10 Gula-gula Zaman Kanak-Kanak Terbaik di Malaysia 2022

Jika diberi peluang, pasti kita mahu kembali ke zaman kanak-kanak. Daripada kenangan bermain di bawah pondok hinggalah makan gula-gula kegemaran di bawah pokok yang rendang. Walau bagaimanapun, kebanyakan makanan ringan atau gula-gula yang biasa kita nikmati dahulu kini sudah jarang ditemui.

Namun jangan bimbang, walaupun ia agak sukar untuk dijumpai tetapi kita masih boleh mendapatkannya melalui platform dalam talian yang kian popular dalam kalangan masyarakat. Berikut adalah 10 gula-gula zaman kanak-kanak terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia 2022.

Bagaimana hendak mendapatkan gula-gula zaman kanak-kanak yang terbaik?

Gula-gula zaman kanak-kanak yang terbaik ialah gula-gula yang mampu membawa kita mengembara ke zaman kanak-kanak dengan hanya menikmatinya. Namun anda juga harus mengambil kira beberapa aspek seperti harga, tarikh luput dan perisa sebelum membuat pembelian. 

  1. Harga

Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan gula-gula zaman kanak-kanak sememangnya sukar didapati pada masa kini. Jadi, terdapat beberapa penjual yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga gula-gula. Oleh itu disarankan kepada anda untuk membandingkan harga bagi beberapa produk terlebih dahulu sebelum membelinya.

  1. Tarikh luput

Memandangkan kebanyakan gula-gula disimpan dalam masa yang lama selepas ia di kilangkan. Terdapat kemungkinan gula-gula tersebut sudah melebihi tarikh luputnya. Maka anda disarankan untuk sentiasa memeriksa tarikh luput sebelum membuat pembelian.

  1. Perisa 

Anda boleh mendapati pelbagai jenis dan rasa gula-gula yang dijual dipasaran.  Oleh itu, anda harus memilih gula-gula dengan perisa yang disukai oleh anda.

10 Gula-gula Kanak-Kanak Terbaik di Malaysia 2022

1. Twinfish Magic Chew Hi-Sour Chewy Candy

Twinfish Magic Chew Hi Sour Chewy Candy
Kredit Gambar: Shopee

Jika anda menggemari gula-gula masam pasti gula-gula ini tidak asing lagi dengan anda. Twinfish Magic Chew Hi-Sour chewy candy mempunyai keunikan rasanya yang tersendiri. Gula-gula ini mempunyai tekstur yang kenyal dan mempunyai rasa masam dan manis menjadikan setiap gigitan anda menarik dan dipenuhi dengan rasa yang menyegarkan. Bukan itu sahaja, gula-gula ini didatangkan dengan 5 pilihan perisa untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Berat Bersih: 100g
  • Kuantiti: 24 biji
  • Perisa: Epal, strawberi, anggur, passion, kiwi

Kelebihan:

5 perisa
Kenyal

Harga: RM2.60 – RM2.80

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

2. Bento Milk Candy

Bento Milk Candy
Kredit Gambar: Shopee

Gula-gula susu Bento ini mempunyai tekstur yang agak lembut membuatkannya cair di dalam mulut sebaik sahaja anda memakannya. Ia didatangkan dengan 3 perisa iaitu mawar, coklat dan kopi. Selain itu, gula-gula ini didatangkan dalam bentuk pembungkusan bersaiz individu yang memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja.

Spesifikasi:

  • Berat Bersih: 60g
  • Kuantiti: 25 biji
  • Perisa: mawar, coklat, kopi

Kelebihan:

3 perisa berbeza
Pembungkusan bersaiz individu

Harga: RM4.50

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

3. Bird Egg Candy

Bird Egg Candy
Kredit Gambar: Shopee

Gula-gula berbentuk telur ini juga dikenali sebagai telur dinosaur dan mempunyai rasa sitrus yang kuat. Gula-gula ini mempunyai tekstur yang agak keras di bahagian luar namun lembut di bahagian dalamnya ekoran ia diperbuat daripada gula.

Spesifikasi:

  • Berat Bersih: 100g
  • Kuantiti: 20 biji
  • Perisa: Citrus

Kelebihan:

Gula-gula berbentuk telur

Harga: RM4.50

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

4. Super 88 Bubble Gum

Super Bubble Gum
Kredit Gambar: Shopee

Bubble Gum Super 88 didatangkan dalam bentuk pembungkusan bersaiz individu. Setiap pek akan mengandungi 3 biji gula-gula getah. Gula-gula ini mempunyai saiz yang ideal untuk dibawa ke mana-mana sahaja.

