8 iPad Case Terbaik di Malaysia 2022

Sebenarnya, iPad mula diperkenalkan pada tahun 2010. Sejak itu, Apple telah mengeluarkan 4 produk iPad iaitu iPad, iPad Mini, iPad Air dan iPad Pro. Ia merupakan alat serba boleh yang membantu anda melakukan beberapa tugas. iPad ini cukup berkuasa kerana ia membolehkan penggunanya bekerja menyiapkan projek, bermain permainan atau mengekspresikan kreativiti melalui aplikasi lukisan yang terdapat di dalamnya. 

Anda perlu menjaga peranti ini supaya ia tahan lama jadi penggunaan iPad case amat dicadangkan untuk anda.iPad case dapat melindungi bahagian luar peranti ini supaya tidak tercalar atau pecah sekiranya terjatuh di permukaan keras.Selain itu, iPad case ini juga sering dilengkapi dengan tempat pemegang pen iPad bagi memudahkan penggunaannya.Berikut adalah 8 iPad case terbaik untuk anda di Malaysia pada tahun 2022.

Bagaimanakah memilih iPad case yang sesuai?

Pada tahun 2022, iPad telah menjadi keperluan bagi masyarakat di seluruh dunia. Terdapat pelbagai jenis iPad case yang anda boleh pilih untuk menepati cita rasa dan gaya anda. IPad case bukan sahaja memberi perlindungan kepada iPad anda, tetapi ia juga mempunyai pelbagai fungsi dan mudah didapati di pasaran.

1. Perlindungan

Seperti sarung peralatan yang lain, iPad case ini berfungsi untuk memberikan perlindungan terhadap iPad anda sekiranya ia terjatuh. Sarung iPad dapat melindungi iPad anda daripada calar.

2. Fungsi

Ipad biasanya didatangkan dengan penutup flip yang menjadikan iPad anda boleh berdiri. Selain itu, ada sesetengah iPad case mempunyai petak pensel yang membolehkan anda meletak pensel iPad dan mengelakkannya daripada hilang.  

3. Senang ditemui

Warna atau reka bentuk pada iPad case memudahkan anda mengetahui kedudukan iPad anda.Jadi, anda tidak perlu risau jika tersalah letak iPad anda kerana sarungnya yang ceria atau terang bakal menarik mata anda untuk melihatnya. 

8 iPad Cases Terbaik di Malaysia 2022

1. Slim iPad Case

Slim iPad Case
Kredit Gambar: Joom

Sarung iPad tipis ini mudah untuk disimpan dan mempunyai flip yang membolehkan anda membentuk segi tiga pada bila-bila masa sekiranya anda inginkan iPad anda berada dalam kedudukan berdiri. iPad case ini unik dan dapat melindungi badan iPad anda kerana ia diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi.

Spesifikasi:

  • Material: PU Leather
  • Warna: Hitam, Navy Blue, Rose Gold, Olive Green, Matcha, Lavender 
  • Saiz: iPad Mini 2/Ipad Mini, iPad Mini 3, iPad Mini 4, iPad Mini 5, iPad Air 1, iPad Air 2, iPad Air 4, iPad Air 5, iPad 8, iPad 9, iPad (9.7)2017, iPad (9.7)2018, iPad 2/3/4

Kelebihan:

Melindungi
Tahan lama
Boleh dilipat untuk menjadikannya berdiri
Rekaan yang nipis dan ringkas

Harga: RM20.00 – RM30.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Anti-Shock iPad Case

Anti Shock iPad Case
Kredit Gambar: Lazada

Sarung iPad anti-shock ini sesuai untuk individu yang cepat gelabah. Ia mempunyai elemen anti-shock yang dapat menyerap hentakan ketika peranti anda terjatuh. Lindungi peranti anda dengan iPad case ini kerana ia mempunyai pelindungan tambahan pada setiap bucu peranti anda.

Spesifikasi:

  • Material: Silikon
  • Warna: Lutsinar
  • Saiz: iPad 5, iPad 6, iPad Mini 1, iPad Mini 2, iPad Mini 3, iPad Mini 4, iPad Mini 5, iPad Air 1, iPad Air 2, iPad Air 3, iPad 10.2 (2019), iPad Pro 11 (2020)

Kelebihan:

Melindungi
Tahan lama
Rekaan nipis

Harga: RM8.99 – RM17.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Ultra Clear Transparent iPad Case

Ultra Clear Transparent iPad Case
Kredit Gambar: Shopee

iPad case ini merupakan versi berbeza bagi sarung iPad lutsinar! Bahagian sisi sarung ini didatangkan dalam warna merah atau hitam. Ia sangat ringan dan reka bentuknya yang ringkas sesuai buat anda yang gemar akan kesederhanaan.

Spesifikasi:

  • Material: Plastik
  • Warna: Hitam, merah
  • Saiz: iPad 2017 / 2018, iPad Mini 1, iPad Mini 2, iPad Mini 3, iPad Mini 4, iPad Mini 5, iPad Mini 6, iPad Air 3 10.5, iPad 2020 Air 4 10.9 inch, iPad 2020 12.9 inch, iPad 2021 11 inch, iPad 2021 12.9 inch, iPad Air 5 / iPad 2022, iPad Pro 9.7, iPad Pro 10.2, iPad Pro 11, iPad Pro 12.9

Kelebihan:

Melindungi
Tahan lama
Rekaan nipis

Harga: RM21.88 – RM28.88

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Trifold iPad Case

Trifold iPad Case
Kredit Gambar: Shopee

Setiap orang yang memiliki iPad perlu memiliki iPad case ini! Ia mempunyai pelbagai warna yang menakjubkan dan mempunyai petak pemegang pensel yang tersedia pada rekaannya. Anda boleh meletak pensil iPad anda di petak ini supaya ia tidak hilang.

