16 ‘Bubble Tea’ Terbaik di Ipoh 2022

‘Bubble Tea’ atau ‘Boba Tea’ telah menjadi satu fenomena dalam kalangan masyarakat di Malaysia sejak beberapa tahun yang lepas. Walaupun bertahun sudah berlalu, namun, masih terdapat peminat yang masih belum ‘move on’ dengan ‘Bubble Tea’ ini. Contohnya, sekiranya terdapat kedai ‘Bubble Tea’ yang baru sahaja dibuka, anda pasti akan lihat barisan panjang di hadapan kedai tersebut. Ini kerana masing-masing teruja untuk mencuba perisa dan menu yang ada. Hal itu menjawab persoalan di sebalik pertumbuhan kedai ‘Bubble Tea’ yang tumbuh ibarat cendawan selepas hujan di seluruh Malaysia. 

Ramai pengusaha yang melihat ‘Bubble Tea’ sebagai peluang perniagaan yang amat baik. Maka, terdapat pelbagai jenis kedai ‘Bubble Tea’ yang terdapat di pasaran. Sesetengah kedai ini merupakan perniagaan franchise, kedai pemilikan sendiri, gerai dan ada yang menjalankan perniagaan di rumah sahaja. Namun begitu, aspek yang utama adalah kualiti rasa dan harga yang ditetapkan mestilah bersesuaian dengan kumpulan pelanggan sasaran mereka. Tarikan yang unik bagi sesebuah kedai ‘Bubble Tea’ adalah resepi yang dicetuskan hasil idea sendiri. Ia akan menjadikan kedai tersebut istimewa di hati pelanggan.

Adakah anda tahu bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan ‘bubble tea’?

Adakah anda pernah tertanya-tanya bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan ‘Bubble Tea’? Anda menggemari teksturnya yang ‘chewy’? Jangan risau, ‘Bubble Tea’ diperbuat daripada bahan-bahan yang selamat dan boleh dimakan, tanpa plastik mahupun getah. Bahan utama ‘Bubble Tea’ ini adalah tepung ubi kayu. 

Selain itu, proses penghasilan ‘Bubble Tea’ sebenarnya agak mudah memandangkan ia hanya memerlukan beberapa bahan asas seperti tepung ubi kayu dan gula perang. Campuran antara kedua-dua bahan tersebut akan memberikan hasil ‘bubble’ yang enak dan ‘chewy’. Hal ini kerana ‘bubble’ ini dimasak menggunakan air panas menyebabkan berlakunya perubahan dalam zarah partikelnya. Hasilnya, ‘bubble’ akan menjadi ‘chewy’ dan jernih.

16 ‘Bubble Tea’ Terbaik di Ipoh 2022

1. Tealive

Tealive
Kredit gambar: Ipoh Parade
Tealive
Kredit gambar: Tealive

Tealive mungkin francais teh buih paling popular di Malaysia. Sudah tentu, ia juga merupakan pilihan kegemaran orang Ipoh. Terdapat sebanyak 7 cawangan Tealive di Ipoh. Ini mungkin disebabkan oleh kualiti ‘bubble tea’ ini sendiri. Tambahan pula, ia minuman yang berjenama, terjamin dan memiliki harga yang mampu milik. Minuman yang sering merekod permintaan yang tertinggi dalam kalangan pelanggan adalah teh susu mutiara gula perang. Ia merupakan minuman yang ringkas namun lazat.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: KF03, First Floor, No. 105, Jalan Sultan Abdul Jalil, Pusat Perdagangan Greentown, 30450 Ipoh, Perak.

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

LAMAN WEB

2. Chatime

Chatime
Kredit gambar: Chatime Malaysia
Chatime
Kredit gambar: Chatime Malaysia

Chatime pernah ‘rehat’ daripada pasaran Malaysia untuk seketika waktu. Namun, ia membuat kemunculan semula dalam jangka masa yang singkat. Selain itu, Chatime juga merupakan pesaing terbesar bagi Tealive. Kedua-dua Chatime dan Tealive memfokuskan perniagaan di dalam pasar raya. Maka, itulah sebab mengapa anda mudah untuk menemui kedai minuman ‘Bubble Tea’ ini di pasaran. Baru-baru ini, kolaborasi antara Chatime dan BT21 telah menjadi tarikan yang mengujakan bagi pelanggan setia mereka.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: G51B, AEON Mall Ipoh Station, 18, Susuran Stesen 18, Taman Pengkalan Jaya, 31650 Ipoh, Perak.

