8 Garnier Skincare Terbaik di Malaysia 2022

Adakah anda sedang mencari produk penjagaan kulit pada harga mampu milik dengan kualiti terbaik? Jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba produk Garnier! Garnier menawarkan pelbagai produk kecantikan yang inovatif dan efisien berasaskan sumber alam semula jadi yang dipertingkatkan dengan kepakaran dalam bidang penjagaan rambut dan kulit. Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai penjagaan kulit mampu milik ini? Berikut adalah 8 Garnier skincare terbaik di Malaysia!

Apakah Asal Usul Produk Penjagaan Kulit Garnier?

Garnier diasaskan di Perancis pada tahun 1904. Revolusi Garnier bermula apabila pengasasnya, Alfred Amour Garnier mencipta losyen rambut pertama, iaitu La Lotion Garnier yang dihasilkan menggunakan bahan daripada tumbuh-tumbuhan. Sejak berabad lalu, Garnier mengembangkan rangkaiannya dan mencipta reputasi sebagai pakar penjagaan kesihatan rambut dan kulit yang mementingkan kesihatan, kecantikan, anti-jerawat, anti-kusam dan UV, di samping mengekalkan kesejahteraan alam semula jadi.

Adakah produk Garnier mesra alam?

Pada Mac 2021, Cruelty-Free International secara rasmi meluluskan semua produk Garnier di bawah Program Leaping Bunny. Selain itu, Garnier juga komited dalam menghasilkan produk yang mesra alam dengan menggunakan bahan mudah urai (biodegrasi) di dalam formula setiap produk.

8 Garnier Skincare Terbaik di Malaysia 2022

1. Garnier Micellar Cleansing Water

Garnier Micellar Cleansing Water
Kredit gambar: Garnier

Garnier All-In-1 Micellar Cleansing Water merupakan produk yang berfungsi untuk menghapuskan solekan, membersihkan kotoran sekali gus menyegarkan wajah dengan 1 sentuhan. Produk ini sesuai untuk anda yang memiliki kulit berminyak dan sensitif. Bukan itu sahaja, produk ini juga telah diuji secara dermatologi dan disahkan halal.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Aqua, Hexylene Glycol, Gliserin, Disodium Cocoamphodiacetate, Disodium Edta, Poloxamer 184, Polyaminopropyl Biguanide
  • Isi padu: 125 ml

Kelebihan:

Menanggalkan kotoran dengan efektif

Harga: RM15.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

2. Garnier Light Complete White Speed Brightening Foam

Garnier Light Complete White Speed Brightening Foam
Kredit gambar: Shopee

Garnier’s Light Complete Brightening White Foam ini diperkaya dengan Vitamin C dan buah lemon yang diimport khas dari Jepun. Ia juga diformulasikan dengan asid salisilik bagi menjadikan kulit anda lebih bersih dan cerah sekali gus mengekalkan kelembapan pada kulit. Produk ini sangat sesuai untuk anda yang mengalami masalah kulit kusam dan kering.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Glyceryl Distearate, Glyceryl Stearate, Lauric Acid, Myristic Acid, Stearic Acid, Kaolin, air, Gliserin, Palmitic Acid, Tetrasodium EDTA, Potassium Hydroxide, PEG-14M, Linalool, Limonene, Methylisothiazolinone, Isothiazolinone, Ekstrak Buah Limon (Lemon)
  • Isi padu: 100 ml

Kelebihan:

Memperbaiki kulit kusam tanpa mengeringkan kulit secara berlebihan
Mencerahkan kulit


Harga: RM13.05

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Garnier Sakura White Pinkish Radiance Gentle Cleansing Foam

hh
Kredit gambar: Shopee

Sakura White Pinkish Radiance Foam ini mengandungi ekstrak sakura dan asid hyaluronik, mampu membersihkan muka dengan lembut dan menyeluruh sekali gus memberikan rona kemerah-merahan yang semula jadi kepada kulit wajah anda. Selain itu, ia juga diformulasikan dengan bahan bebas paraben yang menjadikannya selamat digunakan bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Aqua/Air, Gliserin, Asid Myristic, Asid Palmitik, Asid Stearik, Kalium Hidroksida, Asid Laurik, Gliseril Distearat, Gliseril Stearat, Kaolin, Methylisothiazolinone, Peg-14m, Asid Salisilik, Tetrasodium Myristic, Tetrasodium/Vartinium Edta Ekstrak Buah Myrtillus, Wangian 
  • Isi padu:100 ml

Kelebihan:

Membersih secara mendalam dan lembut pada kulit
Melembutkan kulit


Harga: RM9.42

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Garnier Light Complete Milky Lightening Dew Toner

po
Kredit gambar: Shopee

Toner ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Ia diformulasikan dengan susu dan pati lemon asli untuk membantu kulit menjadi lebih halus, cerah, lembut dan tona lebih sekata. Toner ini memberikan kelembapan intensif pada kulit sambil melegakan wajah daripada sebarang kerengsaan.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Aqua/​Air, Alkohol Denat, Gliserin, Butilena Glikol, Dimetikon, Cyclopentasiloxane, Ascorbyl Glucoside, Capryloyl Salicylic Acid, Citrus Medica Limonum Extract/​Ekstrak Buah Lemon, Gentiana Lutea Extract/​Gentiana Tocopheryl Acetate, Lutea Ropheryl Acetate , Acrylates/​C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Ammonium Polyacryldimethyltauramide/​Ammonium Polyacryloyldimethyl Taurate, Disodium EDTA, PEG-60 Hydrogenated Castor Oil, Sodium Hexametaphosphate, T-Butyl Alcohol, Triethanolaminethy, Xantanobent, Megranate , Benzyl Salicylate, Geraniol, Limonene, Linalool
  • Isi padu: 150 ml

