8 Jaket Terbaik Di Malaysia 2024

Jika kita lihat kini ramai yang gemar memakai jaket walaupun ketika cuaca panas. Hal ini kerana jaket kini bukan sahaja boleh dipakai ketika sejuk malah ia sudah menjadi sebahagian pakaian untuk bergaya. Bukan itu sahaja, jaket juga boleh dipakai semasa menjalani aktiviti seperti mendaki, berkhemah, berkumpul, belajar, dan sebagainya. Berikut adalah 8 jaket terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia. 

Bagaimana hendak memilih jaket yang sesuai?

Terdapat pelbagai pilihan jaket yang boleh didapati di kedai fizikal dan dalam talian sehingga membuatkan anda keliru untuk membuat pilihan?  Jangan bimbang, dengan mengetahui belanjawan, pilihan dan kualiti jaket boleh membantu anda dalam mencari jaket yang terbaik.

  1. Belanjawan

Memandangkan jaket kian popular dalam kalangan belia, ia boleh didapati dalam pelbagai harga, daripada harga yang murah sehinggalah kepada harga yang mahal, bergantung pada kualiti dan jenama jaket tersebut. Jadi, adalah lebih baik untuk sentiasa merujuk kepada belanjawan anda bagi mengelakkan perbelanjaan secara berlebihan.

  1. Pilihan

Anda perlulah mengetahui gaya yang anda minati serta jenis jaket yang paling sesuai dengan bentuk badan anda. Hal ini bagi membolehkan anda mendapatkan jaket yang berpadanan dengan minat dan badan anda. 

  1. Kualiti Jaket

Kualiti jaket boleh mempengaruhi keselesaan dan juga penampilan anda. Oleh itu, anda haruslah memeriksa kualiti kain jaket dengan teliti sebelum membelinya. Sebagai contoh, jika anda mencari jaket yang tahan lama dan tahan lasak, maka jaket yang diperbuat daripada denim sesuai untuk anda.

8 Jaket Terbaik Di Malaysia 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. Korean Plain Women Jacket 

Korean Plain Women Jacket
Kredit gambar: Shopee

Jaket ini merupakan antara jaket yang paling digemari pengguna. Jaket ini sesuai digunakan sebagai pakaian harian atau kasual. Ia diperbuat daripada poliester berkualiti tinggi yang menjadikannya ringan serta membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik. Bukan itu sahaja, ia juga memberikan keselesaan ketika anda memakainya. Jaket ini juga dilengkapi dengan zip pada bahagian hadapan bagi memudahkannya untuk dibuka dan dipakai.

Spesifikasi:

  • Bahan: Poliester
  • Saiz: M / L / XL / XXL
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

Warna lembut
Berkualiti tinggi
Instagrammable

Harga: RM16.90-RM19.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

2. Korean style Loose Long Sleeve Jacket 

Korean style Loose Long Sleeve Jacket
Kredit gambar: Shopee

Korean style Loose Long Sleeve Jacket ini merupakan jaket uniseks yang sesuai untuk lelaki dan wanita yang menggemari gaya minimalis. Ia didatangkan dengan reka bentuk yang polos serta dilengkapi dengan zip dan poket pada bahagian hadapan jaket. Jaket ini sangat ideal untuk dipadankan dengan pelbagai jenis konsep pakaian.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kapas
  • Saiz: M / L / XL / XXL 
  • Negara Pengeluar: China

Kelebihan:

Bahan lembut
Unisex

Harga: RM23.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Rss Sport Jacket 

Rss Sport Jacket
Kredit gambar: Shopee

Adakah anda sedang mencari jaket kalis air dan sesuai untuk perkhemahan? RSS Sport Jaket ini sesuai untuk anda. Ia diperbuat daripada poliester yang menjadikannya kalis air dan tahan lasak. Bukan itu sahaja, jaket ini sesuai untuk dipakai oleh lelaki dan perempuan. Selain itu, jaket ini juga dilengkapi dengan penutup kepala bagi melindungi anda daripada hujan dan cahaya matahari.

