Damansara Uptown kecoh kerana kemalangan melibatkan 3 kereta.

Kecoh di Damansara Uptown kerana berlakunya kemalangan yang melibatkan 3 kereta,iaitu Perodua Bezza, Mazda 3 Hatchback dan juga Honda HRV. Kemalangan yang dilaporkan ini telah terjadi kelmarin berdasarkan perkongsian video pengguna Tiktok bernama Chee Hong Sham.

Dikhabarkan bahawa kereta Perodua Bezza dipandu laju oleh seorang remaja lelaki terlanggar Mazda 3 dan akhirnya merempuh Honda HRV yang diparkir elok di hadapan Tealive. Kesan daripada kemalangan ini, Mazda 3 mengalami sedikit kerosakan pada bahagian hadapan akibat dilanggar oleh Perodua Bezza yang kemudiannya merempuh Honda HRV

Lihat video itu di bawah:

Daripada video kemalangan yang diambil, boleh dilihat bahawa kereta Perodua Bezza dan juga Honda HRV mengalami kerosakan yang teruk.

Kredit Gambar: tiktok.com/@cheehongsham
Kredit Gambar: tiktok.com/@cheehongsham
Kredit Gambar: tiktok.com/@cheehongsham

Namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Kejadian ini masih menjadi tanda tanya kerana rata-rata komen menyatakan bahawa jalan di sini merupakan jalan sehala dan sentiasa sibuk. Jadi, tidak munasabaha jika berlaku kemalangan seteruk demikian. Selain itu, pihak yang terlibat juga sedang berbincang untuk menyelesaikan hal ini.

Kredit Gambar: tiktok.com/@cheehongsham

Daripada komen Steven Wong, katanya tempat ini selalu sibuk dan ‘jam’, jadi bagaimana kemalangan sebegini teruk boleh berlaku. Komen daripada Iza pula mengatakan bahawa sukar untuk menggambarkan bagaimana kemalangan berlaku kerana semua kereta yang terlibat berwarna putih. Komen Platy pula bersimpati ke atas pemilik kereta Honda HRV kerana walaupun keretanya diparkir elok di dalam petak parkir, namun kereta itu mengalami nasib yang tidak baik kerana dirempuh oleh kereta Perodua Bezza.

Namun, rata-rata komen bersimpati atas kejadian tersebut dan berharap agar kejadian seperti ini tidak berlaku, lebih-lebih lagi di kawasan yang sibuk seperti tempat kejadian kelmarin.

Diharapkan pihak yang terlibat boleh menyelesaikan hal ini dengan baik. Dan untuk anda diluar sana, ingatlah orang tersayang sewaktu memandu. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian, tidak berguna.

Sumber: tiktok.com/@cheehongsham  

Apa pendapat anda? Dah baca, share dan like, ok!

Perhatian: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Jadi, segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close