8 Coklat Gelap Terbaik di Malaysia 2022

Coklat Gelap ataupun Dark Chocolate mengandungi banyak nutrien yang boleh memberi kebaikan kepada kesihatan tubuh badan kita. Ia diperbuat daripada biji pokok koko yang merupakan antara agen antioksida terbaik yang terdapat dalam muka bumi ini. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa coklat gelap boleh meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan anda. Ia juga dipercayai dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

Coklat gelap juga mempunyai bahan yang dinamakan sebagai flavanol. Bahan ini boleh memberi rangsangan kepada endothelium untuk meningkatkan pengaliran darah dan merendahkan tekanan darah. Selain itu, coklat gelap juga boleh meningkatkan prestasi otak. Bukan itu sahaja, terdapat banyak lagi manfaat yang terkandung di dalam coklat gelap. Berikut adalah 8 coklat gelap terbaik di Malaysia.

Berapakah jumlah coklat gelap yang boleh anda makan dalam sehari?

Meskipun terdapat pelbagai manfaat coklat gelap, namun anda tidak digalakkan untuk mengambilnya dalam jumlah yang banyak kerana ia masih mempunyai kalori dan mengandungi lemak tepu. Pengambilan coklat gelap sebaiknya satu auns (oz) sahaja setiap hari bagi mengelakkan penambahan berat badan. 

Bilakah masa terbaik untuk makan coklat gelap?

Jika anda ingin menurunkan berat badan, anda boleh mengambil coklat gelap semasa perut anda kosong atau 30 minit selepas makan makanan pepejal. Selain itu, anda juga boleh menikmati coklat gelap sebagai snek pada bila-bila masa yang anda mahukan namun perlu diingati supaya anda mengambil coklat gelap dalam jumlah yang betul.   

 8 Coklat Gelap Terbaik Di Malaysia 2022

1. Royal de Dolton Dark Chocolate Bar 

Royal de Dolton Dark Chocolate Bar
Kredit Gambar: Shopee

Royal de Dolton Dark Chocolate Bar mengandungi 55% koko dan boleh didapati dalam 4 variasi perisa iaitu asli, badam, kismis, dan gajus. Coklat ini bukan sahaja menawarkan rasa yang enak dan premium malah ia juga membantu dalam mengurangkan paras kolesterol, tekanan darah serta mengurangkan risiko penyakit jantung.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Gula, Koko Mass, Mentega Koko, Lecithin Soya, Vanillin
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Berat: 40 g / 75 g

Kelebihan:

4 variasi perisa
55% Koko
Disahkan Halal

Harga: RM1.19 – RM 2.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Toblerone Swiss Dark Chocolate

Toblerone Swiss Dark Chocolate
Kredit Gambar: Shopee

Toblerone Swiss Dark Chocolate mempunyai simbol ikonik segi tiga yang merupakan produk keluaran dari Switzerland. Coklat ini mengandungi madu dan nougat badam yang akan memberikan anda tekstur kenyal dan rangup. Untuk anda yang menggemari badam, jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba coklat ini!

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Gula, Susu Tepung, Mentega Koko, Jisim Koko, Madu (3%), Lemak Susu, Badam (1,6%), Pengemulsi (Lesitin Soya), Putih Telur, Perisa.
  • Negara Pengeluar: Switzerland
  • Berat: 100 g

Kelebihan:

Mengandungi almond nougat
Boleh dijadikan hadiah
Bentuk segi tiga yang tersendiri dengan potongan individu

Harga: RM5.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Beryl’s Almond Dark Chocolate 

Beryls Almond Dark Chocolate
Kredit Gambar: Shopee

Jika anda mencari snek yang enak dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja, Beryl’s Almond Dark Chocolate ini sesuai untuk anda. Coklat ini mengandungi badam yang di panggang rangup yang disaluti coklat gelap yang enak, sesuai untuk anda yang menggemari kekacang dan coklat gelap! Selain itu, ia juga didatangkan dengan reka bentuk saiz gigitan bagi memudahkan anda untuk menikmatinya di mana sahaja.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Koko, Gula, Badam, Mentega Koko, Lemak Sayuran (Minyak Sawit, Minyak Bunga Matahari), Pemekat (Dextrin), Pengemulsi (Soya Lecithin E322), Ejen (E904), Vanila. Mungkin Mengandungi Kekacang Lain.
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Berat: 450 g

Kelebihan:

Disahkan Halal
Mengandungi badam rangup
Tekstur halus dan padat


Harga: RM21.49

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Beryl’s 80% Cocoa Dark Chocolate 

Beryls Cocoa Dark Chocolate
Kredit Gambar: Shopee

Coklat ini merupakan pilihan coklat terbaik untuk anda yang sedang berdiet namun masih mengidamkan manisan. Coklat ini mengandungi 80% koko dan didatangkan dalam bentuk pembungkusan bersaiz individu yang memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja. Bukan itu sahaja, coklat ini juga mengandungi antioksidan seperti theobromine dan polifenol untuk mengurangkan tekanan darah serta mengurangkan berat badan. 