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

LAMAN WEB

3. Each A Cup

Each A Cup
Kredit gambar: Each A Cup
Each A Cup
Kredit gambar: Each A Cup

Each A Cup merupakan salah satu kedai ‘Bubble Tea’ yang tertua di Ipoh. Meskipun mereka tidak melancarkan perisa minuman baharu, mereka tetap menawan hati dan selera serta mempunyai peminat yang tersendiri, terutamanya dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana mereka menawarkan ‘Bubble Tea’ asli daripada Taiwan pada harga yang berpatutan. 

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Lot K S01, Ipoh Parade, 105, Jalan Sultan Abdul Jalil, Greentown, 30450 Ipoh, Perak.

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

LAMAN WEB

4. KITEA

KITEA
Kredit gambar: Facebook KITEA.Cafe
KITEA
Kredit gambar: Facebook KITEA.Cafe

Ini adalah pilihan kedai ‘Bubble Tea’ yang terdapat di Ipoh Parade. Di samping kelainan dari aspek menu dan rasa, perkara pertama yang akan menarik perhatian anda tentang kedai ini adalah logonya. Logo kedai ini menampilkan kucing yang comel. Logo ini secara khususnya menjadi tarikan kepada para wanita, lebih-lebih lagi bagi pecinta kucing dan ‘bubble tea’. Menu yang ditawarkan adalah sangat meriah dengan variasi warna. Mereka juga memiliki pilihan ‘fruit tea yang menyegarkan kepada pelanggan.

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 36, Jalan Yang Kalsom, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak.

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

LAMAN WEB

5. Xing Fu Tang

Xing Fu Tang
Kredit gambar: Xing Fu Tang Malaysia
Xing Fu Tang
Kredit gambar: Xing Fu Tang Malaysia

Xing Fu Tang adalah jenama ‘bubble tea’ yang berasal daripada Taiwan. Mereka memiliki aktiviti yang unik berbanding kedai ‘Bubble Tea’ yang lain. Di samping itu, para pelanggan boleh mencabut undi untuk mendapatkan ramalan tentang masa depan mereka. Walau bagaimanapun, ia masih merupakan aktiviti yang mengujakan para pelanggan.  

Waktu Operasi: 12:00 tengah hari – 1:00 pagi (Setiap hari)

Alamat: 19, Jalan Niaga Simee, Arena Niaga Simee, 31400 Ipoh, Perak.

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

LAMAN WEB

6. The Alley

The Alley
Kredit gambar: The Alley Malaysia
The Alley
Kredit gambar: The Alley Malaysia

Pengasas The Alley Malaysia adalah seorang yang amat teliti tentang keselesaan di persekitaran ruang makannya. Hal ini kerana beliau ingin memastikan bahawa para pelanggan akan berasa selesa sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke kedai ini. Tambahan pula, alangkah indahnya jika anda berpeluang menikmati secawan ‘Bubble Tea’ dengan suasana yang selesa dan berhawa dingin. Jika anda seorang pecinta keju, jangan lepaskan peluang untuk menikmati menu baru di sini, iaitu ‘Super Crunchcheese’

Waktu Operasi: 11:00 tengah hari – 1:00 pagi (Setiap hari)

Alamat: Blok D-G-15, Soho Ipoh, 2, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak.

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

LAMAN WEB

7. The Yunique Tea

The Yunique Tea
Kredit gambar: The Yunique Tea Ipoh
The Yunique Tea
Kredit gambar: The Yunique Tea Ipoh

The Yunique Tea bukan sahaja sekadar kedai ‘Bubble Tea’ yang biasa. Selain ‘Bubble Tea’, anda turut boleh mendapatkan Mala, Bihun Tomyam, dan kek. Seterusnya, jika anda berasa lapar tatkala menikmati ‘bubble tea’ anda, hidangan utama atau kek yang ada di sini pasti akan memuaskan selera anda. Justeru, gabungan minuman dan makanan yang enak menjadikan The Yunique Tea sebagai tempat makan yang ideal untuk lepak bersama rakan-rakan.

Waktu Operasi: 11:00 tengah hari – 12:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Block C, G2 (Ground Floor) Soho Ipoh, Jalan Sultan Iskandar, 30000 Ipoh, Perak.

