8 Door Gift Terbaik di Malaysia 2022

Doorgift merupakan cenderahati kecil daripada pihak penganjur majlis kepada tetamu sebagai tanda terima kasih atas kehadiran mereka memeriahkan majlis. Lazimnya doorgift ini akan diberikan pada penghujung majlis selepas bersalaman dengan ibu bapa atau ahli keluarga. Namun, ada di sesetengah majlis di mana doorgift diletakkan di atas meja makan. Ia bergantung kepada kaedah pemberian doorgift setiap majlis kerana setiap majlis mengambil pendekatan yang berbeza. 

Jika dahulu, telur pindang atau telur rebus merupakan doorgift yang popular. Walau bagaimanapun, trend ini telah berubah mengikut peredaran zaman. Pada perkongsian kali ini, kami senaraikan 8 idea doorgift yang terbaik untuk anda.

Bagaimana Hendak Mencari Doorgift yang Sesuai? 

Memilih doorgift boleh menjadi rumit terutamanya jika anda tidak pasti yang mana yang paling sesuai. Jadi, anda mungkin boleh mempertimbangkan aspek seperti saiz acara, jenis acara dan bajet sebelum membuat pembelian.

  1. Saiz Acara

Tentukan saiz acara atau majlis anda untuk membeli jumlah doorgift yang berpadanan dengan jumlah tetamu supaya tidak berlaku kekurangan atau lebihan barangan.

  1. Jenis Acara

Pertama, tentukan jenis acara yang anda ingin adakan beserta temanya. Kedua, pertimbangkan kesan yang anda ingin berikan kepada mereka yang menerima doorgift anda. Sebagai contoh, anda ingin memberikan doorgift yang mempunyai nilai sentimental kepada penerima jadi anda perlu mencari doorgift yang memiliki ciri tersebut.

  1. Belanjawan

Memandangkan doorgift boleh didapati dalam pelbagai harga, daripada harga yang murah sehinggalah kepada harga yang mahal, bergantung pada kualiti dan jenis doorgift tersebut. Oleh itu, anda perlu merancang perbelanjaan semasa membeli doorgift supaya anda tidak membazir. 

8 Door Gift Terbaik di Malaysia 2022

1. SARANG HAE YO Melamine Plates

SARANG HAE YO Melamine Plates
Kredit Gambar: Shopee

Pinggan melamin ala vintaj dengan corak bunga ini kelihatan eksklusif dan sangat sesuai dijadikan sebagai doorgift. Selain itu, kotak tersebut turut didatangkan dengan rekaan yang sama seperti corak pinggan. Anda boleh menjadikan pinggan ini sebagai hiasan ekoran ia datang dalam saiz yang kecil.

Spesifikasi:

  • Bahan: Melamine
  • Warna: Putih, krim, hitam
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

Harga mampu milik
Sesuai untuk semua majlis
Reka bentuk yang cantik dan eksklusif

Harga: RM2.54

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

2. Chocolate Bars

Chocolate Bars
Kredit Gambar: Shopee

Chocolate bar merupakan antara doorgift yang menjadi pilihan sejak beberapa tahun lalu, dan kini ia masih kekal sebagai pilihan utama. Anda hanya perlu mengeluarkan modal kurang daripada RM2 maka sebatang coklat yang dilengkapi dengan kotak bercorak sedia untuk diedarkan. Inginkan rupa yang lebih eksklusif? Anda boleh menambah reben dan tag sempena acara anda pada coklat tersebut.

Spesifikasi:

  • Bahan: Coklat
  • Warna: Putih, ungu, hijau, oren, hitam
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

Menawarkan pelbagai reka bentuk pembalut
Harga mampu milik

Harga: RM0.95

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

3. Beg Goodies

Packed Goodies Bag
Kredit Gambar: Shopee

Jika anda sedang mencari doorgift yang sedap pada kadar harga yang berpatutan, anda boleh mempertimbangkan beg goodie ini. Terdapat pelbagai pilihan snek dan biskut yang ditawarkan untuk anda pilih mengikut cita rasa anda. Selain itu, ia juga didatangkan dengan bentuk pembungkusan ‘ziplock’ bagi memudahkan anda untuk mengendalikannya.

