhan, Susu tepung skim, Pengemulsi (E322 Kacang soya), Perisa (Vanila, Gula). Dihasilkan pada peralatan yang turut memproses produk yang mengandungi Bijan.

Saiz: 260 g

Harga: RM16.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close