Spesifikasi:

  • Berat Bersih: 105g
  • Kuantiti: 3 biji (1 pek)
  • Perisa: Buah-buahan

Kelebihan:

3 gula-gula getah dalam 1 pek

Harga: RM4.50

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

5. Mommom 40’S Eyeglass Candy

Mommom S Eyeglass Candy
Kredit Gambar: Shopee

Gula-gula ini diibaratkan seperti coklat M&M suatu ketika dahulu dan telah menjadi gula-gula yang paling digemari oleh kanak-kanak. Didatangkan dengan bentuk bungkusan yang seolah-olah seperti kaca mata menjadikannya unik dan menarik. Gula-gula ini diperbuat daripada 100% coklat susu.

Spesifikasi:

  • Berat Bersih: 300g
  • Kuantiti: 40 keping
  • Perisa: Coklat

Kelebihan:

Boleh dijadikan mainan
Warna-warni

Harga: RM8.80

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

6. Didi Milko Milk Tablets

Didi Milko Milk Tablets
Kredit Gambar: Shopee

Didi Milko Milk didatangkan dalam bentuk tablet memudahkan anda untuk memakannya. Selain itu, gula-gula ini mempunyai tekstur yang rapuh dan diperkaya dengan rasa susu coklat dan strawberi menjadikannya salah satu gula-gula yang paling popular dalam kalangan penggemar susu.

Spesifikasi:

  • Berat Bersih: 10g
  • Kuantiti: 5 biji (1 pek)
  • Perisa: Coklat, strawberi, original

Kelebihan:

Berperisa susu

Harga: RM4.50

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

7. Hitto Chewy Candy

Hitto Chewy Candy
Kredit Gambar: Shopee

Gula-gula ini merupakan gula-gula pudina asli yang wujud sebelum Mentos di Malaysia. Hitto Chewy Candy ini mengandungi pudina asli yang mampu membuatkan nafas anda segar. Selain itu, gula-gula ini didatangkan dalam bentuk pembungkusan bersaiz individu yang memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja.

Spesifikasi:

  • Berat Bersih: 900g
  • Kuantiti: 300 keping
  • Perisa: Pudina

Kelebihan:

Didatangkan dengan warna paket yang berbeza

Harga: RM15.20

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

8. QeQe CC Stick Candy

QeQe CC Stick Candy
Kredit Gambar: Shopee

QeQe CC Stick Candy sememangnya unik kerana ia tidak perlu dikunyah atau digigit, tetapi anda perlu menghisap gula-gula tersebut seperti straw air. Gula-gula ini didatangkan dengan 3 perisa yang terdiri daripada campuran rasa buah-buahan yang berbeza.

Spesifikasi:

  • Berat Bersih: 40g
  • Kuantiti: 5 keping
  • Perisa: 3 campuran rasa buah-buahan

Kelebihan:

Unik
Pelbagai Perisa

Harga: RM4.50

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

9. Wringley’s Boomer Magic Colors Bubblegum

Wringleys Boomer Magic Colors Bubblegum
Kredit Gambar: Shopee

Gula-gula getah ini sememangnya mendapat sambutan yang hangat suatu ketika dahulu. Wringley’s Boomer Magic Colour Bubblegum ini mempunyai pelbagai perisa antaranya strawberi, anggur, lemon dan pudina. Walaupun perisanya mempunyai rasa yang samar-samar dan hanya akan dirasai kurang dari 10 saat, ia tetap menjadi sesuatu yang istimewa buat kanak-kanak tahun 90an.

Spesifikasi:

  • Berat Bersih: 288g
  • Kuantiti: 20 keping
  • Perisa: Pelbagai perisa

Kelebihan:

Tekstur yang lembut

Harga: RM3.50

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

10. Magic Popping Candy

Magic Popping Candy
Kredit Gambar: Shopee

Gula-gula ni sememangnya berjaya membuatkan kanak-kanak zaman dahulu percaya bahawa dunia ini dipenuhi misteri ekoran teksturnya yang berbiji dan boleh meletup di dalam mulut. Ia didatangkan dengan 5 pilihan perisa untuk anda pilih. Selain itu, ia direka dengan bentuk mudah alih dan selamat dibawa ke mana sahaja.

Spesifikasi:

  • Berat Bersih: 28g
  • Kuantiti: 5 keping
  • Perisa: Oren, lemon, strawberi, anggur, soda

Kelebihan:

Sensasi letupan
5 perisa

Harga: RM3.20

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close