Cara Bayar Saman Online

Pembayaran saman merupakan satu kewajipan bagi pesalah trafik. Jika tidak, mereka akan berhadapan dengan akibat yang lebih berat. Jika dahulu, anda perlu ke kaunter bayaran balai polis trafik terdekat untuk membayar saman. Bayangkan, anda perlu menunggu giliran yang lama hanya untuk membayar saman. Proses ini sunggguh memakan masa.

Namun kini, PDRM telah melakukan satu inisiatif baru untuk membantu pesalah trafik melunasi saman mereka tanpa perlu keluar dari rumah. Inisiatif yang diperkenalkan ini juga dapat memudahkan urusan dua belah pihak.

Apakah inisiatif yang dilakukan oleh PDRM?

PDRM telah menubuhkan aplikasi MyBayar Saman, yakni sistem pembayaran saman secara online bagi memudahkan pesalah trafik membayar saman. Penggunaannya sungguh mudah, cepat dan juga dipercayai. Anda hanya tinggal mendaftar masuk ke aplikasi ini dan melengkapkan butiran-butiran pertanyaan yang terdapat dalam aplikasi ini. Bagi zaman kini yang teknologi hanya di hujung jari, proses pendaftaran kelihatan mudah kerana anda hanya memerlukan Internet dan telefon pintar anda untuk mendaftarnya.

Cara Bayar Saman Online

1. Daftar Masuk Laman Web MyBayar Saman

Daftar Masuk Laman Web MyBayar Saman
Kredit Gambar: mybayar.rmp.gov.my

Untuk mendaftar, anda pergi terus ke halaman ini : https://mybayar.rmp.gov.my/en .  Jika anda tidak mempunyai akaun ini dan mahu mendaftar, anda perlu tekan butang ‘New User Sign Up’.

2. Isi Maklumat yang Berkaitan

Isi Maklumat yang Berkaitan
Kredit Gambar: mybayar.rmp.gov.my

Untuk halaman ‘User Info’ ini, anda perlu memasukkan butiran maklumat yang diperlukan. Apa yang penting, butiran maklumat ini perlulah sah, tepat dan terkini. Usai anda melengkapkannya, tekan butang ‘Next’.

3. Pengesahan Nombor Telefon

go

Untuk halaman ‘OTP Verification’ ini, anda perlu memasukkan nombor telefon anda yang aktif dan terkini kerana nombor-nombor OTP akan dihantar secara sms ke telefon anda. Usai anda menerimanya, masukkan nombor-nombor berkenaan di petak-petak kosong tersebut.

4. Kemasukan Kata Laluan

Kemasukan Kata Laluan

Untuk halaman ini, anda perlu mencipta kata laluan yang kuat bagi mengelakkan sebarang pencerobohan akaun berlaku. Apa yang penting, anda perlu ingat kata laluan ini. Atau jika anda takut anda lupa, catatkan kata laluan yang anda ingin gunakan supaya mudah untuk urusan penyemakan saman nanti.

5. Status Pengesahan Akaun

Status Pengesahan Akaun

Jika anda telah berjaya mendaftar, anda akan diberi ID oleh aplikasi ini dan maklumat mengenai akaun anda akan dihantar ke alamat e-mel yang telah anda daftarkan sebentar tadi. Oh ya, ID pengguna ini sangat penting untuk mendaftar masuk ke akaun anda di masa hadapan. Jadi, anda perlu ingat tentang maklumat ini.

6. Log Masuk

Log Masuk

Jika anda sudah selesai proses mendaftar, anda boleh cuba ke halaman pertama tadi untuk log masuk akaun MyBayar Saman anda. Masukkan ID pengguna dan juga kata laluan yang anda cipta tadi. Jika tiada apa-apa masalah, akaun anda akan memaparkan gambar seperti di atas.

7. Semakan Saman dan Bayar

Apabila anda sudah berjaya memasuki akaun ini, anda perlu lihat ‘Outstanding Summon’ untuk memeriksa berapa saman yang masih belum dibayar. Di bahagian ‘Total Compound (RM)’ pula akan memaparkan jumlah keseluruhan saman yang perlu anda langsaikan.

Untuk ‘Outstanding Summon’, anda perlu lihat saman yang ingin anda langsaikan dahulu. Boleh pilih saman mana berdasarkan keperluan dan kepentingan anda jika anda tidak dapat melunaskan kesemuanya. Jumlah saman akan tertera di bahagian bawah dan anda perlu memilih proses pembayaran sama ada secara FPX atau secara kad kredit Visa/ Master Card.

Selepas anda berjaya membuat pembayaran, pastikan anda muat turun resit pembayarannya untuk rujukan anda di masa hadapan.

Mudah, bukan? Hanya klik sahaja dan segalanya selesai. Apa yang penting, urusan pembayaran saman anda menjadi lebih mudah. Anda tidak perlu lagi bersusah-payah ke kaunter balai polis trafik dan menunggu lama. Diharapkan perkongsian kali ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close