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

LAMAN WEB

8. The Black Whale

The Black Whale
Kredit gambar: The Black Whale
The Black Whale
Kredit gambar: The Black Whale

Sesetengah masyarakat menggelarkan variasi ‘bubble tea’ ini sebagai zoo. Selepas tarikan ‘beruang’ dari The Yunique Tea dan ‘rusa’ dari The Alley. Kini, ada kedai ‘bubble tea’ baru yang dikenali sebagai ‘The Black Whale’. The Black Whale merupakan kedai ‘Bubble Tea’ pertama yang mencetus idea penambahan ‘Honey Gum Peach’ ke dalam teh susu. Penggunaan bahan unik dalam ‘Whalcano Series’ telah menambahkan elemen nutrien dan memberikan kombinasi rasa yang penuh nikmat.

Waktu Operasi: 12:00 tengah hari – 1:00 pagi (Setiap hari)

Alamat: Block A, G-4, Soho Ipoh, Jalan Sultan Iskandar, 30000 Ipoh, Perak.

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

LAMAN WEB

9. Daboba

Daboba
Kredit gambar: Daboba
Daboba
Kredit gambar: Daboba

Daboba adalah salah satu kedai ‘Bubble Tea’ yang terdapat di Ipoh. Keunikan yang ditonjolkan oleh Daboba telah menyebabkan kedai ini tidak dapat dikalahkan oleh para pesaing. Di samping pelancaran menu baharu dari semasa ke semasa, anda turut boleh menikmati kelazatan Tau Fu Fa di sini. Hidangan Tau Fu Fa ini dihasilkan daripada kombinasi ‘bubble’, gula perang, mochi dan sebagainya. 

Waktu Operasi: 11:30 tengah hari – 12:00 malam (Setiap hari)

Alamat: D-G19, Soho Ipoh, 2, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak.

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

LAMAN WEB

10. Tea Bubble Ipoh

Tea Bubble Ipoh
Kredit gambar: Malaysian Foodie
Tea Bubble Ipoh
Kredit gambar: Tea Bubble Ipoh

Tarikan utama di Tea Bubble ini adalah ‘bubble’ yang berwarna-warni. Selain daripada ‘bubble’ yang berwarna hitam keperangan, mereka turut menampilkan warna lain seperti merah, hijau, kuning dan putih. Hal ini menjadikan teh susu di sini menjadi tarikan visual yang amat mengujakan untuk penggemar seni makanan dan fotografi. Tambahan pula, anda boleh cuci mata dengan menu lain seperti Nasi Chicken Chop, Pasta, dan Sandwich pada harga yang amat berbaloi!

Waktu Operasi: 10:30 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Block D, G-3, Ipoh Soho, 2, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh, Perak.

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

LAMAN WEB

11. Chatto

Chatto
Kredit gambar: Chatto
Chatto
Kredit gambar: Chatto

Jika anda merupakan peminat Matcha atau teh, maka anda disarankan untuk singgah ke Chatto. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba menu ‘Dirty Milk Tea’ dan ‘Matcha Milk Tea’ yang luar biasa sedap! Kombinasi rasa pahit dan manis memberikan kombinasi dengan nisbah yang sempurna. Sebagai tambahan, Chatto adalah jenama minuman ‘Bubble Tea’ yang diasaskan pada tahun 2017. Kedai ini menampilkan ciri rekaan dalaman ala-ala gaya Jepun. Tambahan pula, ruang kedai ini dihiasi dengan kehijauan pokok-pokok yang akan memberikan anda rasa tenang.

Waktu Operasi: 8:30 malam – 12:00 malam (Setiap hari)

Alamat: B-G-13, Ipoh Soho, Jalan Sultan Iskandar, 30000 Ipoh, Perak.

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

LAMAN WEB

12. Feng Cha

Feng Cha
Kredit gambar: Feng Cha
Feng Cha
Kredit gambar: Feng Cha

Sekiranya anda merupakan pecinta teh buah, anda disarankan untuk singgah ke Feng Cha. Feng Cha adalah kedai ‘Bubble Tea’ yang memiliki kepakaran menghasilkan ‘fruit tea’. Di sini, anda pasti akan rambang mata kerana terdapat variasi pilihan menu yang sihat. Contohnya, menu Rainbow Sorbets (sorbet buah-buahan) dan Bottle of Dessert (oat bersama buah dan yogurt). Adakah anda sedang berdiet? Siapa cakap anda tidak boleh menikmati makanan enak ketika ‘cheat day’? Feng Cha adalah pilihan terbaik untuk anda nikmati sajian enak walaupun ketika ‘cheat day’!