Spesifikasi:

  • Jenis snek: Chocolate Chip Cookie, Mini Chipsmore (Chippy Chip), Mini Golden Pineapple, Mini Coconut Pineapple, Chocolate bear, Strawberry Bear Ais Permata / biskut butang, Kapal terbang Tam Tam / biskut bantal, Kuih Bangkit, Mini rempeyek, BBQ stick , Batang Rumpai Laut
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

Menawarkan pelbagai jenis snek dan biskut
Mendapat banyak ulasan positif daripada pembeli
Disahkan Halal

Harga: RM1.05 – RM1.16

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Utensil Set

Utensil Set
Kredit Gambar: Shopee

Set kutleri merupakan antara idea doorgift yang sesuai untuk diberikan kepada tetamu. Bukan sahaja diperbuat daripada keluli tahan karat, ia juga didatangkan dengan bungkusan kotak bercorak bunga yang elegan. Tambahan pula, ia dipasarkan dengan 4 variasi reka bentuk pembungkusan untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Warna: Hitam, putih
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

4 variasi reka bentuk kotak
Stok sedia ada
Set perkakas berkualiti tinggi

Harga: RM0.85 – RM1.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

5. Marble Effect Custom Resin Coasters

Marble Effect Custom Resin Coasters
Kredit Gambar: Shopee

Coaster resin sering kali dijadikan doorgift untuk majlis perkahwinan ekoran rekaannya yang cantik dan eksklusif. Anda boleh meletakkannya di sisi katil, dapur, ruang makan, ruang tamu atau meja solek anda sebagai hiasan. Ia didatangkan dengan 4 pilihan warna yang menarik untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Warna: Putih, biru, hijau, merah jambu
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

100% buatan tangan
Kalis air
Tahan lasak dan elegan

Harga: RM12.00 – RM22.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

6. Natural Candy Soap

Natural Candy Soap
Kredit Gambar: Shopee

Bar sabun ini didatangkan dengan pembungkusan yang elegan menjadikannya pilihan doorgift yang menarik! Jika anda inginkan bentuk yang romantik, anda boleh mendapatkannya dalam bentuk mawar. Manakala, jika anda menggemari reka bentuk yang unik dan comel, anda boleh mendapatkannya dalam bentuk bunga. Selain itu, sabun ini dipasarkan dengan 4 pilihan wangian yang boleh anda pilih mengikut cita rasa anda.

Spesifikasi:

  • Warna: Bunga putih, strawberi merah jambu, melati biru, epal hijau
  • Negara pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

Reka bentuk minimalis
Harga borong disediakan
Terdapat dalam pelbagai jenis bauan

Harga: RM0.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

7. Romantic Scented Candle Fragrances

Romantic Scented Candle Fragrances
Kredit Gambar: Shopee

Scented candle merupakan antara doorgift yang menjadi kegemaran ramai kerana ia boleh digunakan sebagai wangian aromaterapi di rumah. Ia didatangkan dengan pelbagai reka bentuk dan wangian. Scented candle ini sesuai untuk majlis-majlis khas seperti majlis perkahwinan dan pertunangan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Lilin kacang soya
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Jenis-jenis: 
    • 1. Cawan Lavender = Lavender 
    • 2. Cawan Freesia = Freesia
    • 3. Cawan Mawar = Mawar
    • 4. Cawan Laut = Lautan
    • 5. Cawan Nashi Blossom = Lemon + Pear Blossom + Rose + Musk
    • 6. Earl Grey & Cucumber = Bergamot + Lemon + Grapefruit + Oren + Timun
    • 7. Lime Basil & Mandarin = Citrus + Basil + Cendana + Cedar
    • 8. Orange Blossom Cup = Citrus Flower + White Lilac
    • 9. English Pear Freesia = Pear + Freesia + Patchouli
    • 10. Santiago Huckleberry = Huckleberry + Vanilla + Sugar Cane
    • 11. Bluebell Cup = Wild Bluebell + Persimmon + White Musk

Kelebihan:

Menawarkan pelbagai wangian
Barangan hiasan
Bahan mesra alam

Harga: RM5.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

8. Pretty Of Life – Lencolor Hand Cream Perfume Nature Fragrance Fruit Flower

Pretty Of Life Lencolor Hand Cream Perfume Nature Fragrance Fruit Flower
Kredit Gambar: Shopee

Jika anda sedang mencari doorgift yang lain daripada biasa, krim tangan ini terbaik untuk anda. Didatangkan dengan bauan yang sangat wangi pada harga murah menjadikannya item doorgift yang berbaloi. Bukan itu sahaja, reka bentuk pembungkusan krim tangan ini juga menarik dengan corak yang eksklusif.

Spesifikasi:

  • Bahan: Krim, 
  • Jenis: Bunga lily, sakura, pic, limau gedang, wildberry, teh hijau, freesia, chamomile, mangga dan mawar.
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

Sesuai untuk semua jenis kulit
Penghantaran cepat
Penilaian tinggi oleh pembeli

Harga: RM0.38

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close