Kelebihan:

Melembutkan dan mencerahkan kulit
Mengecilkan liang pori

Harga: RM11.93

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

5. Garnier Light Complete Multi-Action Brightening Scrub

nm
Kredit gambar: Shopee

Anda mempunyai sel kulit mati yang terkumpul di muka? Jangan risau! Garnier Light Complete Multi-Action Brightening Scrub ini sesuai untuk anda. Scrub ini dilengkapi dengan  kuasa 1,000 Micro-beads dan ekstrak pati lemon asli untuk membersihkan dan menghilangkan kekusaman secara intensif. Wajah anda akan kelihatan 1 tona lebih cerah selepas 1 cucian.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Glyceryl Distearate, Glyceryl Stearate, Polyethylene, Kaolin, Benzyl Salicylate, Citrus Medica Limonum Extract / Ekstrak Buah Lemon, Geraniol, Limonene, Linalool, Methylisothiazolinone, Peg-14M, Tetrasodium Edta, Parfum / Pewangi.
  • Isi padu: 100 ml

Kelebihan:

Membersih secara intensif
Menghilangkan kekusaman


Harga: RM14.72

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Garnier Sakura White Pinkish Radiance Moisturizing Cream

Garnier Sakura White Pinkish Radiance Moisturizing Cream
Kredit gambar: Shopee

Krim pelembap ini diformulasikan dengan vitamin pencerah, 5X Japanese Sakura, dan SPF21/PA+++ untuk kelembapan dan perlindungan kulit sepanjang hari. Krim ini juga tidak meninggalkan sisa berminyak dan sangat mudah untuk disapu pada muka. Penggunaan krim ini disyorkan bagi anda yang memiliki kulit yang kering dan sensitif.

Spesifikasi:

  • Bahan: Aqua/Air, Gliserin, homosalate, dimethicone, niacinamide, triethanolamine, phenylbenzimidazole sulfonic acid, octocrylene, butyl methoxydibenzoylmethane, titanium dioxide, pewangi
  • Isi padu: 50 ml

Pros:

Melembapkan kulit
Terlindung daripada sinaran matahari


Harga: RM30.51

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Garnier Light Complete Vitamin C 30X Booster Serum

Garnier Light Complete Vitamin C X Booster Serum
Kredit gambar: Guardian Malaysia

Garnier Light Complete Vitamin C 30X Booster Serum ini tidak meninggalkan sisa berminyak dan melekit serta memberikan anda keselesaan selepas memakainya. Ia membantu dalam mengurangkan bintik hitam serta mencerahkan wajah secara menyeluruh. Serum ini juga memberi perlindungan semula jadi untuk mencegah kehilangan kelembapan pada wajah anda.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Aqua/​Air, Gliserin, Alkohol, Dipropilena Glikol, Butilena Glikol, PEG/​PPG/​Polybutylene Glycol-8/​5/​3 Gliserin, Niacinamide, Hydroxyethylpiperazine Ethane Sulfonic Acid, Bis-PEG-18 Methyl Eter Dimetil Silana, Asid Askorbik 3-O-Etil, Isononyl Isononanoate, BHT, Linalool, Geraniol, Parfum/​Pewangi, Asid Salisilik, Natrium Sitrat, Natrium Hyaluronate, Phenoxyethanol, Phenylethyl Resorcinol, Adenocine, Tomethylpheryl Acetate, Ammonium Polyethyl EDTA, Limonene, Lesitin Terhidrogenasi, Asid Sitrik, Ekstrak Buah Limau Sitrus/​Ekstrak Buah Limau, Ekstrak Buah Citrus Junos, Gusi Xanthan, Maltodekstrin, Acetyl Trifluoromethylphenyl Valylglycine, Asid Karboksilik Oxotiazolidine, Benzyl Salisilat, Benzil Alkohol
  • Isi padu: 30 ml

Kelebihan:

Mencerahkan bintik hitam dan kesan jerawat
Mencerahkan kulit


Harga: RM35.12

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Garnier Sakura White Booster Serum

mm
Kredit gambar: Shopee

Serum ini didatangkan dengan tekstur yang ringan dan bebas minyak serta membantu menghidrat dan memulihkan pelindung semula jadi kulit. Serum ini mengandungi ekstrak sakura jepun dan 30x Hyaluron yang berfungsi untuk mencerahkan, melembutkan dan melicinkan kulit wajah.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Aqua/​Air, Gliserin, Alkohol, Niacinamide, Dimethicone, Ammonium Polyacryldimethyltauramide/​Ammonium Polyacryloyldimethyl Taurate, Isononanoate, Ascorbyl Glucoside, Benzyl Alcohol, Benzyl Salicylate, Biosaccharide 14-718 /​Titanium Dioxide, Citronellol, Dimethiconol, Geraniol, Hydrogenated Lecithin, Limonene, Linalool, Mannitol, Menthoxypropanediol, Methylisothiazolinone, Microcrystalline Cellulose, Pentasodium Ethylenediamine Tetramethylene Phosphonate, Phenoxyethanol, Gumonexed Hydrochloride, Phenoxyethanol, Sodium Lecithin Hydrochloride / Pati Jagung, Parfum/ Pewangi.
  • ​Isi padu: 30 ml.

Kelebihan:

Mencerahkan kulit
Menghaluskan kulit


Harga: RM40.72

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close