Cara Semak KWSP Tanpa i-Akaun

Penggunaan i-Akaun biasannya untuk memudahkan urusan penyemakan baki KWSP dalam Akaun 1 dan Akaun 2 secara online tanpa perlu beratur panjang di cawangan KWSP. Penggunaan i-Akaun ini sebenarnya boleh mengawal jumlah pelawat dalam satu masa sekali gus memudahkan urusan yang mahu dilakukan di kaunter KWSP. 

Namun, tidak semua yang tahu menggunakannya. Ada juga yang masih mengekalkan cara konvensional iaitu pergi ke Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP dan seumpama dengannya untuk mendapatkan penyata akaun. Kalau tidak pasti bagaimana daftar KWSP i-Akaun, boleh rujuk artikel Bagaimana Daftar KWSP i-Akaun.

Mengapakah masih ada yang menggunakan cara konvensional untuk semak penyata KWSP mereka?

Biasanya, golongan ini terdiri daripada golongan emas dan mereka yang tidak mahir menggunakan Internet. Namun begitu, cara lama ini tidak ada salahnya cuma cara ini mungkin memakan masa dan kos perjalanan anda ke sana. Dan tidak dapat dinafikan penggunaan  i-Akaun boleh menjimatkan masa anda. 

Melalui artikel kali ini, kami akan berkongsi cara-cara untuk menyemak penyata KWSP anda tanpa menggunakan i-Akaun. Terdapat pelbagai cara yang boleh anda pilih dan bersesuaian  mengikut kehendak anda. Antaranya pergi ke kiosk KWSP, Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP dan banyak lagi. Apa yang penting, anda jelas dengan struktur arahan yang diberikan.

Cara Semak KWSP Tanpa i-Akaun

1. Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP

Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP
Kredit Gambar: mywilayah.com

Jika anda tidak memerlukan penyata dan hanya mahu mengetahui baki KWSP anda sahaja, anda bolehlah:

  1. Hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000. Panggilan anda biasanya akan disambut dalam masa beberapa saat oleh pihak KWSP yang bertugas.
  2. Nyatakan pada pihak KWSP sama ada anda ingin menyemak baki Akaun 1 atau Akaun 2.
  3. Pihak KWSP (EPF CMC) akan meminta Nombor Kad Pengenalan anda sebagai pengesahan.
  4. Mereka juga akan tanyakan Nama Penuh anda dan beberapa soalan yang berkaitan.
  5. Jika semuanya tepat, maka mereka akan memberitahu baki KWSP anda.
  6. Urusan selesai.

2. Live Chat bersama Elya

Live Chat bersama Elya
Kredit Gambar: kwsp.gov.my

Anda juga boleh bertanya kepada virtual avatar KWSP, iaitu Elya, di laman web rasmi KWSP. Berikut adalah langkah-langkahnya:

  1.  Anda perlu layari laman web rasmi KWSP:  https://www.kwsp.gov.my/ms/home
  2. Di bahagian bawah sebelah kanan laman web ini ada tertera virtual avatar bernama Elya.
  3. Tekan butang ‘Ask Elya’.
  4. Di dalam ruangan tersebut, akan keluar paparan seperti di bawah:
    “Hai, saya Elya, Chatbox KWSP. Buat masa ini, saya masih dilatih untuk meningkatkan kepintaran dalam menjawab pertanyaan secara interaktif berkaitan i-Akaun dan caruman.”
  5. Di dalam chat ini akan dipaparkan beberapa tajuk. Pilih tajuk ‘Ahli’.
  6. Anda perlu buat pilihan topik berkenaan ‘Ahli’.
  7. Jawab soalan-soalan yang ditanyakan dengan betul dan tepat.
  8. Penyata baki Akaun anda akan diberikan.
  9. Urusan selesai.

3. Kiosk KWSP (Melalui IC)

Kiosk KWSP Melalui IC
Kredit Gambar: rileklah.com

Jika anda tidak mahir dalam penggunaan perkhidmatan yang berasaskan Internet dan sekadar mahu menyemak penyata baki KWSP, anda bolehlah ke Kiosk KWSP. Apa yang penting, anda harus tahu di mana Kiosk KWSP yang terdekat dengan anda. Jangan risau kalau anda lupa nombor KWSP anda kerana urusan ini hanya memerlukan Kad Pengenalan fizikal anda. Berikut adalah langkah-langkahnya:

  1. Anda perlu sentuh skrin mesin dan pilih bahasa mengikut kesesuaian anda.
  2. Letakkan kad pengenalan anda di bahagian sebelah kiri apabila diminta oleh sistem.
  3. Letakkan ibu jari kanan anda pada ruangan yang tersedia.
  4. Anda akan diberi pilihan untuk memilih perkhidmatan, sama ada mahu mengaktifkan i-Akaun atau mencetak penyata baki KWSP anda.
  5. Jika anda ingin mencetak penyata anda, pilih ‘Cetak Penyata’.
  6. Mesin ini akan mencetak penyata KWSP anda dan akan keluar pada ruangan yang tersedia.
  7. Dapatkan penyata KWSP anda daripada mesin. Jangn lupa simpan semula Kad Pengenalan anda.
  8. Urusan selesai.

4. Kaunter KWSP (Melalui IC)

Kaunter KWSP Melalui IC
Kredit Gambar: rileklah.com

Jika anda rasa penggunaan Kiosk KWSP agak renyah, anda boleh terus ke Kaunter KWSP di KWSP untuk menyemak penyata KWSP anda. Anda hanya perlu membawa Kad Pengenalan fizikal bagi memudahkan urusan semakan. Berikut adalah langkah-langkahnya:

  1. Anda perlu berkunjung ke mana-mana cawangan KWSP yang terdekat.
  2. Jangan lupa bawa Kad Pengenalan anda.
  3. Ambil nombor giliran.
  4. Tunggu sehingga nombor giliran anda dipanggil.
  5.  Apabila nombor giliran anda dipanggil, anda perlu berurusan di kaunter.
  6. Maklumkan kepada pegawai KWSP yang anda ingin menyemak penyata baki KSWP anda yang terkini.
  7. Pegawai tersebut akan meminta Kad Pengenalan anda untuk pengesahan dan semakan.
  8. Anda perlu dapatkan cetakan penyata KWSP daripada pegawai tersebut untuk dijadikan rujukan nanti.
  9. Dapatkan kembali Kad Pengenalan anda.
  10. Urusan selesai.

Berikut adalah beberapa cara yang dapat anda lakukan untuk menyemak penyata KWSP anda. Diharapkan perkongsian kali ini bermanfaat untuk anda.

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close