Harimau Malaya mara ke pusingan akhir menentang Tajikistan Ahad ini!

Kelmarin, pasukan Harimau Malaya mengaum garang di Chiang Mai dengan menewaskan Thailand 5-3 menerusi sepakan penalti selepas seri 1-1 pada masa peraturan untuk mara ke final 48th King’s Cup 2022. 

Kejayaan Malaysia ini dianggap sebagai pencetus semangat untuk pasukan Harimau Malaya dalam menentang Tajikistan pada perlawanan akhir Ahad ini. Sebelum ini, Tajikistan telah memperoleh kemenangan 2-1 menentang Trinidad dan Tobago dalam perlawanan sebelumnya, sehingga melayakkan negara itu mara ke pusingan akhir dalam menentang Malaysia nanti.

Malaysia Thai Kings Cup x
Kredit Gambar:selangorjournal.my

Berbalik kepada gol kemenangan yang dijaringkan oleh La’Vere Lawrance Corbin-Ong, jaringan gol itu menyemarakkan lagi rasa syukur dan gembira dengan kemenangan yang diperolehi oleh pasukan Harimau Malaya dalam perlawanan sengit ini.

Berikut adalah video Tiktok daripada @afifz7 yang berjaya merakam sepakan padu Corbin-Ong:  

@afifz7

Malaysia ke Final King’s Cup 2022 ! 😍🔥 | FT Thailand 🇹🇭 (3)1-1(5)🇲🇾 Malaysia #harimaumalaya #kingscupthailand

♬ MIDDLE OF THE NIGHT – Elley Duhé

Selain itu, La’Vere Corbin-Ong turut menjaringkan gol antarabangsa keduanya untuk Malaysia dengan menyempurnakan hantaran Safawi Rasid pada minit ke-32. 

Thailand dikatakan telah memberi persembahan yang baik pada awal 15 minit sewaktu perlawanan bermula, namun prestasi tuan rumah tersebut sedikit menurun apabila Kapten Chanathip Songkrasin terpaksa dikeluarkan atas sebab kecederaan.

Kredit Gambar: nst.com.my

Penjaga gol negara, Ahmad Syihan Hazmi, telah membuktikan kaliber beliau dalam mengemudi benteng terakhir dengan berjaya menahan jaringan gol yang dibuat oleh pasukan Thailand beberapa kali selepas berehat. Namun jaringan gol daripada Pansa Hemviboon berjaya menembusi pertahanan gol beliau pada minit kelima masa kecederaan untuk menyamakan kedudukan. Perlawanan sengit antara pasukan bola sepak Thailand dan Malaysia kelmarin amat mendebarkan hati para penyokong Harimau Malaya. 

Dalam penentuan sepakan penalti, Malaysia berjaya menjaringkan gol menerusi Dion Cools, Syafiq Ahmad, Matthew Davies, Declan Lambaert dan Corbin, manakala Syihan pula berjaya menyelamatkan gawang Harimau Malaya dari amukan Gajah Perang semalam, Supachok Sarachat yang membawa pasukan Malaysia ke pusingan akhir  dalam 48th King’s Cup 2022.

A
Kredit Gambar: tiktok.com/@afifz7

Menurut komen SemutKuningx, Corbin adalah contoh player yang selalu memberikan persembahan yang baik dalam permainan bola sepak. Menurut komen daripada muhammadhafizzie2 pula, bagi beliau, hero dalam perlawanan bola sepak kelmarin adalah keeper. Komen daripada mr toxic pula berkata selama ini sukar untuk melihat Corbin mengukir senyuman melainkan apabila selesai perlawanan yang berlangsung. Rata-rata netizen memberikan komen yang positif kepada skuad Harimau Malaya atas persembahan hebat yang diberikan kelmarin. 

Marilah kita bersama-sama memberikan semangat kepada pasukan negara untuk menewaskan Tajikistan pada Ahad ini. Sebelum itu, Tahniah, Harimau Malaya! Tahniah kerana berjaya menewaskan Thailand dan membuktikan bahawa pasukan Harimau Malaya juga hebat dan digeruni oleh pihak lawannya. Jumpa anda di pusingan akhir! Apa pendapat anda?

Sumber:  tiktok.com/@afifz7 / nst.com.my / selangorjournal.my 

Apa pendapat anda? Dah baca, share dan like, ok!

Perhatian: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Jadi, segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close