8 Claw Clip Terbaik di Malaysia 2022

Pernahkah anda merasa terganggu dengan beberapa helaian rambut yang kerap mengenai wajah anda semasa bekerja? Jangan bimbang, claw clip boleh menjadi solusinya! Claw clip berfungsi untuk memegang rambut anda dengan kemas. Selain daripada mengikat rambut, claw clip juga boleh digunakan sebagai aksesori rambut. Menggunakan aksesori rambut yang betul boleh membuatkan anda kelihatan lebih menawan. Walau bagaimanapun, memadankan aksesori rambut dengan pakaian yang dipakai bukanlah perkara yang mudah. Terdapat pelbagai jenis aksesori rambut yang didatangkan dengan reka bentuk yang elegan, vintaj, unik dan minimalis yang boleh anda pilih mengikut konsep pakaian anda. Berikut adalah 8 claw clip terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia. 

Bagaimana hendak memilih claw clip yang sesuai?

Terdapat banyak jenis claw clip yang boleh didapati di kedai fizikal dan dalam talian sehingga membuatkan anda keliru untuk membuat pilihan?  Jangan bimbang, kerana dengan menetapkan pilihan dan ketebalan rambut boleh membantu anda dalam mencari claw clip yang terbaik.

1. Pilihan

Claw clip biasanya datang dalam pelbagai warna dan corak bergantung pada jenama. Petua yang baik adalah dengan memilih claw clip yang unik dan menarik berdasarkan cita rasa anda supaya mood anda akan lebih ceria. 

2. Ketebalan rambut

Setiap orang mempunyai ketebalan rambut yang berbeza. Jadi, anda perlulah memilih claw clip yang berpadanan dengan ketebalan rambut anda. Contohnya, jika anda mempunyai rambut yang tebal maka claw clip yang bersaiz besar sesuai untuk anda. 

8 Claw Clip Terbaik di Malaysia 2022

1. Plain Korean Hair Clips

Plain Korean Hair Clips
Kredit Gambar: Shopee

Plain Korean Hair Clips ini merupakan antara produk aksesori rambut yang menjadi pilihan ramai. Claw clip ini diperbuat daripada plastik berkualiti tinggi yang menjadikannya tahan lasak dan tahan lama. Ia juga didatangkan dengan 3 pilihan saiz yang boleh anda pilih berdasarkan ketebalan rambut anda. Selain itu, ia juga dipasarkan dengan 10 pilihan warna untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik
  • Warna: Biru kelabu, kuning, biru tua, kuning muda, hitam, merah, ungu, coklat, hijau tua, biru muda
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

Saiz sesuai untuk semua jenis ketebalan rambut
Harga mampu milik
Pelbagai warna dan reka bentuk

Price: RM1.69 – RM1.89

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Vintage Large Alloy Shark Clip

Vintage Large Alloy Shark Clip
Kredit Gambar: Shopee

Vintage Large Alloy Shark Clips menampilkan kemasan emas matte yang elegan serta didatangkan dalam pelbagai bentuk, termasuklah segi empat tepat, reben, bulan sabit dan petak. Klip ini diperbuat daripada aloi yang menjadikannya tahan karat dan ringan. Selain itu, ia bukan sahaja dapat memegang rambut anda dengan kemas, malah ia juga menonjolkan rupa yang elegan dan mewah.

Spesifikasi:

  • Bahan: Aloi
  • Warna: Emas 
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

Ringan
Menawarkan pelbagai reka bentuk
Kemasan emas matte
Menarik

Price: RM2.68 – RM4.68

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Elegant Acrylic Hair Clip

Elegant Acrylic Hair Clip
Kredit Gambar: Shopee

Jika anda menggemari gaya rambut “half-up, half-down”, Elegant Acrylic Hair Clip ini pilihan yang sesuai untuk anda.  Ia didatangkan dengan reka bentuk yang minimalis dan elegan serta mudah untuk disesuaikan dengan pelbagai konsep pakaian. Klip ini didatangkan dengan 9 pilihan warna yang menarik untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Akrilik
  • Warna: Transparent, hitam, putih, coklat, ungu, merah, kuning air, mint, biru cair
  • Negara Pengeluar: China