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Koko, Serbuk Koko, Gula, Mentega Koko, Pengemulsi (Soya Lecithin E322), Vanila
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Berat: 250 g

Kelebihan:

Disahkan HALAL
Mengurangkan berat badan
80% Koko
Tekstur yang lembut dan licin

Harga: RM19.79

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Ritter Sport Dark Chocolate Bar 

Ritter Sport Dark Chocolate Bar
Kredit Gambar: Ritter Sport

Ritter Sport Dark Chocolate Bar ini pasti tidak asing lagi dengan anda. Coklat ini mengandungi 50% koko yang diperbuat daripada biji koko berkualiti tinggi yang diterbangkan khas dari Nicaragua, Papua New Guinea. Coklat ini juga telah diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Pepejal koko 50 % minimum, gula, jisim koko (koko halus 25 %), mentega koko, pengemulsi (Lesitin soya)
  • Negara Pengeluar: Jerman
  • Berat: 100 g

Kelebihan:

Diperbuat daripada biji koko Nicaragua, Papua New Guinea
50% Koko

Harga: RM6.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Hershey’s Kisses Dark Chocolate Bag 

Hersheys Kisses Dark Chocolate Bag
Kredit Gambar: Shopee

Hershey’s Kisses Dark Chocolate Bag merupakan coklat gelap keluaran Malaysia dan diperakui halal. Coklat ini menawarkan rasa coklat gelap yang berkrim, lembut dan sedikit rangup. Coklat ini didatangkan dalam bentuk pembungkusan bersaiz individu yang memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Pepejal Koko, Gula, Mentega Koko, Tepung Susu Tanpa Lemak, Serbuk Koko, Lesitin Soya Lemak Susu, Poligliserol Polyricinoleate, Perisa Tiruan, Vanillin. 
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Berat: 315 g

Kelebihan:

Pembungkusan bersaiz individu
Tekstur coklat yang berkrim dan halus

Harga: RM19.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Signature Market Bittersweet Dark Chocolate Almonds 

Signature Market Bittersweet Dark Chocolate Almonds
Kredit Gambar: Shopee

Signature Market Bittersweet Dark Chocolate Almonds mengandungi 65 % koko serta badam yang dipanggang rangup yang didatangkan khas dari California. Coklat ini dijamin 100% halal dan sesuai untuk anda yang menghidap penyakit kencing manis (diabetes). 

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Badam, Gula, Pepejal Koko, Mentega Koko, Serbuk Koko, Pengemulsi: Lecithin Soya (E322), Vanillin. 
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Berat: 50 g

Kelebihan:

Disahkan Halal
Mengandungi badam rangup
Tidak terlalu manis

Harga: RM7.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Whittaker’s Block – Dark Ghana 

Whittakers Block Dark Ghana
Kredit Gambar: Shopee

Whittaker’s Dark Ghana ini mengandungi 72% koko yang sesuai untuk dinikmati oleh semua peringkat umur, terutamanya buat ibu hamil. Hal ini kerana sewaktu hamil pasti berat badan anda akan bertambah. Jadi, untuk menjaga keseimbangan berat badan, anda boleh mencuba coklat ini. Ia bukan sahaja dilengkapi dengan agen antioksidan yang mampu mengimbangi berat badan malah ia juga mampu meningkatkan daya ingatan dan tenaga.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Coklat Gelap [Pepejal Koko; gula; Pengemulsi (Lesitin Soya); Dan Perisa Vanila]. Coklat Mengandungi 72% Pepejal Koko Minimum. Boleh Mengandungi Kesan Coklat Susu, Kacang Tanah, Kacang Pokok Dan Gluten.
  • Negara Pengeluar: New Zealand
  • Berat: 200 g

Kelebihan:

Rasa yang sedap dan lembut
72% Koko


Harga: RM21.64

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close