8 Buah Merah Terbaik di Malaysia 2022

Berapakah jumlah buah merah yang anda ketahui? Adakah anda cakna akan jenis nutrien yang terkandung di dalam buah merah? Jangan risau, segala persoalan akan kami jawab dalam artikel ini. Buah merah ialah buah-buahan yang berwarna merah dan mengandungi antioksidan yang sangat tinggi, serta mengandungi likopena dan anthocyanin. Nutrien yang terkandung di dalam buah merah mampu untuk mengurangkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, strok, paru-paru, dan kanser. 

Di Malaysia, terdapat banyak buah-buahan merah yang ikonik seperti epal merah, strawberi, tembikai merah, dan banyak lagi. Berikut adalah 8 buah merah terbaik yang anda boleh dapati di Malaysia.

8 Buah Merah Terbaik di Malaysia

1. Strawberi Merah

Red Strawberry
Kredit Gambar: Freepik

Strawberi merah memiliki tekstur yang lembut dengan rasa yang agak masam. Oleh itu, kebanyakan orang ramai tidak mengemari strawberi, namun tahukah anda bahawa strawberi mengandungi khasiat yang tinggi dan bermanfaat untuk tubuh kita?  

Nutrien: Kalori: 32, Air: 91%, Protein: 0.7 gram, Karbohidrat: 7.7 gram, Gula: 4.9 gram, Serat: 2 gram, Lemak: 0.3 gram

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: Lain-lain

Faedah Kesihatan:

  • Meningkatkan Antioksidan dalam darah 
  • Mengurangkan tekanan (oxidative stress)
  • Mengurangkan keradangan
  • Memperbaiki fungsi vaskular dan profil lipid darah
  • Mengurangkan kolesterol LDL 

Harga: *RM3.50-RM5.88

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

2. Epal Merah

Red Apples
Kredit Gambar: Freepik

Epal merah merupakan salah satu buah merah yang paling digemari di Malaysia. Epal merah mengandungi banyak khasiat yang bermanfaat kepada tubuh anda. 

Nutrien: Karbohidrat 34 g, Serat Pemakanan 5 g, Gula25 g, Lemak0 g, Tepu– g, Politaktepu– g, Tak tepu tunggal– g, Trans0 g, Protein 1g, Sodium 0mg, Potassium 148 mg Kolesterol 0 mg, Vitamin A3 %, Vitamin C13 %, Kalsium2 % , Iron3 %

Negara Pengeluar: Jepun

Saiz: Tidak dinyatakan

Faedah Kesihatan: 

  • Meningkatkan sistem imun
  • Meningkatkan antioksidan dalam badan
  • Membantu dalam penurunan berat badan
  • Memudahkan penghadaman
  • Membantu mencegah kanser
  • Memperbaiki penglihatan
  • Mengawal paras gula dalam darah

Harga: *RM8.95-RM10.50

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

3. Buah Naga Merah

Red Dragon Fruit
Kredit Gambar: Freepik

Buah naga merah adalah satu lagi buah berwarna merah yang mempunyai khasiat yang bagus untuk tubuh anda. Buah ini mengandungi nutrien seperti vitamin C, karotena mineral dan fitoalbumin yang dapat membantu dalam melambatkan proses penuaan, mencegah kanser dan meningkatkan sistem imun badan serta membantu anda melancarkan sistem penghadaman.

Nutrien: Kalori: 60, Protein: 1.2 gram, Lemak: 0 gram, Karbohidrat: 13 gram, Serat: 3 gram, Vitamin C: 3% daripada RDI, Besi: 4% daripada RDI, Magnesium: 10% daripada RDI

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz : 300g-900g

Faedah Kesihatan: 

  • Kaya dengan Nutrien
  • Membantu melawan Penyakit Kronik
  • Sarat dengan serat
  • Menguatkan sistem imun
  • Meningkatkan tahap zat besi dalam badan
  • Sumber Magnesium yang baik

Harga: RM2.80 – RM8

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

4. Delima Merah Gergasi

Red Giant Pomegranate
Kredit Gambar: Freepik

Buah delima merah adalah sumber yang bagus untuk mendapatkan antioksidan. Buah ini boleh dinikmati secara langsung ataupun anda boleh menjadikannya sebagai minuman.

Nutrien: kalori: 72, karbohidrat: 27 gram, gula: 90 gram, serat: 5 gram (14 peratus nilai harian), potassium: 200 miligram(kira-kira 5 peratus), vitamin C: 9 miligram (kira-kira 10 peratus nilai harian untuk lelaki, 12 peratus nilai harian untuk wanita)

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: Tidak dinyatakan

Faedah Kesihatan: 

  • Melawan kanser
  • Meningkatkan Antioksidan VIP 
  • Menyihatkan Jantung
  • Baik untuk pemulihan
  • Menghalang pembekuan darah

Harga: *RM3.50-RM14

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

5. Tembikai Merah

Red Watermelon
Kredit Gambar: Freepik

Buah ini mempunyai tekstur berair dan manis menjadikannya buah pilihan ramai, terutamanya ketika cuaca panas. Bukan sahaja mampu menghilangkan dahaga, malah buah ini juga mengandungi nutrisi yang baik untuk badan anda. 