Kelebihan:

Saiz mini
Material berkualiti tinggi
Gaya minimalis

Harga: RM1.10 – RM3.70

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Korean Fashion Plush Clip

Korean Fashion Plush Clip
Kredit Gambar: Shopee

Klip rambut Plush Fesyen Korea ini sesuai untuk anda yang menggemari konsep manis dan comel. Ia didatangkan dengan reka bentuk bulu halus lembut yang dililit pada klip plastik dan dihiasi dengan pelbagai boneka dan kartun comel. Selain itu, ia juga sesuai dijadikan sebagai hadiah untuk orang tersayang.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik
  • Warna: Merah jambu, putih, kuning, kuning air, coklat
  • Negara Pengeluar: China

Kelebihan:

Gaya manis dan comel
Harga mampu milik
Kualiti tinggi

Harga: RM1.10 – RM4.20

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. CHESTNUT’S STORE Temperament Claw Clip

CHESTNUTS STORE Temperament Claw Clip
Kredit Gambar: Shopee

Jika anda mempunyai rambut yang tebal, CHESTNUT’S STORE Temperament Claw Clip ini terbaik untuk anda. Klip ini diperbuat daripada plastik berkualiti tinggi yang menjadikannya tahan lasak. Ia didatangkan dengan reka bentuk yang ringkas dan sesuai digunakan di rumah atau di pejabat. Selain itu, ia juga dipasarkan dengan 13 pilihan warna untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik
  • Warna: Hitam, biru, putih, kuning air, merah jambu, hijau, kuning, ungu. coklat, amber, champagne, kelabu, transparent
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

Kapasiti besar
Menawarkan pelbagai warna
Harga mampu milik

Harga: RM1.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Pearl Large Claw

Pearl Large Claw
Kredit Gambar: Shopee

Pearl Large Claws ini didatangkan dengan reka bentuk yang elegan dan mewah serta sesuai untuk digunakan pada majlis istimewa seperti ulang tahun dan temu janji. Klip ini diperbuat daripada akrilik dan getah yang menjadikannya tahan lasak dan anti- gelincir. Secara tidak langsung, anda boleh memakainya tanpa berasa bimbang.

Spesifikasi:

  • Bahan: Akrilik+getah band
  • Warna: Putih
  • Negara Pengeluar: China

Kelebihan:

Elegant dan bergaya
Tahan lasak
Kualiti tinggi

Harga: RM1.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Pearl Butterfly Tassel Shark Clip

Pearl Butterfly Tassel Shark Clip
Kredit Gambar: Shopee

Pearl Butterfly Tassel Shark Clips ini mempunyai rupa yang agak unik ekoran ia dilengkapi dengan loket mutiara pada bahagian bawah klip. Klip ini merupakan pilihan yang ideal untuk anda yang sedang mencari claw clip dengan rupa yang elegan. Klip ini sangat sesuai untuk digunakan ketika majlis makan malam.

Spesifikasi:

  • Bahan: Logam 
  • Warna: Emas 
  • Negara Pengeluar: China

Kelebihan:

Reka bentuk unik
Bahan kukuh
Harga mampu milik

Harga: RM2.40 – RM3.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Butterfly Big Hair Clip

Butterfly Big Hair Clip
Kredit Gambar: Shopee

Butterfly Big Hair Clip ini didatangkan dengan reka bentuk rama-rama dan sangat sesuai untuk gadis yang menggemari konsep ‘princess’. Klip ini diperbuat daripada akrilik yang menjadikannya tahan lama dan tahan lasak. Bukan itu sahaja, klip ini juga dipasarkan dengan 4 pilihan warna untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Akrilik   
  • Warna: Putih, merah jambu, kuning, ungu
  • Negara Pengeluar: China

Kelebihan:

Reka bentuk rama-rama
Sesuai untuk semua gaya rambut
Elegan

Harga: RM2.68

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close