8 Buah Tin Kering Terbaik di Malaysia

Buah tin ialah buah Ficus Carica yang boleh dimakan, spesies pokok kecil dalam keluarga mulberi. Berasal dari Mediterranean dan Asia barat, ia telah ditanam sejak zaman purba dan kini ditanam secara meluas di seluruh dunia, baik untuk buahnya dan sebagai tumbuhan hiasan.

Buah tin berasa manis, tetapi tidak masam. Ia berasa sedikit manis dengan madu dan bunganya. Buah ini terkenal dengan kemanisannya, dan bagus untuk digunakan sebagai pemanis dalam resipi seperti kurma. Buah tin ini terkenal dan kini menjadi salah satu makanan snek sampingan untuk dinikmati sewaktu bersantai.

Di manakah saya boleh mendapatkan buah tin kering?

Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan buah tin kering di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan buah tin kering, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, buah tin kering seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!

Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih buah tin kering?

Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli buah tin kering ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis buah tin kering yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.

8 Buah Tin Kering Terbaik di Malaysia

1. Mahnaz Food Bahar Dried Figs

Mahnaz Food Bahar Dried Figs
Kredit Gambar: Shopee

Isinya yang kenyal dengan rasa manis semula jadi bukan sahaja menarik untuk dimakan tetapi ia juga memberikan anda nutrisi. Memandangkan buah tin merupakan sumber serat yang baik, penyelidikan mendapati ia boleh membantu dalam pengurusan berat badan kerana makanan berserat tinggi mempunyai kesan positif terhadap badan. Selain itu, ia juga dapat menurunkan tekanan darah.

Bahan-bahan: Buah tin kering

Negara Pengeluar: Turki

Saiz: 200 g

Harga: RM7.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Signature Market Dried Iranian Figs

Signature Market Dried Iranian Figs
Kredit Gambar: Shopee

Cerah seperti permata dan manis seperti madu, buah tin adalah ahli keluarga mulberi yang misteri dan eksotik. Apabila dimakan segar, rasanya manis dan berair tetapi itu tidak bermakna bentuk keringnya kurang enak. Buah tin kering mengandungi banyak serat, kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan. Selain itu, ia juga rendah kalori dan tidak mempunyai lemak. Sangat manis dan kenyal sehinggakan setiap gigitan memberikan anda cetusan rasa dan tekstur daripada biji rangup yang tersembunyi di dalamnya.

Bahan-bahan: Buah tin kering AA

Negara Pengeluar: Iran

Saiz: 150 g

Harga: RM20.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Al Noor Dried Fig

Al Noor Dried Fig
Kredit Gambar: Shopee

Makanan yang lazat dan sihat dalam bentuk buah tin kering, Al-Noor menyediakan buah tin kering semula jadi yang lazat untuk penggunanya. Sememangnya manis, ia salah satu daripada makanan ringan yang anda sentiasa mahukannya.

Bahan-bahan: Buah tin kering

Negara Pengeluar: Turki

Saiz: 250 g

Harga: RM8.00 (Shopee) | RM12.00 (Lazada) 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Al Araby Dried Figs

Al Araby Dried Figs
Kredit Gambar: Shopee

Al-Araby Dried Figs ialah snek yang sihat untuk anda makan! Dapatkan pek buah tin kering yang menakjubkan ini untuk anda kongsi dan sebarkan kebahagiaan hari ini!

Bahan-bahan: Buah tin kering

Negara Pengeluar: Turki

Saiz: 400 g

Harga: RM29.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

SEMAK HARGA DI SHOPEE

5. Yusuf Taiyoob Dried Figs

Yusuf Taiyoob Dried Figs
Kredit Gambar: Shopee

Buah tin kering merupakan salah satu ciptaan yang menakjubkan untuk dilihat. Rasa manis akan keluar dengan mudah daripada buah tin kering ini sebaik sahaja anda menggigitnya! Datang dan nikmati buah tin keluaran Yusuf Taiyoob hari ini!

Bahan-bahan: Buah tin kering

Negara Pengeluar: Turki

Saiz: 250 g, 500 g

Harga: RM9.90 (250 g), RM17.50 (500 g) (Shopee) | RM18.50 (Lazada)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Garland Dried Figs

Garland Dried Figs
Kredit Gambar: Happy Fresh

Buah tin kering pastinya sesuatu yang anda mesti cuba sekali dalam hidup anda. Rasa buah tin kering adalah sesuatu yang anda tidak boleh membandingkannya dengan makanan lain. Rasanya sungguh lazat dan enak! Datang dan cubalah a buah tin kering daripada Garland’s Dried Figs hari ini!

Bahan-bahan: Buah tin kering

Negara Pengeluar: Turki

Saiz: 250 g

Harga: RM10.30

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

SEMAK HARGA DI SHOPEE

7. Pak Brand Dried Fig

Pak Brand Dried Fig
Kredit Gambar: Shopee

Buah tin adalah buah pokok ficus, yang merupakan sebahagian daripada keluarga mulberi (Moraceae). Buah tin mempunyai rasa yang unik, manis, tekstur lembut dan kenyal serta mempunyai biji yang sedikit rangup dan boleh dimakan. Buah tin segar adalah halus dan mudah rosak, jadi ia sering dikeringkan untuk memeliharanya. Jadi, anda dapat menikmati buah tin kering manis dan berkhasiat sepanjang tahun. Terdapat pelbagai jenis buah tin, semuanya berbeza-beza dalam warna dan tekstur. Ciri unik mereka ialah bukaan kecil seperti tunas yang dipanggil ostiole di bahagian atas yang membantu buah berkembang. Sebelum adanya gula halus, buah tin ini dijadikan bahan pemanis semula jadi oleh masyarakat terdahulu.

Bahan-bahan: Buah tin kering

Negara Pengeluar: Turki

Saiz: 150 g, 300 g, 500 g, 1 kg

Harga: RM8.00 (150 g), RM15.00 (300 g), RM25.00 (500 g), RM45.00 (1 kg)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

SEMAK HARGA DI SHOPEE

8. Springdale Cottage Dried Figs

Springdale Cottage Dried Figs
Kredit Gambar: Lazada

Springdale Cottage Dried Figs adalah buah-buahan semula jadi yang manis dan memuaskan hati kerana anda dapat menggigit kandungan buah dan biji yang rangup dengan baik. Dibuat daripada buah tin yang berkualiti tinggi dan terpilih, Springdale Cottage Dried Figs ini bukan sahaja berperisa, tetapi ia juga boleh menjadi snek yang baik untuk setiap golongan. Hal ini kerana ia mengandungi kandungan vitamin yang tinggi seperti vitamin A, K dan C serta mineral bermanfaat seperti potassium, iron dan zink. Jadikan buah tin ini sebagai snek sampingan anda untuk diambil bersama salad atau sekadar menikmatinya begitu sahaja.

Bahan-bahan: Buah tin kering

Negara Pengeluar: Turki

Saiz: 150 g

Harga: RM35.55

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

SEMAK HARGA DI LAZADA

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close