
Kelmarin, heboh tentang pelancaran iPhone 14 Pro dan iPhone Pro Max yang ditunggu-tunggu oleh peminat Apple. Jika dilihat, kedua-dua telefon pintar ini masih mengekalkan saiz yang sama. iPhone 14 Pro masih mengekalkan paparan 6.1 inci Super Retine XDR manakala iPhone Pro Max juga mengekalkan paparan 6.7 inci Super Retina XDR. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit perbezaan resolusi bagi kedua telefon pintar ini yang mana resolusi yang dibekalkan lebih besar, yakni iPhone 14 Pro dengan resolusi 1179 x 2556p dan iPhone 14 Pro Max dengan resolusi 1290 x 2796p. Untuk makluman anda, kedua-dua telefon pintar ini dilengkapi dengan 120Hz ‘refresh rate adaptive’ melalui ProMotion, sokongan HDR, ‘contras ration’ sebanyak 2,000,000:1 dan juga ‘haptic touch’. Namun begitu, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max sememangnya mempunyai ciri ‘always-on-display’ yang membolehkan anda menetapkan widget dan aplikasi pada skrin kunci untuk akses dengan mudah.


Selain itu, telefon pintar ini juga dilengkapi dengan ciri A15 Bionic chipset yang sememangnya sudah ada pada telefon pintar generasi terdahulu. Oh ya, kedua-dua telefon pintar ini mempunyai ciri 12MP f1/5 pada kamera utama yang mana Apple mendakwa bahawa ciri ini memiliki sensor yang besar, yakni 1.9μm pixels, sama juga dengan ‘sensor-shift image stabilisation tech’. Kamera hadapan pula memiliki 12MP shooter (dengan aperture f1/9) dan ciri autofokus pada ‘front-facing shooter’.



Apa yang menarik ialah ciri Photonic Engine yang dilengkapi pada iPhone 14 dan seumpamanya. Apple’s Deep Fusion yang terdapat dalam ciri ini boleh digunakan untuk meneutralkan ‘image processing’. Dengan adanya ‘tweak’, Deep Fusion boleh digunakan pada ‘uncompressed images’. Jadi, imej yang terbentuk mengandungi perincian yang penuh dan warna yang lebih cerah walaupun diambil dalam suasana yang malap. Selain itu, ciri Actions Mode juga dilengkapkan pada telefon ini untuk kegunaan video.



Dikatakan iPhone 14 akan mula dijual pada 23 September 2022 di Malaysia. Anda boleh menempah telefon pintar ini bermula 16 September 2022. Ia didatangkan dengan stor penyimpanan sebanyak 128 GB, 256 GB dan juga 512 GB. Harga yang ditetapkan pula ialah RM 4,199, RM 4,699 dan juga RM 5,699. Untuk iPhone 14 Plus pula, lingkungan harganya mungkin mencecah RM 4,699, RM 5,199 dan juga RM 6,199. Namun, penjualannya hanya akan bermula pada 7 Oktober 2022. Jadi,tunggu apa lagi? Buat tempahan dan dapatkannya sekarang!
Sumber: Lowyat.Net / Soyacincau / amanz.my
Apa pendapat anda? Dah baca, share dan like, ok!
Perhatian: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Jadi, segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.