Nutrien: Kalori: 30, Air: 91%, Protein: 0.6 gram, Karbohidrat: 7.6 gram, Gula: 6.2 gram, Serat: 0.4 gram, Lemak: 0.2 gram

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 4.5 kg

Faedah Kesihatan: 

  • Kaya dengan Nutrien penting
  • Mengurangkan sakit otot
  • Baik untuk rambut dan kulit
  • Merendahkan risiko penyakit kardiovaskular

Harga: *RM19.00-RM22.50

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

6. Raspberi

Raspberry
Kredit Gambar: unsplash

Raspberi mengandungi asid lemak penting seperti Omega 3 dan Omega 6 yang baik untuk mengekalkan kelembapan kulit dan meningkatkan tahap kolagen dalam badan.

Nutrien: Kalori: 64, Karbohidrat: 14.7 gram, Serat: 8 gram, Protein: 1.5 gram, Lemak: 0.8 gram, Vitamin C: 54% daripada Pengambilan Harian Rujukan (RDI), Mangan: 41% daripada RDI, Vitamin K : 12% daripada RDI, Vitamin E: 5% daripada RDI, vitamin B: 4–6% daripada RDI, Besi: 5% daripada RDI, Magnesium: 7% daripada RDI, Fosfor: 4% daripada RDI, Potassium: 5% daripada RDI, Copper: 6% daripada RDI

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 595g/ 610g

Faedah Kesihatan: 

  • Memperbaiki kesihatan kulit
  • Membantu penurunan berat badan
  • Awet Muda

Harga: *RM15.90

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

Semak Harga di shopee

7. Anggur Merah

Red Grapes
Kredit Gambar: Freepik

Anggur merah mengandungi biji yang lebih banyak berbanding anggur hijau. Selain rasanya yang lazat dan segar, anggur merah juga diperkaya dengan vitamin, mineral, karbohidrat, dan sebatian fitokimia yang baik untuk kesihatan badan anda.

Nutrien: 104 kalori, 0 g lemak, 27 g karbohidrat, 1.4 g serat, 23.4 g gula, 1 g protein

Negara Pengeluar: Sepanyol

Saiz: 500g

Faedah Kesihatan: 

  • Baik untuk penyakit Kardiovaskular dan Diabetes
  • Membantu dalam penurunan berat badan
  • Menurunkan tekanan darah
  • Melawan penyakit jantung

Harga: *RM12.80-RM15.88

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

8. Rambutan

Rambutan
Kredit Gambar: Freepik

Buah rambutan kaya dengan karbohidrat serta mengandungi banyak protein seperti daging dan ayam. Ia berfungsi untuk menghasilkan sel-sel dan menggantikan tisu yang mati. Bukan itu sahaja, buah rambutan juga merupakan salah satu buah-buahan yang paling popular di Malaysia ekoran teksturnya yang berair dan rasa aromatiknya. 

Nutrien: Kalori: 123, Lemak: 0.3g, Natrium: 16.5mg, Karbohidrat: 31.3g, Serat: 1.4g, Gula: Tidak dinyatakan, Protein: 1g,Manganese: 0.5mg, Kuprum: 0.1mg

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: Tidak dinyatakan

Faedah Kesihatan: 

  • Meningkatkan Kesihatan Mata
  • Pencegahan Anemia
  • Meningkatkan metabolism
  • Meningkatkan tenaga

Harga: *RM16.50-RM19.98

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

5 Tips memilih buah-buahan merah yang segar:

  1. Semak warna

Memeriksa warna buah-buahan bagi memastikan anda mendapat buah yang paling segar kerana ia boleh menunjukkan tahap kematangan buah! Sebagai contoh, buah ceri sepatutnya berwarna merah tua apabila ia segar. 

  1. Tekstur 

Anda haruslah memeriksa tekstur buah sebelum membeli ekoran tekstur yang lembik dan berair boleh menunjukkan bahawa buah tersebut telah busuk atau tidak segar lagi. 

  1. Periksa batang buah

Untuk melihat kesegaran sesuatu buah , anda juga boleh melihat pada batangnya sama ada ia keras atau lembut. 

  1. Bau buah

Bau buah juga boleh menentukan kondisi buah tersebut. Jika ia mempunyai bau yang kurang enak, maka ia sudah rosak dan tidak boleh dimakan lagi. 

  1. Kulit buah

Anda perlu perhatikan kualiti kulit buah tersebut. Hal ini kerana kebanyakan buah yang telah masak akan mempunyai kulit yang cerah dan berkilat seperti epal dan strawberi.

Kesimpulannya, ini adalah 8 buah merah terbaik di Malaysia 2022. Pengambilan buah merah mempunyai pelbagai faedah antaranya, boleh meningkatkan sistem imun badan, meningkatkan kesihatan serta baik untuk kulit kita. Mengambil jumlah buah merah dengan jumlah yang betul pada setiap hari boleh mendatangkan lebih banyak faedah kepada badan kita! 

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close