Spesifikasi:

  • Bahan: Poliester
  • Saiz: M / L / XL / 2XL / 3XL / 4XL
  • Negara Pengeluar: China

Kelebihan:

Kalis air
Unisex
Selesa

Harga: RM14.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

4. SM Fashion Women Denim Jacket 

SM Fashion Women Denim Jacket
Kredit gambar: Shopee

SM Fashion Women Denim Jacket ini merupakan pilihan yang ideal untuk anda yang sedang mencari jaket dengan reka bentuk yang bergaya dan moden. Jaket ini didatangkan dengan 2 variasi warna iaitu denim putih dan hitam yang boleh anda pilih mengikut cita rasa anda. Jaket ini diperbuat daripada denim berkualiti tinggi yang menjadikannya tahan lama dan tahan lasak serta membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik. Secara tidak langsung, ia memberikan anda keselesaan yang maksimum sewaktu memakainya.

Spesifikasi:

  • Bahan: Denim
  • Saiz: S / M / L / XL / 2XL / 3XL / 4XL / 5XL / 6XL
  • Negara Pengeluar: Bangladesh

Kelebihan:

Bergaya
Lengan 3 suku
Instagrammable

Harga: RM24.40-RM25.62

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Korean Style Women Loose Denim Jacket 

Korean Style Women Loose Denim Jacket
Kredit gambar: Shopee

Jaket denim ini sangat popular dalam kalangan remaja ekoran reka bentuknya yang kasual dan moden. Jaket ini didatangkan dengan potongan badan yang longgar dan pendek sekaligus sangat sesuai jika dipadankan dengan seluar pendek atau skirt pinggang tinggi. Selain itu, ia juga mempunyai butang dengan kemasan emas yang menyerlahkan lagi rupa jaket tersebut.

Spesifikasi:

  • Bahan: Denim
  • Saiz: S / M / L / XL
  • Negara Pengeluar: China

Kelebihan:

Bergaya
Denim berkualiti tinggi

Harga: RM39.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

6. Forest Ladies Plain Jacket 

Forest Ladies Plain Jacket
Kredit gambar: Shopee

Forest Ladies Plain Jacket ini direka khas sebagai jaket olahraga dan boleh didapati dalam 2 warna iaitu kelabu dan hitam. Ia diperbuat daripada poliester yang menjadikannya ringan serta mempunyai pengudaraan yang baik. Jaket ini sesuai untuk dipakai ketika aktiviti berlari dan mendaki. Selain itu, jaket ini juga didatangkan dengan 4 pilihan saiz untuk anda pilih. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Poliester 
  • Saiz: S / M / L / XL
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

Sesuai untuk Olahraga
Minimalis
Berkualiti tinggi

Harga: RM69.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Lovito Elegant Plaid Covered Edge Argyle Jacket 

Lovito Elegant Plaid Covered Edge Argyle Jacket
Kredit gambar: Shopee

Jaket ini mempunyai gaya argyle yang unik serta mampu menyerlahkan keanggunan anda. Jaket ini sesuai untuk dipakai ke kolej atau ke pejabat. Selain itu, jaket ini diperbuat daripada bahan anti-kedut dan tahan lasak. Ia juga didatangkan dengan jahitan berkualiti tinggi serta dipasarkan dengan harga yang berpatutan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Poliester 
  • Saiz: S / M / L / XL
  • Negara Pengeluar: China

Pros:

Elegan
Berkualiti tinggi
Stretchable

Harga: RM22.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Adidas Women 3-Stripes Cover-Up Jacket

Adidas Women Stripes Cover Up Jacket
Kredit gambar: Sport Planet

Adidas Women 3-Stripes Cover-Up Jacket ini sesuai untuk mereka yang meminati sukan. Jaket ini diperbuat daripada bahan kalis air yang membolehkan anda menggunakannya semasa menjalani latihan sewaktu hujan. Ia juga dilengkapi dengan poket berzip bagi memudahkan anda menyimpan barangan kecil seperti kunci, dompet dan telefon. Namun, jaket ini hanya dipasarkan dengan 1 saiz sahaja.

Spesifikasi:

  • Bahan: Poliester
  • Saiz: XS
  • Negara Pengeluar: Vietnam

Kelebihan:

Berkualiti tinggi
Dilengkapi poket berzip
Tebal

Harga: RM129.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close