Spesifikasi:

  • Material: TPU Leather
  • Warna: Hitam, Lavender, Matcha Green, Hijau gelap, Kelabu, White Ice, Merah jambu, Navy Blue
  • Saiz: iPad Air 4 10.9, iPad 7 (10.2), iPad 9.7 2017/2018, iPad Mini 4/5, iPad Air 3 10.5 2019, iPad Pro 11 2020/2018, iPad Air 1/2, iPad Pro 10.5

Kelebihan:

Melindungi
Tahan lama
Boleh dilipat untuk menjadikannya berdiri
Terdapat tempat pemegang pen iPad

Harga: RM13.50 – RM16.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Customisable iPad Case

Customisable iPad Case
Kredit Gambar: Shopee

iPad case ini sesuai untuk dijadikan hadiah kepada orang tersayang atau diri sendiri kerana anda boleh menyesuaikannya dengan mana-mana reka bentuk yang anda suka. Ia mempunyai pelbagai jenis reka bentuk yang menarik dan tersedia dalam banyak model supaya anda boleh membeli-belah tanpa perlu risau tentang saiznya.

Spesifikasi:

  • Material: PU Leather, Silikon
  • Jenis: Book-like Case, Book-like Case with Pen slot, Tri-fold Case with Pen slot, Airbag Case, Airbag Case with Pen slot
  • Saiz: iPad 7/8/9 (10.2), iPad Mini 6, iPad Air 4 / 5 (10.9), iPad Air 1/2/5/6, iPad Air 3 (10.5)/Pro (10.5), iPad Mini 4 / 5, iPad 2018 Pro11, iPad 2021/2022 Pro 11, iPad 2016 (9.7), iPad Mini 1/2/3

Kelebihan:

Melindungi
Tahan lama
Boleh dilipat dan menjadikannya berdiri
Mempunyai tempat pemegang pen

Harga: RM29.90 – RM39.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Cute Cartoon iPad Case

Cute Cartoon iPad Case
Kredit Gambar: Shopee

iPad case bercorak kartun ini mempunyai pelbagai reka bentuk comel yang sesuai untuk mereka yang mengumpul barangan comel. Ia juga dilengkapi dengan petak pemegang pensel dan bahagian tepinya dilindungi dengan ciri pelindungan tambahan.

Spesifikasi:

  • Material: TPU Back Cover, PU Leather
  • Rekaan: Gemini, Rainbow A,B,C, Cat D,E 
  • Saiz: iPad 5 / 6, Air 1 / 2 (9.7), iPad 7/8/9/ (10.2), iPad Pro/Air 3 (10.5), iPad Air 4 / 5 (10.9), iPad Pro 2018 (11.0)

Kelebihan:

Melindungi
Tahan lama
Boleh dilipat dan menjadikannya berdiri
Mempunyai tempat pemegang pen

Harga: RM16.99 – RM17.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Patterns iPad Case

Patterns iPad Case
Kredit Gambar: Lazada

iPad case ini mempunyai rekaan menarik seperti buku. Terdapat banyak corak yang boleh anda pilih berdasarkan cita rasa anda. Ia dibuat daripada bahan mesra alam. Walaupun ia diperbuat daripada bahan mesra alam, iPad case ini tidak mengeluarkan bau.

Spesifikasi:

  • Material: TPU Back Cover, PU Leather
  • Rekaan: Star, Blue Dinosaur, Starry Sky, Spongebob, Snoopy, Walk A Dog
  • Saiz: iPad 5 / 6, Air 1 / 2 (9.7), iPad 7/8/9/ (10.2), iPad Pro/Air 3 (10.5), iPad Air 4 (10.9), iPad Pro (9.7), iPad 2/3/4, iPad Mini 4 / 5, iPad 1/2/3

Kelebihan:

Melindungi dan tahan lama
Pelbagai rekaan yang menarik dan comel
Lembut
Boleh dilipat dan menjadikannya berdiri

Harga: RM17.92 – RM18.86

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Thick Silicone iPad Case

Thick Silicone iPad Case
Kredit Gambar: Shopee

iPad case silikon yang tebal ini sangat sesuai untuk ibu bapa yang membenarkan anak kecil mereka bermain dengan iPad. Ia mempunyai perlindungan tambahan. iPad case ini didatangkan dalam pelbagai warna yang menarik untuk anda pilih.Kebanyakan warna iPad case ini terang bagi membolehkan ibu bapa mengesan kedudukan peranti ini dengan mudah sekiranya anak-anak mereka meletak peranti ini di pelbagai tempat.

Spesifikasi:

  • Material: Silikon
  • Warna: Navy Blue, Biru, Hitam, Merah, Hijau, Ungu, Merah jambu, Bean Green
  • Saiz: iPad 8/9/ (10.2), iPad Air 4/ Pro 11 (10.9), iPad Pro 11 2020/2021, iPad Air/Air 2, iPad Air 3/ Pro (10.5)

Kelebihan:

Perlindungan tambahan
Tahan lama
Lembut
Mempunyai stand

Harga: RM9.16 – RM21.51

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di [email protected]. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

feature your brand now

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Close
© Hak Cipta 2022 oleh My Weekend Plan. Hak Cipta Terpelihara.
Close