Waktu Operasi: 12:00 tengah hari – 11:30 malam (Setiap hari)

Alamat: 38, Jalan Raja Permaisuri Bainun, 30250 Ipoh, Perak.

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

LAMAN WEB

13. 18CTEA

CTEA
Kredit gambar: 18CTEA
CTEA
Kredit gambar: 18CTEA

Anda seorang vegan? Maka, anda disarankan untuk memasukkan 18CTEA sebagai salah sebuah kedai yang patut anda kunjungi. Di sini, anda boleh menikmati pelbagai pilihan ‘bubble milk tea’ yang mesra vegan. Mereka menggunakan ‘bubble tea’ yang dihasilkan menggunakan mesin ‘bubble tea’ yang direka khas dari Taiwan. Selain daripada minuman, mereka turut menawarkan variasi hidangan makanan dan pencuci mulut. Sekiranya anda berpeluang datang ke Ipoh, jangan lepaskan peluang untuk singgah di 18CTEA untuk menikmati menu ‘bubble tea’ yang mesra vegan ini!

Waktu Operasi: 11:00 tengah hari – 9:30 malam (Setiap hari) 

Alamat: 38, Jalan Yang Kalsom, Taman Jubilee, 30250 Ipoh, Perak.

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

Website

14. Hanaya Tea Roastery & Cafe

Hanaya Tea Roastery Cafe
Kredit gambar: Hanaya Tea Roastery & Cafe
Hanaya Tea Roastery Cafe
Kredit gambar: Hanaya Tea Roastery & Cafe

Hanaya Tea Roastery & Cafe merupakan kedai ‘Bubble Tea’ yang pertama dengan ciri ala-ala gaya Eropah di Ipoh. Elemen yang banyak mereka masukkan dalam aspek hiasan dan dekorasi adalah penggunaan bunga-bungaan. Sebaik sahaja anda melangkah masuk ke Hanaya Tea Roastery & Cafe, pasti pandangan anda akan tertumpu pada hiasan bunga yang terletak di setiap ruang kafe ini. Tambahan pula,  Hanaya Tea Roastery & Cafe memiliki hiasan ‘flower hall’ yang pasti akan memukau mata anda!

Waktu Operasi: 12:30 tengah hari – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 439, Jalan Bercham, Desa Kencana, 31400 Ipoh, Perak.

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

LAMAN WEB

15. Beauty Tea

Beauty Tea
Kredit gambar: Beauty Tea
Beauty Tea
Kredit gambar: Beauty Tea

Beauty Tea sentiasa memastikan hanya yang terbaik untuk pelanggan kesayangan mereka. Tambahan pula, mereka menitikberatkan aspek kesihatan dalam sajian mereka. Jadi, Beauty Tea akan menggunakan bahan-bahan semula jadi dalam minuman ini. Seterusnya, anda akan melihat banyak jenis pilihan buah, bunga dan yogurt pada menu mereka. Jangan ketinggalan untuk merasai kenikmatan Oat Cakery Milk Tea yang jarang ditemui di Ipoh.

Waktu Operasi: 12:00 tengah hari – 11:00 malam (Selasa – Ahad), Tutup (Isnin)

Alamat: 7, Persiaran Greentown 9, Greentown Business Centre, 30450 Ipoh, Perak.

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

LAMAN WEB

16. Tapir Milk Tea

Tapir Milk Tea
Kredit gambar: Tapir Milk Tea
Tapir Milk Tea
Kredit gambar: Tapir Milk Tea

Adakah anda familiar dengan Tapir Milk Tea? Tapir Milk Tea adalah salah sebuah kedai ‘bubble milk tea’ yang menggunakan banyak elemen tempatan dalam penjenamaannya. Contohnya, penggunaan tapir sebagai logo kedai. Bagi pecinta tapir, kedai Tapir Milk Tea mesti dimasukkan dalam senarai kedai wajib dikunjungi. Selain daripada menikmati minuman yang enak, anda juga boleh bergambar bersama patung tapir yang ada di situ. Tidak dilupakan juga, elemen unik yang ditonjolkan oleh Tapir Milk Tea adalah penggunaan tempurung kelapa untuk menghidangkan aiskrim. Jangan tengok sahaja, pastikan anda cuba sekarang untuk menikmati kesegaran pencuci mulutnya.

Waktu Operasi: 11:30 pagi – 11:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 43, Jalan Market, 30000 Ipoh, Perak.

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

LAMAN WEB

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close