Emas Ditemui Di Madinah, Undang Pelbagai Reaksi

Viral baru- baru ini  gempar dengan berita penemuan emas di sempadan Aba al-Raha, di wilayah Madinah. Penemuan ini diakui oleh Arab Saudi sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi masyarakat dunia. Ada yang berpendapat bahawa penemuan ini bakal meraih peluang pelaburan yang besar di negara Arab Saudi sama ada tempatan mahupun antarabangsa. Dipetik daripada Al Arabiya New, peluang seperti ini dapat meningkatkan lagi ekonomi Arab Saudi dalam pelbagai sektor, terutama bagi sektor perlombongan dan juga penyelidikan (R&D).

Selain emas, bijih tembaga juga ditemui di empat tapak di kawasan Al-Madiq, yang juga berada di Madinah berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pemantauan Geologi Arab Saudi dalam catatan media sosial. Berikut adalah video Tiktok yang dikongsi oleh pengguna  xsamudera: 

Lokasi-lokasi yang bakal menjadi kawasan perlombongan itu dikatakan mempunyai saiz pelaburan yang diramalkan bernilai AS$533 juta (RM2.4 trilion). Dengan jumlah yang begitu besar, banyak peluang pekerjaan bakal diwujudkan. Perlombongan adalah antara salah satu sektor yang akan memberikan banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat dan ia juga merupakan sebahagian daripada matlamat Wawasan 2030 Arab Saudi.

emas madinah pix
Kredit Gambar: utusan.com.my

Pada bulan Mei lepas, Kementerian Perindustrian dan Sumber Mineral Arab Saudi telah menggariskan rancangan strategik untuk menarik pelaburan yang bernilai AS$32 bilion (RM145.14 bilion) ke dalam sektor perlombongan. Jadi pada bulan Jun lepas, Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman telah mengumumkan bahawa keutamaan negara ketika itu adalah untuk sektor penyelidikan termasuklah pembangunan mampan dalam sektor perlombongan.

Dikatakan kini Arab Saudi mempunyai sekurang-kurangnya 5,300 lokasi mineral yang berharga, sama ada dalam bentuk logam atau bukan logam, bahan binaan, baru hiasan dan juga batu permata.

emas
Kredit Gambar: tiktok.com/@xsamudera

Rata-rata memberikan komen dengan reaksi yang pelbagai. Menurut komen chek_shaf, kita perlu memperbaiki diri dan menjaga iman serta membuat amalan banyak amalan baik. Komen daripada pengguna yussuf pula, Allah s.w.t. akan memuntahkan banyak khazanah bumi di akhir zaman untuk menguji manusia sama ada memilih dunia atau akhirat.

Komen-komen seperti ini memberikan kesedaran kepada masyarakat bahawa pelbagai perkara yang ajaib boleh berlaku dengan izin-Nya. Dan kejadian yang berlaku ini benar-benar memberikan iktibar kepada masyarakat. Apa pendapat anda?

Sumber: utusan.com.my / hmetro.com.my / sinarharian.com.my / tiktok.com/@xsamudera

Apa pendapat anda? Dah baca, share dan like, ok!

Perhatian: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Jadi, segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close