Cara-Cara Menentukan Kiblat Tanpa Aplikasi

Tahun demi tahun, perkembangan teknologi semakin berkembang pesat dalam semua aspek. Anda boleh mengetahui waktu solat mahupun arah kiblat melalui aplikasi yang dibangunkan oleh syarikat-syarikat IT di serata dunia. Teknologi hanya dihujung jari anda, jadi untuk mengetahui waktu solat dan arah kiblat yang tepat, itu tidak menjadi masalah buat anda.

Namun begitu, apakah yang akan terjadi jika semua aplikasi untuk menentukan arah kiblat tidak dapat digunakan? Bagaimana caranya menentukan arah kiblat tanpa aplikasi? Ha, artikel kali ini akan membincangkan cara untuk anda menentukan arah kiblat dengan mudah. 

Bagaimanakah anda menentukan arah kiblat?

istiwa x x
Kredit Gambar: harakahdaily.net

Sebenarnya, anda boleh menentukan arah kiblat dengan menggunakan cara moden ataupun cara tradisional. Kedua-duanya dapat memberitahu anda arah kiblat yang tepat bagi menyempurnakan solat anda dengan yakin dan khusyuk. Jika anda memilih untuk menggunakan cara moden, terdapat pelbagai aplikasi yang berfungsi menunjukkan arah kiblat di Play Store. Anda hanya perlu memuat turun sahaja aplikasi ini untuk menggunakannya.

Namun, jika anda ingin menggunakan cara tradisional, anda boleh menggunakan kaedah lintasan matahari. Ini bermakna, anda memerlukan matahari dan juga kayu tegak untuk menandanya. Untuk menentukan arah kiblat, anda boleh melakukannya pada waktu di mana bayang matahari searah dengan kiblat, yakni ketika berlakunya peristiwa Istiwa’ A’dzam (kedudukan matahari tepat di atas Kaabah). Peristiwa ini hanya berlaku 2 kali setahun sahaja.

Bagaimanakah cara melakukan lintasan matahari?

  1. Anda perlu pastikan anda merujuk waktu yang tepat berdasarkan waktu standard Malaysia.
  2. Gunakan objek seperti kayu yang tegak dan lurus (90 darjah).
  3. Anda boleh pegang objek tersebut dan halakan ke arah cahaya matahari. Atau, pacakkan objek tersebut di atas tanah.
  4. Lihat bayangan yang terhasil daripada objek yang lurus itu. Objek itu akan menunjukkan anda arah kiblat yang tepat.
  5. Tandakan bayangan yang terhasil dengan garis yang lurus. Garisan daripada bayang matahari itu akan menunjukkan ke arah Kiblat.
  6. Selesai.

Isu kiblat ini merupakan isu yang amat penting bagi umat Islam. Hal ini kerana umat Islam mendirikan solat dalam keadaan mengadap ke arah kiblat iaitu Kaabah di Masjidil Haram. Cuba bayangkan, jika teknologi tidak dapat berfungsi buat seketika, anda dapat menentukan arah kiblat dan menjalankan solat dengan khusyuk tanpa syak wasangka. Diharapkan perkongsian kali ini memberi manfaat kepada anda.

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close